Sahabat STAM
3.51K subscribers
784 photos
14 videos
179 files
771 links
Ikhwah fillah!

Persatuan Ikatan Sahabat STAM ditubuhkan sebagai platform perhimpunan dan rujukan seluruh komuniti STAM peringkat kebangsaan.

Ayuh bersama kami, menuju wadah kejayaan!

- - - -
Tekan pautan ini
🔑 | https://linktr.ee/sahabatstam
Download Telegram
Sahabat STAM
Photo
🕌 Program Taklimat Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

Antara jawapan menarik yang diberikan peserta semasa ditanya “Sebab Menyertai Program Ini”:

💬 “Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Imtihan tahdid mustawa & kongsikan segala maklumat kepada sahabat² yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir” 😄

💬 “Supaya lebih terdedah mengenai cara pelaksanaan imtihan qobul (tahdid mustawa)” ☺️

💬 “Untuk menambah ilmu pengetahuan & ingin mempercantikkan percakapan bahasa arab, juga ingin menyambungkan pelajaran ke universiti Azhar Mesir..” ❤️

💬 “Saya bercita-cita untuk ke Mesir” 🤩

Semoga program ini dapat membantu serba sedikit dalam memberi pencerahan kepada bakal mahasiswa Mesir kita, in sya-Allah


🗓 Tarikh : 14 Februari 2023
🗓 Hari : Selasa (🔻Malam Ini 🔻)
🕰 Masa : 9.00 — 10.30 malam
(2100 — 2230 MY)
🏡 Tempat : Online (Google Meet & Live Streaming Youtube)


Daftar segera di pautan link google form ini :
👉🏻 https://forms.gle/nBMekwLrV2mi6Nu26
👉🏻 https://forms.gle/nBMekwLrV2mi6Nu26

– – – – – – – – – – – –
🔰 Ikuti perkembangan Yayasan Maghfirah di platform media sosial :
https://yayasanmaghfirah.org/

🔰 Ikuti perkembangan kami di :
https://linktr.ee/sahabatstam


#MarkazLughah
#YayasanMaghfirah
#SahabatSTAM
__
🔔 t.me/SahabatSTAM
Sahabat STAM
Photo
🕌 Program Taklimat Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa

Alhamdulillah, seramai 161 orang telah menyertai Program Taklimat Persediaan Imtihan Tahdid Mustawa atas keperluan semasa yang diingini oleh para pelajar lepasan STAM dan bakal mahasiswa Al-Azhar kali ini.

Sekalung ucapan terima kasih kami sampaikan kepada Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim, wakil dari Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) atas perkongsian dan pencerahan mengenai pengenalan Imtihan Tahdid Mustawa serta persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal pelajar kursus Markaz.

Benarlah hadis Nabi ﷺ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

“‏ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ ... الخ”‌‏.

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.” (Hadis riwayat Muslim, no. 4867)

Semoga dengan program taklimat yang dianjurkan ini menjadi asbab bagi para penuntut ilmu kekal istiqamah dalam mencari keredaan Allah, amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲🏻


Dipersilakan untuk mendapatkan link (pautan) rakaman live streaming program ini di Youtube,

📽 Link Rakaman di Youtube :
https://www.youtube.com/watch?v=nKRyLsDTjF8

– – – – – – – – – – – –
🔰 Ikuti perkembangan Yayasan Maghfirah di platform media sosial :
https://yayasanmaghfirah.org/

🔰 Ikuti perkembangan kami di :
https://linktr.ee/sahabatstam


#MarkazLughah
#WOAGMalaysia
#YayasanMaghfirah
#SahabatSTAM
__
t.me/SahabatSTAM
Sahabat STAM
Photo
Hari Jumaat Jangan Lupa Selawat
======


1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:

فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا

"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
⚔️ IMTIHAN QABUL HACKS

(SEMINAR MUDAHNYA MENJAWAB IMTIHAN QABUL)

🗓 Tarikh : 18 Februari 2023
📜 Hari : Sabtu
Masa : 1430 MY
💻 Platform : Google Meet

📌 Terbuka kepada semua peserta.
📌 Yuran dikenakan sebanyak RM 10 seorang.
💡Sesi pembelajaran dalam Bahasa Arab

📌Pembayaran yuran
BANK CIMB
No: 8604246365
Nama: EGMALAYA CONSULTANT
Reference: Imtihan Qabul
📎 Resit bukti pembayaran mestilah diberikan kepada admin.

