Relate This - reaching out for advice
1.48K subscribers
82 photos
41 videos
210 links
Sunyi? Down? Love Issues?
Relate THIS! sedia jadi tempat untuk member Pedang share story dengan secara anonymous.

Kongsikan di sini. Habis luah, settle, move on.
Ikut panduan dan tatacara yang telah disediakan sebelum menghantar story ke @reachme_robot
Download Telegram
๐Ÿ‘‰MAK DAH NAK KAWEN NYAH

KISAH


Assalamualaikum semua, saya seorang lelaki yang pernah top and bottom. Saya tidak lama lagi akan bernikah dan mempunyai keluarga. Jadi, saya disini ingin pendapat dan nasihat drp pembaca macam mana nak mengelakkan diri terlibat dengan dunia pelangi ini. Saya takut nanti pasangan akan tahu kisah silam saya. Saya berfikir terus dan mungkin ini jalan yang terbaik untuk mendapatkan pendapat org lain juga. Terima kasih

๐Ÿ’Œ Kiriman:- Mr Unown

=============================
Hantar KISAH anda @reachme_robot
Kembali ke indeks https://t.me/relateTHIS/23

Comments:
https://t.me/RelateThis/289
Tengok couple tu. Pergi beli wiper kat kedai dua ringgit pun bersama. Ganti wiper pun bersama. Very romantic. Very sweet. Very demure.

Kadang-kadang, bukan destinasi yang penting, tetapi perjalanan itu sendiri. Pergi ke kedai dua ringgit mungkin kelihatan seperti tugas biasa, tapi bila dilakukan bersama pasangan, ia berubah menjadi momen istimewa.

Bayangkan berdua melangkah masuk ke dalam kedai, tangan saling menggenggam, mata mencari-cari wiper yang sesuai. Ada tawa kecil ketika salah seorang mungkin tersalah ambil produk, dan kemudian detik berharga apabila wiper yang betul ditemui. Sederhana, tetapi ada manis yang tersembunyi di situ.

Selain beli wiper bersama, banyak lagi momen kecil yang boleh dijadikan momen romantik bersama pasangan. Contohnya:

1. Beli aiskrim Solero di kedai runcit
Sama-sama pilih aiskrim, kemudian menikmatinya sambil berjalan-jalan santai di taman atau tepi pantai. Setiap gigitan sejuk terasa lebih manis bila dilakukan bersama orang tersayang.

2. Isi minyak kereta bersama
Walaupun nampak biasa, isi minyak kereta boleh jadi satu aktiviti yang penuh kenangan. Sambil tunggu meter minyak bergerak, anda boleh berbual santai, berjenaka atau mungkin berpegangan tangan ketika menunggu.

3. Jalan-jalan di pasar malam
Pasar malam penuh dengan makanan sedap dan suasana ceria. Pilih makanan kegemaran masing-masing dan berkongsi. Aktiviti seperti ini bukan saja menyeronokkan, tapi juga memperkuatkan ikatan.

4. Pergi kedai buku bersama
Jalan-jalan di kedai buku, masing-masing pilih buku yang menarik. Duduk bersama di sudut kedai, berbual tentang buku atau majalah yang anda jumpa. Suasana tenang dan intim.

5. Menonton rancangan kegemaran bersama
Buat popcorn, duduk di sofa, dan tonton rancangan atau drama kegemaran bersama. Detik-detik berbual tentang watak atau plot cerita boleh menjadi perbualan yang menarik dan mengeratkan hubungan.

6. Bersarapan di kedai mamak
Bangun awal dan nikmati sarapan roti canai dan teh tarik di kedai mamak kegemaran. Walaupun simple, detik-detik seperti ini akan terasa manis bila dilalui bersama.

Momen romantik tak perlu dirancang besar-besaran. Yang penting, bagaimana anda dan pasangan menghargai setiap detik kecil yang dihabiskan bersama.
โค4
Pernah tak alami situasi di mana najis degil tak mahu turun walaupun dah flush berkali-kali dan curah air? Jangan risau, ia biasanya tidak membahayakan. Najis yang timbul sering kali disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

โœ… Makanan tinggi serat โ€“ Makanan macam buah, sayur, dan bijirin penuh boleh buat najis lebih ringan, sebab tu dia timbul.

