Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
1.36K subscribers
240 photos
3 videos
14 files
426 links
Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah

Link senarai group/channel MSO yang lain :
https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557
Download Telegram
kitab-kitab Ushul Fiqh seperti Tajuddin as-Subki dalam kitabnya _Jam^u al-Jawami^_ dan lain-lain.
_*Keempat* : Abu Sulaiman al-Khattabi berkata :_

لا تثبت لله صفة إلا بالكتاب أو خبر مقطوع له بصحته يستند إلى أصل في الكتاب أو في السنة المقطوع على صحتها، وما بخلاف ذلك فالواجب التوقف عن إطلاق ذلك ويتأول على ما يليق بمعاني الأصول المتفق عليها من أقوال أهل العلم من نفي التشبيه. اهـ

_“Tidak thabit suatu sifat kepada Allah taala melainkan ia warid dalam al-Quran, al-Hadith yang pasti kesahihannya lagi bersandarkan kepada asal di dalam al-Quran atau di dalam as-Sunnah yang pasti kesahihannya. Apa yang berlawanan dengan perkara tersebut maka wajib bertawaqquf daripada menyandarkannya kepada Allah, dan hendaklah ditakwilkan dengan apa yang layak bagi-Nya dengan makna-makna ushul (pokok-pokok agama) yang sepakat padanya berdasarkan pendapat-pendapat para ulama dalam menafikan penyerupaan Allah taala daripada makhluk-Nya._intaha

*Dr Johari Mat Menggunakan Kisah Hikayat Khurafat*

Perkara ini boleh dirujuk dengan jelas pada suatu rakaman video di laman sesawang youtube di bawah tajuk, _“Allah Bertempat dengan cara Dia yang layak dengan Zat Dia”_ diterbitkan pada 3 April 2014 oleh penama “tvUlamaKelantan. tvUK”, diambil pada 11 julai 2017, ketika membicarakan tentang keyakinan “Allah duduk di pihak yang tinggi”. Dr Johari Mat mendatangkan suatu hikayat cerita yang diada-adakan untuk mengithbatkan Allah taala bertempat dan menyandarkannya kepada Abu Jaafar al-Hamadani. Lebih dahsyat dari itu, Dr Johari Mat menambah dengan dakwaan bahawa al-Imam al-Juwaini menafikan sifat istawa yang ada pada 7 tempat di dalam al-Quran.

Apabila kita buat penelitian, hikayat cerita yang dinyatakan oleh Dr Johari Mat ini adalah nas kata-kata yang diambil dari kitab karangan ibn Taymiyyah yang berjudul _Majmu^ al-Fatawa_, j.4 hlm. 44 ketika menghikayatkan suatu kisah yang diada-adakan terhadap al-imam al-Juwaini yang terkenal sebagai al-imam al-Haramain:

وَهَذَا مَوْضِعُ الْحِكَايَةِ الْمَشْهُورَةِ عَنْ الشَّيْخِ الْعَارِفِ أَبِي جَعْفَرٍ الهمداني لِأَبِي الْمَعَالِي الجُوَيْنِي لَمَّا أَخَذَ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ: كَانَ اللَّهُ وَلَا عَرْشَ فَقَالَ: يَا أُسْتَاذُ دَعْنَا مِنْ ذِكْرِ الْعَرْشِ أَخْبِرْنَا عَنْ هَذِهِ الضَّرُورَةِ الَّتِي نَجِدُهَا فِي قُلُوبِنَا فَإِنَّهُ مَا قَالَ عَارِفٌ قَطُّ " يَا اللَّهُ " إلَّا وَجَدَ مِنْ قَلْبِهِ ضَرُورَةً تَطْلُبُ الْعُلُوَّ لَا تَلْتَفِتُ يَمْنَةً وَلَا يَسْرَةً فَكَيْفَ نَدْفَعُ هَذِهِ الضَّرُورَةَ عَنْ قُلُوبِنَا؟ قَالَ: فَلَطَمَ أَبُو الْمَعَالِي عَلَى رَأْسِهِ وَقَالَ: حَيَّرَنِي الهمداني حَيَّرَنِي الهمداني وَنَزَلَ. اهـ.

_“ Ini adalah tempat hikayat masyhur [kisah yang masyhur di sisi golongan Musyabbihah bukan di sisi ulama Islam] daripada as-Syaikh al-^Arif Abi Jaafar al-Hamadani kepada Abi al-Maali al-Juwaini ketika dia mendengar al-imam al-Haramain berkata di atas mimbar : “ Allah taala ada tanpa Arasy” lalu dia berkata kepadanya : “ Wahai ustaz, usahlah menyebut tentang Arasy. Khabarkan kepada kami tentang keterdesakkan yang kami dapati pada hati-hati kami, sesungguhnya tidak ada orang yang ^arif seorangpun [kononnya] berkata “Wahai Allah” melainkan dia akan dapati di dalam hatinya suatu keterdesakkan menuntut akan tempat yang tinggi tanpa berpaling ke kanan dan ke kiri, bagaimana kami ingin menolak keterdesakan ini pada hati-hati kami?”. Lalu imam al-Haramain memukul-mukul kepalanya dan berkata : “Telah menghairankan aku oleh al-Hamadani, telah menghairankan aku oleh al-Hamadani, kemudian beliau turun dari mimbar”._intaha

Selain ibn Taymiyyah menyebut kisah ini dalam kitab-kitabnya di beberapa tempat, kisah seperti ini juga disebut oleh golongan mujassimah yang lain seperti ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya yang berjudul _Ijtima^ al-Juyush al-Islamiyyah_, al-Albaani juga menyebutnya dalam _Mukhtasar al-^Uluww_, az-Zahabi dalam _al-Uluw_ dan lain-lain.

Dr Johari Mat ketika menghikayatkan kisah khurafat ini dalam minit ke 3:33 / 5:17 menyebutkan :
_Apabila kita kata “Ya Allah”, beraso duk mana barang (Allah) hok kito kato?! Allah duduk mano beraso? Duk kiri ko duk kanan? Duk depan ko duk belake? Maka perasaan ini rasa dok alik atah._intaha

*Sanggahan*

Tidak mengejutkan kami b
ila melihat hikayat cerita seperti ini kerana telah maklum ibn Taymiyyah memang masyhur dengan mendatangkan kisah-kisah yang tidak thabit atau atau hadith lemah atau terkadang yang maudhu’ semata-mata untuk mengithbatkan kebatilan akidahnya lalu tanpa segan silu menyandarkannya kepada para ulama terutamanya ulama hadith.

Ketahuilah bahawa Al-Imam al-Juwaini adalah ulama yang terkenal dan amat jauh untuk disifatkan seperti hikayat cerita palsu ini. Kemudian perlu diketahui bahawa al-Juwaini banyak disandarkan kepadanya beberapa perkara yang tidak sahih antaranya kisah “Hayyarani al-Hamadani” ini.