Tekan link pendaftaran di bawah SEKARANG 🔥

https://forms.gle/NokX3Jap6358fLMB9
---------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :-
📞 wa.me/201125429448
(Ustaz Aiman)
📞 wa.me/60167236626
(Ustazah Ayu)

Kongsikan kepada rakan seperjuangan STAM anda! InshaAllah target Mumtaz bersama-sama🤗

--------------------------
FB facebook.com/egyptmalaya
IG https://instagram.com/egyptmalaya
Telegram t.me/egyptmalaya
Tiktok https://vm.tiktok.com/ZMFk5Cawr/
Sahabat STAM
Photo
📚 Selamat Maju Jaya Buat Calon Peperiksaan SPM 2022/2023

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada seluruh calon SPM tahun 2022 di seluruh negara yang akan bermula pada hari esok, 20 Februari 2023.

🪴 Ingatlah, bahawa kejayaan yang hakiki bukanlah terletak pada warkah dan sijil, namun ia terletak pada berkat guru dan beramal dengannya. Dengan kesungguhan dan pengorbanan atas jasa ibu bapa dan guru yang mengajar, kalian tunjukkanlah yang terbaik untuk membalas segala keringat mereka.

🪴 Sesungguhnya sijil hanyalah pengiktirafan atas ilmu yang diladung, tetapi amalanlah yang membenarkan pengiktirafan kejayaan itu. Semoga ilmu yang disimpan akan sentiasa tersemat dalam kalbu. Jawab dengan tenang, minta pertolongan kepada Allah, fokus apa yang ada di hadapan mata dan bertawakal kepada-Nya.

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْنَا وَمَا حَفَظْنَا وَمَا تَعَلَّمْنَا، فَارْدُدْهُ إِلَيْنَا عِنْدَ حَاجَاتِنَا، وَلَا تُنْسِيْنَاهُ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.

“Ya Allah ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami berserah kepada-Mu apa yang kami baca, dan apa yang kami hafal, dan apa yang kami belajar, maka kembalikanlah ia kepada kami ketika memerlukannya, dan janganlah Engkau melupakannya daripada kami, wahai Tuhan sekalian alam”.

Semoga kamu semua berjaya | لعلكم تفلحون.


Ingatan telus dari kami, Ikatan Sahabat STAM

🔰 Ikuti perkembangan kami di :
https://linktr.ee/sahabatstam
__
🔔 t.me/SahabatSTAM
Sahabat STAM
Photo
💠 Kalam Mutiara Khas Buat Lepasan STAM Tahun 2022

Antara Kalam² Mutiara daripada pengajar² (pembimbing / tutor STAM) Kelas Online Bimbingan STAM 2022 yang disampaikan khas buat seluruh pelajar lepasan STAM 2022.


🌾 Pesanan² ini dinukilkan buat semua lepasan STAM agar tidak terus menghazafkan ilmu-ilmu yang dipelajari daripada beramal dan mengajarkan kepada manusia lain. Juga dinukilkan agar tidak merasa sedih mahu pun merasa lega atas usaha kalian sepanjang pengajian hingga peperiksaan, kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala hikmah di sebalik usaha dan sijil itu.

🌾 Ramai lagi yang mendambakan ilmu-ilmu khusus ini, namun Allah telah memilih kalian untuk menyampaikannya melalui kata-kata dan perbuatan. Oleh itu, sedarlah bahawa keberadaan kalian sepanjang di kelas-kelas STAM adalah tidak sia-sia.

🌾 Inilah jalan ulama yang berjihad dan beramal, iaitu belajar untuk mencelikkan hati dan membangkitkan iman manusia yang lesu. Nabi ﷺ bersabda yang diriwayatkan dalam hadis Muslim :

«من دعى إلى هدًى، كان له من الأجر مثل أجور مَن تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئًا»

”Barangsiapa mengajak kepada hidayah, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.”

🌾 Hayatilah pesanan² mereka yang mengharapkan yang terbaik daripada kalian. Semoga kalian terus beriltizam untuk kukuhkan ilmu yang bemanfaat di dada sendiri dan orang lain dengan niat yang betul, kerana di situlah terletaknya kejayaan yang hakiki.

Ikhlas daripada seluruh pengajar KOBISTAM 2022 dan ahli Ikatan Sahabat STAM 🌿


🔰
Ikuti perkembangan Yayasan Maghfirah di platform media sosial :
https://yayasanmaghfirah.org/

🔰 Ikuti perkembangan kami di :
https://linktr.ee/sahabatstam
__
🔔 t.me/SahabatSTAM