โœ… Banyak gas โ€“ Kalau pencernaan hasilkan banyak gas, najis pun lebih ringan dan timbul.

โœ… Kandungan lemak tinggi โ€“ Lemak yang tak diserap sepenuhnya buat najis terapung.

Walaupun ia tak merbahaya, kalau berterusan atau ada gejala lain, eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Owh jangan jadikan alasan untuk tinggalkan najis tanpa di pam, sila pastikan ia turun ke tempat sepatutnya
โค4๐Ÿ‘1
Orang yang patah semangat itu indah. Mereka harus menyusun kembali diri mereka setiap hari.

Ada kekuatan luar biasa dalam diri mereka yang menghadapi perjuangan secara langsung, membangun kembali diri mereka satu per satu.

Setiap hari adalah bukti ketahanan dan keberanian mereka. Perjalanan mereka bukan hanya tentang bertahan; ini tentang menerima luka mereka dan mengubah rasa sakit menjadi kebijaksanaan.

Mari kita hargai pertempuran sunyi yang mereka hadapi dan mengakui keindahan dalam ketabahan mereka.

Lagipula, melalui retakanlah cahaya menemukan jalannya masuk.
๐Ÿ‘5โค3
Pernahkah anda merasa terlalu penat memenuhi harapan orang lain sehingga terlupa pada diri sendiri?

Setiap kali kita berkata โ€œYaโ€ pada permintaan orang lain, kita sebenarnya sedang berkata โ€œTidakโ€ pada keperluan diri sendiri. Sedangkan, berani menolak bukanlah tanda tidak peduli.

Ingatlah, anda tidak perlu membuktikan diri kepada sesiapa. Tidak semua orang perlu tahu cerita penuh di sebalik setiap tindakan anda. Yang benar-benar memahami, akan faham situasi anda tanpa curiga atau soal.

Sayangilah diri, hargai diri. Kita semua berhak untuk rasa bahagia, dihargai, dan cukup baik tanpa perlu memuaskan semua hati.

Cukuplah dengan hati anda yang penuh kasih sayang untuk diri sendiri.
โค4๐Ÿ‘1
Bayangkan bangun setiap hari dengan wajah yang membuat orang berpaling. Warna hijau Elphaba dalam Wicked bukan hanya sekadar kulit, tetapi simbol bagaimana dunia melihat dan melabelkan mereka yang berbeza

Setiap langkahnya disalah faham, setiap niat baik dipandang sinis. Dia dibuli, dipinggirkan, dan dilabel sebagai โ€œjahatโ€ hanya kerana dia tidak kelihatan seperti orang lain.

Namun, daripada membiarkan luka itu melemahkannya, Elphaba memilih untuk bangkit. Pengalaman pahitnya menjadi api yang membakar semangatnya untuk berdiri teguh dan melawan ketidakadilan dunia.

Jika anda pernah dipinggirkan atau dibuli, ingatlah, Apa yang anda lalui adalah bukti kekuatan anda. Tidak semua orang mampu bertahan seperti anda.

Gunakan pengalaman itu untuk membina diri, bukan untuk meruntuhkan harapan. Jadikan ia pengingat bahawa walaupun dunia boleh kejam, anda lebih hebat daripada apa yang mereka fikirkan.

Wicked 9/10
โค1
Dari luar, hidup sendiri mungkin kelihatan sepi. Ada yang berfikir, โ€œMesti kesunyian tanpa sesiapa di sisi.โ€

Setiap tingkap di dunia ini membawa cerita berbeza. Hidup sendiri bukan tentang kesunyian, tapi tentang menemui kebahagiaan dalam ruang milik kita.

Hidup sendiri adalah peluang untuk mencipta kisah yang unikโ€”kisah yang hanya milik anda. Nikmati perjalanan ini dengan cinta pada diri sendiri dan kesyukuran โค๏ธ
โค4
Aku tidak membenci kamu, 2024.

Tapi kamu adalah tahun yang penuh cabaran,
dipenuhi perubahan dan pelajaran.
Kamu tunjukkan bahawa hidup boleh berubah sekelip mata
dan ajarkan aku untuk lebih mempercayai diri sendiri.

