PerkasaSPM2024 | #JomBangkit
32.7K subscribers
1.1K photos
151 videos
1.26K files
1.86K links
https://t.me/PerkasaSPM_Bot (Sekiranya hendak meminta pertolongan, bertanya ataupun sekadar berbual-bual...mesejlah di sini!)
Laman Web Rasmi: Perkasaspm.carrd.co
Youtube.com/@PerkasaSPM
Facebook: https://bit.ly/3il6NGB
Instagram: https://bit.ly/3F813c0
Download Telegram
Tahniah YBM Puan Fadhlina Sidek atas kejayaan anakanda sulung Thurayya Fadhilah dalam SPM 2022👏👏👏
Jom semak status program pengajian dengan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA).

Tapi bagaimana

1️⃣ Program pengajian dalam negara (sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana/master, PhD) yang telah mendapat Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA boleh disemak & dicetak sendiri di Portal Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau melalui Aplikasi MyMQR di telefon pintar.

2️⃣ Semakan pengiktirafan program (sijil, diploma & ijazah sarjana muda) luar negara boleh dibuat di Portal Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf); https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

3️⃣ Program pengajian dalam negara yang masih dalam status Akeditasi Sementara boleh disemak di Portal MQA/PA di https://www2.mqa.gov.my/pasp/

🖥️ Portal MQR, sila ke ruang “Searching by Keyword” atau “Carian Menggunakan Kata Kunci”. Carian hanya menggunakan kata kunci sahaja, sila abaikan nombor rujukan jika tidak diketahui.

▶️ 'Nama Kelayakan' merujuk kepada nama program pengajian & memadai menaip kata kunci (keyword) sahaja.

▶️Sekiranya tidak menjumpai kata kunci dalam Bahasa Melayu, sila cari menggunakan Bahasa Inggeris.

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan melalui:

🖥️Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan (SPPA) di Portal Rasmi MQA melalui pautan https://www2.mqa.gov.my/sppa/pertanyaan.cfm

atau

📞Khidmat pelanggan 03-86881900 (waktu pejabat)

Selamat maju jaya.

Kerjasama Tuan/ Puan juga adalah dipohon untuk memanjangkan hebahan ini menerusi media sosial dan lain-lain saluran komunikasi sedia ada. Jangan lupa untuk ikuti @PerkasaSPM
Channel photo updated
SPM.
Anak-anak ‘kita’ sudah lama bersaing diatas padang yang tidak rata.
Dah lama nak tulis.
Alang-alang tengah panas.
.

Kau bayangkan eh.
Ada sekolah yang fasiliti cukup.
Cikgu-cikgu tip top. Memang scorer semasa degree atau diploma pendidikan dolu2. Tambah dengan guru cemerlang lagi.
Makmal dan bengkel penuh dengan alat radas dan bahan.
Dan muridnya pula. Cream of the cream.
Makan percuma lebih daripada cukup. 4- 6 kali sehari. Katil tilam dan bantal seorang satu. Bilik prep disediakan.
Mewahlah serba serbi.

Satu sekolah lagi.
Daifnya lahai.
Meja kerusi pun tak cukup. Rosak patah.
Marker white board pun tiada.
Cikgu tak cukup.
Alatan makmal dan bengkel tiada.
Silibus tak habis belajar.
Tiada makanan percuma disekolah.
Menapak ke sekolah sampai 2 km.
Berpanas dan berhujan. Belum kira, jambatan atau titi roboh.
Balik rumah perlu memasakla, kemas rumahla, jaga adikla, ‘dengar mak bebel’ la 😁, kerja part time la dan lain-lain.
Punya susah serba serbi.

Tup tup, soalan SPM nya sama.
Ermmmmmmmmmmm.
Pedihkan. Banyak lagi benda pedih yang lain.
Cuma aku kadang fikir. Benda asas ( pendidikan ) macam ni pun, kita sang dewasa ni, gagal memberi keadilan kepada anak-anak.

Mangsanya.
Anak-anak. Generasi akan datang ni.
Yang scorer pun kena kutuk.
Yang fail dan sederhana pun kena kutuk.

Nasiblah anak.
Semoga kau kuat!

The other side of me,
Mak anak 4
Jemput semua untuk temui YBM dalam "Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri" malam ini di Teratak Chubani, Alor Setar https://g.co/kgs/v13W1q

Mari kita sama-sama berbincang isu-isu terkait pendidikan, masa depan diri dan negara serta tugas kita sebagai warga dan bangsa Malaysia.

Klik Untuk Pendaftaran.
👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/CSPrLgNpxawFJjbPA

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Shakirah : 017-4154290
Farhan : 017-4265499
Atiqah : 019-9915486
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom belajar Physics 2023

Chapter 2 (F4): Force and Motion I

Topic: Impulsive Force
Topik: Daya Impuls


Impulsive force (Daya impuls):
- Rate of change of momentum in a collision or impact in a short period of time
- Kadar perubahan momentum dalam perlanggaran atau hentaman dalam masa yang singkat

- vector quantity
   kuantiti vektor

Unit: kg ms-^2 // Newton (N)

F = ma
F = m [(v-u)/t]

➡️Refer simulation (Rujuk simulasi):

✍️Surface (Permukaan):
Rough: shorter time impact
Kasar: masa hentaman lebih pendek

Flat: longer time impact
Rata: masa hentaman lebih panjang

✍️Impulsive force (Daya impuls):
Rough surface : higher
Permukaan Kasar: lebih tinggi

Flat surface: lower
Permukaan Rata: lebih rendah

✍️Final result (Hasil akhir):
Rough surface: balloon burst
Permukaan Kasar: belon pecah

Flat surface: balloon does not burst
Permukaan Rata: belon tidak pecah

- Cikgu Azlina, guru panel Fizik
1 dalam setiap 4 calon SPM2022 gagal dalam Matematik asas!

Dan tidak, saya tidak bercakap tentang subjek Matematik Tambahan yang lebih maju - walaupun statistik yang sama terpakai di sini juga. Saya merujuk kepada subjek Matematik teras yang telah diduduki oleh 369,348 pelajar dalam peperiksaan SPM 2022.

24% gagal. Itu hampir 1 dalam setiap 4 pelajar! Dan 29% lagi lulus tetapi dengan gred D/E, ini bermakna lebih separuh daripada pelajar SPM kami mendapat pencapaian yang sangat teruk dalam matematik asas.

Ini sangat mengganggu. Kami mempunyai generasi akan datang pemimpin berpotensi, orang dewasa, guru, saintis, akauntan, doktor, ahli ekonomi, arkitek, ahli perniagaan, bapa dan ibu yang tidak mempunyai celik matematik asas.

- Petikan daripada catatan FB Amir Faizal Abdul Manan
Jom belajar Physics 2023

Chapter 2 (F4): Force and Motion I

Topic: Momentum

Momentum:
-  Hasil darab jisim dan halaju
  a product of mass and velocity

🚀Hukum Gerakan Newton III:
     Newton's III Law of Motion:


= Untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah
For every action there is a reaction of equal magnitude but opposite direction

🚀Prinsip Keabadian Momentum:
Principle of Conservation of Momentum:

= Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada sebarang daya luar yang bertindak
Total momentum before collision is equal to the total momentum after collision if no external forces is acting on it

‼️setiap aktiviti yang dilakukan adalah dalam pemantauan guru.

- Cikgu Azlina, guru panel Fizik