Parenting Maths CgRajaei
43.3K subscribers
3.11K photos
317 videos
98 files
2.59K links
Perkongsian Tips Matematik dan bahan-bahan Percuma untuk ibu bapa & pelajar

https://t.me/ParentingMathsCgRajaei
Download Telegram
TARIKH TERKINI KELAS LIVE SEPANJANG FEBRUARI 2024
.


Untuk kelas yang tertinggal,jangan risau ye sebab rakaman disediakan.


Program di MATHSCATCH berlangsung:
1.5 jam seminggu
4x sebulan
Live Class melalui ZOOM
Percuma Penghantaran Buku Fizikal
Percuma Rakaman HD
Percuma Ujian Pengukuhan 3x Setahun
Percuma Video Pendek pengukuhan
Yuran Maths RM89 sahaja sebulan
Yuran Maths + Sains RM178 sahaja sebulan


Untuk Pendaftaran baru KELAS ONLINE KTO ATAU KELAS FIZIKAL klik link disini :
👉 https://yup.la/tuitionT
👉 https://yup.la/tuitionT
Kenapa Guru Tuisyen ni Penting?

Terutama guru Tuisyen yang khusus untuk matematik.

Salah satu sebabnya adalah bukan semua guru kat sekolah tu,guru yang Pakar dalam matematik tu.

Ada sesetengah guru yang ajar anak kita kat sekolah, bukanlah guru option.

Bayangkan kalau dah 7 tahun tak mengajar, tiba-tiba kena mengajar. Dengan perubahan silibus, perubahan Gaya moden pelajar harini, banyak nak kena kejar.Teknik dan cara mengajar dah banyak berubah.

Saya simpati pada Cikgu Che xx yang hantar emel sebentar tadi.

Ni pentingnya ibu bapa kat rumah juga kena main peranan.

Jika mampu, hantarkan anak ke Tuisyen.

Jika tak mampu, ajar anak sendiri dirumah,atau

paling tidak tengok-tengok kan prestasi anak dari masa ke semasa.

SETUJU?

P/S – Kami ada program unik & tersusun 1.5 jam setiap minggu untuk anak yang lemah matematik dan tertinggal silibus. Malah ada kelas pemulihan bagi yang tiada asas langsung.Nak info program ni ke? Klik je sini
Ringgit kita masih melemahkan sekarang.

1 USD = RM4.73 antara yang paling teruk jugaklah ye dalam tempoh beberapa tahun ni.

Di MathsCatch kos kami juga meningkat akibat dari tukaran wang asing ni.

Sebagai contoh untuk Zoom platform ni , kalau tahun 2020 sebelumni pada harga $1297.54 dalam ringgit lebih kurang RM5188 . Harini 2024 kena bayar sehingga RM6134

Perbezaan sebanyak RM946 atau lebih kurang 18% peningkatan kos.

Hehe.. Ni baru zoom kan, belum yang lain-lain lagi. Walaupun pelbagai peningkatan Kos operasi , Yuran tetap kami kekalkan , Insya Allah.

2024 cabaran lebih besar, moga RINGGIT kita kembali mengukuh selepas ni. Doakan kami ye.

𝘗/𝘴 : 3-4 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘪 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘈𝘙𝘜 𝘑𝘖𝘐𝘕 𝘛𝘌𝘓𝘌𝘎𝘙𝘈𝘔 𝘕𝘐 𝘒𝘈𝘕? 𝘑a𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘱𝘢 𝘥𝘰𝘸𝘯𝘭𝘰𝘢𝘥 𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 𝘔𝘢𝘵𝘩𝘴 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢. 😍 https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/3281
Berapa ramai Anak duduk kat Asrama?

Kalau ramai kejap lagi saya share info Program Cuti Sekolah bulan Februari ini dan sesuai sangat untuk anak-anak yang duduk Asrama.

Ada anak duduk Asrama?
Program Khas 2 Hari + 2 Kali Ujian Diagnostik

PROGRAM KHAS CUTI SEKOLAH
12 & 13 FEB 2024 INI (2 SUBJEK MATHS & SAINS)


Siapa kat sini risau anak masih lemah Maths & sains, silibus awal pun banyak tertinggal lagi.Asas pun tak cukup kuat lagi?

Terutama anak yang duduk ASRAMA.


BERITA BAIK NI!

Sempena Cuti Sekolah feb ini, kami ada program unik & tersusun 2 hari berturut-turut berbentuk Shortcourse Program.

Ulang balik

Yuran pun SUPER MURAH, untuk yang daftar waktu Offer esok Selasa..

Pendaftaran belum dibuka, isikan nama waiting list untuk info lanjut. Klik sini https://yup.la/CMwaitinglist
Macam mana nak tahu PRESTASI terkini anak-anak setakat bulan JANUARI ni? Apa cara paling Berkesan anda rasa?
Anonymous Poll
23%
1. Ajar anak sendiri sambil lihat progress mereka sendiri.
9%
2. Tanya guru yang mengajar.
68%
3. Bagi anak buat Ujian Diagnostic untuk kenalpasti kelemahan semasa mereka.
MACAM MANA NAK TAHU PRESTASI SEMASA ANAK-ANAK?

Cadangan saya minta anak buat UJIAN DIAGNOSTIK.Boleh buat sendiri soalan dan berikan pada anak.


Tapi jangan risau ya, kalau rasa tak sempat biar Team Guru MathsCatch yang bantu buatkan.

Sempena Cuti Sekolah ni kami akan buat program Khas #CATCH MOMENTUM.

Apa yang Unik dalam program ni.
1. Semua anak-anak akan diwajibkan buat Ujian Diagnostik pada 9 & 10 Feb 2024 ini. Ujian ni penting sangat untuk team guru kami analisis keupayaan semasa semua perserta program

2. 12 & 13 Februari pengisian program akan bermula.

3. Selepas tamat program pada hari terakhir 13 Feb hingga 14 Feb tu, peserta akan diwajibkan buat lagi sekali Ujian Diagnostik Akhir.

4. Result rasmi akan kami umum keesokan harinya iaitu pada 16 Feb 2024. Bagi yang dapat markah lebih dari 70% akan kami berikan sijil khas.


Jarang-jarang jumpa program macam ni kan.

Yang lagi best yuran program 2 hari ini SUPERMURAH... RM50 sahaja untuk Maths & Sains bagi yang daftar awal.


Pendaftaran belum dibuka lagi.
Isi nama Waiting List dahulu

Disebabkan tempat sangat-sangat terhad, hanya yang isi borang waiting sahaja akan terima link & kupon untuk pendaftaran pada harga Offer.

Isi waiting list disini :
https://yup.la/CMwaitinglist
Ni Jadual Program Cuti Sekolah 12 & 13 Feb ini


Pendaftaran akan dibuka esok.
Isi nama Waiting List dahulu

Disebabkan tempat sangat-sangat terhad, hanya yang isi borang waiting sahaja akan terima link & kupon untuk pendaftaran pada harga Offer.

Isi waiting list disini :
https://yup.la/CMwaitinglist
𝗔𝗗𝗔 𝗜𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗧𝗢 @ 𝗞𝗧𝗙 𝗠𝗔𝗧𝗛𝗦𝗖𝗔𝗧𝗖𝗛 SETAKAT FEBRUARI NI 𝗞𝗔𝗡?
𝘉𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘱𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪?
Anonymous Poll
13%
Jadual waktu tak sesuai cikgu
48%
Faktor kewangan
1%
Masih tak pasti bagaimana program ni boleh bantu anak.
4%
Anak ramai cikgu
3%
Nak daftar masuk bulan Mac nanti cikgu
4%
Talian internet perlahan cikgu
12%
Anak duduk asrama
10%
Saya baru masuk group telegram ni , dan masih baru dgn program MathsCatch.
4%
Anak sibuk dengan aktiviti disekolah
Disebabkan kita dah nak masuk bulan Februari, Cuti sekolah pun dah tak lama kemudian anak-anak kita akan masuk sesi persekolahan baru.

Saya cadang nak buat BEDAH SILIBUS ikut level dan apa topik-topik ASAS penting yang anak-anak anda kena buat sebelum mereka belajar bab pertama pada bulan Mac nanti.

Saya akan mulakan nanti BEDAH SILIBUS Tahun 1 esok ye .. Saya akan kongsikan juga bahan2 berkaitan jika perlu.

Sebenarnya kalau kita MULA AWAL macamni, bila Sy bg bahan nanti , tak perlu bagi anak buat banyak2 pun.Rileks2 je tapi konsisten, bila hujung tahun nanti tengok Soalan problem solving pun dia senyum je..😁



Boleh tahu ramai tak anak Tahun 1, kat sini?

Harap2 lebih dari 10 orang tau. Baru berbaloi nak share. Kalau xramai mohon jemput mak ayah yg ada anak Tahun 1 join group ni bermula esok k.



P/s : Saya akan Mula Tahun 1 dulu , kemudian baru naik sampai ke SPM termasuk Add Maths nanti.
Nak maklumkan buat semua keluarga Telegram MathsCatch.

● Pendaftaran Program Cuti Sekolah (#CATCHMOMENTUM) DIBUKA SEKARANG

● Khusus untuk Matematik & Sains sahaja dari Tahun 3 sampai Tingkatan 5

● Dapatkan pada harga SUPER EARLYBIRD : RM50 sahaja , Harga Asal RM199

● Harga promo dibuka selama 2 hari sahaja & tamat pada 31.1.2024 (Rabu , jam 11.00pm)


APA YANG PELAJAR AKAN DAPAT NANTI

1. Akses 2 Hari Program CatchMomentum
2. Workbook CatchMomentum Program
3. Akses "Rakaman Program"
4. 2 Kali Ujian Diagnostik
5. Sijil bagi yang markah ujian 70% ke atas
6. Khas Untuk 2 subjek Maths + Sains



● Isi nama waiting list untuk dapatkan harga promo
👉 https://yup.la/daftarCM


- Admin-
3 Hari Lagi Sebelum Kelas Pertama Februari 2024.

Alhamdulillah, program 2024 telah disusun dengan lebih baik dan lebih sistematik. So, Februari ni kami akan mulakan dengan Modul Persediaan Matematik.

Kami akan baiki dulu asas sebelum mula bab pertama
nanti.


.
.
p/s: Program Intensif 2024 kali ni ada 2 Mode, Fizikal & Online dan rakaman HD setiap kelas juga disediakan tanpa expired. 👉 Klik sini
ADA KE KAT SINI ANAK 4, 5 DAN 6?

Dah kuasai nombor perdana ke belum?

Cuba lihat contoh yang saya buatkan ni. Harap membantu
.
Saya juga share lebih banyak latihan matematik percuma Tahun 1 hingga tingkatan 5 di telegram saya.Boleh ambil disini
👉 https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/1629
.
Tolong sharekan.
Waktu macam ni ramai ibu bapa yang mencari bahan berkualiti untuk ajar anak dirumah kan.Moga bahan ni membantu serba sikit.


P/S - Anak Masih Lemah Maths & Sains,Tertinggal banyak Silibus & Asas Pun X Cukup Kuat? Program KTO ni akan bantu
Selain ringgit kita jatuh, Jangan dilupakan Sistem pendidikan kita di Malaysia juga jatuh dan antara yang terteruk dikalangan negara Asean.

Dari 81 negara yang dipilih dalam analisis ini, kita berada di tangga ke-51 khususnya dalam bidang Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Bahkan di antara tujuh negara Asean, kita adalah yang terburuk dari semuanya. 😩

Ukuran ni berdasarkan Ujian PISA. Yang tak tahu apa itu Ujian PISA, boleh baca posting yang pernah saya buat pada tahun 2017 dulu disini https://www.facebook.com/100010844832433/posts/515450292159794/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v

Kalau kita cerita pasal silibus, dah pun bertukar berkali-kali. Pengenalan KBAT, exam dimansuhkan, pengenalan PBD dan lain-lain , sepatutnya pendidikan kita jadi makin baik, tapi hakikatnya makin parah pulak jadinya.

