πŸ“£Info PSP Sesi II 2023/2024
294 subscribers
69 photos
1 video
12 files
25 links
Saluran Rasmi Telegram Bakal Pelajar Baharu Politeknik Seberang Perai Sesi II 2023/2024
Download Telegram
πŸ‘‹ Selamat Datang Bakal Pelajar Baharu Politeknik Seberang Perai (PSP) sesi II 2023/2024 ke Telegram Rasmi PSP ini. Segala hebahan terkini akan dimaklumkan melalui telegram rasmi ini dari semasa ke semasa.

Sila gunakan ruangan komen di bawah post ini sebagai ruangan sembang. Terima kasih kerana berhemah dan beradab ketika menggunakan ruangan ini.🌹
πŸ“£ BELUM MENDAPAT TAWARAN IPT? BERMINAT PENGAJIAN DIPLOMA DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI?

πŸ‘‰ Dapatkan khidmat nasihat sekarang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai melalui whatsapp https://bit.ly/3qul4Fh.

Tertakluk kepada syarat kemasukan dan kekosongan semasa.

Kod Promosi: PSPFTSII2023
πŸ“£ TINDAKAN SEGERA: SEMAK SURAT TAWARAN DAN HANTAR BJT

⚠️Kepada semua calon yang telah berjaya mendapat pra tawaran tempoh hari, sila semak segera tawaran ini kerana PENGESAHAN SETUJU TERIMA AKAN TAMAT DALAM TEMPOH : 5 HARI dari mesej ini dihantar.

Layari πŸ–± https://bit.ly/KeputusanPoliteknik.
🌹Terima kasih kerana setuju terima tawaran PSP!

Bakal pelajar yang setuju untuk menerima tawaran Politeknik Seberang Perai, perlu segera cetak Surat Tawaran beserta Borang Jawapan Tawaran (BJT) di https://bit.ly/KeputusanPoliteknik Lengkapkan dokumen BJT dan hantar bersama salinan dokumen (perlu cop pengesahan) seperti yg dinyatakan dalam BJT. Digalakkan hantar dokumen BJT bersama salinan dokumen lain yg diperlukan melalui perkhidmatan kurier (jika jauh), atau serahan tangan (jika tinggal berdekatan PSP) terus di pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di bangunan pentadbiran Politeknik Seberang Perai dengan kadar segera (secepat mungkin) sebelum tamat tempoh atau tawaran terbatal. 🫣

Borang HEP1-6 yg telah lengkap pula perlu diserahkan semasa hadir mendaftar secara bersemuka pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tidak perlu dihantar segera dalam masa terdekat.

LainΒ² info berkaitan bayaran, maklumat asrama dan sebagainya akan diketahui selepas kesemua urusan dokumen BJT diselesaikan.
πŸ’‘ Dokumen yang perlu dihantar segera!

Berikut adalah dokumen BJT-JPP dan salinan dokumen lain yang perlu dihantar segera melalui perkhidmatan Pos/kurier pantas ATAU serahan tangan (waktu pejabat sahaja) di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, PSP. Maksud salinan dokumen yang disahkan (berwarna kuning) ialah setiap salinan fotostat dokumen tersebut perlu ada cop pengesahanan dan tandatangan pegawai yang layak. Sila rujuk senarai pegawai pada helaian dokumen BJT.

Hanya borang HEP1-HEP6 yang TIDAK PERLU dihantar buat masa sekarang. Ianya perlu diserahkan semasa hadir mendaftar di politeknik kelak.
πŸ’‘Siapa yang layak untuk mengesah salinan dokumen dan menjadi saksi untuk urusan dokumen politeknik?

Sila rujuk grafik ini.
πŸ“£ LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

Setiap bakal pelajar baharu PSP perlu menjalani pemeriksaan doktor samada di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Kos pemeriksaan ditanggung sendiri. Tidak perlu lakukan ujian X-Ray melainkan atas saranan doktor. Pastikan borang HEP1-6 lengkap dan dibawa semasa hadir mendaftar di politeknik pada hujung Januari 2024 nanti.

Nota: Tidak perlu hantar borang HEP1-6 ini bersama dokumen BJT pada masa terdekat ni. Hanya selesaikan segera urusan dokumen BJT dan salinan dokumen yang diperlukan sahaja terlebih dahulu.
πŸ“£ PINDAAN TARIKH PAUTAN PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR BAHARU DIBUKA

Terdapat pindaan saat akhir dokumen pendaftaran. Sehubungan dengan itu, pautan Pendaftaran Online Pelajar Baharu dijangka akan dibuka pada 5 petang Selasa, 9 Januari 2024.

http://spmp.psp.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
πŸ“£ Makluman Permohonan PTPTN 2024

PELAKSANAAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN MELALUI APLIKASI WEB myPTPTN bermula 10 Januari 2024 melalui pautan https://myptptn.ptptn.gov.my

πŸ’‘Maklumat berkaitan aplikasi myPTPTN
https://drive.google.com/drive/folders/1lEGNErhMxgaNQMcTaZsJBYXJbbT907Px?usp=sharing
πŸ“£ Makluman berkaitan Buta Warna.
πŸ“£ SISTEM PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA πŸ†•

http://spmp.psp.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

1. Sila gunakan komputer untuk akses pautan tersebut. Elak dari menggunakan telefon bimbit.
2. Dilarang menularkan dan berkongsi dokumen pendaftaran (Buku Panduan Pendaftaran) di manaΒ² saluran media sosial.
3. Segala bayaran hanya boleh dibuat mulai 11 Januari 2024 (Khamis). ⚠️Baca dengan teliti dokumen pendaftaran sebelum buat bayaran kerana kaedah bayaran adalah berbeza untuk setiap item bayaran.
-(JOMPAY) Yuran Pengajian RM200
-(JOMPAY) Yuran Asrama RM630 (penginapan satu semester)
-(Bill Presentment BIMB) Bayaran Pendaftaran RM300
-(Fund Transfer) Yuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) RM40
4. Berdasarkan pengalaman lepas, perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam Malaysia Berhad adalah kaedah terbaik dan kurang bermasalah berbanding kaedah lain (perbankan internet bank lain, ATM/CDM BIMB) dalam urusan ini.
5. Sebarang perubahan maklumat berkaitan pendaftaran (termasuk SOP dan sebagainya) akan dimaklumkan di portal rasmi PSP dan telegram ini sekiranya perlu.
6. Segala pindaan maklumat termasuk tarikh adalah tertakluk kepada arahan semasa pihak KPT yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NOTA: Sistem ini masih sedang diujilari. Sila laporkan masalah berkaitan sistem terus kepada talian whatsapp JHEP PSP Hotline (010-8691800)
πŸ“£ BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BHEP6)

Borang Pengesahan Pendapatan (BHEP6) hanya perlu dilengkapkan sekiranya ibubapa/waris/penjaga tidak mempunyai Slip Gaji/Penyata Pencen.

Bagi ibubapa/waris/penjaga yang mempunyai Slip Gaji/Penyata Pencen, pastikan buat salinan dan dapatkan cop pengesahan saksi yang layak. Tidak perlu serahkan BHEP6 semasa sesi pendaftaran kelak.
⚠️ PUNCA UTAMA BAYARAN TIDAK DAPAT DIKESAN SISTEM SELEPAS 48 JAM

1. Kesilapan memasukkan maklumat rujukan (reference) 1 dan 2 semasa pembayaran JOMPAY. Sepatutnya rujukan 1 perlu letak nombor kad pengenalan (tanpa jarak dan simbol -) dan rujukan 2 adalah nombor telefon (juga tanpa jarak dan simbol -).

2. Pembayaran yang dibuat menggunakan bank selain Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Contohnya pembayaran dibuat menggunakan JOMPAY daripada Maybank, BSN dan sebagainya menyebabkan data bayaran tersebut langsung tidak dapat dikesan.

Sudah tentu, pendaftaran online tidak dapat dilakukan. Jangan risau, bawa bersama resit asal kesemua bayaran yang telah dibuat semasa hadir nanti. Pihak urusetia akan bantu uruskan pendaftaran secara manual sekiranya tiada masalah lain yang timbul.

Kami telah cuba terbaik memberi galakan supaya menggunakan perkhidmatan perbankan internet BIMB untuk semua urusan pembayaran. Namun, tiada halangan sekiranya pelajar masih ingin menggunakan perkhidmatan bank selain BIMB.
πŸ“£ TAWARAN ASRAMA KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU

Semua pelajar baharu PSP Sesi II 2023/2024 ditawarkan kemudahan asrama secara automatik (tanpa perlu memohon). Jika ada yang memilih untuk tidak menetap di asrama, sila hubungi segera pejabat JHEP 04-5383322 sambungan 5110 (dalam waktu bekerja) sebelum melakukan apa-apa bayaran.

Pelajar baharu yang memilih tidak tinggal di asrama, tetap perlu hadir mendaftar pada hari pendaftaran asrama. Pelajar perlu tinggal di asrama selama 1 minggu sepanjang Minggu Suai Kenal (MSK) berlangsung. Sila bawa pakaian dan barang keperluan seminggu bersama deposit RM10. Wang deposit akan dipulangkan semasa pelajar check out selepas MSK.
πŸ“£ PERBANKAN INTERNET BIMB

πŸ’‘ Hasil pemerhatian kami setakat ini, penggunaan perbankan internet BIMB kurang bermasalah berbanding bank lain dari segi bayaran yuran pengajian kaedah JOMPAY (jika berlaku pun, hanya kes terpencil). Antara isu yg dihadapi apabila guna perbankan internet selain BIMB ialah perlu tunggu lebih dari 48 jam baru sistem dapat kesan bayaran dibuat.

Oleh itu, kami sangat galakkan pelajar PSP menggunakan perbankan internet BIMB. Lagi pun terdapat kemudahan ATM BIMB dalam kampus PSP.

Pihak PSP tidak halangan jika pelajar masih ingin menggunakan perbankan internet selain BIMB. Bayaran Yuran Pengajian / Asrama (JOMPAY) dan Bayaran Koperasi (BIMB bill presentment) juga boleh dibuat menggunakan akaun BIMB milik sesiapa saja (waris / kenalan), tak semestinya setiap pelajar baharu perlu buka akaun BIMB.

Sila gunakan komputer, elak gunakan telefon bimbit untuk urusan ini.
πŸ’‘ SLIP PENDAFTARAN ONLINE SESI II 2023/2024

Langkah/butang keempat akan muncul selepas sistem berjaya mengesan data bayaran (biasanya selepas 36-48 jam bayaran dibuat). Bayaran yang dibuat pada hari Jumaat hingga Ahad akan dikemaskini dalam sistem pada hari Isnin berikutnya.

Slip Pendaftaran Online akan dijana selepas kesemua proses pendaftaran online selesai. Disini anda akan diberikan Nombor Pendaftaran Pelajar.

Sila lakukan proses ini melalui komputer. Elak menggunakan telefon bimbit.