Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM
797 subscribers
2.27K photos
412 videos
3 files
1.47K links
Ikuti media sosial SPMM:

📌 Facebook: https://bit.ly/3Mj3Gcn
📌 Instagram: https://bit.ly/35l26X9
📌 Twitter: https://bit.ly/3hCJYuh
📌 Telegram: https://bit.ly/349oDpb
📌 Tiktok: https://bit.ly/3C7xAvA

https://linktr.ee/spmmofficial
Download Telegram
[ MAKAN DI HADAPAN ORANG BERPUASA: ANTARA HAK INDIVIDU DAN ADAB SEORANG MUSLIM ]

Ramadan merupakan bulan yang mulia dan penuh keberkatan, di mana umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah puasa, iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya selama sebulan. Isu makan di hadapan orang berpuasa kembali hangat apabila terdapat seorang wanita dengan sengaja makan dan minum secara terbuka ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam, malah memperlihatkan sikap yang tidak sensitif terhadap kemuliaan bulan Ramadan. Walaupun tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa, isu ini wajar diambil serius supaya masyarakat lebih menghormati kesucian bulan Ramadan dan tidak memandang enteng terhadap perkara yang menyentuh kesucian syiar agama, khususnya dalam kalangan umat Islam.

Daripada Jabir r.a., Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

Maksudnya: "Sesungguhnya antara orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempat duduknya denganku pada Hari Kiamat ialah mereka yang paling baik akhlaknya."

(HR Tirmizi)

Hadis ini menegaskan bahawa akhlak merupakan aspek yang sangat penting dalam diri setiap insan kerana kemuliaan seseorang di sisi Nabi Muhammad SAW tidak diukur melalui harta, kedudukan atau kepandaian semata-mata, tetapi melalui keindahan akhlaknya. Hal ini demikian kerana antara tujuan utama pengutusan Baginda SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Dalam konteks isu ini, walaupun Islam mengiktiraf hak individu serta memberikan kelonggaran (rukhsah) kepada golongan tertentu untuk tidak berpuasa, hak tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan adab dan nilai hormat terhadap masyarakat sekeliling. Kebebasan individu tetap terikat dengan batas syarak serta tanggungjawab sosial. Perbuatan makan secara terbuka tanpa keperluan yang munasabah, lebih-lebih lagi dengan niat mempamerkannya kepada umum, jelas bercanggah dengan semangat Ramadan yang menuntut kesederhanaan dan penghormatan terhadap ibadah orang lain.

Justeru itu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) menyeru seluruh umat Islam agar kembali meneladani sunnah dan akhlak yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya akhlak seseorang mencerminkan keindahan agamanya. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa menjaga adab dan akhlak dalam setiap tingkah laku serta perbuatan, kerana Islam merupakan agama yang mulia dan sentiasa mengajarkan nilai hormat-menghormati serta kasih sayang sesama manusia. Semoga dengan pengamalan akhlak yang baik dan berteraskan sunnah, masyarakat Islam dapat menampilkan imej Islam yang sebenar serta memelihara keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya dalam memuliakan suasana bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

AUNI NADHIRAH BINTI MD JUHARI
SETIAUSAHA AGUNG 2
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#mediaspmm
#spmm2526
[ RAMADAN FAJAR BOOSTER ]

Sempena ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) membawakan Ramadan Fajar Booster, sebuah program istimewa yang dirangka khas buat mahasiswa/i dan masyarakat awam sebagai pengisian rohani di awal pagi.

Ayuh bersama-sama merebut keberkatan waktu fajar dengan menyertai perkongsian ilmu serta suntikan motivasi daripada barisan panel yang berpengalaman ini!

🎙Jemputan Istimewa:
• Muhammad Fadhlul Hakim bin Mohd Kamal
(Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Sesi 2025/2026)

📜Tajuk: Fadilat Memberi Makan Kepada Orang Berpuasa
🗓 Tarikh: 5 Mac 2026
Masa: 7.00 Pagi - 8.00 Pagi
💻 Platform: TikTok
@pendakwahmuda.usim (LIVE)

Hadirin dan hadirat dijemput hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadanfajarbooster
#ramadan1447H
#mediaspmm
#spmm2526
[ MUTIARA RAMADAN: JANGAN LELAH DI TENGAH JALAN ]

Kini, kita telah memasuki fasa pertengahan Ramadan, sering kali semangat yang membara di awal bulan mula lumpuh sedikit demi sedikit. Jika dahulu kita begitu teruja menyambut Ramadan, tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid, al-Quran sentiasa di tangan, kini ada yang mula terasa penat dan berkurangan konsistensinya. Inilah realiti perjalanan iman, ia turun dan naik. Jasad mempunyai batas dan hati pula mudah berbolak-balik.