Tak pelik kalau harini kita nak ajar anak Matematik darjah 1,2,3 pun rasa susah kan?


Diharapkan ada tindakan segera dari pihak berkaitan untuk baiki keadaan ni dengan melihat konteks keseluruhan dalam sistem pendidikan di negara kita


...
https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/4801
Nak maklum utk parent yg dah daftar Kelas Intensif Online (KTO), team dah pack buku dah.. esok PosLaju datang pickup dan terus hantar..
Adik Aishah (bukan nama sebenar) dari GAGAL (17% sahaja) Naik sampai 93% Maths Tingkatan 2

Masa mula-mula masuk sedih ja, markah 17% je.

Mak dia kata, Asalkan lulus pun, syukur dah cikgu..

Tapi tulah, hasil tak pernah khianti usaha.

Lepas setahun, dari 17 naik ke 93%! Tudia..


Macam Mana Cara MathsCatch Bantu?

1. UJIAN DIAGNOSTIK KHAS : Ujian ni kami buat sebelum kelas pertama berlangsung. Ujian ni penting sangat untuk team guru kami buat analisis keupayaan semasa semua pelajar secara individu dengan tepat.


2. KELAS LIVE : Bila dah tahu semua isu pelajar baru senang kami rangka pendekatan dan teknik mengajar walaupun dalam jumlah yang ramai ketika kelas LIVE berlangsung. Cikgu akan terus shoot bahagian yang majoriti pelajar lemah dengan ambil masa lebih lama berbanding pukul rata semua bahagian.


3. SEMINAR EXTRA : Kadang-kadang kami buat program EXTRA pengukuhan Asas. Kalau Sekolah menengah biasanya Seminar Algebra, dan kalau sekolah rendah SEMINAR 4P (Baiki Asas Penukaran unit, pecahan, peratus dan perpuluhan). Disebabkan cara ni berkesan semua pelajar KTO/KTF sesi 2024 kalini kami akan beri secara percuma program ni. Bagi komitmen je. Biar kami susun program


Biasanya anak-anak kita lemah sebab mereka lemah pada bab awal yang berkait-kait sahaja. Bila kita baiki AKAR MASALAH tu, dia dah faham, lepastu boleh tengok laju ja dia memcut ebrbanding kawan sekolah dia yang lain.


Nak kami bantu anak anda pula?
klik sini -> https://yup.la/tuition

P/s : Biar kami bantu analisis ujian diagnostik anak-anak anda dulu.Feedback lain lihat kat sini
Mungkin Ada Yang Tertanya-Tanya Program MathsCatch ni betulke boleh bantu anak aku?

Kelas Online ni anak aku boleh fokus ke?

Untuk Kelas Fizikal pulak , anak aku ni lemah sangat, boleh ke MathsCatch bantu?

Kalau ada yang tertanya-tanya macam tu, saya jemput tengok dulu feedback-feedback ibu bapa lain yang pernah join program MathsCatch sebelum-sebelumni. Every 3-6 month kami akan update masuk yang baru.

Lihat disini : https://mathscatch.com/feedback


P/s : Lepastu lihat jadual dan info lain disini
Morning ..
Semalam saya janji nak kongsi Apa Persediaan untuk Anak tahun 1, beserta soalan cadangan kan.
ALhamdulilah lewat semalam saya dah siapkan. Jap lagi saya akan kongsikan.
10 PERSEDIAAN IBU AYAH WAJIB TAHU UNTUK MATEMATIK TAHUN 1
.
1. Jangan fokus sifir lagi. Ramai silap yang ni, nak push anak tahun 1 untuk hafal sifir. Belum masa lagi. Dalam Silibus pun Tahun 1 belum perlukan lagi sifir ni.

2. Kenal Nombor - Yang ada anak masuk Tahun 1 Mac nanti, kena tahu Nilai nombor, kena tahu padankan nombor yang sama, yang sedikit, yang banyak. Ni semua asas mengira masa Tadika dulu kena mantap.

