πŸ“£Info PSP Sesi II 2023/2024
299 subscribers
68 photos
1 video
12 files
24 links
Saluran Rasmi Telegram Bakal Pelajar Baharu Politeknik Seberang Perai Sesi II 2023/2024
Download Telegram
⚠️ PUNCA UTAMA BAYARAN TIDAK DAPAT DIKESAN SISTEM SELEPAS 48 JAM

1. Kesilapan memasukkan maklumat rujukan (reference) 1 dan 2 semasa pembayaran JOMPAY. Sepatutnya rujukan 1 perlu letak nombor kad pengenalan (tanpa jarak dan simbol -) dan rujukan 2 adalah nombor telefon (juga tanpa jarak dan simbol -).

2. Pembayaran yang dibuat menggunakan bank selain Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Contohnya pembayaran dibuat menggunakan JOMPAY daripada Maybank, BSN dan sebagainya menyebabkan data bayaran tersebut langsung tidak dapat dikesan.

Sudah tentu, pendaftaran online tidak dapat dilakukan. Jangan risau, bawa bersama resit asal kesemua bayaran yang telah dibuat semasa hadir nanti. Pihak urusetia akan bantu uruskan pendaftaran secara manual sekiranya tiada masalah lain yang timbul.

Kami telah cuba terbaik memberi galakan supaya menggunakan perkhidmatan perbankan internet BIMB untuk semua urusan pembayaran. Namun, tiada halangan sekiranya pelajar masih ingin menggunakan perkhidmatan bank selain BIMB.
πŸ“£ TAWARAN ASRAMA KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU

Semua pelajar baharu PSP Sesi II 2023/2024 ditawarkan kemudahan asrama secara automatik (tanpa perlu memohon). Jika ada yang memilih untuk tidak menetap di asrama, sila hubungi segera pejabat JHEP 04-5383322 sambungan 5110 (dalam waktu bekerja) sebelum melakukan apa-apa bayaran.

Pelajar baharu yang memilih tidak tinggal di asrama, tetap perlu hadir mendaftar pada hari pendaftaran asrama. Pelajar perlu tinggal di asrama selama 1 minggu sepanjang Minggu Suai Kenal (MSK) berlangsung. Sila bawa pakaian dan barang keperluan seminggu bersama deposit RM10. Wang deposit akan dipulangkan semasa pelajar check out selepas MSK.
πŸ“£ PERBANKAN INTERNET BIMB

πŸ’‘ Hasil pemerhatian kami setakat ini, penggunaan perbankan internet BIMB kurang bermasalah berbanding bank lain dari segi bayaran yuran pengajian kaedah JOMPAY (jika berlaku pun, hanya kes terpencil). Antara isu yg dihadapi apabila guna perbankan internet selain BIMB ialah perlu tunggu lebih dari 48 jam baru sistem dapat kesan bayaran dibuat.

Oleh itu, kami sangat galakkan pelajar PSP menggunakan perbankan internet BIMB. Lagi pun terdapat kemudahan ATM BIMB dalam kampus PSP.

Pihak PSP tidak halangan jika pelajar masih ingin menggunakan perbankan internet selain BIMB. Bayaran Yuran Pengajian / Asrama (JOMPAY) dan Bayaran Koperasi (BIMB bill presentment) juga boleh dibuat menggunakan akaun BIMB milik sesiapa saja (waris / kenalan), tak semestinya setiap pelajar baharu perlu buka akaun BIMB.

Sila gunakan komputer, elak gunakan telefon bimbit untuk urusan ini.
πŸ’‘ SLIP PENDAFTARAN ONLINE SESI II 2023/2024

Langkah/butang keempat akan muncul selepas sistem berjaya mengesan data bayaran (biasanya selepas 36-48 jam bayaran dibuat). Bayaran yang dibuat pada hari Jumaat hingga Ahad akan dikemaskini dalam sistem pada hari Isnin berikutnya.

Slip Pendaftaran Online akan dijana selepas kesemua proses pendaftaran online selesai. Disini anda akan diberikan Nombor Pendaftaran Pelajar.

Sila lakukan proses ini melalui komputer. Elak menggunakan telefon bimbit.
πŸ“’πŸ’‘ PERMOHONAN MASIH DIBUKA & ADA KEKOSONGAN !!

Peluang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Politeknik Seberang Perai (PSP) masih dibuka & terdapat kekosongan tempat bagi Sesi II 2023/2024 (Pendaftaran pada 28 Januari 2024) bagi program berikut :

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
1) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
1) Diploma Kejuruteraan Mekanikal
2) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
3) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
4) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)


πŸ“ Layari bit.ly/masukpsp untuk semak syarat kemasukan.

πŸ‘‰ Dapatkan khidmat nasihat sekarang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai melalui whatsapp https://bit.ly/3qul4Fh.

Tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan semasa
KalendarAkademik2023_2024.pdf
121 KB
πŸ˜‡ Anda buntu untuk merancang cuti pulang ke rumah apabila mula belajar di Politeknik Seberang Perai?

