Pejuang 4.00 STPM
22.8K subscribers
1K photos
41 videos
1.07K files
659 links
Channel ini dikendalikan oleh admin mata pelajaran masing-masing. Kelas adalah bergantung kepada admin mata pelajaran masing-masing.

Pendidikan Peneraju Kehidupan

Hubungi pihak kami di @PejuangSTPMbot

@PejuangSTPMFam
@PejuangSTPMQuotes
@STPMnote_exerci
Download Telegram
Malamni jom borak ngn min dalam live
MADAH PUJANGGA πŸ–ŠοΈ


Wahai anakanda yang kusayangi,
Ilmu dan amal jangan engkau kurangi,
Hidup di dunia perlu diwaspadai,
Iman dan taqwa benteng jiwa peribadi,

Wahai anakanda yang budiman,
Al Quran & Al Sunnah jangan engkau tinggalkan,
Petunjuk hidup daripada tuhan,
Persiap diri di tempat timbangan,

Wahai anakanda yang gagah perkasa,
Sedarilah diri yang banyak dosa,
Mohonlah ampun kepada yang Esa,
Kelak pasti engkau dipelihara,



UPM
13/2/2025
Salam Nisfu Syaa'ban
βš οΈβš οΈβš οΈβš οΈπŸ“‘
PEPERIKSAAN STPM
SEM 3 2024


⏱4 Hari Lagi...
πŸ”“18/02/2025

πŸš€PejuangSTPM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Korang macam mana nak exam? Dah ready ke?
Nk min share tips memasuki degree bidang pendidikan?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di sini hanya sekadar perkongsian peribadi saya sahaja berkaitan kemasukan ke bidang pendidikan Universiti Awam.

Perlu persediaan yang sangat rapi untuk memasuki bidang pendidikan. Bidang pendidikan merupakan bidang yang sangat menjadi pilihan pelajar lepasan STPM/setaraf. Jadi pihak Universiti akan menapis pelajar dengan beberapa tahap spt MEDSI dan Temu duga. INGAT!!! hanya yang terbaik dikalangan yang terbaik sahaja dipilih. Sebagai contoh, jumlah pemohon yang memohon program pendidikan Bahasa Melayu UPSI adalah seramai 1631 orang dan yang melepasi untuk melanjutkan pengajian hanyalah lebih kurang 200 pemohon sahaja. Jadi, usaha la sebaik mungkin dalam semua proses.

πŸ†˜MEDSI

Apa itu MEDSI?
MEDSI (Malaysian Educators Selection Inventory) ialah ujian psikometrik yang digunakan sebagai saringan untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di IPTA. Ujian ini menilai personaliti, minat, nilai, dan kecerdasan emosi calon bagi memastikan mereka sesuai menjadi guru.

1. Fahami Format Ujian MEDSI

βœ… Bilangan soalan: 300 soalan
βœ… Masa menjawab: 1 jam (60 minit)
βœ… Format: Objektif (jawapan pilihan β€œYa” atau β€œTidak”)
βœ… Kategori soalan:

Personaliti – Sikap, emosi, keyakinan diri
Minat Kerjaya – Kecenderungan terhadap bidang pendidikan
Nilai Integriti – Amanah, disiplin, dan etika kerja
Kecerdasan Emosi – Kemampuan mengawal tekanan dan bekerja dalam pasukan

2. Strategi Menjawab Soalan

βœ” Jawab dengan jujur tetapi relevan dengan profesion guru.
βœ” Elakkan jawapan ekstrem kecuali berkaitan nilai positif.
βœ” Jangan ragu-ragu, pilih jawapan yang mencerminkan nilai seorang guru.
βœ” Pastikan jawapan konsisten.

3. Latihan & Simulasi Ujian

βœ… Cari contoh soalan MEDSI di internet atau buku rujukan.
βœ… Latih menjawab dengan pantas kerana masa yang diberikan agak terhad.
βœ… Buat ujian psikometrik online untuk memahami corak soalan.

