INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20
1.48K subscribers
553 photos
25 videos
45 files
109 links
Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor
Download Telegram
Forwarded from Group Parents Tahun 6(2023)
Surat Penempatan Tingkatan 1 bagi sesi 2024/2025.

Ibu bapa / penjaga kepada murid tahun 6 , bolehlah mengambil surat tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh.  : 13 Februari 2024
Hari.      :  Selasa
Masa.   :  12 00 tgh hingga 3.00 ptg
Tempat : Dewan Aminuddin Baki SKS20 (mengikut kelas anak msg²)

# Selepas jam 3.00 ptg, surat tersehut bolehlah diambil di pejabat SKS20 sahaja.

# Sebarang perubahan masa akan dimaklumkan segera. Bimbang sistem IdMe lambat di akses.
Forwarded from Zul Ciptarasa
Boleh berhubung dengan Pn. Ani (pic / staf kedai buku sekolah) jika ada perlu: +60189874262
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

Mohon keprihatinan ibu bapa / penjaga kepada murid bukan warga negara untuk untuk membuat pembaharuan semula jika telah tamat tempoh bagi dokumen berikut:

1. Surat kelulusan JPN iaitu Surat Kemasukan Murid Bukan warganegara ke Sekolah Kerajaan
2. Pass Pelajar
3. Bayaran levi
Dan lain-lain dokumen yang berkaitan sebelum sesi persekolahan 2024/2025 bermula.

Terima kasih.
SEMAKAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2024/25

Semakan boleh dibuat mulai 1 Mac 2024

Tarikh Pendaftaran: 18 Mac 2024

Semakan & rayuan boleh dibuat melalui URL berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA):
https://spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM:
https://spskt4.moe.gov.my/
Sekiranya ibu bapa / penjaga yang memerlukan bantuan kerajaan, Ketua Isi Rumah (KIR) boleh cuba memohon kepada:

1. Lembaga Zakat Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/

2. eKasih
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx

Harap maklum
Terima kasih.
*PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM BACK TO SCHOOL MBI 2024 DUN BATU TIGA TELAH DI BUKA*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Tiga telah membuka dan mengedar borang permohonan bantuan Program Back To School MBI DUN Batu Tiga pada *21 Februari 2024* sehingga *Kuota Permohonan Penuh*(300 penerima sahaja).

*Syarat-Syarat Permohonan*
1) Ibubapa merupakan pengundi *N41 Batu Tiga*
2) Pendapatan Seisi Rumah *TIDAK* melebihi RM5,000.00
3) Ibubapa *BUKAN* tergolong dalam penerima bantuan *BINGKAS*, *TAWAS (anak kelahiran 2017)* dan *Lembaga Zakat Selangor*
4) Hanya SATU pemohonan sahaja bagi SATU keluarga

Sila lampirkan bersama dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan proses permohonan anda.

Borang permohonan boleh di ambil di PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BATU TIGA.

*Waktu Operasi Pejabat*
Setiap hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang.
Rehat : 1.00 - 2.00 petang.
Jumaat : 12.30 - 2.30 petang.

Lokasi Pejabat DUN Batu Tiga boleh klik di sini : https://https://maps.app.goo.gl/iwAnREdrEAXSM7kU9?g_s

03-5524 5623
013-4170041
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

Untuk makluman ibu bapa / penjaga..
Murid dibenarkan untuk memakai pakaian sukan sekolah pada hari pertama persekolahan 11 Mac 2024.
Terdapat aktiviti senamrobik / permainan

Ibu bapa / penjaga yang hadir diminta mengisi borang kehadiran yang disediakan sepanjang minggu pertama ini.
Terima kasih