⚠️ Dokumen PDF ini ada pindaan terkini, sila rujuk versi terkini di pautan di bawah

Sila rujuk Kalendar Akademik JPPKK KPT di http://www.psp.edu.my/pspweb/index.php?option=com_content&view=article&layout=edit&id=254&Itemid=393&lang=ms-my
TENTATIF MSK SESI II 2023.2024.pdf
195.6 KB
πŸ“£ TENTATIF JADUAL MINGGU SUAI KENAL PSP SESI II 2023/2024

Tertakluk kepada perubahan semasa yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
πŸ‘Œ Pendaftaran Online boleh diteruskan seperti biasa.
πŸ“£ MAKLUMAN PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR BAHARU PSP

Untuk melancarkan urusan pendaftaran asrama pagi esok (Ahad 28/01/2024), pastikan

1) Kategori Pelajar
A: Jika berjaya buat pendaftaran online, hanya keluarkan salinan Slip Pendaftaran Online sahaja

B: Jika dah bayar tapi gagal pendaftaran online, hanya keluarkan salinan Surat Tawaran Politeknik Malaysia sahaja

C: Jika gagal/Belum buat bayaran, hanya keluarkan salinan Surat Tawaran Politeknik Malaysia sahaja

D: Jika belum hantar dokumen BJT, sila keluarkan Surat Tawaran Politeknik Malaysia sahaja . (peringatan: semakan dokumen akan dilakukan pada hari berikutnya. Sekiranya ada percanggahan maklumat, tawaran akan dibatalkan).

2) Hanya 2 orang waris sahaja dibenarkan untuk naik ke blok asrama bagi mengurangkan kesesakan dalam bilik dan tangga.

3) Waris boleh terus pulang esok selepas urusan pendaftaran asrama dan taklimat bersama Pengarah PSP selesai.

4) LainΒ² dokumen (salinan & dokumen asal) termasuk borang HEP1-6 dan sebagainya diperlukan pada hari berikutnya. Waris tidak perlu hadir pada hari tersebut.

5) Pelajar baharu yang memilih tidak tinggal di asrama, tetap perlu hadir mendaftar pada hari pendaftaran asrama. Pelajar perlu tinggal di asrama selama 1 minggu sepanjang Minggu Suai Kenal (MSK) berlangsung. Sila bawa pakaian dan barang keperluan seminggu bersama deposit RM10. Wang deposit akan dipulangkan semasa pelajar check out selepas MSK.

6) Kami memohon maaf jika respon terhad kerana sedang membuat persiapan pendaftaran pelajar baharu & senior sepanjang minggu ini. Segala pertanyaan boleh terus rujuk di kaunter Hal Ehwal Pelajar.
Panduan_Pengisian_Maklumat_Peribadi_SPMP.pdf
959 KB
πŸ’‘ KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI DI iHELP SPMP PSP

Selamat sejahtera,

Semua pelajar baharu PSP diwajibkan menyemak dan mengemaskini data peribadi sebenar di iHelp SPMP PSP. Taklimat akan diberikan semasa Minggu Suai Kenal sesi ini.

Kegagalan mengemaskini maklumat yang betul boleh menyebabkan keciciran daripada menerima manfaat bantuan kerajaan (sekiranya ada).

Hukuman berdasarkan Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) boleh disabitkan jika kes pemberian maklumat palsu.

Dokumen panduan PDF ini dikongsikan untuk rujukan pelajar baharu PSP Sesi II 2023/2024 semasa taklimat MSK nanti.

JHEP PSP
29/01/2024
πŸ’₯*REMINDER*πŸ’₯

Diminta pelajar- pelajar sentiasa membawa alat tulis, buku nota/kertas untuk mencatit maklumat2 yg disampaikan pada setiap taklimat di sepanjang Minggu Suai Kenal minggu ini.
-HEP PSP
❀️ Pautan Rujukan Info Hal Ehwal Pelajar PSP ❀️

➑️ http://linktr.ee/jheppsp

Link dikemaskini.. sila klik pautan di atasπŸ‘†
πŸ“£ Utk makluman, pada esok hari akan diadakan kuiz berkaitan taklimat yang telah anda ikuti.

Hadiah menarik menanti anda. Boleh layari link berikut untuk bahan bacaan.

1) linktr.ee/jheppsp
2) portal rasmi www.psp.edu.my

Semoga berjaya..πŸ‘
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Para pelajar yang dikasihi,

*NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT POLITEKNIK (SPMP)*

Dengan segala hormatnya kami memohon perhatian para pelajar, berhubung dengan perkara di atas.

2. Berikut dimaklumkan bahawa pengemaskinian patches terkini SPMP sedang dijalankan. Namun begitu, terdapat beberapa ralat sistem yang berlaku selepas selesai proses tersebut. Pihak CIMT sedang mengenal pasti isu berkenaan dan cuba mengatasinya seberapa segera.

3. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh dikemukakan kepada pihak CIMT menerusi e-mel cimt@psp.edu.my atau saluran Telegram Bantuan CIMT Pelajar PSP.

Perhatian para pelajar dalam hal ini amatlah diharapkan dan segala kesulitan amat dikesali.

--
*β€œMALAYSIA MADANI”*

*β€œBERKHIDMAT UNTUK NEGARA”*

Kami yang menjalankan amanah,

Pusat Pengurusan Maklumat dan Teknologi (CIMT)
Politeknik Seberang Perai
πŸ“£ Borang Maklumbalas Pelajar MINGGU SUAI KENAL (MSK) SESI 2 2023/2024 πŸ“£

Semua pelajar baharu semester satu diwajibkan mengisi Borang Maklumbalas Pelajar (Keberkesanan Minggu Suai Kenal) di pautan berikut:

https://forms.gle/BvPQinRhyoXGabpe9

Tarikh tutup bagi mengisi borang maklumbalas ini adalah sehingga 5/2/2024. Diminta semua pelajar melaksanakan tanggungjawab anda dalam mengisi borang maklumbalas ini.

Borang maklumbalas ini juga boleh didapati di laman web : http://linktr.ee/jheppsp di mana QR Code nya pernah di share semasa sesi bersama taklimat waris dan Majlis Perasmian Penutup MSK sebelum ini. Harap maklum.....