Pewaris Pak Raden, Perubatan Tradisional Pendekar Melayu, Islam.
395 subscribers
13.6K photos
1.8K videos
10 files
5.57K links
Channel Premis Pewaris Pak Raden Perubatan Tradisional Pendekar Melayu Islam.

D1-1, Blok D, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru,KK,Sabah.

Buka jam: 9:00 pagi - 5:30 petang
Hari: Setiap hari
Cuti: Selasa

Hotline Admin
wasap: 0128166726
pejabat: 088234143
Download Telegram
Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata disamping itu untuk kesihatan tubuh badan dan mengecas energi positif kesihatan zahir batin namun tetap meyakini Allah jua yang memberi manfaat dan mudarat, agar niat dan cara tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap
tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur
bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga
matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang dilakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khususnya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang dilakukan setiap hari dan dapatkan lah dari individu yang mampu menerangkan dengan jelas khasiat-khasiatnya agar tidak terosak akidah.

Amalan mandi bunga ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus namun jika sebagai persiapan rapi untuk sesuatu tujuan yang baik adalah harus.

Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang digariskan didalam Islam, ini kerana setiap amalan yang dilakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika dilakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.

*KHASIAT MANDI BUNGA*

Sangat berkhasiat untuk mereka yang mementingkan Ketahanan aura untuk membangkitkan aura diri.
Sesuai untuk lelaki dan wanita serta semua peringkat usia.
Dibawah kami shared kebaikan mandi bunga dan khasiat perfume aura bulu perindu.
____________________________________
°Kebaikan Mandi Bunga°
Menaikkan seri wajah ,
Atasi wajah kelam dan tubuh yang lesu ,
Memberi semangat postif kesan dari Aroma resepinya,
Menambah keyakinan diri,
Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman,
Menerima dan memberi aura positif untuk diri dan orang sekeliling,
dan banyak lagi khasiat untuk
fizikal dan spiritual anda.
Ditambah dengan pengisian doa2 pilihan dari Al-Quran dan Hadis serta gabungan tumbuhan alami maka wajarlah khasiatnya sangat bermanfaat untuk pengguna dalam menjalani kehidupan harian.. In sha Allah..
❤️❤️❤️

RADEN AMIRRULLAH JOHARI AL-HAJ
PERAWAT PERUBATAN TRADISIONAL, ISLAM
JURULATIH ILMU BELADIRI DAN PERUBATAN (PSSGKK&PERWARIS)

“Islam memberi arah dan jalan, Muslim mengorak langkah di jalan”

👇HUBUNGI KAMI SEPERTI YANG TERTERA👇

Buka setiap hari kecuali selasa.
Waktu operasi 9.00am-6.00pm

Alamat: Pewaris Ent D1-1 , Blok D, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu, Sabah.
Tekan link untuk Maps:
For the best route in current traffic visit https://goo.gl/maps/VGo4et662ay

Links Whatsapp admin:
1.Pewaris Ent. (Pak Raden) : wa.me/60128166726

2.Radenku Collection : wa.me/60123583854

Links Facebook
1.Pewaris Ent. (Pak Raden) : https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/

2.RadenKu Collection : https://www.facebook.com/Radenku-Collection-856347414462753/
PERKONGSIAN AYAT DAN HIKMAH

-Syukur Membuka Pintu Nikmat-

Firman Allah Ta’ala:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu; dan jika kamu kufur (tidak bersyukur), sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)

Pengajaran & Pedoman:

1. Syukur adalah janji peningkatan nikmat.
Allah menjanjikan tambahan nikmat kepada siapa yang benar-benar bersyukur. Syukur bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi pengakuan hati, ucapan lidah dan tindakan anggota.

2. Syukur mesti dibuktikan dengan amal.
Bersyukur kepada Allah melalui ibadah solat, zikir, sedekah dan kerja ialah bukti bahawa kita menghargai nikmat-Nya. Rasulullah ﷺ bersolat malam hingga bengkak kakinya lalu bersabda:
“Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur?”
(HR Bukhari & Muslim)

3. Syukur menuntut gerak, bukan malas.
Orang yang malas tidak termasuk dalam golongan yang bersyukur, kerana dia tidak menggunakan tenaga, masa dan akal yang Allah kurniakan.
Nikmat yang tidak digunakan untuk amal, akhirnya menjadi sebab kehinaan dan penyesalan.

4. Kelebihan ialah amanah, bukan kebanggaan.
Jika Allah beri ilmu, kekuatan, bakat atau harta itu bukan tanda kemuliaan semata, tetapi tanggungjawab untuk dilaksanakan di jalan Allah.
Orang yang bersyukur akan memanfaatkan nikmat itu untuk membina umat, bukan bermegah dengannya.

5. Syukur membawa keberkatan dan ketenangan.
Hati yang bersyukur tenang kerana tahu setiap nikmat datang dari Allah, dan setiap ujian juga peluang untuk mendekat kepada-Nya.
Kufur nikmat pula mengundang azab, sama ada dengan hilangnya keberkatan atau turunnya kesempitan hidup.

