INFO STPM
13.9K subscribers
902 photos
16 videos
190 files
653 links
Channel ini bertujuan untuk berkongsi info tentang STPM, MUET, UPU dan lain - lain.
Download Telegram
Saksikan secara langsung Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 dan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023 di saluran Facebook rasmi dan Youtube EduwebTV KPM pada Selasa, 23 Julai 2024.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
GOODLUCK SEMUAAA BESOK. Semoga result akhir korang mencapai apa yang korang target selama ini. Apa apa pun pilihlah kursus yang boleh menjamin masa hadapan korang. Goodluckkk
JANGAN LUPA SAKSIKAN PODCAST MPM !

Bersempena Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 dan Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023.

Pelbagai intipati menarik yang akan dikongsikan seperti Sejarah MPM, Kelebihan STPM, Perkongsian Pelajar Cemerlang STPM, Pengalaman Pensyarah Mendidik Pelajar Tingkatan Enam dan sesi perkongsian daripada pihak UPU Jabatan Pengajian Tinggi.

Pautan youtube : https://www.youtube.com/watch?v=RDTSDyOnDPE

#mpm #menjanapentaksiranjitu #stpm2023 #podcastmpm
MAKLUMAT PENGELUARAN KEPUTUSAN STPM TAHUN 2023 DAN PANDUAN KEPADA CALON UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Isnin, 23 Julai 2024, mulai jam 11.30 pagi.

Semua calon boleh menyemak keputusan STPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau merujuk kepada pihak sekolah.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan STPM Tahun 2023.

Semakan dalam talian:
http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Semakan melalui SMS:
STPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia (PPTEM) di bawah Exco Akademik telah memperkenalkan inisiatif terbaik bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan iaitu PPTEM telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Guru Muda (PPGM) yang dimana kita akan menggunakan khidmat tutor daripada pelajar semester 3 atau lepasan STPM sendiri.

Melalui kaedah ini, PPTEM berharap pelan yang diperkenalkan akan mampu melahirkan pelajar cemerlang pada masa akan datang. Pelaksaan PPGM adalah secara berperingkat. Diharap semua pelajar dapat membantu PPTEM menjayakan perkara ini melalui pengumuman-pengumuman yang akan datang

Sekian,

Pendidikan Berkualiti, Selangkah Menuju Varsiti

Yang menjalankan amanah,

Barisan Exco Akademik
Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia
PELAN PEMBANGUNAN GURU MUDA

Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia (PPTEM) ingin memperkenalkan 5 tutor baru bagi 5 subjek yang berbeza.

1. Annur Ashifa tutor Bahasa Melayu STPM
2. Uwais Al-Qarne tutor Geografi STPM
3. Ainin Sofiya tutor Pengajian Am STPM
4. Ng Seh Hong dan Rasyidah tutor Pengajian Perniagaan
5. Pashwinny tutor Sejarah STPM

Tutor dijangka akan bermula minggu depan menjelang peperiksaan semester 2 STPM. Diharap mampu memberi manfaat kepada semua.

Berikut adalah group group yang akan digunakan;

Bahasa melayu: https://t.me/bmstpms123

Geografi: https://t.me/GEOSTPMS123

Pengajian am: https://t.me/PENGAJIANAMSTPMS123

Pengajian perniagaan: https://t.me/PPSTPMS123

Sejarah: https://t.me/sejarahstpm

Sekian,

Barisan Exco Akademik
Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia
PELAN PEMBANGUNAN GURU MUDA

Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia (PPTEM) di bawah Exco Akademik sedang mencari tutor baru bagi menjayakan Pelan Pembangunan Guru Muda (PPGM). Berikut adalah subjek yang memerlukan tutor;

1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
3. Geografi
4. Pengajian Perniagaan
5. Pengajian Am
6. Syariah
7. Usuluddin
8. Bahasa Arab
9. KMK
10. Ekonomi

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Exco Akademik PPTEM

Khairul: 013-833 1722

Barisan Exco Akademik
Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia
JANGAN LUPA SAKSIKAN PODCAST MPM !

Bersempena Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 dan Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023.

Pelbagai intipati menarik yang akan dikongsikan seperti Sejarah MPM, Kelebihan STPM, Perkongsian Pelajar Cemerlang STPM, Pengalaman Pensyarah Mendidik Pelajar Tingkatan Enam dan sesi perkongsian dari pihak UPU Jabatan Pengajian Tinggi.

Pautan youtube : https://www.youtube.com/watch?v=RDTSDyOnDPE

#mpm #menjanapentaksiranjitu #stpm2023 #podcastmpm
Tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023.

Semoga terus cemerlang. Selamat maju jaya.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
KEPUTUSAN STPM KESELURUHAN

Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia (PPTEM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di atas keputusan keseluruhan STPM yang diperolehi. PPTEM berharap semoga keputusan yang diraih mampu membawa anda ke universiti impian anda.

Sekian,

Pendidikan Berkualiti, Selangkah Menuju Varsiti

Ikhlas daripada,

Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2023

http://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Alhamdulillah 4.00