Rakan Muda Official
622 subscribers
1.74K photos
94 videos
1 file
190 links
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara
Download Telegram
Selesai Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Terengganu hari ini.

Kita jumpa mereka yang terlibat dengan ARPRM untuk kongsi sistem 'log book' yang akan kita guna nanti untuk perekodan aktiviti peserta ARPRM.

Semestinya kita nak ikut trend teknologi. Dalam masa yang sama, kita nak mudahkan peserta, badan operasi dan pegawai ARPRM di daerah atau negeri untuk melaksanakan program ini.

Mudahkan? Ayuh sertai ARPRM!

#RakanMuda
#ARPRM
#JBSNBersama
#WorldReady
Hari ini Team Rakan Muda di Kangar, Perlis untuk Program Prolog Sistem ARPRM.

Kami kongsi perihal sistem yang bakal digunakan kelak untuk perekodan aktiviti peserta ARPRM. Bila guna sistem, ia akan mudahkan semua pihak. Sebarang urusan akan lebih mudah dan cepat.

Kawan-kawan yang berminat nak sertai ARPRM, jangan tunggu, hubungi Pejabat Belia dan Sukan berhampiran anda!

#RakanMuda
#JBSNBersama
#ARPRM
#WorldReady
Program Prolog Sistem ARPRM hari ini singgah di Pulau Mutiara. Mana lagi kalau bukan Penang.

Nak kata rahsia, bukan rahsia dah. Tapi lepas ni kalau ada anak muda nak buat ARPRM, toksah tulih buku log secara manual dah. Semua hujung jari saja, guna sistem. Tak gaduh nak bawak buku ke hulu, ke hiliaq.

Mana hat minat nak buat ARPRM, jangan dok buat lecey, hampa cepat-cepat contact teruih Pejabat Belia dan Sukan yang dekat dengan hampa, tanya A to Z!

Kelia!

#RakanMuda
#JBSNBersama
#ARPRM
#WorldReady
Hari ini Team Rakan Muda berada di Sarawak Bumi Kenyalang untuk berkongsi perihal Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang bakal digunakan kelak.

Sebelum ini, peserta ARPRM tulis 'log book' secara manual. Tapi selepas ini, kita akan gunakan sistem, isi secara 'online' selari dengan trend teknologi semasa. Senang cerita, peserta bukan setakat seronok buat aktiviti, tapi seronok juga sebab perekodan semua di hujung jari.

Nak tahu lebih lanjut berkaitan ARPRM dan sistem yang bakal digunakan ini, bolehlah hubungi Pejabat Belia dan Sukan berhampiran anda.

#ARPRM
#WorldReady
#RakanMuda
#JBSNBersama
#WorldReady
Dak Rakan Muda hari ini di Melaka untuk Program Prolog Sistem ARPRM. Best nau boleh kongsi dengan dak Melaka pasal sistem yang akan ganti kaedah perekodan manual ni.

Bila guna sistem ni, kita akan mudahkan semua pihak termasuklah peserta, pemimpin dan pegawai di daerah serta negeri. Lepas ni semua peserta yang duduk kampung ke bandau ke, guna sistem je. Log book online lah katakan.

Anak-anak muda yang berumur 14-24 tahun elok join ARPRM ni. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat Belia dan Sukan berdekatan ya.

#RakanMuda
#JBSNBersama
#ARPRM
#WorldReady
Dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), tanggungjawab pemimpin bukanlah semata-mata sebagai penunjuk arah agar peserta dapat memperoleh tahap-tahap pentauliahan. Ia sebenarnya lebih dari itu.

Pemimpin inilah yang akan berperanan sebagai pencetus kepada nilai-nilai yang ingin dibangunkan dalam diri anak muda. Oleh sebab ini, buat julung kalinya Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan program TOT ARPRM yang mengumpulkan pelbagai pemegang taruh dalam pelaksanaan ARPRM.

Kursus yang bermula dari 21 hingga 23 Ogos 2022 ini juga bermatlamat untuk melahirkan pemimpin yang berupaya menjadi 'focal point' atau pakar rujuk bagi pelaksanaan ARPRM di pelbagai peringkat sama ada zon, negeri dan daerah. Secara amnya, peranan memperkasa anak muda kini adalah tanggungjawab kita bersama. Ya! ARPRM adalah platformnya!

#ARPRM
#RakanMuda
#JBSNBersama
#WorldReady
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menjanjikan perjalanan yang lebih jauh dan luas. Bukan sekadar di peringkat tempatan, keupayaan anda mampu terjah sehingga ke peringkat global.

Saudara Potter Ka Kai Fong telah buktikan apabila beliau terpilih sebagai salah seorang "Emerging Leader Representative to The International Council for The Asia Pacific Region". Senang cerita, Saudara Potter adalah wakil dari Rantau Asia Pasifik yang akan membawa suara anak muda ke 'International Council'. Kita kongsi sikit pasal Saudara Potter. Beliau merupakan pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Emas Remaja Perdana tahun 2017. Dalam bidang ARPRM, beliau kini merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM.

Jadi, dari sini kita dapat lihat bahawa ARPRM adalah platform terbaik untuk jadi pemimpin dan untuk asah bakat sebagai pemimpin.

Tahniah buat Saudara Potter! Malaysia Boleh!

#ARPRM
#RakanMuda
#JBSNBersama
#WorldReady
Wohooo!!!

Majlis Pentauliahan Emas ARPRM kembali lagi bagi tahun 2022 🔥

Bagi peserta yang bakal ditauliahkan pada 11 November ini, adakah anda sudah bersedia?

Kita jumpa nanti! 💪

#RakanMuda
#ARPRM
#MPEARPRM2022
#TeamJBSN
#JBSNBersama
Wohooo!!!! T-2 dah ✌️

Majlis Pentauliahan Emas ARPRM kembali lagi bagi tahun 2022 🔥

Bagi peserta yang bakal ditauliahkan pada 11 November ini, adakah anda sudah bersedia?

Kita jumpa nanti! 💪

#RakanMuda
#ARPRM
#MPEARPRM2022
#TeamJBSN
#JBSNBersama
1 Hari Lagi Menjelang Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas!⭐️

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan antara program utama anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN!

Anugerah ini ditauliahkan kepada anak muda yang telah melengkapkan komponen-komponen ARPRM seterusnya ditauliahkan pingat mengikut tahap masing-masing 🎖️

Bersama kita nantikan anak-anak muda yang akan menerima anugerah nanti 😬

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#RakanMuda
#ARPRM
#MPEARPRM2022
Syabas & tahniah diucapkan kepada 95 orang penerima Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak semalam.

Pada tahun ini, Majlis Pentauliahan Emas ARPRM 2022 menyaksikan sebanyak 20 orang Pemimpin & 20 buah Badan Operasi menerima penghargaan daripada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan di atas sumbangan dan jasa bakti mereka dalam mencetus kecemerlangan sahsiah dan jati diri anak muda menerusi program ARPRM.

Pengiktirafan dan penghargaan juga diberikan kepada Saudara Potter Ka Kai Fong di atas pelantikan beliau sebagai Emerging Leader Representative The Duke of Edinburgh’s 2022- 2025.

Semoga kejayaan demi kejayaan ARPRM dapat diteruskan pada tahun- tahun berikutnya.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#RakanMuda
#ARPRM
#MPEARPRM2022
Kita selalu ungkap, nak anak muda yang pandai berdikari, nak anak muda yang hebat kepimpinan, nak anak muda yang bersedia dengan apa yang bakal ditempuhi.

Dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), semua ciri-ciri ini kita boleh bentuk dalam diri anak muda. Tapi siapa yang nak bentuk? Siapa yang nak lentur? Jawapannya pemimpinlah. Mereka ini orang yang paling rapat dengan peserta ARPRM. Mereka inilah yang akan menjadi 'tour guide' sepanjang peserta menjalankan ARPRM.

Kita nak hargai pemimpin, kita nak tahu apa cabaran yang mereka lalui, kita nak tahu apa yang boleh diperbaiki. Itulah sebabnya kita adakan Program Eksplorasi Pemimpin ARPRM ini. Sebelum ini di Semenanjung, kali ini di Borneo pula. Banyak input, idea dan cadangan yang diperolehi untuk kita perkasakan lagi ARPRM. Sempat juga bersama komuniti setempat dan mengetahui gaya hidup mereka.

Terima kasih pemimpin, terima kasih semua yang menjayakannya.

#RakanMuda
#ARPRM
#TeamJBSN
#JBSNBersama
APBN 2022 KATEGORI EMAS REMAJA PERDANA MILIK TIEW FEILIX! 🏆🔥

Setinggi-tinggi tahniah buat Saudara Tiew Feilix atas kejayaan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2022 (Kategori Emas Remaja Perdana).

Beliau merupakan antara Pemimpin yang aktif membantu pemerkasaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Sumbangan serta usaha beliau ke arah pemantapan potensi belia melayakkan beliau untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah ini.

Tahniah sekali lagi buat Tiew Feilix! Teruskan usaha murni anda!