6. Bersyukur kepada manusia adalah dalam erti kata melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diberikan. Berterima kasih kepada manusia lain atas kebaikannya menjadi kayu ukur apakah seseorang itu dapat bersyukur kepada Allah atau tidak atas segala nikmat pemberian-Nya. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954)

Imam al-Khattabi berkata: Hadis ini ditafsirkan dengan dua makna:

Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.
Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba di atas kebaikan-Nya kepadanya, jika seseorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. (Lihat Ma’alim al-Sunan, 4/113)

Renungan:

Syukur adalah tenaga rohani yang menggerakkan amal. Semakin kita bersyukur, semakin Allah tambahkan kekuatan, rezeki, dan hidayah.
Syukur bukan kata-kata, tetapi tindakan penuh amanah.
𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇 𝙋𝙍𝙊𝙈𝙊 ! 𝗦𝗧𝗢𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 !

Sebagai tanda penghargaan kami ingin berkongsi kegembiraan bersama anda dengan mengadakan promosi yang tertera dibawah 👇 🥰

📌 Promosi sah 27hb Disember 2025 hingga 12 Januari 2026.

Promosi yang diadakan : Rujuk poster untuk lihat promosi kami.

1. DISKAUN 20% KESEMUA PERFUME AURA KELUARAN RADENKU COLLECTION

2. SET AURA SYIFA
- Perfume Kanjeng + Mandian Aura Limau (DISKAUN 20%)

Hubungi admin untuk mendapatKAN PROMOSI dan khidmat nasihat rawatan selagi promosi masih ada 👇
Untuk pembelian atau pertanyaan serta Janji Temu rawatan:
* www.wasap.my/60128166726/SpecialPromosi
* www.wasap.my/60123583854/SpecialPromosi
* 088-234143 (Ofis)

Alamat :
Pewaris Ent D1-1, Blok D, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, 88100, Kota Kinabalu, Sabah

Shopee :
shopee.com.my/radenkucollection

Tiktok :
https://www.tiktok.com/@radenkuhqperfume?_t=8o7H00gEKro&_r=1

Produk RadenKu Collection :
https://www.facebook.com/share/p/DxVzLchH1D22A1b5/?mibextid=qi2Omg

Produk Pak Raden :
https://www.facebook.com/share/p/TwyDz5KjSk5AynfV/?mibextid=qi2Omg

Tekan Link dibawah untuk melihat Testimoni dari Pesakit dan Pelanggan kami 👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696882399116719&id=100063848958080&mibextid=Nif5oz

“KHAZANAH RAHSIA HERBA”
“BUKAN SEKADAR PEWANGI SERLAHKAN DAN LINDUNGI AURAMU”

#pewarisenterprise #perubatantradisionalpendekarmelayuislam #pewarisperubatantradisionalislam #pakraden #minyakurutaura #radenkucollection #perfumeAura #plazatanjungaru #rawatsebelumterlambat
“9 AYAT SURAH AL-QURAN DAN DOA YANG MUDAH UNTUK ELAK SIHIR DAN PELINDUNG DIRI”

PART 1 👇

Ramai yang sudah tahu dan hafal 9 Ayat Al-Quran ini tetapi ramai juga yang belum amalkan dan tidak tahu sebenarnya ianya boleh dibaca untuk elak sihir Insya Allah.

Pendinding diri atau pelindung diri adalah amalan untuk menghindari atau melindungi diri dan keluarga kita dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin, kejahatan manusia atau musuh, makhluk halus dan sebagainya dengan menggunakan doa dan ayat – ayat Al-Quran dalam surah tertentu yang terbukti sangat mujarab.

Dalam kalangan kita ramai yang sakit sama ada disebabkan gangguan jin syaitan atau penyakit – penyakit perubatan moden yang lain. Ianya merupakan sunnatullah, Allah nak uji kita sebagai hambanya adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar atau kufur dengan nikmat Allah.

Amalan pendinding diri ini bukan sahaja diamalkan oleh setiap orang malahan ia juga sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan dan rawatan Islam yang menghalau jin dan merawat pesakit mereka yang terkena sihir, santau, saka, gangguan syaitan dan banyak lagi.

Mungkin juga ada antara korang yang sudah amalkan. Alhamdulillah teruskan. Semua amalan dan doa yang dikongsikan di bawah bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk menjaga kediaman rumah, keluarga dan sebagainya.

1. Baca Al-Fatihah

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ﴿٧﴾


2. Baca Surah Al-Ikhlas

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

3. Baca Surah Al-Falaq

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

قُلۡ اَعُوۡذُ بِرَبِّ الۡفَلَقِۙ ﴿الفلق:١
مِنۡ شَرِّ مَا خَلَقَۙ‏ ﴿الفلق:٢
وَمِنۡ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَۙ‏ ﴿الفلق:٣
وَمِنۡ شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِى الۡعُقَدِۙ ﴿الفلق:٤
وَمِنۡ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ ﴿الفلق:

4. Baca Surah An-nas

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Membaca surah 3 Qul setiap hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575)
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ

مَلِكِ النَّاسِۙ

اِلٰهِ النَّاسِۙ

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ەۙ الْخَنَّاسِۖ

الَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسِ

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاس


Dapat sesuatu? Kongsikan pada kenalan, saudara mara dan masyarakat agar sama-sama mendapat manfaatnya aamiiin ya rab.