Al-Imam al-^Allamah Tajuddin bin ^Ali bin ^Abdil Kaafi as-Subki dalam _Thabaqat as-Syafi^iyyah al-Kubra_, menyebutkan:

قلت قد تكلف لهذه الحكاية وأسندها بإجازة على إجازة مع ما في إسنادها ممن لا يخفى محاطة على الأشعري وعدم معرفته بعلم الكلام ثم أقول يا لله ويا للمسلمين أيقال عن الإمام إنه يتخبط عند سؤال سأله إياه هذا المحدث وهو أستاذ المناظرين وعلم المتكلمين أو كان الإمام عاجزا عن أن يقول له كذبت يا ملعون فإن العارف لا يحدث نفسه بفوقية الجسمية ولا يحدد ذلك إلا جاهل يعتقد الجهة بل نقول لا يقول عارف يا رباه إلا وقد غابت عنه الجهات ولو كانت جهة فوق مطلوبة لما منع المصلي من النظر إليها وشدد عليه في الوعيد عليها
وأما قول صاحب الحيرة وكان يقول حيرني الهمداني فكذب ممن لا يستحيي وليت شعري أي شبهة أوردها وأي دليل اعترضه حتى يقول حيرني الهمداني ثم أقول إن كان الإمام متحيرا لا يدري ما يعتقد فواها على أئمة المسلمين من سنة ثمان وسبعين وأربعمائة إلى اليوم فإن الأرض لم تخرج من لدن عهده أعرف منه بالله ولا أعرف منه فيالله ماذا يكون حال الذهبي وأمثاله إذا كان مثل الإمام متحيرا إن هذا لخزي عظيم
ثم ليت شعري من أبو جعفر الهمذاني في أئمة النظر والكلام ومن هو من ذوي التحقيق من علماء المسلمين ثم أعاد الذهبي الحكاية عن محمد بن طاهر عن أبي جعفر وكلاهما لا يقبل نقله اهـ.

_“Aku katakan, sesungguhnya dia [az-Zahabi] telah membebankan dirinya dengan menghikayatkan cerita ini dan meletakkan padanya sanad-sanad dengan ijazah atas ijazah walhal terdapat pada jalur periwayatannya perawi yang tidak tersembunyi menghentam ke atas al-Asyaari dan tidak pula dia ada pengetahuan dalam ilmu tauhid atau ilmu kalam._

_“Kemudian aku mengatakan : “Ya Allah dan wahai muslimin alangkah takjubnya, adakah boleh dikatakan tentang al-imam (al-Haramain) bahawa beliau terpedaya atau buntu ketika disoal kepadanya oleh orang yang bercakap dengannya (Abu Jaafar al-Hamadani) sedangkan beliau (al-Imam al-Haramain) adalah ustaz bagi pendebat-pendebat, dan tokoh terkenal bagi para ulama tauhid atau bagaimana mungkin dia tidak mampu untuk mengatakan kepada orang tersebut : “ Kamu telah berdusta wahai orang yang terlaknat!”. Sesungguhnya seorang yang ^arif (seorang mengenal Allah) tidak akan berbicara kepada dirinya sendiri dengan ketinggian jisim dan tidak ada yang membataskannya dengan had melainkan orang jahil jua yang meyakini ada arah bagi Allah taala._

_Bahkan kita katakan : “Seorang yang ^arif tidak akan berkata “wahai Tuhan” (ketika berdoa) melainkan arah-arah tersebut tidak disandarkan kepada Allah. Jika Allah taala berada pada arah atas, sudah tentu tidak sesekali ditegah orang yang bersolat dari memandang ke arah atas dan dikeraskan ancaman padanya [namun datang nas melarang perbuatan tersebut]._

_Adapun perkataan orang yang kehairanan (kononnya disandarkan kepada al-imam al-Haramain) dan dia berkata “ telah menghairankan aku oleh al-Hamadani”, *maka ia adalah kisah dusta daripada seseorang tidak malu mendatangkannya*. Betapa buruk kekeliruan atau penyelewengan yang didatangkan dan dalil semacam manakah yang (konon) ditentangnya hingga al-imam al-Juwaini berkata “Telah menghairankan aku oleh al-Hamadani”!._

_Kemudian aku katakan : “Jika al-Imam al-Haramain itu benar-benar kehairanan dan dia tidak tahu apa yang dipegang oleh para imam dalam kalangan umat Islam, daripada tahun 478 H hingga ke hari ini sesungguhnya di bumi tiada pada masanya seorang yang lebih mengenal Allah taala lebih daripadanya. Bahkan tiada yang lebih ^arif daripadanya. Justeru, apa yang akan berlaku
kepada az-Zahabi dan seumpamanya jika orang seperti al-imam al-Haramain itu boleh kebingungan. *Sesu
ngguhnya ini adalah pembongkaran bagi pendustaan yang besar.*_

_Kemudian siapakah Abu Jaafar al-Hamadani itu berbanding ulama mujtahidin dan ulama mutakallimin (ulama tauhid) serta siapakah dia dibandingkan dengan golongan yang mempunyai tahqiq daripada kalangan ulama Islam._

_*Kemudian az-Zahabi menyebut kembali kisah hikayat Muhammad bin Thahir daripada Jaafar, kedua-duanya [Muhammad bin Thahir dan Jaafar] tidak sesekali diterima periwayatannya*._intaha

Rujukan : Al-Imam al-^Allamah Tajuddin bin ^Ali bin ^Abdil Kaafi as-Subki dalam _Thabaqat as-Syafi^iyyah al-Kubra_, Percetakan Hajrun Litthiba^ah Wan Nasyr wat Tauzi^, Cet.2, tahun 1413 H, j. 5 hlm. 190.

Malangnya, riwayat hikayat cerita khurafat seperti ini kebanyakkannya disebut oleh golongan al-Musyabbihah dan al-Hasyawiyyah untuk memperbodohkan akal orang awam. Kisah ini didatangkan oleh ibn Taymiyyah juga bertujuan menghina antara imam yang terkenal dalam kalangan al-Asya^irah, imam al-Juwaini rahimahullah.

Kisah periwayatan al-Hamadani ini tidak dipercayai dan dianggap sebagai bathil setelah dilihat dari sudut matan atau sanad-sanad periwayatannya.

*Dari Sudut Matannya.*

Kita katakan : Seorang ulama seperti al-Imam al-Haramain tidak mudah untuk dipercayai bahawa beliau boleh berasa hairan dan bingung atau tidak mampu menjawab soalan dangkal yang hakikat boleh dijawab secara mudah oleh penuntut ilmu yang kecil ilmunya apatah lagi beliau itu adalah seorang ulama yang unggul dan terkehadapan dalam keilmuan di zamannya.