#RakanMuda
#APBN2022
#ARPRM
#WorldReady
#JBSNBersama
RAKAN MUDA HADIR! 💪

Hari ini Team Rakan Muda turun ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua untuk berkongsi serba sedikit tentang pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM IPT).

Pengisian program ini meliputi taklimat program, simulasi aliran pengoperasian serta sesi soal jawab. Program hari ini telah menampilkan 2 pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda iaitu Puan Nur Hashiqin binti M. Ali Othman dan Puan Nabilah binti Zulkifli.

#ARPRM
#SRMIPT
#RakanMuda
#JBSNBersama
IKBN PERETAK SEDIA LAKSANAKAN ARPRM!

Hari ini Team Rakan Muda berkesempatan hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bharu untuk menyampaikan taklimat berkenaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Taklimat ini telah diberikan oleh Puan Nur Hashiqin (Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara). Ia bertujuan untuk menyuntik pengetahuan serta mengajak para pelajar baharu IKBN Peretak untuk melaksanakan ARPRM.

Kawan-kawan kat luar sana, kalau nak tahu bakat terpendam atau nak belajar kemahiran baharu, sertailah ARPRM. Anda bebas untuk memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Nak tahu lebih lanjut pasal ARPRM, boleh hubung Pejabat Belia dan Sukan berhampiran anda.

ARPRM POWER! 💪🔥

#ARPRM
#RakanMuda
#JBSNBersama
ARPRM Platform Jaringan Antarabangsa 🤝🔥

Rakan Muda kini sudah terkenal dengan 10 Gaya Hidup yang telah dilancarkan pada bulan 25 Jun 2023 yang lepas. Selain itu, Rakan Muda juga terkenal dengan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda atau lebih dikenali dengan singkatan ARPRM 😎

Program ini mengadaptasi model The Duke of Edinburgh's International Award yang memberi pengiktirafan kepada belia yang melaksanakan aktiviti berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Dalam usaha pemantapan aspek pelaksanaan dan operasi program ini di Malaysia, satu sesi pertukaran pandangan telah berlangsung hari ini melibatkan kunjungan Pengerusi Kebangsaan The Duke of Edinburgh's International Award Nepal, Mr. Dev Raj Ghimirie ke atas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir 🇲🇾🇳🇵

Perjumpaan ini turut disertai Pn. Nur Hashiqin M. Ali Othman yang merupakan pegawai bertanggungjawab bagi program ini.

Ingat ARPRM, ingat Rakan Muda!

#RakanMuda
#YakinBoleh
#ARPRM
Sekilas Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak & Gangsa Peringkat Negeri Sembilan 2023 yang telah berlangsung pada 7 November 🔥

Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mustapha Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, Negeri Sembilan.

Turut hadir, En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) dan En. Zul Fadhli Abd Aziz, Pengarah JBS Negeri Sembilan.

#RakanMuda
#YakinBoleh
#ARPRM
Sekilas Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Melaka 2023 🔥

Tahniah buat semua peserta yang ditauliahkan hari ini! 💪

#RakanMuda
#YakinBoleh
#ARPRM
Tauliah Emas Bukan Pengakhiran ARPRM 🔥💪

Ramai tanya, lepas ditauliahkan sebagai penerima tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), what is next?☝️

Bila seseorang itu dia dah ada tahap Emas, sudah tiba masa untuk dia berkhidmat semula kepada program ARPRM. Bagaimana? Jadi pemimpin atau mentor. Sumbang semula ke arah pembangunan ARPRM 🤝

Hari ini hari bertuah buat saudara Dinesh. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perdana Belia Negara bagi kategori Emas Remaja Perdana. Kita pilih sebab pencapaian beliau, kita juga pilih sebab beliau ada sumbangan semula kepada ARPRM 🏆

Moga beliau terus berbakti buat masyarakat dan ARPRM 🤝

#RakanMuda
#YakinBoleh
#ARPRM
#APBN2023
6 Prospek Penjara Wanita Kajang Terima Sijil Tahap Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 💪

Sijil telah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh sempena Majlis Ramah Mesra YB Menteri Belia dan Sukan bersama Peserta Projek Reben Kuning Penjara Wanita Kajang hari ini🎗️

Majlis turut dihadiri YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 🙌

Untuk makluman kawan-kawan di luar sana, Inisiatif ARPRM ini tidak terhad kepada mana-mana perkumpulan belia sahaja, ia terbuka buat semua termasuklah belia berisiko 🔥

#RakanMuda #YakinBoleh #ARPRM