Namun, yang paling utama, kamu buat aku sedar bahawa kesihatan โ€”
fizikal, emosi, mahupun mental โ€” adalah perkara yang paling penting.

Masih banyak yang belum aku fahami.
Tapi aku percaya, dengan masa,
aku akan mengerti sebab dan tujuan di sebalik setiap kejadian.

Kamu ajarkan bahawa tidak semua persoalan memerlukan jawapan segera.
Dan tidak semua pengakhiran adalah sebuah kehilangan.
Kadang-kadang, ia hanya hidup yang sedang menyediakan ruang untuk sesuatu yang baru.

Kamu tunjukkan bahawa diam bukanlah erti kaku.
Ia adalah keheningan di mana penyembuhan berlaku.

Aku belajar bahawa di saat ketidakpastian sekalipun,
aku masih mampu mencipta kebahagiaan.
Momen kecil yang singkat,
namun cukup membawa aku melalui hari-hari yang paling sukar.

Kamu buat aku menghargai yang biasa-biasa.
Pagi yang tenang, kata-kata yang baik,
dan malam yang lena tanpa gangguan.

Aku mungkin belum sepenuhnya memahami semua yang kamu lalui bersama aku,
tapi aku percaya pelajaran itu akan terserlah pada waktunya.

Terima kasih, 2024,
kerana memecahkan aku, menjadikan aku lebih lembut, lebih bijak, dan lebih berani.

Kamu tidak mudah,
tapi kamu sememangnya diperlukan.
โค4๐Ÿ‘1
Kes 1
Seorang surirumah datang dengan kerap demam & sakit tekak.Disangkakan tonsil bengkak.Hasil pemeriksaan ada keputihan (oral trush) dalam mulut sampai ke kerongkong.
HIV test positive.
Suami ex-IVDU on HAART & Methadone.
Pesakit dirujuk ke hospital.Disahkan AIDS & meninggal beberapa bulan kemudiannya.Suami bertahan dengan rawatan HAART sehingga sekarang.

Kes 2.
Seorang pembantu perubatan datang klinik untuk minta MC sebab demam.
Bila di periksa ada keputihan dalam mulut.Nafi terlibat dengan aktiviti sumbang.Single.
Tapi mengaku pernah ada needle prick injury.Tak pernah buat incidence report.
HIV test positive.
Dirujuk ke hospital.Disahkan HIV positif.Rawatan HAAART dimulakan.
Ditukarkan dari bahagian klinikal ke bahagian pentadbiran.
Tidak dibenarkan menyentuh pesakit.
Masih berkhidmat sehingga kini.

Kes 3
Seorang lelaki 40an,bujang dibawa oleh ahli keluarga.Sakit berbulan2 sehingga tinggal tulang.Berat lingkungan 35kg++.Tak mampu berjalan kerana terlalu lemah.Cengkung sehingga lekuk di tepi dahi.Dah bawa ke KK kononnya tak dapat kesan penyakit.Bawa jumpa ustaz dikatakan kena santau
Bila diperiksa ada oral trush.
As expected HIV test postive.
Bila ditanya lebih lanjut pesakit mengaku dah HIV positif & TB positif sejak 1 tahun+ lalu.Tapi balik kampung sebab nak lari dari rawatan KK & Hospital.Mengaku pernah langgan pondan semasa muda dahulu.Minta rahsiakan dari keluarga.
Pesakit meninggal 2 minggu kemudian.

Oral Trush atau dikalangan orang Melayu dikenali sebagai Serawan adalah jangkitan kulat putih Candidiasis pada bahagian mulut.Kulat sama yang menyebabkan keputihan wanita.Dianggap tidak berbahaya jika menyerang bayi atau kanak2.

Andai dewasa dijangkiti Oral Trush perkara pertama yang perlu diperiksa adalah HIV test.Terutama jika menyerang sehingga kerongkong (oropharyngeal).

Kerana Candidiasis ini agak mustahil untuk menyerang dewasa melainkan antibodi pesakit terlalu lemah.Terutamanya HIV & Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

www.wassap.my/+60109820230/checkpenyakitmisteri
๐Ÿ‘10๐Ÿ˜ฑ3โค2๐Ÿ˜ญ1
Forwarded from Pedang.fun Official Telegram (Syair si Pariยฒ)
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada Jam 7:10 Malam Di Institut Jantung Negara, KL.

Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Allahyarham
Al-Fatihah.

Ikhlas drpd :
๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜๐Ÿ˜†

Komen :
https://t.me/Pedangfun/1372
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ˜ข6๐Ÿ˜ญ2๐Ÿ˜ฑ1๐Ÿ™1
In 2020, two men made an โ€œEarth Sandwichโ€ ๐Ÿ˜‚
One was in New Zealand and the other in Spain. At the exact same time, they each placed a slice of bread at precisely opposite points on the globe.
They used latitude and longitude coordinates to make sure the locations were perfectly aligned, placing one slice of bread at each point.
This created an Earth Sandwich โ€” with 12,724 kilometers of planet Earth stuffed between the two slices of bread ๐Ÿ˜‚
โค4๐Ÿ˜1
Fakta Mengejutkan Tentang Kentut & Kesihatan

Kentut sesuatu yang sering buat kita ketawa malu. Tapi sebenarnya, ia adalah bahasa rahsia usus yang sihat. Dan di sebalik bau dan bunyi, ada fakta yang ramai tak tahu.

1. Kentut 10โ€“25 kali sehari adalah normal.
Ia tanda usus aktif & bakteria baik sedang bekerja.

2. Kebanyakan kentut tidak berbau.
~99% komposisi gas ialah nitrogen, oksigen, karbon dioksida & metana yang tidak berbau.

3. Bau kuat datang dari sulfur.
Makanan tinggi sulfur seperti telur, daging merah & bawang hasilkan gas hidrogen sulfida (bau busuk).

4. Anda boleh kentut ketika tidur.
Otot lebih relaks, dan usus tetap bergerak walaupun tubuh rehat.

5. Kentut tak berbunyi biasanya lebih busuk.Ia bergerak perlahan, lalu lebih banyak gas sulfur terperangkap.

6. Kentut tak berbau biasanya dari udara yang ditelan. Contohnya ketika minum dengan straw, makan laju, atau banyak bercakap semasa makan.

7. Wanita juga kentut sama banyak dengan lelaki. Stereotaip salah tapi wanita biasanya lebih menahan dan melepaskan secara senyap.

8. Kentut berlebihan boleh petanda masalah kesihatan.
Contoh: intoleransi laktosa, (IBS), sembelit,

9. Diet tinggi serat hasilkan lebih kentut.
Serat tidak dicerna sepenuhnya di usus kecil โ†’ ditapai oleh bakteria di usus besar โ†’ jadi gas.

10. Tahan kentut terlalu lama boleh sebabkan gas naik ke atas.Ini boleh buat rasa kembung, sendawa berlebihan, atau tekanan dalam perut.

11. Stress boleh ganggu corak kentut.
Tekanan emosi mempengaruhi pergerakan usus dan pengeluaran gas.

Kentut tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
Ia sebahagian dari fisiologi badan. Menahan kentut bukan sahaja tak selesa, malah boleh bawa kesan kesihatan.
๐Ÿ‘5
Korang pernah tak jalan lancar-lancar pastu jem gila punya lama, lepas tu bila sampai depan, kosong takde apa pun?

Tu la orang panggil phantom jam. Jem yang muncul tanpa sebab jelas. Sebenarnya benda ni boleh jadi sebab orang tekan brek tak tentu hala, lepas tu kereta belakang pun ikut brek. Lama-lama jadi gelombang jem sampai belakang panjang gila.

Selalu berlaku masa trafik padat, bila semua kereta rapat sangat. Sekali ada satu je brek mengejut, automatik yang belakang terpaksa buat benda sama. Bukan sebab eksiden pun, cuma cara pemandu yang tak steady.

Kalau semua orang jaga jarak dan pecut dalam pace yang konsisten, benda ni boleh elak. Tapi biasalah, ada yang suka main phone, tukar lorong ikut suka hati, tu yang jadi gangguan kecil berubah jadi jem panjang.