Justeru, al-Imam Tajuddin as-Subki menegaskan dalam kitabnya_Thabaqat as-Syafi^iyyah al-Kubra_:

ثم أقول إن كان الإمام متحيرا لا يدري ما يعتقد فواها على أئمة المسلمين من سنة ثمان وسبعين وأربعمائة إلى اليوم فإن الأرض لم تخرج من لدن عهده أعرف منه بالله ولا أعرف منه فيالله ماذا يكون حال الذهبي وأمثاله إذا كان مثل الإمام متحيرا إن هذا لخزي عظيم اهـ.

_Kemudian aku katakan : “Jika imam al-Haramain itu benar-benar kehairanan dan dia tidak tahu apa yang dipegang oleh para imam dalam kalangan umat Islam, daripada tahun 478 H hingga ke hari ini sesungguhnya di bumi tiada pada masanya seorang yang lebih mengenal Allah taala lebih daripadanya. Bahkan tiada yang lebih ^arif daripadanya. Justeru, apa yang akan berlaku kepada az-Zahabi dan seumpamanya jika orang seperti al-imam al-Haramain itu boleh kebingungan. *Sesungguhnya ini adalah pembongkaran bagi pendustaan yang besar.*_

Juga dilihat dalam pengkisahan tersebut ada menyebutkan:

فَإِنَّهُ مَا قَالَ عَارِفٌ قَطُّ " يَا اللَّهُ " إلَّا وَجَدَ مِنْ قَلْبِهِ ضَرُورَةً تَطْلُبُ الْعُلُوَّ

Maknanya, _“Sesungguhnya tidak ada orang yang ^arif seorangpun [kononnya] berkata “Wahai Allah” melainkan dia akan dapati di dalam hatinya suatu keterdesakan menuntut akan tingginya tempat bagi Allah”,_ *hal seperti yang didakwakan dalam kisah ini amat jauh untuk berlaku kepada seorang yang bergelar al-^Arif.*

Justeru, Al-Imam al-^Allamah Tajuddin bin ^Ali bin ^Abdil Kaafi as-Subki dalam _Thabaqat as-Syafi^iyyah al-Kubra_, menegaskan :

فإن العارف لا يحدث نفسه بفوقية الجسمية ولا يحدد ذلك إلا جاهل يعتقد الجهة بل نقول لا يقول عارف يا رباه إلا وقد غابت عنه الجهات ولو كانت جهة فوق مطلوبة لما منع المصلي من النظر إليها وشدد عليه في الوعيد عليها

_“Sesungguhnya seorang yang arif (seorang mengenal Allah) tidak akan berbicara kepada dirinya sendiri dengan ketinggian jisim dan tidak ada yang membataskannya dengan had melainkan orang itu adalah seorang jahil jua yang meyakini ada arah bagi Allah taala. Bahkan kita katakan : “Seorang yang ^arif tidak akan berkata “wahai Tuhan” (ketika berdoa) melainkan arah-arah tersebut tidak disandarkan kepada Allah. Jika Allah taala berada pada arah atas, sudah tentu tidak sesekali ditegah orang yang bersolat dari memandang ke arah atas dan dikeraskan ancaman padanya [namun datang nas melarang perbuatan tersebut]._

*Al-Arif Billah ialah seorang yang kuat dan mantap keyakinannya terhadap Allah, meyakini bahawa Allah taala itu yang menciptakan tempat maka mustahil Dia pula berada pada tempat.
Justeru, As-Syaikh Abu Bakar Muhammad bin Ishaq al-Kalaabaazi al-Hanafi al-Bukhari al-Hanafi (w.
380 H) dalam merumuskan akidah seluruh ahli sufiyyah menyebutkan :

اجتمعت الصوفية على أن الله لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان " اهـ.

_“Telah berijma’ (sepakat) golongan sufi seluruhnya bahawa Allah taala tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlalu ke atasnya oleh peredaran masa”_intaha

Rujukan : Lihat As-Syaikh Abu Bakar Muhammad bin Ishaq al-Kalaabaazi al-Hanafi al-Bukhari al-Hanafi, _al-Ta^arruf LiMazhab Ahli at-Tasawwuf_, Percetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan, hlm.33.

Seorang ^Arif billah terkenal, Al-Imam Ahmad ar-Rifa^i (w. 578 H), pengasas kepada al-Tareqat ar-Rifaiyyah dalam kitabnya _al-Burhan al-Mu-ayyad_ berkata:

غَايةُ الْمَعْرِفَةِ باللهِ الإِيْقَانُ بِوُجُودِهِ تعالَى بلا كَيْفٍ ولا مَكَانٍ. اهـ.

_“Kemuncak mengenal Allah taala adalah meyakini kewujudan-Nya tanpa "kaif" (tanpa disifatkan dengan sifat makhluk) dan tanpa bertempat."_intaha

*Adapun “علو القدر” iaitu ketinggian martabat bagi Allah maka ini sememangnya ada dalam hati orang mukmin sama ada dia seorang yang Arif billah atau seorang yang bukan Arif billah.*
Seorang _lughawi_ (pakar bahasa Arab) yang terkemuka di zaman salaf, al-Imam Ibrahim ibn al-Sirri al-Zajjaj (w. 311 H) dalam _kitab Tafsir Asma’ Allah al-Husna_ menyebutkan:

العلي: هو فعيل في معنى فاعل، فالله تعالى عال على خلقه وهو عليٌّ عليهم بقدرته، ولا يجب أن يذهب بالعلو ارتفاع مكاني، إذ قد بينا أن ذلك لا يجوز في صفاته تقدست، ولا يجوز أن يكون على أن يتصور بذهن، تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا" اهـ.

_“(Nama Allah) al-^Aliyy dengan wazan (timbangan sorof) “fa^īl” adalah dengan makna “fā^il. Maka Allah ta^ala ^āli (maha tinggi darjat-Nya) atas sekalian makhluk-Nya dan juga Dia ^aliyy (maha tinggi darjat-Nya) atas mereka dengan sifat qudrah-Nya (Allah ta^ala maha tinggi dari sudut kekuasaan-Nya). Akal tidak berpendapat bahawa ketinggian Allah itu dengan makna ketinggian tempat (ketinggian itu bukan dengan makna bahawa Allah ta^ala maha tinggi dari segi tempat), kerana kami telah menjelaskan bahawa sifat demikian itu tidak harus disifatkan ke atas Allah ta^ala, dan maha suci Allah dari sifat demikian itu. Allah tidak boleh digambarkan dengan fikiran. Maha suci Allah dari perkara tersebut dengan kesucian yang agung”._ Intaha.

Beliau berkata juga:

"والله تعالى عال على كل شىء، وليس المراد بالعلو: ارتفاع المحلِّ، لأن الله تعالى يجل عن المحل والمكان، وإنما العلو علو الشأن وارتفاع السلطان" اهـ.

_“Allah ta^ala maha tinggi (darjat-Nya) di atas segala sesuatu. Bukan dimaksudkan dengan al-Uluw (sifat ketinggian Allah) itu ketinggian tempat. Kerana Allah ^taala maha suci daripada kawasan dan tempat. Sesungguhnya pengertian maha tinggi Allah itu adalah tinggi dari sudut darjat dan tinggi dari sudut kekuasaan-Nya”._ Intaha.

Rujukan: _Tafsir Asma’ Allah al-Husna_, hlm. 48 dan 60.

Kemudian hendaklah diketahui bahawa suatu keyakinan bukan didasarkan atas waham atau sangkaan semata-mata bahkan hendaklah berdasarkan akal yang sihat. Hal ini menunjukkan kebatilah pengkisahan hikayat “ Hayyarani al-Hamadani” ini berserta teks yang ada dalam riwayat tersebut.

Al-Hafiz al-^Abdari dalam kitabnya as-Sirath al-Mustaqeem, hlm. 39 menyebutkan :

وليس مِحوَر الاعتقاد على الوهم بل على ما يقتضيه العقل الصحيح السليم الذي هو شاهد للشرع، وذلك ان المحدود محتاج الى من حده بذلك الحد فلا يكون إلهاً. فكما صح وجود الله تعالى بلا مكان وجهة قبل خلق الأماكن والجهات فكذلك يصح وجوده بعد خلق الاماكن بلا مكان وجهة، وهذا لا يكن نفياً لوجوده تعالى كما زعمت المشبهة المجسمة الوهابية وهم الدعاة إلى التجسيم في هذا العصر.اهـ.

_“Teras akidah bukanlah didasarkan kepada sangkaan (al-wahm), akan tetapi berdasarkan kepada apa yang dituntut oleh akal sihat yang selamat dari sangkaan-sangkaan (al-Wahm) dimana akal sihat tersebut merupakan saksi akan kebenaran syarak. Dan di antara hal yang sesuai dengan akal sihat adalah mengatakan semua yang memiliki saiz (al-mahdud) pasti memerlukan kepada yang menjadikannya dalam saiz atau ukurannya tersebut, maka sesuatu yang seperti itu tidaklah sah untuk menjadi Tuhan._
_[akal yang sihat mengatakan] sebagaimana sah adanya Allah tanpa tempat dan tanpa arah sebelum diciptakannya
tempat dan arah, demikian pula setelah Allah menciptakan tempat dan arah, Allah sebagaimana sifatnya pada azal ada tanpa tempat dan arah. Hal ini bukanlah penafian akan kewujudan Allah taala sebagaimana yang sangka-sangkakan oleh golongan musyabbih (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya) iaitu kelompok al-Wahhabiyah yang menyerukan kepada akidah tajsim pada masa ini”._intaha

Dalam al-Syarh al-Qaweem, hlm. 114, al-Hafiz al-^Abdari mendatangkan bagaimana akal yang sihat beristidlal tentang penyucian Allah daripada tempat dan arah :

أما الدليل العقلي على تنزيه الله عن المكان فهو أنه تعالى لو استقر على مكان أو حاذى مكانا لم يخل أن يكون بقدر المكان أو أصغر منه أو أكبر منه، ولو كان مثل المكان إن كان المكان مربعا أو مثلثا أو غيرهما من الأشكال فيكون محتاجا إلى مخصص خصصه بأحد هذه الأشكال وهذا عجز، ولو كان أكبر من المكان لأدى ذلك إلى التوهم أن الله متجزئ بأن يكون جزء منه في مكان والزائد خارج المكان واعتقاد هذا كفر أيضا، ولو كان أصغر من المكان لكان ذلك حصرا له وهذا لا يليق بالله تعالى. فمحال أن يكون الله مثل المكان أو أكبر من الكان أو أصغر من المكان وما أدى إلى المحال محال.اهـ.

_“Adapun dalil akal menunjukkan penyucian Allah taala daripada tempat adalah : “Andaikata Allah taala menetap pada sesuatu tempat atau berada pada tempat, sudah tentu Allah taala itu tidak sunyi [daripada 3 perkara] sama ada Allah taala sama ukuran dengan kadar tempat tersebut, atau lebih kecil atau lebih besar daripadanya._

_Jika zat Allah seukuran atau sama saiz dengan tempat, maka sudah tentu Allah menyerupai bentuk tempat tersebut. Sekiranya tempat itu berbentuk empat segi, tiga segi atau selainnya maka sudah tentu Allah taala berhajat kepada Pencipta lain yang mengkhususkan-Nya dengan salah satu daripada bentuk-bentuk ini maka ia adalah kelemahan yang nyata._

_Sekiranya Allah taala lebih besar daripada tempat tersebut, sudah tentu ia memberi sangkaan bahawa Allah taala itu berjuzuk-juzuk sekira-kira satu bahagian berada pada tempat tersebut dan bahagian yang lebihnya terkeluar daripada tempat. Keyakinan seperti ini adalah kufur._

_Sekiranya Allah taala lebih kecil daripada tempat sudah tentu Allah Taala itu terkepung pada tempat tersebut dan ini sesuatu yang tiada layak dengan-Nya. Justeru, mustahil Allah Taala lebih kecil dari tempat. Perkara yang membawa kepada mustahil, maka mustahil juga.”_intaha

Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan :

مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك

_“Walau apapun yang kamu bayangkan maka Allah taala tidak seperti itu”_intaha

Al-Imam al-^Allamah Tajuddin bin ^Ali bin ^Abdil Kaafi as-Subki dalam _Thabaqat as-Syafi^iyyah al-Kubra_, menempelak periwayatan ini yang menyifatkan al-Imam al-Juwaini يتخبط عند سؤال :

أقول يا لله ويا للمسلمين أيقال عن الإمام إنه يتخبط عند سؤال سأله إياه هذا المحدث وهو أستاذ المناظرين وعلم المتكلمين أو كان الإمام عاجزا عن أن يقول له كذبت يا ملعون

_“Kemudian aku mengatakan : Ya Allah dan wahai muslimin alangkah takjubnya, adakah boleh dikatakan tentang al-imam (al-Haramain) bahawa beliau terpedaya ketika disoal kepadanya oleh orang yang bercakap dengannya (Abu Jaafar al-Hamadani) sedangkan beliau (al-Imam al-Haramain) adalah ustaz bagi pendebat-pendebat, dan tokoh terkenal bagi para ulama tauhid atau bagaimana mungkin dia tidak mampu untuk mengatakan kepada orang tersebut : “ Kamu telah berdusta wahai orang yang terlaknat!”._

Amat jauh untuk disifatkan beliau dengan “يتخبط” sebagaimana dinyatakan dalam kitab _al-^Uluw_ setelah mana kita dapati dalam kitab al-Imam al-Juwaini sendiri menukilkan ijmak bahawa Allah ada tanpa tempat.

*Abu Jaafar al-Hamadani*

Apabila diteliti, Abu Jaafar al-Hamadani ini tidak dijumpai pengenalan dirinya secara lengkap di dalam kitab-kitab al-Tarajim yang dikarang oleh ulama muktabar melainkan apa yang disebutkan oleh az-Zahabi [murid ibn Taymiyyah al-Harrani] dalam _Siyar A^lam al-Nubala’_, dan al-Albaani dalam kitab _Mukhtasor al-^Uluw_[al-Albaani hanya menyebut tentangnya dengan secara ringkas]. Tidak dijumpai ulama selain daripada mereka memberikan
pembiodataan kepadanya.

Tambahan pula, kisah khurafat ini berakhir periwayatannya kepada seorang perawi s
ahaja iaitu Abu Jaafar al-Hamadani sendiri. Di sini, menjadi suatu persoalan dan keganjilan yang nyata bagi kisah ini kerana manusia yang hadir ketika al-Imam al-Juwaini berkhutbah di atas mimbar disifatkan ramai namun tidak ada yang meriwayatkan kisah ini melainkan Abu Jaafar al-Hamadani sendiri dan dia pula ketika itu berada di pihak yang membantah al-Imam Juwaini. Dimana periwayatan daripada murid-murid al-Juwaini yang ramai?!! Dimana yang periwayatan dari orang ramai yang hadir melihat peristiwa ini selain Abu Jaafar al-Hamadani yang kononnya turut menangis-nangis di dalam majlis sebagaimana dinyatakan periwayatan kisah khurafat ini dalam kitab al-^Uluw ?!, ]Disebut dalam kitab al-^Uluw :
:
“وبكيت وبكى الخلق”

Selain itu juga dinyatakan kisah khurafat ini diambil daripada _“Risalah [Abu Mansur bin al-Walid] kepada az-Zanjani”_ sebagaimana terdapat dalam kitab al-^Uluw namun risalah ini tidak dijumpai cetakannya dan tidak dapat dipastikan kewujudannya langsung melainkan dengan perantaraan nukilan daripada az-Zahabi sahaja iaitu :

“قال أبو منصور بن الوليد الحافظ في رسالة له إلى الزنجاني...”

“ Berkata Abu Manshur bin al-Walid al-Hafiz dalam Risalahnya kepada az-Zanjani…”

*Muhammad bin Thahir *:

Selain ada yang memujinya seperti az-Zahabi, Muhammad bin Thahir al-Maqdisi tidak lepas daripada kritikan yang banyak daripada para ulama.

Dalam kitab Lisan al-Mizan karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani disebutkan:

محمد بن طاهر المقدسي الحافظ ليس بالقوي فإنه له أوهام كثيرة في تآليفه .اهـ

_“Muhammad bin Thahir al-Maqdisi al-Hafiz adalah bukan seorang yang kuat ingatannya. Sesungguhnya baginya banyak waham (kekeliruan) dalam penulisannya._intaha

Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 207.

Berkata ibn Nashir :

كان لحنة وكان يصحف.اهـ

_“Dia adalah seorang yang banyak melakukan kesalahan dalam bacaan dan mengubah dari tempat sepatutnya hingga jadi salah_.

Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 207.

Ibn ^Asakir berkata :

جمع أطراف الكتب الستة فرأيته يخطىء وقد أخطأ فيه في مواضع خطأ فاحشا .اهـ

_“Dia telah menghimpunkan beberapa kitab sunan sittah, maka aku dapati dia telah melakukan kesalahan padanya pada beberapa tempat dengan kesalahan yang buruk._

Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 207.

Ibn Nashir mengatakan :

محمد بن طاهر لا يحتج به.اهـ

_“Muhammad bin Thahir tidak boleh berhujah dengannya._Intaha

Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 209.

Ibn as-Sam^aani berkata :

سألت إسماعيل بن محمد الحافظ عنه فأساء الثناء عليه

_“Aku bertanya Ismai^il bin Muhammad al-Hafiz tentangnya maka dia telah memburukkan sanjungan terhadapnya [mencelanya]”_intaha

Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 209.

Berkata as-Salafiy :

كان فاضلا يعرف ولكنه كان لحنة حكى لي المؤتمن قال كنا بهراة عند عبد الله الأنصاري وكان ابن طاهر يقرأ ويلحن فكان الشيخ يحرك رأسه ويقول لا حول ولا قوة الا بالله

_“Dia dikenali sebagai seorang yang baik tetapi banyak melakukan kesalahan. Diceritakan kepadaku oleh orang yang boleh dipercayai katanya : “ Kami pernah berada di suatu tempat bernama Hurat di sisi ^Abdullah al-Ansori, semasa itu ibn Thahir ini dia membacakan hadith dan dia buat banyak kesalahan. Pada masa tersebut as-Syaikh menggelengkan kepalanya lalu berkata “لا حول ولا قوة الا بالله”._intaha
Rujukan : al-Asqalani, Ahmad bin ^Ali bin Hajar, _lisan al-Mizan_, Percetakan Muassasah al-A^lami Lil Mathbu^aat, Beirut-Lubnan, Cet 3, Tahun 1406 H/ 1986 R, jilid 5 hlm. 209.

Walaupun jelas kisah ini
tidak sahih, keji dan batil serta tidak ada asas periwayatan yang betul, namun ibn Taymiyyah dan pengikut-pengikutnya tetap degil meriwayatkannya semata-mata untuk mengithbatkan bahawa Allah taala berada di atas langit atau duduk bersemayam di atas Arasy.

Adapun cubaan al-Albaani mensahihkan periwayatan hikayat cerita khurafat ini, maka dijawab sebagaimana disebut oleh al-Hafiz Abdullah al-Ghumari al-Maghribi, seorang ulama hadith yang terkenal di Maghrib selain beliau juga merupakan guru kepada kebanyakkan masyaikh di al-Azhar. Dalam kitabnya _al-Rad ^ala al-Albaani_, hlm. 8, beliau menegaskan :

الألباني ومبلغ علمه
هُو مُحمّد نَاصِر الدِين الألبَانِي أصلاً, إعتكفَ فِي بَادئ أمْره فِي غُرفة المَكتبة الظَاهِرية - دِمشق - إنكبّ فِيها عَلى القِراءة، وإنعكفَ عَلى المُطالعة, فَظن فِي نفسهِ أنهُ أصبحَ مِن أهْل هَذا الشأن، فَتجرأ عَلى الفَتوى, وعَلى تضعِيف وَتصحِيح مَا لا يُوافِق هَواه مِن الأحَادِيث،وعَلى التهجّم عَلى العُلماء المُعتبرين، مَع إدعائه أنّ الحفظ إنقطعَ هَذه الأيَام فَتراه مَرة يغيِر عَلى أقْوال العُلماء بالتَشنِيع، ومَرة عَلى الأحَادِيث الجياد بالتَضعِيف والتَوهِين،حَتى إنّ صَحيح البُخارِي ومُسلم لَم يسلمَا منهُ. وَعلى هَذا فإنَ إسناده مَقطُوع ويَعود إلى الكُتب التِي تَصفحهَا لَوحده, وإلى الأجْزاء التِي قَرأهَا مِن غَير تلقّ، ويدّعِي أنهُ خَليِفة الشَيخ بَدر الدِين الحسني الذِي كَانت السبحة لا تَسقطَ مِن يدهُ حَتى أثنَاء درسه ثُم يبدّع -أي الألبَانِي- من يستعملهَا

