Pejuang 4.00 STPM
22.5K subscribers
950 photos
40 videos
1.07K files
606 links
Channel ini dikendalikan oleh admin mata pelajaran masing-masing. Kelas adalah bergantung kepada admin mata pelajaran masing-masing.

Pendidikan Peneraju Kehidupan

Hubungi pihak kami di @PejuangSTPMbot

@PejuangSTPMFam
@PejuangSTPMQuotes
@STPMnote_exerci
Download Telegram
Dh beli buku ii Sem 3 ke?
Kerja Kursus BM STPM SEMESTER 3
Selalu student tertukar antara variasi bahasa :

i) Pijin
ii) Kreol
iv) bahasa formal
v) bahasa tak formal
vi) Slanga

Nanti, korang kena faham betul2 beza antara kelima2 variasi ni dalam kajian.
Korang, boleh tak send soalan pa sem2 yang examharitu
Johor cuti peristiwa pada 25/8/2024.
Forwarded from INFO STPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia (PPTEM) amat mementingkan kesihatan mental seluruh pelajar Tingkatan Enam. Oleh yang demikian, Unit Motivasi dan Kaunseling di bawah Exco Kerohanian dan Perpaduan PPTEM ingin memperkenalkan sebuah sesi kaunseling secara percuma yang dikenali sebagai "Aura Positif Memberi Inspirasi Kejayaan" untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi masalah kepada kaunselor PPTEM supaya kesihatan mental pelajar terjaga.

PPTEM berharap langkah ini mampu menjadikan kesihatan mental pelajar terjamin dan mampu memacu kepada kejayaan yang amat besar kepada diri seluruh pelajar Tingkatan Enam.

Sekian.

'Pendidikan Berkualiti, Selangkah Menuju Varsiti'

#pptem_123 #pptem #TingkatanEnam #PendidikanBerkualiti

Unit Motivasi dan Kaunseling
Exco Kerohanian dan Perpaduan
Persatuan Pelajar Tingkatan Enam Malaysia
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kerja Kursus Ekonomi STPM Semester 3
ISTILAH-ISTILAH BM NI JANGAN AMBIL RINGAN ‼️

IDIOLEK disebut juga sebagai PAROLE

BAHASA KREOL PORTUGIS disebut juga sebagai KRISTANG

BAHASA ISTANA disebut juga sebagai BAHASA DALAM

BAHASA BASAHAN juga disebut sebagai BAHASA KOLOKIAL

BAHASA HALUS disebut juga sebagai HONORIFIK

JARGON = variasi yang digunakan oleh golongan profesional tertentu seperti doktor, pedagang, petani

MPM KADANG2 NAK PERANGKAP KITA MEREKA GUNA ISTILAH YG KITA TAK FOKUS. jadi hafal istilah ni!
Contoh tajuk KK BM :

Penggunaan Imbuhan Sisipan dalam novel "Rumah Si Kupu-kupu"

Ni min bagi contoh kasar2 je tau, nanti korang bincang dgn cikgu korang masing2 dan ahli grup korang. Pastikan SEMUA BERBINCANG dan dapat kata SEPAKAT tajuk apa yang nak dikaji nanti.

Min tahu, ada sekolah yang dah mula taklimat KK Sem 3 hari ni. Please refer to ur teacher okayy πŸ˜‰πŸ«ΆπŸ»πŸ«°πŸ».
geng seni, dah taklimat belum? dah decide ke nak buat papan iklan ke kolaj?
πŸ”ˆBANTU BOOST KORANG UNTUK ADMIN UPLOAD STORY CHANNEL

https://t.me/boost/PejuangSTPM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hi korang, boleh tak kita tangguh dulu pengenalan pa sem3? Saya demam harini :). Maaf korang! Kalau esok saya dah sihat, saya buat okay?
BM Semester 3 : Variasi Bahasa

a. Dialek Daerah :

- Kelainan bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur di sesuatu kawasan dalam sesebuah negara atau negeri.
- Dikenali juga sebagai dialek tempatan dan dialek geografi (kawasan), atau kadang kala disebut sebagai loghat.
- Contoh Dialek :

i) Dialek Pahang
ii) Dialek Terengganu
iii) Dialek Kelantan

Dalam setiap dialek, masih wujud unsur faham - memahami dari segi beberapa aspek item linguistik seperti tatabahasa dan kosa kata. Perbezaan antara dialek dapat dilihat dari aspek :

i) Sebutan
ii) Kata Ganti Nama Diri
iii) Kosa Kata / Ungkapan

Contoh :

i) Aspek Sebutan :

Orang Pahang menyebut perkataan "sungai" sebagai "sungei" (sebutan e taling).

ii) Aspek Kata Ganti Nama Diri :

Secara umumnya, orang Pahang menggunakan kata ganti nama diri pertama "koi" yang membawa maksud "saya" dalam ganti nama diri baku / standard, manakala kata ganti nama diri kedua "aok" yang membawa maksud "awak" dalam panggilan ganti nama diri standard.

iii) Kosa Kata / Ungkapan :

Perkataan "degil" dalam bahasa Melayu standard dikatakan oleh orang melayu Pahang sebagai "babir" / "babey".

b) Subdialek :

- Kelainan yang wujud dalam sesuatu dialek.
- Wujud disebabkan perbezaan penuturan di kawasan yang berbeza-beza.
- Contoh :
Di negeri Pahang, terdapat subdialek Pekan, Raub & Jerantut.
Dalam dialek pantai timur, kita dapat lihat bahawa dalam sebutan kebanyakan perkataan yang diakhiri diftong [ai] tidak wujud bunyinya. Sebaliknya, bunyi akhir perkataan tersebut yang diakhiri diftong tersebut akan diakhiri oleh bunyi fonem yang lain seperti di bawah :

Dialek Melayu Terengganu & Kelantan :

sungai = sunga (bunyi fonem [a])

Dialek Melayu Pahang :

sungai = sungei (bunyi e - taling)

Seperti di atas, kita dapat lihat pengguguran bunyi diftong [ai] dalam dialek pantai timur. Perkara inilah antara perkara yang membezakan antara dialek pantai timur dengan dialek di kawasan negeri Selangor dan Johor misalnya.
Korang dah cari ke syarikat nak kaji? Dulu min buat syarikat google hehe.
Korang try la buat syarikat yang senag cari maklumat, min sengaja pilih google dlu sebab kita suka kani benda susah susah HAHAHAH very demureee gituww
Antara syarikat yang korang boleh kaji

- kfc
- mcd
- sbux
- cofee bean and tealeaf
- adidas
- nike
- toyota
- yamaha
- tiktok
- meta ( ni susah so saya tak galak kan )
- moontoon ( if banyak maklumat yang korang boleb dapat, ambik la)
- maybank dan bank lain lain
- apple
- samsung
- grab
- foodpanda
- shopee
- uniqlo