Ujian ini tidak memerlukan hafalan, tetapi lebih kepada menilai kesesuaian anda sebagai bakal guru. Pastikan jawapan anda menunjukkan sikap positif, tanggungjawab, dan semangat sebagai seorang pendidik.

Korang dah lulus MEDSI baru min share untuk temu duga pula😘
Sebarang pertanyaan boleh tanya pada ruangan komen...

πŸ“±PejuangSTPM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
NAK ISI UPU MANA TU ?
Anonymous Poll
15%
UM
20%
UKM
49%
UPSI
2%
UMK
2%
UMT
11%
UUM
yang mana ada soalan ii yang berkaitan boleh tanya sini ya πŸ₯°
βš οΈβš οΈβš οΈβš οΈπŸ“‘
PEPERIKSAAN STPM
SEM 3 2024


⏱3 Hari Lagi...
πŸ”“18/02/2025

πŸš€PejuangSTPM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Bahasa Melayu Semester 2 πŸ“˜
Sintaksis : Ringkasan Konsep Ayat Dasar & Ayat Terbitan mengikut Huraian Teori Transformasi Generatif (TG)
Nak tak malam ni admin buat live kat TT subjek Bi.Yem Semester 3 ? Admin cuba dulu , kalau tak kita buat jawab kuiz kat channel ni je okeyy πŸ˜ƒπŸ˜Š.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kepada semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2024 Semester 3 dan Ulangan Semester 2, admin ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang amat penting ini.

Peperiksaan ini bukan sekadar ujian akademik, tetapi juga satu perjalanan yang menguji kesabaran, ketekunan, dan daya juang anda sebagai seorang pelajar. Setiap usaha yang telah dicurahkan sepanjang tahun, setiap jam yang diluangkan untuk mengulangkaji, dan setiap pengorbanan yang telah dilakukan pasti akan membuahkan hasil jika disertai dengan tekad dan keazaman yang tinggi.

Saya yakin dan percaya bahawa anda semua telah berusaha sebaik mungkin. Oleh itu, masuklah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan dan ketenangan. Ingatlah bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui keputusan semata-mata, tetapi juga dalam proses pembelajaran, disiplin diri, dan semangat yang telah anda tunjukkan sepanjang perjalanan ini.

Gunakan masa yang ada dengan bijak untuk mengulangkaji pelajaran, memahami konsep dengan lebih mendalam, serta memperbaiki kelemahan yang ada. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta memberi ketenangan dalam menjawab soalan.

Kepada mereka yang menduduki Ulangan Semester 2, jangan jadikan kegagalan sebelum ini sebagai titik noktah. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pengajaran dan peluang untuk bangkit dengan lebih kuat. Setiap kejayaan bermula dengan keberanian untuk mencuba lagi dan lagi.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua calon STPM 2024 diberikan kejayaan yang cemerlang, dipermudahkan segala urusan, serta mendapat keputusan yang membanggakan diri, keluarga, dan guru-guru. Ingatlah bahawa usaha yang ikhlas dan berterusan pasti akan membuahkan hasil.

Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2024!
Semoga kejayaan menjadi milik anda semua!

πŸ“±PejuangSTPM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"itulah kau, aku dah cakap tapi degil tak mau dengar. Sekarang cuba tengok apa yang dia buat pada kau."

Ragam bahasa bagi wacana di atas ialah
Anonymous Quiz
81%
Tempelak
15%
Sindiran
5%
Mengejek
Kita sekarang memerlukan duit, duit, duit. Tanpa duit, sukar kita hendak meneruskan kehidupan pada zaman ini.

Ragam bahasa bagi wacana di atas ialah
Anonymous Quiz
7%
Naik
3%
Rendah
90%
Berulang
Aku seorang sahaja yang bekerja di sini. Orang lain hanya tunggul !

Ragam bahasa bagi wacana di atas ialah
Anonymous Quiz
66%
Sindiran
17%
Menggiat
17%
Marah
Mula-mula dimintanya duit saya. Kemudian, duit kakak saya. Akhir sekali, duit ibu saya pun dimintanya.

Ragam bahasa bagi wacana di atas ialah
Anonymous Quiz
24%
Turun
76%
Naik