_*“[Bab] Al-Albaani Dan Kadar Ilmunya*. Dia adalah Muhammad Nasiruddin al-Albaani, berasal dari bangsa Albania. Pada awalnya dia tinggal lama di sebuah bilik di al-Maktabah al-Zahiriyyah, Damsyiq. Dia menyibukkan diri dengan membaca buku-buku. Dia melazimkan diri dengan membuat bacaan. *Seterusnya dia menyangkakan dirinya telah menjadi seorang yang tinggi martabatnya (merasakan dirinya setanding dengan alim ulama), maka beranilah dia mengeluarkan fatwa (fatwa tanpa ilmu), memberanikan diri untuk mendhaifkan dan mensahihkan hadis yang tidak menepati hawa nafsunya*, berani menghentam para ulama yang muktabar disamping dia mendakwa bahawa al-Hifzh (ilmu secara hafalan hadith) telah terputus pada hari ini, lalu kamu dapat melihat sesekali dia mengubah pendapat-pendapat ulama dengan mengherdik mereka, sesekali dia mengubah hadis-hadis yang jayyid (baik statusnya) kepada dhaif dan melemahkannya sehinggakan Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim kedua-duanya pun tidak selamat daripadanya._

_Berdasarkan perkara ini, sesungguhnya sanad periwayatannya terputus, hanya kembali kepada beberapa kitab yang dia belik-belik sendiri dan hanya kembali kepada beberapa keratan yang dia baca tanpa bertalaqqi daripada guru. Dia mendakwa bahawa dia adalah khalifah kepada as-Syeikh Badr ad-Din al-Hasani yang tasbih tidak pernah lekang dari tangannya hingga semasa memberi pengajian (kepada muridnya), kemudian datang al-Albaani membidaahkan amalan orang menggunakan tasbih”_Intaha.

Selain itu, al-Albaani mempunyai percanggahan yang terlalu banyak dalam pentashihan dan pendhaifan hadith yang tidak melayakkan pendapatnya diambil dalam menentukan sesuatu periwayatan itu sahih atau dhaif atau selain keduanya. Perbahasan tentangnya akan dibahaskan pada siri-siri yang akan datang.

*Keyakinan Yang Diyakini Thabit Daripada Al-Imam Al-Juwaini*

Hakikatnya, apabila dibuat penelitian pada karya al-imam al-Juwaini, sememangnya thabit daripada beliau akidah yang diyakini oleh seluruh umat Islam di Timur dan di Barat dalam pelbagai zaman sama ada salaf atau khalaf iaitu “Allah ada tanpa tempat” bukan sebaliknya. Hal ini boleh dilihat dengan fakta tersebut :

Dalam kitab al-Irsyâd Ilâ Qawâthi’ al-Adillah, Al-Syaikh Imāmul-Haramain Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini al-Syāfi^ī al-Asy^ari (w. 478 H) menyebutkan :

البارىء سبحانه وتعالى قائم بنفسه ، متعال عن الافتقار إلى محل يحله أو مكان يقله " اهـ.
_“Allah taala antara sifat-Nya adalah Qiyamuh Bi Nafsih; ertinya Allah tidak memerlukan kepada suatu apapun dari makhluk-Nya. Dia Maha Suci dari memerlukan kepada tempat untuk menyerap padanya dan maha suci daripada tempat untuk didiaminya”_intaha

Rujukan : Al-Syaikh Imāmul-Haramain A
bul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini al-Syāfi^ī al-Asy^ari, _al-Irsyâd Ilâ Qawâthi’ al-Adillah_, hlm. 53

Dalam karya lain berjudul as-Syâmil Fî Ushuliddin, beliau menegaskan:

واعلموا أن مذهب أهل الحق: أن الرب سبحانه وتعالى يتقدس عن شغل حيز، ويتنزه عن الاختصاص بجهة. وذهبت المشبهة إلى أنه مختص بجهة فوق، ثم افترقت ءاراؤهم بعد الاتفاق منهم على إثبات الجهة، فصار غلاة المشبهة إلى أن الرب تعالى مماس للصفحة العليا من العرش وهو مماسه، وجوزوا عليه التحول والأنتقال وتبدل الجهات والحركات والسكنات، وقد حكينا جملا من فضائح مذهبهم فيما تقدم" اهـ.

_“Ketahuilah bahawa pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa Allah taala maha suci dari berada pada tempat dan maha suci dari berada pada arah. Sementara kaum Musyabbihah berpendapat bahawa Allah berada di arah atas. Namun, puak Musyabbihah tersebut kemudiannya saling berselisih pendapat setelah mereka bersepakat bahawa Allah berada di arah atas. Di antara mereka ada yang sangat ekstrim atau melampau lalu berpendapat bahawa Allah taala bersentuhan dengan Arasy dari arah atasnya. Mereka juga mengharuskan bagi Allah taala berlaku perubahan, berpindah-randah, bertukar-tukar arah, bergerak dan diam. Sesungguhnya telah kita sebutkan beberapa pembongkaran bagi keyakinan mereka yang rosak pada penjelasan yang telah lalu”_intaha

Rujukan : Al-Syaikh Imāmul-Haramain Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini al-Syāfi^ī al-Asy^ari,_as-Syamil Fi Ushuliddin_,Mansyaatul Maarif, Cet.1, Tahun 1969 R, Iskandariah-Mesir, hlm. 511

Bahkan beliau menyebutkan terdapat IJMAK tentang keyakinan umat Islam seluruhnya itu. Beliau menyebutkan dalam kitabnya_al-Irsyād_:

ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات

_“Dan mazhab Ahlis-Sunnah Wal Jamaah seluruhnya bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala maha suci dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah-arah”_.Intaha.

Ini adalah nukilan *ijmak* daripada al-Imam al-Juwaini bahawa akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah *_Allah ada tanpa tempat_*.

Rujukan: Abul-Ma^ālī ^Abdul-Mālik ibn ^AbdiLlāh al-Juwaini, _al-Irsyād ilā Qawāti^il-Adillah fi Uşūlil-I^tiqād_, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqāfiyyah, Beirut, hlm. 58.