Bersambung........
………………………………………………..

Assalamualaikum dan selamat malam..

Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696882399116719&id=100063848958080&mibextid=Nif5oz

#pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
Assalamualaikum.

Hari ini 10/1/26 , 11/1/26 & 12/1/26
Saya masuk bertugas di pusat rawatan pewaris pak raden,plaza tanjung aru kk.
Jam 9:30am-5:30pm

Klinik buka 9:00am-6:00pm

Hotline: 0128166726 wasap
088234143 pejabat
(Raden Amirrullah Johari Al-Haj)
TEKANAN DARAH TINGGI {INFO SIHAT}

Darah tinggi atau nama lainnya hipertensi ialah suatu kondisi dimana tekanan darah pesakit adalah lebih dari normal iaitu lebih dari 140 mmHg untuk sistolik dan lebih 80 mmHg untuk diastolik. Diagnosis dibuat apabila doktor mendapati bacaan tekanan darah tinggi dan lebih dari 2 kali bacaan pada 2 masa yang berbeza. Walaubagaimanapun, tekanan darah mungkin berbeza mengikut umur pesakit. Secara praktikalnya, bacaan tekanan darah normal mengikut umur adalah berbeza dan bagi pesakit yang berumur 60 tahun ke bawah ialah tidak melebihi 140/80 mmHg dan bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, bacaan yang normal tidak sepatutnya melebihi 150/90 mmHg. Bacaan tekanan darah perlu dibuat semasa pesakit dalam keadaan tenang dan bukan dibuat ketika pesakit sedang sakit seperti sedang mengalami sakit kepala, sakit gigi, selepas bersukan dan sebagainya.

SIMPTON & GEJALA DARAH TINGGI
Kebanyakkan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala walaupun tekanan darah telah mencecah bacaan yang merbahaya. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang mengalami sakit kepala, sesak nafas atau pendarahan di hidung akibat daripada masalah tersebut. Gejala ini tidak spesifik dan mungkin terdapat hanya pada individu yang tertentu sahaja dan selalunya tidak berlaku selagi tekanan darah tidak mencapai bacaan atau tahap yang teruk.

KESAN TEKANAN DARAH TINGGI
Kesan jangka panjang tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi yang disebabkan oleh ruang salur darah menjadi lebih sempit akibat daripada pembentukan plak (atherosclerosis). Hal ini juga mengakibatkan tekanan darah menjadi lebih teruk kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih kuat. Antara komplikasi tekanan darah tinggi ialah:

• Serangan jantung dan strok: Kerana salur darah menjadi sempit akibat daripada kesan jangka masa panjang darah tinggi, kuantiti darah dan oksigen yang sampai ke organ jantung atau otak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan kematian sel-sel otak atau jantung dan menyebabkan kegagalan jantung dan otak untuk berfungsi dengan baik.

• Aneurisme: Apabila tekanan darah meningkat, ia boleh menyebabkan saluran darah menjadi lemah dan mengelembung membentuk aneurisme. Jika aneurisme pecah, ia boleh mengakibatkan kematian akibat daripada pendarahan yang teruk.

• Kegagalan jantung: Untuk mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran yang sempit, jantung perlu melakukannya dengan kuat dan dalam jangka masa yang panjang jantung akan menjadi bengkak dan gagal berfungsi dengan baik.
• Kegagalan buah pinggang
• Rabun atau masalah penglihatan
• Masalah memori dan dimensia

Apabila saluran darah ke organ menjadi sempit dan kurang efektif akibat daripada masalah darah tinggi, ianya akan mengakibatkan kegagalan organ tersebut untuk berfungsi dengan baik.


CARA MENURUNKAN DARAH TINGGI SECARA TRADISIONAL
Pada masa yang sama, terdapat beberapa cara menurunkan darah tinggi secara tradisional atau melalui gaya hidup dan pemakanan. Antara ialah:
• Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
• Makan makanan yang berkhasiat atau makanan yang membantu mengurangkan tekanan darah seperti bawang putih, kayu manis, halia, minyak ikan dan herba hawthorn
• Bersenam secara rutin
• Berhenti menghisap rokok

Secara amnya, tiada makanan atau ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi sepenuhnya. Walaupun risiko untuk mendapatkan penyakit darah tinggi meningkat akibat daripada faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan, namun tekanan darah tinggi boleh dikawal melalui penggunaan ubat yang betul dan berdisiplin. Kesan dan komplikasi akibat daripada permasalahan ini juga boleh dikawal dan dielakkan jika pesakit mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.
…………………………………………………………………..
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696882399116719&id=100063848958080&mibextid=Nif5oz

Assalamualaikum dan selamat pagi !

Anda sihat? Jika sihat komen bawa “SAYA SIHAT”