Pewaris Pak Raden, Perubatan Tradisional Pendekar Melayu, Islam.
395 subscribers
13.6K photos
1.8K videos
10 files
5.58K links
Channel Premis Pewaris Pak Raden Perubatan Tradisional Pendekar Melayu Islam.

D1-1, Blok D, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru,KK,Sabah.

Buka jam: 9:00 pagi - 5:30 petang
Hari: Setiap hari
Cuti: Selasa

Hotline Admin
wasap: 0128166726
pejabat: 088234143
Download Telegram
🎉HARI MEGA PROMOSI RAWATAN TRADISIONAL, ISLAM🎉
PADA 6HB - 7HB DISEMBER 2025 (SABTU & AHAD)
JAM 9:00AM - 11:00PM.
BERTEMPAT DI PEWARIS PAK RADEN & RADEN STUDIO AKADEMI, PLAZA TANJUNG ARU, KOTA KINABALU.
Pesanan: Rujuk poster-poster untuk maklumat lengkap

Janji Temu dan Sebarang pertanyaan hubungi www.wasap.my/60128166726/MEGA atau 088-234143
SLOT TERHAD !

Anjuran:
▪️Pewaris Pak Raden - Perubatan Tradisional Pendekar Melayu, Islam
▪️Raden Studio Akademi
▪️Radenku HQ Perfume

🤝 Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh masyarakat tidak mengira agama dan bangsa,
kami akan mengadakan HARI MEGA untuk memberikan khidmat seperti yang tertera:

RAWATAN PEMERIKSAAN PERCUMA

DISKAUN 10% hingga 50% UNTUK 👇:

RAWATAN TERTUTUP:
▫️URUTAN RUQYAH BADAN.
▫️URUTAN RUQYAH KAKI.
▫️RAWATAN BEKAM DARAH.
▫️RAWATAN RESDUNG.
▫️RAWATAN MANDIAN AURA DAN RUQYAH.
▫️SEMUA JENIS RAWATAN FIZIKAL DAN SPIRITUAL.
▫️DAN PELBAGAI JENIS RAWATAN LAGI.

DISKAUN 10% hingga 50% UNTUK 👇:
▫️KOS BEKALAN UBAT-UBATAN.
▫️PRODUK-PRODUK HERBA.
▫️PELBAGAI JENIS MINYAK URUT.
▫️PELBAGAI JENIS PERFUME AURA.
▫️DAN PELBAGAI PRODUK.

SLOT KHAS RAWATAN TERBUKA: RUQYAH PERDANA SECARA BERAMAI-RAMAI (PERCUMA)

Janji Temu dan Sebarang pertanyaan hubungi www.wasap.my/60128166726/MEGA atau 088-234143
SLOT TERHAD !

" Doa Usaha Tawakal "

#pewarispakraden #radenkucollection #radenstudioakademi
#perubatantradisionalpendekarmelayuIslam #rawatanAlternatif
-ANAK MURID JIN IFRIT-

"KATANYA JIN IFRIT GURUNYA"

Untuk mendapatkan doa TAMMAH seperti yang saya baca di video ini dengan izin Allah, anda boleh berjumpa saya atau guru saya atau wakil-wakil guru yang sah boleh mengijazahkan sejak adanya
Almarhum Ayahnda Pakguru Pangeran Sri Raden Johari Mansor Al-Haj untuk mendapatkan pengijazahan secara bersanad. Biiznillah.

PENJELASAN:

Ketika Rasullullah SAW sedang dalam perjalanan Israk, sebelumnya sampai ketempat yang dituju, tercium olehnya bau yang harum, bau Masithah tukang sikat anak Firaun.

Disitu Nabi SAW melihat Ifrit yang mengikuti dari belakang dengan obor api pembakar bertujuan hendak membinasakan Rasullulah SAW, lalu Malaikat Jibril mengajarkan Kalimat Sakti (Kalimah Tammah) untuk menolak dan menghancurkan Ifrit tersebut.

Kalimat ini dibaca oleh Rasullulah SAW, maka Ifrit jatuh tersungkur di atas tanah lalu terbakar menjadi abu oleh api obornya sendiri.

Maka dengan ini kalimat tammah seperti video diatas dapat dipergunakan untuk mengusir Ifrit dan syaitan yang hendak melemahkan keimanan kita dan untuk menghindarkan diri dari kejahatan manusia yang mengikuti nafsu syaitannya dan dari segala kejahatan apa saja yang ada di dunia ini.

KETERANGAN;
1. Kalimat yang sempurna:

Kitab al-Quran yang berisi kalimat-kalimat sakti, tatacara pergaulan, ibadat, anjuran, peringatan, keimanan, sejarah berhikmah dan sebagainya.



2. Kejahatan yang turun dari langit:

Bala, wabak penyakit, udara buruk, taufan, petir, riihul ahmar, kuman-kuman, penyakit yang beterbangan di udara dan sebagainya.



3. Kejahatan yang naik kelangit:

Catatan amal buruk yang membawa naik oleh para malaikat ke langit, ruh orang-orang jahat, iblis yang mencuri berita dari langit dan sebagainya.