Lagi satu, orang yang tak sabar ni pun penyumbang. Suka potong masuk lorong sempit, lepas tu brek sebab tak sempat. Orang belakang terkejut, ikut brek jugak. Kalau ulang banyak kali, confirm jem keluar entah dari mana ๐Ÿ˜‚

Nak elak phantom jam ni, jaga jarak, jangan follow rapat sangat. Bila korang follow smooth dan tak tekan brek kuat-kuat, trafik pun lebih stabil. Nampak remeh, tapi memang boleh bantu elak masalah jem hantu ni.

Kadang korang rasa macam Waze tipu sebab dia kata clear, tapi bila sampai, jem pula. Sebenarnya bukan tipu, cuma phantom jam ni memang tak kekal. Dia datang bila pemandu tak konsisten, lepas tu hilang sendiri.

Kalau semua orang lebih sabar dan tenang masa drive, banyak masalah macam ni boleh settle. Tapi tu la, nak semua orang sabar atas jalan tu kadang susah sikit.
โค4
Manfaat Yang Anda Tak Sangka Dengan Berjalan di Shopping Mall

Ramai fikir shopping mall tempat โ€˜buang duitโ€™. Tapi sebenarnyaโ€ฆ ia juga tempat โ€˜buang kaloriโ€™.
Berjalan santai dalam mall besar seperti IOI City Mall, 1 Utama atau Pavilion boleh capai hingga 10,000 langkah tanpa anda sedar pun

Jadi kalau anda rasa susah nak cari masa bersenam, Mula saja dengan pusing mall satu pusingan.

Badan rasa ringan, jika ada Sale mungkin ada senaman angkat beban juga ๐Ÿ’ช
๐Ÿ‘4
Dia tak pernah datang dengan pisau.
Dia datang dengan senyuman.

Pandai masuk, pandai dengar.
Tak pernah marah, tak pernah menentang.
Tapi setiap kata yang diluah, setiap rahsia yang diberi,
disimpan kemasโ€ฆ macam senjata.

Tapi dalam diam, dia kumpul semuanya.
Cerita kita. Kelemahan kita. Rasa percaya kita.

Dan bila sampai waktunya, topeng tu tercabut sendiri.
Senyuman bertukar jadi sindiran.

Manusia bertopeng tak datang dari jauh.
Selalunya, dia duduk paling hampir.
Paling manis. Paling โ€˜adaโ€™.

Cerita gelap tak ditulis oleh musuh.
Ada satu spesis manusia pelik.

Kat status Facebook, kat story IG, kat group Wasap โ€” Bangga cakap:

โ€œAku takkan pernah settle for less.โ€
โ€œAku tahu value aku.โ€
โ€œAku deserve yang terbaik!โ€

Tapi peliknyaโ€ฆ

Dalam dunia sebenar โ€”
๐ƒ๐ข๐š๐ฅ๐š๐ก โ€˜๐ฅ๐ž๐ฌ๐ฌโ€™ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐ฌ๐š ๐ฌ๐ž๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ.
Dialah beban emosi dalam relationship orang lain.
Dialah toxic partner yang tak reti tanggungjawab.
Dialah kawan yang penuh ego, tapi kosong hati.
Dialah pekerja yang banyak cakap, kerja tak jalan.
Dialah anak yang kuat melawan, tapi duit untuk mak ayah sikit pun tak pernah hulur.

๐‚๐š๐ค๐š๐ฉ ๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ฅ โ€œ๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐๐š๐ซ๐โ€,
๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐๐จ๐ฎ๐›๐ฅ๐ž ๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐๐š๐ซ๐.

Dia nak orang sabar dengan perangai diaโ€ฆ
Tapi dia tak pernah sabar dengan perangai orang lain.
Dia nak orang jujurโ€ฆ
Tapi dia sendiri penuh muslihat.
Dia nak pasangan yang setiaโ€ฆ
Tapi dia melayan sini sana.
Nak orang faham diaโ€ฆ
Padahal dia sendiri tak faham kenapa ramai menjauh.

๐ƒ๐ข๐š ๐ฅ๐š๐ฎ๐ง๐  โ€œ๐ฌ๐ž๐ฅ๐Ÿ-๐ฅ๐จ๐ฏ๐žโ€ ๐ค๐ฎ๐š๐ญ-๐ค๐ฎ๐š๐ญ.
Tapi sebenarnya tu semua cuma acah-acah confident nak tutup hakikat,
Yang dia sebenarnya takut nak akui:
๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐›๐š๐ ๐ฎ๐ฌ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐.