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ مِنَ الأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ، فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا، وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Ambillah (lakukanlah) amalan yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehingga kamu yang jemu."

(HR Bukhari)

Hadis ini mengingatkan bahawa Islam tidak membebankan. Allah SWT tidak pernah jemu menerima ibadah hamba-Nya. Namun manusialah yang mudah merasa lelah dan berhenti.

Oleh itu, yang dituntut bukanlah banyaknya amalan, tetapi konsistensi dalam melaksanakannya mengikut kemampuan. Jadi, marilah kita memperbaharui niat dan terus istiqamah beribadah agar Ramadan ini dapat diakhiri dengan sebaik-baiknya.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

LAJNAH DAKWAH DAN PERHUBUNGAN LUAR
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadan1447H
#lddpusim
#mediaspmm
#spmm2526
[ RUASA' OF THE SEMESTER ]

Assalamualaikum WBT.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Ahmad Fakhrul Anuwar bin Mat Sidek dan saudari Sharifah Muneerah binte Sheik Nawaz atas pemilihan sebagai ruasa' terbaik Liqa' Universiti Tahun 1 bagi Semester 1 sesi 2025/2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat kepada semua ruasa' untuk terus melaksanakan tanggungjawab dalam mengendalikan liqa' serta memimpin kumpulan dengan lebih cemerlang. Diharapkan pencapaian ini dapat menjadi contoh teladan dan diteruskan pada masa akan datang.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/mlrspmm2526

"Liqa’ The Origin Of Ummah"

MAJLIS LIQA' RUASA'
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#MLRfi🤍
#mIrspmm
#gengliqa'
#spmm2526
[ RAMADAN FAJAR BOOSTER ]

Sempena ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) membawakan Ramadan Fajar Booster, sebuah program istimewa yang dirangka khas buat mahasiswa/i dan masyarakat awam sebagai pengisian rohani di awal pagi.

Ayuh bersama-sama merebut keberkatan waktu fajar dengan menyertai perkongsian ilmu serta suntikan motivasi daripada barisan panel yang berpengalaman ini!

🎙Jemputan Istimewa:
• Nur 'Alya Insyirah Binti Shamsuwardy
(Naib Yang Di-Pertua 1 Persatuan Mahasiswa Islam USM Sesi 2025/2026)

📜Tajuk: Hidupkan Malam Ramadan dengan Ibadah
🗓 Tarikh: 6 Mac 2026
Masa: 7.00 Pagi - 8.00 Pagi
💻 Platform: TikTok
@pendakwahmuda.usim (LIVE)

Hadirin dan hadirat dijemput hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadanfajarbooster
#ramadan1447H
#mediaspmm
#spmm2526
⚜️[ RAMADAN RESET ]⚜️

Assalamualaikum WBT.

Peristiwa Nuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa al-Quran bukan sekadar kitab yang diturunkan untuk dibaca, tetapi petunjuk yang membimbing cara manusia berfikir, bertindak dan membuat keputusan dalam kehidupan. Namun setelah kita memperingati peristiwa agung ini setiap tahun, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, sejauh manakah al-Quran benar-benar memandu kehidupan kita pada hari ini?

Ayuh bersama-sama menyertai *Ramadan Reset,* anjuran Lajnah Dakwah dan Perhubungan Luar, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dalam sesi yang santai namun sarat dengan pengisian.

📜 Tajuk: Pasca Nuzul al-Quran: Adakah Kita Sudah Kembali kepada al-Quran?
🗓️ Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)
Masa: 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
💻 Platform: TikTok @pendakwahmuda.usim (LIVE)

Ayuh sama-sama manfaatkan keberkatan Ramadan. Jangan biarkan Nuzul al-Quran berlalu tanpa meninggalkan kesan dalam kehidupan kita. Sertai kami untuk mendalami ilmu serta menilai sejauh mana akrabnya hubungan kita dengan al-Quran pada hari ini. Adakah kita benar-benar telah kembali kepada-Nya?

📌 Daftar sekarang!
https://forms.gle/pY8aSpuVHyomiJcF9

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

LAJNAH DAKWAH DAN PERHUBUNGAN LUAR
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadan1447H
#lddpspmm
#mediaspmm
#spmm2526
[ MEMPERINGATI PERISTIWA NUZUL AL-QURAN ]

Nuzul al-Quran merupakan antara peristiwa paling agung dalam sejarah Islam. Ia menandakan detik permulaan turunnya wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan pedoman bagi seluruh umat manusia.

Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun, sewaktu Baginda sedang beribadah dan menyendiri untuk bermunajat kepada Allah SWT di Gua Hira', Jabal Nur, yang terletak berhampiran kota Mekah. Pada ketika itulah malaikat Jibril AS menyampaikan wahyu pertama kepada Baginda.

Firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: "(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."

(Surah Sad 38: 29)

Penurunan al-Quran tidak berlaku sekaligus, sebaliknya diturunkan secara berperingkat selama kira-kira 23 tahun, bermula di Mekah dan berterusan hingga ke Madinah. Setiap wahyu yang diturunkan menjadi panduan dalam membentuk akidah, akhlak serta sistem kehidupan umat Islam.

Antara perkara penting yang wajar dihayati daripada peristiwa Nuzul al-Quran ialah:

1. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk yang membimbing kehidupan manusia
2. Wahyu pertama bermula dengan perintah membaca, menandakan kepentingan ilmu dalam Islam
3. Penurunan al-Quran secara berperingkat menunjukkan hikmah dalam mendidik dan membimbing umat
4. Al-Quran menjadi sumber utama dalam pembentukan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam

Semoga dengan memperingati peristiwa Nuzul al-Quran ini, kita terus memperkukuhkan hubungan dengan al-Quran serta menjadikannya panduan utama dalam kehidupan.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadan1447H
#mediaspmm
#spmm2526
[ RAMADAN FAJAR BOOSTER ]

Sempena ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) membawakan Ramadan Fajar Booster, sebuah program istimewa yang dirangka khas buat mahasiswa/i dan masyarakat awam sebagai pengisian rohani di awal pagi.

Ayuh bersama-sama merebut keberkatan waktu fajar dengan menyertai perkongsian ilmu serta suntikan motivasi daripada barisan panel yang berpengalaman ini!

🎙Jemputan Istimewa:
• 'Ulya Marsya binti Mohd Nazri
(Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Darul Quran-USIM Sesi 2025/2026)

📜Tajuk: Nuzul al-Quran: Titik Turunnya Petunjuk Ilahi
🗓 Tarikh: 7 Mac 2026
Masa: 7.00 Pagi - 8.00 Pagi
💻 Platform: TikTok
@pendakwahmuda.usim (LIVE)

Hadirin dan hadirat dijemput hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadanfajarbooster
#ramadan1447H
#mediaspmm
#spmm2526
[ SALAM NUZUL QURAN ]

Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ia bukan sekadar kitab yang dibaca, bahkan panduan yang menjelaskan jalan kebenaran serta membezakan antara yang hak dan yang batil.

Firman Allah SWT:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Maksudnya: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."

(Surah al-Baqarah 2: 185)

Peringatan Nuzul al-Quran bukan sekadar mengenang detik turunnya wahyu, tetapi juga mengingatkan umat Islam tentang tanggungjawab untuk mendekati al-Quran, memahami maknanya serta menjadikannya panduan dalam kehidupan.

Semoga peringatan ini mendorong kita untuk terus memperkukuh hubungan dengan al-Quran, membacanya dengan tadabbur, memahami maknanya, serta berusaha mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Teruskan ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 25/26
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 25/26
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 25/26
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#mediaabpi
#abpi2026
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
[ SEJARAH PERANG BADAR ]

Tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah mencatatkan satu tinta emas dalam lembaran sejarah Islam melalui peristiwa Perang Badar al-Kubra. Perang ini bukan sekadar pertembungan fizikal, malah ia merupakan Yaum al-Furqan, iaitu hari yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Di Lembah Badar, seramai 313 pejuang Islam yang serba kekurangan dari segi kelengkapan telah berhadapan dengan hampir 1,000 tentera Musyrikin yang lengkap bersenjata. Sejarah telah merakamkan bagaimana keimanan yang teguh dan pergantungan mutlak kepada Allah SWT telah menjadi kunci utama kepada kemenangan besar umat Islam dalam peperangan pertama ini.

Peristiwa ini membuktikan bahawa Ramadan adalah bulan kekuatan dan perjuangan, bukannya bulan untuk bersikap lemah atau berputus asa dalam mempertahankan akidah.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur."

(Surah Ali 'Imran 3: 123)

Semoga semangat para pejuang Badar, menyuntikkan keberanian dalam diri kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah dan ketaatan kepada-Nya.

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

#ramadan1447H
#mediaspmm
#spmm2526