Prasiswazah FEP, PKP
296 subscribers
93 photos
1 video
59 files
55 links
Download Telegram
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bermula 26 November 2018, pelajar boleh membuat pengeluaran KWSP terus melalui web KWSP.

Makluman Penting:

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewajibkan penghantaran permohonan Pengeluaran Pendidikan melalui e-Pengeluaran bermula pada 26 November 2018.

Dengan perlaksanaan inisiatif ini, KWSP tidak lagi menerima penghantaran permohonan pengeluaran pendidikan melalui kaunter.

Pelajar tidak perlu lagi mendapatkan surat pengesahan belajar dari PKP kerana urusan pengesahan belajar akan dibuat sepenuhnya dalam Laman web KWSP oleh staf yang telah dilantik di Bahagian Akademik dan Bahagian Kewangan.

Syarat utama pelajar adalah mempunyai i-Akaun bagi capaian dalam laman web KWSP.

Sekian. Harap Maklum.

Terima kasih.
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Tahniah kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian. Status tertera adalah

1) Tamat dengan Cemerlang
2) Tamat dengan Kepujian

Permohonan surat tamat boleh dimohon melalui SMPE: Sistem Maklumat Pelajar Eksekutif (http://smp.ukm.my/smpe) < Permohonan Dokumen

Surat tamat hanya dikeluarkan bagi pelajar yang telah selesai yuran pengajian sahaja.

Terima kasih.
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Mesyuarat bersama PTM dan pihak Pengajaran UKM bertarikh 11 Mac 2020 telah bersetuju dan memutuskan UKMFolio sebagai LMS rasmi UKM berkuatkuasa mulai 1 April 2020.

Walaubagaimana pun. UKMfolio hanya boleh diakses menggunakan emel ukm. Oleh itu, kepada semua pelajar, sila buat permohonan emel ukm di http://appsmu.ukm.my/speep/ dengan segera untuk keperluan UKMFolio.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi puan Siti Hasanah Binti Ishak, Jabatan Teknologi Maklumat & Sokongan Pembelajaran, PKP di talian 0389213887 emel hasanahishak@ukm.edu.my

Terima kasih.
Covid-UKM-PP-Online-160320.pdf
623.8 KB
Assalamualaikum YBhg. Prof/Dr. /Tuan/Puan,

Sehubungan dengan status wabak COVID - 19 yang sedang melanda dan langkah-langkah keselamatan yang telah di ambil oleh Universiti melalui surat rujukan UKM.JCN.600-5/1 bertarikh 16 Mac 2020, PKP juga dengan ini mengambil pendekatan yang sama dalam semua aktiviti P & P kendalian PKP. Terima kasih.
assalamualaikum. Kepada pelajar yang mendaftar kursus eppa3053 dan eppa2033, mohon pm saya segera.
MAKLUMAN PENTING COVID-19: PERUBAHAN TARIKH SESI AKADEMIK 2019-2020 PKP UKM (PINDAAN TARKH PERKULIAHAN SEMESTER II SESI 2019-2020) PROGRAM PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH EKSEKUTIF DAN PBJJ
Makluman UKMFolio

Kepada semua pelajar, sila buat permohonan emel ukm di http://appsmu.ukm.my/speep/ dengan segera untuk keperluan UKMFolio.
--------------------------------------------------------------------------
To all Students, please apply for a student email application at http://appsmu.ukm.my/speep/ immediately for UKMFolio needs.

Manual Pengguna | User Manual: http://appsmu.ukm.my/speep/usermanual.pdf
[02/04/2020] Makluman Penting Pelajar Warganegara Malaysia: Kemaskini Maklumat Bank di SMPE


COVID-19: Pelajar di semua Institusi Pengajian Tinggi terima RM200 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Mohon untuk semua pelajar UKM warganegara Malaysia untuk mengemaskini maklumat bank pelajar yang aktif digunakan di SMPE bagi melancarkan proses bayaran.

Mohon juga untuk maklumkan pada rakan-rakan yang lain.

Terima Kasih
**[03/04/2020] Maklumat Penting: UKMFOLIO Sebagai LMS Rasmi UKM Bagi Pelajar Bermula Semester 2 Sesi Akademik 2019/2020
**


**Penggunaan UKMFolio mulai 1 April 2020 di capaian http://ukmfolio.ukm.my.
**

**Tutorial bagi UKMFolio boleh dimuat turun di http://www.ukm.my/pkp/buku-panduan/
**

Sistem iFolio tidak lagi boleh dicapai bermula 1 April 2020 kerana serveriFolio telah ditutup sepenuhnya.
All Faculties/Institutes/Centres are to conduct courses fully online until further notice. For any
course that requires evaluation through a final examination, the examination shall be conducted through the open book examination method which can be conducted either as an online exam or the
conventional method (with safety restrictions, if the situation allows).


During the Movement Control Order (MCO), students are required to follow the teaching and
learning activities online from the student’s current location. This is in line with the advice from the Ministry of Health Malaysia to not allow students to travel either from campus to their home towns and from their home towns to campus to avoid the continuous spread of COVID-19.
Photo from 🅰💰💰🅰R🅰H
Assalamualaikum / Salam sejahtera.

Untuk makluman, pihak pentadbiran masih memperhalusi kaedah pengambilan buku/bahan bacaan.