Nak demand pasangan jaga hati,
tapi setiap kali gaduhโ€ฆ dia yang dulu buka aib.
Nak demand kawan yang support,
tapi setiap kali kawan jatuhโ€ฆ dia yang dulu hilang.
Nak demand dunia bagi peluang,
tapi setiap kali peluang datangโ€ฆ dia sendiri lari.

Ironinyaโ€ฆ

๐ƒ๐ข๐š ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ข๐ง ๐ญ๐š๐ค ๐œ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐๐š๐ซ๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐š,
๐’๐ž๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐š ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐ญ๐š๐ค ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐ซ๐ž๐ช๐ฎ๐ข๐ซ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐š ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง.

Dia rasa semua orang silap.
Padahal semua orang dah move on,
Tinggal dia sorang masih sibuk nak menangkan ego sendiri yang dah reput.

Kadang-kadang kita ni bukan tak dihargai.
Kita ja yang rasa terlebih berharga dari nilai sebenar.
Bila orang tak sanggup beli,
Kita marah cakap orang tak mampu.
Padahal kita sendiri tak jujur dengan kualiti yang kita offer.

๐’๐ž๐ฅ๐Ÿ-๐ฐ๐จ๐ซ๐ญ๐ก ๐ญ๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ .
Tapi kalau diri masih penuh racun,
Jangan expect dunia nak minum racun tu sebab kita letak dalam gelas kristal.

Fikir la sikitโ€ฆ

Kalau ramai sangat โ€œtak cukup bagusโ€ untuk kita,
Kenapa kita masih sorang?

Kalau semua ex kita โ€œproblemโ€,
Ada tak kemungkinanโ€ฆ kita sebenarnya punca?

Kalau semua kerja bosan, semua orang salah, semua tempat tak kenaโ€ฆ
Ada kemungkinanโ€ฆ yang tak kena tu bukan dunia,
Tapi hati kita yang dah berkulat,
Tapi kita makeup dengan kata-kata motivasi sendiri.

๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ-๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ฏ๐š๐ฅ๐ฎ๐ž ๐๐ข๐ซ๐ข,
๐“๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ฃ๐ž๐ซ๐ข๐ญ ๐ค๐š๐ญ ๐ฌ๐ญ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ.
Dia senyap jaโ€ฆ tapi satu kampung hormat.
Dia low profileโ€ฆ tapi pasangan dia bangga.
Dia tak banyak demandโ€ฆ tapi kualiti dia buat orang berlumba nak bagi yang terbaik.

So sebelum kita laung lagi โ€œAku takkan settle for lessโ€โ€ฆ
Tanya diri:

Adakah aku dah bukan โ€œlessโ€ tu?

๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ,
๐๐š๐ข๐ค๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ.
๐”๐ฉ๐ ๐ซ๐š๐๐ž ๐ฃ๐ข๐ฐ๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ.
๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก ๐ก๐š๐ญ๐ข,
๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข.

Sebab bila kau betul-betul jadi โ€˜lebihโ€™,
๐Š๐š๐ฎ ๐ญ๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐œ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐ฉ๐ฎ๐ง.
๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ค๐š๐ง ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค.

Dan waktu tu,
Kau takkan perlu settle untuk apa-apaโ€ฆ
๐’๐ž๐›๐š๐› ๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐š๐ฎ.
โค5๐Ÿฅฐ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
I hope your kids are straight...
โค3
Simpan lama-lama, rosak dalam diam.

Ramai lelaki tak sedar sperma pun ada โ€˜tarikh luputโ€™. Kajian meta-analisis oleh Lo Giudice et al. mendapati, terlalu lama tidak ejakulasi boleh tingkatkan kerosakan DNA sperma (DNA fragmentation). Bila sperma disimpan terlalu lama, ia terdedah kepada radikal bebas dan suhu panas dalam badan, menyebabkan kualitinya menurun.

Kesannya?
Sukar untuk pasangan hamil, risiko embrio tak berkembang, atau keguguran awal.

Jadi apa boleh buat untuk tingkatkan kesuburan?