Ijmak yang disebut oleh al-Imam al-Juwaini ini adalah bertepatan dengan ijmak yang dinyatakan oleh ulama muktabar yang lain juga, antaranya:

1. Seorang ahli tafsir terkenal al-Mufassir al-Syaikh Fakhrud-Dīn al-Rāzī (w. 606 H) dalam kitab tafsirnya _al-Tafsirul-Kabir_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, j. 1, hlm. 4400).
2. Al-Imām Abū Manşūr ^Abdul-Qāhir ibn Țāhir al-Baghdādī (w. 429 H) dalam kitabnya _al-Farq baynal-Firaq_ (Dārul-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333)
3. Al-Syaikh Muĥammad Mayyārah al-Mālikī (w. 1072 H) menyebutnya di dalam kitabnya _al-Durruth-Thamīn wa Mauridul-Ma^īn_ yang merupakan syarah kepada _al-Mursyid al-Mu^īn ^ala al-Đarūrī Min ^Ulūmid-Dīn_ karangan al-Syaikh ^Abdul-Wāĥid ibn ^Āsyir al-Anṣāri al-Asy^arī al-Mālikī, (hlm. 30).
4. Syaikh Jāmi^ al-Azhar al-Syaikh Salīm al-Bisyrī (w. 1335 H) menyebut ijmak ini sebagaimana dinukilkan oleh al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, Beirut - Lubnan, hlm.74).
5. Al-Syaikh Yūsuf al-Dijwī al-Miṣrī (w. 1365 H) menyebut ijmak ini dalam majalah _al-Azhar_ (Muharam 1357 H, j. 9, juzuk 1, hlm. 17).
6. Al-^Allāmah al-Muĥaddith al-Syaikh al-Qaďā^i al-^Azami al-Syāfi^ī dalam kitabnya _Furqānul-Qur’ān_ (Dār Iĥyā' al-Turāth al-^Arabī, Beirut - Lubnan, hlm. 93).
7. Al-Muhaddith al-Syaikh Muĥammad ^Arabi al-Tabbān al-Mālikī al-Makkī menyebut ijmak ini dalam kitabnya _Barā’atul-Asy^ariyyīn min ^Aqā’idil-Mukhālifīn (j. 1, hlm. 11).

Keyakinan yang dipegang oleh al-Imam al-Juwaini ini itulah juga keyakinan keseluruhan ulama salafussoleh.
Al-Imam al-Hafiz al-Faqih Abu Ja^far Ahmad ibn Salamah al-Tohawi al-Hanafi (w. 321 H) merupakan antara ulama salaf yang terkenal telah berkata dalam kitabnya _al-^Aqidah al-Tohawiyyah_ yang diterima pakai di seluruh dunia setelah diawalnya mengatakan هذا ذكر بيان عقيدة أهل السنة والجماع
ة “ini adalah penjelasan mengenai akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah” :

*وَتَعَالَى -أي الله- عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَايَاتِ، وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ. لَا تَحْوِيْهِ الجِّهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ*

_“Maha Suci (Allah) daripada bersifat dengan saiz ukuran, penghujung-penghujung, sisi-sisi, anggota-anggota besar dan anggota-anggota kecil. Dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk-Nya”._

Makna تعالى : Maha Suci Allah.

Makna الحدود: Batasan atau saiz sama ada saiz yang besar atau kecil. Allah ta^ala tidak disifatkan dengan saiz sama ada saiz yang besar atau yang kecil.

Makna الغايات: Penghujung-penghujung. Ini sebahagian daripada sifat-sifat jisim. Allah ta^ala maha suci daripada sifat ini.

Makna الأركان: Sisi-sisi. Ini juga sebahagian daripada sifat-sifat makhluk.

Makna الأعضاء: Bahagian anggota yang besar seperti kepala, tangan dan kaki. Allah ta^ala maha suci daripada itu.

Makna الأدوات : Bahagian anggota yang kecil seperti lidah, dan geraham serta gigi-gigi yang lain.

Makna الجِّهَاتُ السِّتُّ: Arah yang enam iaitu atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.

Makna الْمُبْتَدَعَاتِ: Sekalian makhluk.

Rujukan: _Syarh al-^Aqidah al-Tohawiyyah_, al-Syaikh ^Abdul-Ghaniyy ibn Tolib al-Ghanimi al-Dimasyqi al-Maidani al-Hanafi (w. 1298 H), Darul-Fikr, Damsyik, 1413 H/ 1992 R, cet. 2, hlm. 73 - 75.

*Undang-Undang Negeri Kelantan Mesti Dipatuhi dan Dikuatkuasakan*

Dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1994 menyebutkan pada seksyen 37 (rujukan yang mesti diikuti) sebagaimana berikut:

_“(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie._
_(2) Jika Majlis dan Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, majlis atau jamaah ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli yang Maha Mulia al Sultan mengikut qaul dari mana-mana mazahab [mazahib] Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut”_. Intaha.

Di dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyebutkan tafsiran kepada Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah” sebagaimana berikut:

_"4.(1) "Ahlu’s Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu al-Hasan al Ash'ari dan Abu Mansoor al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya [al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah]"._ Intaha.

Disediakan oleh:

*Kajian Ilmiah Asatizah Pondok (KIAP)*
"Wahabi, dimanakah mudharatnya."

Ceramah khas oleh Al Fadhil Ust Wadi Annuar

Mohon sebarkan bagi meluaskan lagi liputan media. Semoga setiap orang yang menyebarkan akan mendapat pahala baginya pada setiap orang yang menonton. Insyaallah

👉🏼 https://www.facebook.com/MasjidSharifahFatimah/videos/1925426650817596/
Menyoal Doa Iftitah "inni Wajjahtu ..."

Kita tidak pernah mengusik, menyalahkan apalagi membidahkan amalan dan tata cara ibadah saudara Muslim kita yang lain. Paling-paling cuma 'ngelirik', kok beda, begitu saja. Karena Kyai-kyai kita di pesantren memang tidak mengajarkan berbuat jelek kepada orang lain.

Kali ini yang dipersoalkan adalah doa Iftitah dalam shalat. Dalam riwayat Muslim doa Iftitah ini tidak menyebut kalimat "inni Wajjahtu", namun langsung Wajjahtu Wajhiya dst. Yaitu:
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Sedangkan riwayat yang menyatakan "inni Wajjahtu" terdapat dalam riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad bin Hanbal dan sebagainya. Itupun bukan dalam tata cara shalat, namun tata cara menyembelih hewan qurban:
ﻋﻦ ﺟﺎﺑﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ، ﻗﺎﻝ: ﺿﺤﻰ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻮﻡ ﻋﻴﺪ، ﺑﻜﺒﺸﻴﻦ ﻓﻘﺎﻝ: ﺣﻴﻦ ﻭﺟﻬﻬﻤﺎ ﺇﻧﻲ ﻭﺟﻬﺖ ﻭﺟﻬﻲ ﻟﻠﺬﻱ ﻓﻄﺮ اﻟﺴﻤﻮاﺕ ﻭاﻷﺭﺽ ﺣﻨﻴﻔﺎ، ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻣﻦ اﻟﻤﺸﺮﻛﻴﻦ ....