3. Pastikan anak tahu membaca - dan faham istilah-istilah penting (KEYWORDS):
"Kurang" "Lebih" dan "Sama Banyak" . Bukan membaca sahaja ,tahu juga mengeja nombor dalam Istilah matematik (Kena pandai menulis 'angka' dan dalam 'perkataan'.

4. Tahu Bandingkan - Tahun 1 mereka belajar mengira bermula 0 sampai 100. Pastikan mereka tahu membandingkan dua nilai nombor serta menyusun nombor secara tertib menaik dan tertib menurun.

5. Rangkain Nombor - Kena tahu melengkapkan rangkaian nombor. Kena Tahu nombor sebelum dan selepas. Contohnya Nombor 15, apakah 2 nombor selepas 15? jawapanya 16 dan 17. Yang ni anak wajib tahu.

6. Tertib Menaik & Menurun - Kena tahu tentang tertib menaik dan menurun bagi :membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh . Kalau tak faham maksud yang ni tak apa, boleh tengok contoh soalan yang saya bagi di telegram saya

7. Tahu Nilai Tempat, Nilai Digit, Menganggar dan Membundar. Kena tahu juga cara membundar menggunakan garis nombor. Yang ni pun saya ada buat juga contoh soalan.

8. Abakus - Selain kena kena Nilai tempat dna nilai digit dalam bentuk nombor, ibu ayah kena juga kena tahu menentukan nilai tempat dan digit menggunakan ABAKUS. Kalau tak tahu juga boleh ambil PDF yang saya pernah share di telegram saya disini https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/4399

Satu lagi saya explain guna video tentang ABAKUS disini sebelumni : https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/4473

Bolehlah kalau nak dapat idea.

9. Pola Nombor - Pola ni paling best anak belajar asas tahun 1 sampai tingkatan 5 akan ada termasuk dalam matematik tambahan. Untuk Tahun 1 contohnya macam ni :

Soalan: 1, 3, 5, 7,
Maka pola bagi susunan nombor ni ialah 'penambahan 2'

Soalan mcm ni perlukan kesabaran sikit sebab ianya perlu anak kreatif berfikir.

10. Penyelesaian Masalah - Soalan berbentuk ayat sudah diperkenalkan tau untuk anak tahun 1 ni. Cuma peringkat ni ringkas-ringkas sahaja.


Ok macam mana? dah dapat gambaran sikit? Ingat ni baru bab pertama. Operasi tambah dan tolak bukan pada bab 1 tapi pada bab seterusnya. Kesimpulan mudah yang saya nak sampai 9 benda kat atasni lah ASAS PERTAMA dan SUPER PENTING yang anak-anak tahun 1 kena tahu dulu.

Jangan lupa ambil soalan disini. Bagi anak buat. https://ezy.la/pengukuhany1

Saya boleh katakan kesemua 10 bendani juga diperlukan dalam Silibus Matematik tahun 2 sampai 6 pun. Tunggu next saya explain tentang silibus Tahun 2 pula.


Untuk Tahun 2 ,ramai ke ada anak kat sini? Macam biasa kalau lebih 10 orang saya akan share

Jemput ajak ramai-ramai dan join channel Telegram saya https://t.me/ParentingMathsCgRajaei . Kat sini saya siap kongsikan video pengajaran Matematik dan pelbagai ebook soalam maths secara PERCUMA untuk murid sekolah rendah & menengah.


- Mula Awal Cara kami -
#MathsCatch
Y1 - Latihan Pengukuhan (BM).pdf
2.3 MB
Download Modul Persediaan Tahun 1.

Ni Modul baru, Saya buat sendiri semalam. Semua soalan ni saya susun berdasarkan apa yang saya explain kat sini tadi https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/4810
.

- Mula Awal Cara kami -
#MathsCatch
Satu lagi pesanan penting , kalau tuan puan ada anak Tahun 1. Pastikan Dan Wajib bagi anak sudah TAHU MEMBACA.

Cuba semak, anak-anak yang ditadika sekarang boleh MEMBACA tak.

Sebab kalau dia tak boleh MEMBACA, automatik dia akan ada masalah juga dalam MATEMATIK nanti.

Pastikan ye..ni Wajib..


Saya share info disini
https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/4810