๐Ÿฉฒ Elak pakai seluar terlalu ketat
๐Ÿ’ป Jangan letak laptop atas peha
๐Ÿ•ฐ๏ธ Jangan โ€˜simpanโ€™ terlalu lama (2โ€“4 hari antara ejakulasi adalah ideal)
๐Ÿšญ Elak rokok & vape
๐Ÿƒ Aktif bersukan, kurangkan stres
๐Ÿช‘ Jangan duduk terlalu lama tanpa rehat

Kesuburan lelaki bukan sekadar โ€˜kuatโ€™. Ia tentang gaya hidup yang sihat dan konsisten.

Komen :
https://t.me/RelateThis/307
โค1
Berikut beberapa cara berkesan untuk hilangkan rasa pedas di tangan selepas makan atau mengendalikan makanan pedas seperti cili:

๐Ÿ”ฅ 1. Cuci dengan Sabun dan Air Suam
Gunakan sabun cecair pencuci pinggan (lebih kuat daripada sabun tangan biasa) dan air suam.
Gosok seluruh tapak tangan, celah jari dan bawah kuku.

๐Ÿฅ› 2. Rendam Tangan dalam Susu atau Yogurt
Capsaicin (bahan pedas dalam cili) larut dalam lemak, bukan air.
Rendam tangan dalam susu penuh krim, yogurt, atau krim selama 5โ€“10 minit.

๐Ÿ›ข๏ธ 3. Gunakan Minyak Masak
Sapu tangan dengan sedikit minyak masak (minyak zaitun atau minyak sayur) dan gosok.
Lap dengan tisu, kemudian cuci dengan sabun.

๐Ÿง‚ 4. Gosok dengan Garam atau Gula
Campur sedikit garam kasar atau gula dengan air untuk buat skrub semula jadi.
Gosok lembut untuk bantu tanggalkan capsaicin dari kulit.

๐Ÿ‹ 5. Gunakan Jus Lemon atau Cuka
Perah jus lemon atau guna cuka putih dan sapu pada tangan.
Ini bantu neutralisasi bahan kimia pedas.

โŒ Elak:
Jangan gosok mata atau muka sebelum basuh tangan.
Elakkan guna air panas sangat โ€” boleh buka liang pori dan buat capsaicin serap lebih dalam.

Jika pedas masih terasa:
Ulang rendam tangan dalam susu atau yogurt.
Gunakan krim lidah buaya atau minyak kelapa untuk melegakan jika rasa pedih masih berpanjangan.
โค2
Blue Whale: The Oceanโ€™s Giant.

Youโ€™re looking at the largest penis on the planet โ€” up to 2.8 meters long.

When he unloads, itโ€™s a biblical flood: over 20 liters of semen blasted into the ocean.

Only one sperm is needed to get the job doneโ€ฆ
So the rest?
Floating around. Diluted. Everywhere.

You ever swallowed seawater at the beach?

Yeah.

Good luck unthinking that.

#bluewhale #whale #anatomy #JustNatureThings
#BiologyDoesntCare
Seni Mengabaikan Demi Ketenangan

Dalam hidup ini, kita akan jumpa macam-macam orang dan macam-macam situasi. Ada yang menguji sabar, ada yang mengundang marah, dan ada yang sengaja mahu melihat kita hilang arah.

Tapi semakin kita dewasa, semakin kita faham tidak semua perkara perlu diberi perhatian, dan tidak semua orang layak mendapat reaksi.

Seni mengabaikan bukan tentang lari atau berpura-pura kuat.

โœ… Ia tentang memilih ketenangan berbanding perbalahan.

โœ… Ia tentang menjaga ruang dalam hati agar tidak diceroboh oleh perkara yang tidak membawa damai.

Mengabaikan bukan bererti kalah, tapi tanda kita cukup bijak untuk tidak membiarkan perkara kecil merosakkan hari yang besar.

Kadang-kadang, kekuatan bukan pada suara yang paling lantang, tapi pada jiwa yang paling tahu bila untuk diam. Dalam dunia yang bising dan penuh emosi, belajar untuk tidak peduli pada perkara yang tak penting adalah hadiah paling besar untuk diri sendiri.
โค4๐Ÿ‘3