4.Kejahatan yang terjadi dimuka bumi:

Gangguan syaitan, jin dan manusia, binatang buas, kezaliman, hasad-dengki, fitnah, buruk sangka, niat jahat, peperangan dan sebagainya.



5.Kejahatan yang keluar dari bumi:

Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, gas beracun, binatang-binatang yang keluar dari bumi, berbisa dan sebagainya.

#radenamirrullah #radenamirrullahjohari
#pssgkk #perwaris #pewarispakraden
#radenstudiosilat #radenstudio
#radenkucollection #radenstudioakademialislam
ULSER PEPTIK {INFO SIHAT}

Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. Ulser peptik merupakan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan juga diseluruh dunia. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini boleh mempunyai gejala-gejala yang serius dan jika tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta kualiti hidup pesakit turut menurun. Adalah sangat penting bagi mereka yang mengalami gejala-gejala ulser peptik mendapatkan rawatan awal dan betul daripada pakar-pakar dan pengamal perubatan yang diiktiraf.
Perut manusia mengeluarkan sejenis asid dikenali sebagai asid hidroklorik yang mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut. Tetapi dinding perut mempunyai lapisan mukosa yang mampu menghalang daripada hakisan ini berlaku dalam keadaan biasa. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa ini akibat daripada dinding mukosa ini menjadi tipis ataupun berlaku perembesan asid secara berlebihan, ulser peptik boleh terbentuk.

*Gejala*
Pesakit yang mengalami ulser peptik, kebiasaannya akan mengadu pedih atau sakit di kawasan hulu hati. Kadangkala ia akan menjadi lebih teruk jika perut kosong, tetapi boleh juga menjadi lebih teruk selepas mengambil makanan. Terdapat juga pesakit yang mengalami kesakitan di sebelah malam dan menyebabkan pesakit terpaksa bangun daripada tidur. Antara gejala lain ulser peptik adalah merasa kembung perut, loya dan juga muntah. Apabila berlaku pendarahan disebabkan ulser peptik pesakit boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah dan najis berwarna hitam. Apabila keadaan ini berlaku pesakit perlu mendapatkan rawatan segera dan datang terus ke Jabatan Kecemasan kerana ia boleh mengancam nyawa pesakit.

*Penyebab*
Makanan berempah dan tekanan perasaan sebenarnya tidak menyebabkan berlakunya ulser peptik. Ia cuma memburukkan gejala ulser peptik dan melambatkan proses penyembuhan. Salah satu penyebab ulser peptik sebenarnya adalah jangkitan kuman Helicobacter pylori yang menghakis dinding perut dan menyebabkan luka. Selain itu ulser peptik boleh disebabkan oleh ubat seperti ubat penahan kesakitan dan ubat mencairkan darah bagi pesakit jantung seperti aspirin. Tetapi bukan semua ubat penahan sakit akan menyebabkan ulser peptik. Ulser peptik juga boleh disebabkan oleh sindrom Zollinger-Ellison di mana berlaku perembesan asid di dalam perut secara berlebihan dan menyebabkan dinding usus mudah terhakis.

*Komplikasi*
Komplikasi yang sangat dibimbangi bagi pesakit yang mengalami ulser peptik adalah pendarahan dalaman. Pendarahan dalaman ini boleh menjadi sangat serius dan memerlukan pemeriksaan endoskopik untuk merawatnya. Jika pendarahan tidak dapat dikawal secara endoskopik pesakit perlu menjalani rawatan seperti pembedahan untuk menghentikan pendarahan.
Pesakit yang mengalami ulser peptik yang kronik boleh mendedahkan mereka kepada risiko kanser perut di mana jangkitan Helicobacter pylori kerap menjadi penyebabnya.
Ulser peptik yang berlaku secara berulang-ulang boleh menyebabkan pesakit mengalami penyempitan pada saluran pemakanan dan menyebabkan masalah penghadaman dan pesakit sering mengalami masalah muntah-muntah. Pada ketika sekarang masalah ini jarang berlaku kerana rawatan yang efektif dapat diberikan kepada pesakit.
Selain itu ulser peptik boleh menyebabkan lubang pada dinding perut dan duodenum dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan diseluruh bahagian abdomen dan mengakibatkan jangkitan kuman yang serius yang turut memerlukan rawatan kecemasan.
Rawatan
Rawatan bagi pesakit yang mengalami masalah ulser peptik tidak hanya tertumpu kepada pengambilan ubat semata-mata, tetapi pendekatan secara menyeluruh adalah penting dalam memastikan kejayaan rawatan.
Pengambilan ubatan yang tepat mengikut nasihat doktor adalah sangat penting dalam strategi merawat masalah ulser peptik. Ubatan yang digunakan untuk merawat masalah ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori;
1. Ubatan untuk meneutralkan asid di dalam perut
2. Ubatan untuk mengurangkan perembesan asid di dalam perut.
3. Ubatan untuk melindungi permukaan mukosa dinding perut
4. Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
5. Ubatan antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama ulser peptic
…………………………………………..
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696882399116719&id=100063848958080&mibextid=Nif5oz

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam