PPKomp 2026
2.15K subscribers
73 photos
4 files
85 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2026

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
Kongsi detik-detik PPKomp anda:
1. Kongsi detik-detik PPKomp dalam bentuk gambar atau video.
2. Post & tag @PPKomp di Facebook atau Instagram.
3. Letak hashtag #PPKomp2021 #PPKomp pada post supaya kami dapat menemui post tersebut.

---------

Share your PPKomp moments:
1. Share your PPKomp moments in photo or video.
2. Post & tag @PPKomp at Facebook or Instagram.
3. Put hashtag #PPKomp2021 #PPKomp on the post so that we can find you.
Saya dah semak Problemset A, problem 5, A-G Letter Sequence (1), test case 11.
Didapati test case 11 ni salah.

Saya akan tambah semula markah yang kurang secara manual. Minta maaf banyak-banyak di atas kesilapan kami.

Terima kasih kepada @jaredliw kerana membuat laporan kesilapan.
πŸ…Keputusan tidak rasmi PPKomp 2021πŸ…
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan tidak rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2021 telah dikeluarkan dalam website www.ppkomp.com.my di menu Keputusan.

Sila semak ejaan nama dan markah peserta, jika ada pembetulan nama atau markah sila maklumkan kepada pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Pembetulan nama/markah yang lewat tidak akan diterima.

Bantahan terhadap keputusan juga telah dibuka.
Jika ada peserta atau pengurus kumpulan mengesyaki terdapat mana-mana peserta daripada mana-mana kumpulan (sama ada kumpulan lain atau kumpulan sendiri) menipu dalam pertandingan, pengurus kumpulan boleh mengemukakan aduan/bantahan.
Sila salurkan bantahan melalui pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Kami akan menyemak jawapan setiap individu yang disyaki.
Jika didapati ada unsur-unsur menipu, keputusan peserta/kumpulan yang terlibat (yang meniru dan yang memberi tiru) akan dibatalkan.
Bantahan lewat tidak akan diterima.

Sijil penyertaan dan sijil pemenang akan mula dicetak 2 minggu selepas keputusan rasmi dikeluarkan.
Mana-mana peserta yang inginkan salinan sijil tambahan, bayaran RM5 untuk setiap keping sijil akan dikenakan.
Sila sertakan bukti pembayaran untuk salinan sijil tambahan melalui pengurus kumpulan masing-masing.

Terima kasih.
πŸ…Keputusan rasmi PPKomp 2021πŸ…
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2021 telah dikeluarkan dalam website www.ppkomp.com.my di menu Keputusan.

Tahniah kepada semua pemenang.
Kepada yang tidak berjaya, tahun depan kita cuba lagi πŸ’ͺ.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPKomp 2021 terutamanya pengurus-pengurus kumpulan dan semua peserta.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Normaziah Abdul Aziz, pengerusi ICPC IIUM di atas segala cadangan, nasihat, dan bantuan yang diberikan.

Terima kasih kepada penaja hadiah PPKomp 2021, INFAQ Consultancy Sdn Bhd.
Terima kasih juga kepada Dr. Marini Abubakar, Cik Afiqah binti Mohammad Azahari, Cikgu Suhaimi bin Mohamad, Jared Liw Zhi Long dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PPKomp 2021.

Diharapkan pertandingan ini dapat menambah minat semua peserta untuk belajar pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Maaf mengganggu.. kami sedang cuba hantar artikel PPKomp 2021 untuk siaran akhbar.
Jadi kami perlukan 2 @ 3 keping gambar yang menarik semasa pertandingan.

Jika ada gambar-gambar, boleh kongsi di ruangan komen (atau pm saya).. nanti kami akan pilih gambar yang menarik untuk dihantar.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Sijil fizikal telah selesai dihantar kepada pengurus kumpulan masing-masing.
Pada kebiasaannya pos akan ambil masa 7 hari untuk sampai (jika lambat biasanya 14 hari).

Selain sijil fizikal, peserta dan pengurus kumpulan juga boleh dapatkan e-sijil.

1. Link untuk dapatkan e-sijil peserta (untuk peserta yang bertanding sahaja):
https://www.ppkomp.com.my/2021/e-sijil/peserta/020920-07-0270.pdf

2. Link untuk dapatkan e-sijil pengurus kumpulan (untuk pengurus kumpulan sahaja):
https://www.ppkomp.com.my/2021/e-sijil/pengurus/020920-07-0270.pdf

3. Link untuk dapatkan e-sijil individu terbaik (untuk peserta ranking tempat pertama hingga tempat ke-5 setiap kategori):
https://www.ppkomp.com.my/2021/e-sijil/individu-terbaik/020920-07-0270.pdf

4. e-sijil kumpulan terbaik (untuk 3 kumpulan terbaik setiap kategori sahaja) akan dihantar kepada pengurus kumpulan melalui Telegram.
Diminta pengurus kumpulan kongsi sijil kumpulan terbaik dengan peserta terlibat.

*Nombor pada hujung link tu kena tukar dengan nombor kad pengenalan (termasuk tanda sempang dan kena tambah extension .pdf)

**Peserta luar negara kena tukar nombor kad pengenalan kepada username HackerRank.
https://www.ppkomp.com.my/2021/e-sijil/peserta/hkhehmad.pdf
πŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰
Pengiktirafan pertandingan peringkat kebangsaan
πŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆπŸ₯³πŸŽ‰

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah.. berita baik kepada semua peserta PPKomp 2021 dari sekolah rendah dan menengah. Pihak KPM telah memberikan pengiktirafan pertandingan peringkat kebangsaan kepada PPKomp 2021.

Surat pengiktirafan pertandingan telah diletakkan di website www.ppkomp.com.my pada menu Download > Surat KPM & JPN.

Peserta persendirian (peserta yang tidak mendaftar pertandingan melalui pihak sekolah) perlu download:
1. sijil penyertaan
2. surat kebenaran KPM/JPN
3. surat pengiktirafan KPM
dan berikan kepada kepada guru di sekolah supaya pihak sekolah boleh merekodkan markah/skor PAJSK pelajar.

Ada 2 markah PAJSK iaitu:
1. Skor penglibatan.
2. Skor pencapaian

πŸŽ– Semua peserta dapat skor penglibatan peringkat kebangsaan.
πŸ† Skor pencapaian peringkat kebangsaan hanya diberi kepada senarai nama pemenang seperti di lampiran 2 sahaja.
⚠️ Anugerah Emas, Perak, Gangsa, dan Sanjungan Kehormat tidak dikira dalam skor pencapaian dan hanya dikira sebagai tahap penguasaan murid sahaja.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPKomp 2021 πŸ’ͺπŸ’ͺ
Harapnya dengan pengiktirafan daripada KPM ini, ianya dapat memberi semangat kepada peserta-peserta untuk lebih berminat belajar coding.
Kami mohon maaf atas sebarang kekurangan atau kesilapan dari pihak kami.
Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah dalam PPKomp 2022.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦ Harap semua kekal berada dalam channel/group Telegram ini kerana kami akan gunakan channel/group yang sama untuk sebarkan maklumat mengenai PPKomp 2022.
πŸ‘ Peserta atau pengurus kumpulan yang ada Facebook boleh like Facebook page kami di www.facebook.com/PPKomp dan di www.facebook.com/fatihahEdu.
πŸ‘©β€πŸ’» Teruskan belajar dan praktis coding sebagai persediaan PPKomp 2022 πŸ§‘β€πŸ’»

Terima kasih.
Forwarded from PPKomp 2026
Forwarded from PPKomp 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buku Python untuk bantu pelajar yang baru nak belajar asas Python.
Pelajar yang dah belajar asas pengaturcaraan tapi masih tak boleh buat coding juga digalakkan untuk baca buku ni.

Boleh dibeli di Shopee
https://shopee.com.my/product/213524603/9217380663?smtt=0.213528313-1630972728.10
PPKomp 2021
========
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Set soalan PPKomp 2021 telah dibuka semula untuk latihan.
Pelajar-pelajar boleh gunakan set soalan ni untuk latihan persediaan PPKomp 2022. Cikgu/pensyarah boleh gunakan set soalan ni sebagai latihan di dalam kelas.

https://www.ppkomp.com.my/latihan.htm

Terima kasih.
========== PPKomp 2022 ==========
PPKomp 2026
PPKomp 2022 - surat penolakan program KPM.pdf
PPKomp 2022 tak mendapat kebenaran KPM kerana kami mengenakan yuran penyertaan untuk pertandingan ini.

Walaupun tidak mendapat sokongan KPM, PPKomp 2022 akan tetap dijalankan seperti biasa.
PPKomp 2022 dijangka akan dibuat pada 13/08/22 (hari Sabtu).
Tarikh dan hari ni dipilih untuk memastikan PPKomp 2022 dibuat diluar waktu persekolahan dan bagi mengelakkan program ini mengganggu PdP pelajar.
Pelajar sekolah boleh jawab pertandingan di rumah masing-masing memandangkan hari Sabtu tu hari cuti.

Tahun lepas, PPKomp 2021 dibuat semasa pelajar kolej/universiti sibuk dengan peperiksaan semester.
Pada 13/08/22, kebanyakan pelajar kolej/universiti tidak terlibat dengan peperiksaan semester.
Kita harap untuk tahun 2022, lebih ramai pelajar kolej/universiti yang dapat sertai pertandingan.

Kita juga akan buat bengkel coding percuma untuk peserta yang berminat dengan PPKomp 2022.
Bengkel bersiri dijangka akan dibuat antara bulan Apr-Jun 2022.
Tarikh sebenar bengkel akan dimaklumkan dalam channel ini kemudian.