Bolehkah shalat kita dalam Iftitah menambah kalimat "inni" ? Jawabannya Boleh! Berdasarkan hadis:
ﻭﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺭاﻓﻊ ﻗﺎﻝ: ﻭﻗﻊ ﺇﻟﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﻓﻴﻪ اﺳﺘﻔﺘﺎﺡ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ - ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ﻛﺎﻥ ﺇﺫا ﻛﺒﺮ ﻗﺎﻝ: " ﺇﻧﻲ ﻭﺟﻬﺖ ﻭﺟﻬﻲ ﻟﻠﺬﻱ ﻓﻄﺮ اﻟﺴﻤﺎﻭاﺕ ﻭاﻷﺭﺽ ﺣﻨﻴﻔﺎ ﻭﻣﺎ ﺃﻧﺎ ﻣﻦ اﻟﻤﺸﺮﻛﻴﻦ ...
Dari Abu Rafi' ia berkata: Telah sampai padaku sebuah surat yang berisi Iftitah Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, bahwa jika Nabi bertakbir maka beliau berdoa: Inni Wajjahtu ....

Al-Hafidz Nuruddin Al Haitsami berkata:
ﺭﻭاﻩ اﻟﻄﺒﺮاﻧﻲ ﻓﻲ اﻟﻜﺒﻴﺮ ﻭﻓﻴﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺳﺤﺎﻕ ﻭﻫﻮ ﺛﻘﺔ ﻭﻟﻜﻨﻪ ﻣﺪﻟﺲ ﻭﻗﺪ ﻋﻨﻌﻨﻪ ﻭﺑﻘﻴﺔ ﺭﺟﺎﻟﻪ ﻣﻮﺛﻘﻮﻥ
Diriwayatkan oleh Thabrani. Di dalamnya terdapat Muhammad bin Ishaq, ia terpercaya, namun ia perawi mudallis (menyamarkan) dan ia menyampaikan dengan redaksi 'an'anah. Para perawi lainnya dinilai terpercaya. (Majma' Az-Zawaid)

Jika masih menyanggah dengan dalih riwayat Muhammad bin Ishaq adalah hadis Munkar karena bertentangan dengan perawi yang lebih tsiqah, maka jawabannya adalah boleh menambahkan bacaan di dalam shalat selama bacaan itu bersumber dari Al Qur'an atau hadis. Terlebih lagi kalimat "inni Wajjahtu..." terdapat dalam surat Al-an'am 79 sebagai doa Nabi Ibrahim alaihis salam. Mana dasarnya? Yaitu Ibnu Umar menambahkan beberapa bacaan dalam Tahiyat:
ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ، ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻲ اﻟﺘﺸﻬﺪ: "اﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﻟﻠﻪ اﻟﺼﻠﻮاﺕ اﻟﻄﻴﺒﺎﺕ، اﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ اﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ اﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ - ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ: ﺯﺩﺕ ﻓﻴﻬﺎ: ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ - اﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ اﻟﻠﻪ اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ، ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ - ﻗﺎﻝ اﺑﻦ ﻋﻤﺮ: ﺯﺩﺕ ﻓﻴﻬﺎ: ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ - ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪا ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ"

Bacaan Syahadat di dalam Tahiyat ditambah oleh Ibnu Umar: Wahdahu la syarika lahu (HR Abu Dawud. Ulama salafi Wahabi juga menilai sahih)

Ma'ruf Khozin
https://www.facebook.com/muhammad.makruf.16/posts/1758212954206686
anggota Aswaja Center PWNU Jatim
Hakikat Bermazhab adalah hakikat mengikut Quran dan Sunnah.

Bagus pemerhatian di bawah ni:

Mereka berkata: kamu bermazhab kerana kamu seorang yg taksub!

Saya jawab: Tidak! saya bukan taksub. Saya berlindung dgn Allah drpd sifat taksub. Saya bermazhab hanyasanya kerana saya lihat bahwa mazhab-mazhab fiqh semuanya:

1) Musannadah (مسندة):
Mazhab-mazhab ini memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. sehingga kesahihannya terjamin.

2) Mudallalah (مدللة):
Mazhab-mazhab ini memiliki landasan argumentasi/dalil. Dalil tersebut tidak hanya dalil disebutkan secara eksplisit saja, namun ada dalil yang implisit.

3) Muashshalah (مؤصلة):
Mazhab-mazhab ini memiliki metodologi berfikir yang terkodifikasikan dalam kitab-kitab usul fiqh, sehingga sangat tepat dan terukur dalam pengambilan dalil dari al-Quran dan Sunnah.

4) Makhdumah (مخدومة):
Mazhab-mazhab ini dikhidmah oleh ratusan bahwa ribuan ulama setelahnya, dari matan menjadi syarah dan dari syarah melahirkan hasyiah. Kemudian juga diberi taqrir dan tanbih, serta khidmah ilmiah lainnya. Ini juga memberikan jaminan akan kesahihan pemahaman keagamaan yang ada di dalam mazhab.

5) Muqa’adah (مقعدة):
Mazhab-mazhab ini memiliki kaedah-kaedah fiqh yang sangat rasional, seperti kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Imam Suyuti dalam mazhab Syafi'i, kitab “al-Asybah wan Nazoir” karya Ibnu Nujaim dalam Mazhab Hanafi, kitab “Ta’sisun Nazor” dalam Mazhab Maliki, dan kitab “Raudhatun Nadhir” dalam mazhab Hanbali.

6) Mumanhajah (ممنهجة):
Mazhab-mazhab ini memiliki manhaj berfikir yang jelas, detail dan tepat

7) Muttasiqah (متسقة):
Mazhab-mazhab ini memiliki tingkat amanah ilmiah yang sangat tinggi dalam menisbatkan sebuah pendapat kepada penuturnya, di dalamnya ada yang dikenal dengan qaul mukharraj dan ada juga yang disebut dengan qaul mansus.

8) Munfatihah (منفتحة):
Mazhab-mazhab ini memiliki cara berfikir yang elegan dan terbuka serta sangat toleran. Karena mempunyai kaedah-kaedah usul fiqh dan hal-hal yang bersifat kulli yang masih memungkikan generasi penerusnya untuk mengembangkannya sesuai dengan masalah-masalah kontemporari yang terjadi seiring perkembangan zaman.

Syeikh Amru Wardani
- Ahli Darul Ifta' Mesir
- Pengajar Usul Fiqh di Masjid al-Azhar.

sumber fb Ustaz Nik Bakri:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1376633172432200&id=100002565920147