PPKomp 2026
2.15K subscribers
73 photos
4 files
85 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2026

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
Assalamualaikum dan selamat petang..

Pendaftaran PPKomp 2024 telah dibuka.
Sila layari www.ppkomp.com.my untuk download borang pendaftaran dan maklumat lanjut.
Jangan lupa klik button refresh pada web browser supaya dapat paparan info yang terkini.

Tarikh PPKomp 2024 akan diawalkan dan pertandingan dijangka berlangsung pada 11/05/24.
Peraturan tambahan PPKomp 2024
=============================
Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan AI chatbots, seperti ChatGPT atau mana-mana perisian yang serupa, semasa pertandingan berlangsung.
Akaun HackerRank
=========
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk pertandingan PPKomp 2024, kita akan gunakan platform HackerRank.

Jadi setiap peserta mesti mempunyai akaun HackerRank sendiri.
Jika belum pernah ada akaun HackerRank, kena register akaun terlebih dahulu.
Kalau pernah register akaun HackerRank sebelum ni, boleh gunakan akaun yang lama.

Sila rujuk video YouTube di bawah tentang cara register akaun HackerRank dan cara gunakan sistem HackerRank:

http://bit.ly/ppkomp-python


Soalan latihan dan soalan pertandingan tahun-tahun lepas ada di website www.ppkomp.com.my pada menu latihan.

Peserta juga boleh join channel Telegram @PPKomp menggunakan link https://t.me/PPKomp untuk sebarang info terkini mengenai pertandingan.

//username HackerRank ada dalam menu Settings > Account Settings > Your Username
🌟 Registration is Now Open! 🌟

Attention all coding enthusiasts – the wait is finally over! πŸŽ‰ We are thrilled to announce that registration for the most prestigious event of the year, Programming League National 2024, is officially open! Whether you're a seasoned programmer or just dipping your toes into the world of coding, Programming League National 2024 promises an unforgettable experience filled with excitement, learning, and growth.

πŸ“… Event: Programming League National 2024

πŸ•’ Registration Period: 8th April - 22th April 2024 (12pm)

πŸ’» Who Can Participate:
All university undergraduates in Malaysia

Join us as we celebrate innovation, creativity, and the boundless possibilities of coding. Let's come together to code, compete, and conquer at Programming League National 2024! 🌟

Hurry, registration is now open – we can't wait to see you there! πŸ‘©β€πŸ’»

Register by clicking link below πŸ”—:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfGZAOB2XpkV4FGn_WSbEKAbzLDllpB--3oHGghqp8L9lSacA/viewform

#PLN2024
#ProgrammingLeagueNational
#competitiveprogramming
πŸ‘3
PPKomp 2026
🌟 Registration is Now Open! 🌟 Attention all coding enthusiasts – the wait is finally over! πŸŽ‰ We are thrilled to announce that registration for the most prestigious event of the year, Programming League National 2024, is officially open! Whether you're a seasoned…
Pertandingan Programming League National anjuran Universiti Malaya untuk pelajar universiti yang berminat.

Tarikh pertandingan sama dengan PPKomp 11/05/24.
PPKomp dibuat pada sebelah pagi (09:00 - 11:00 pagi) sementara PLN dibuat pada sebelah petang.
Tutorial Cara Menyelesaikan Soalan PPKomp Tahun-Tahun Lepas
==========

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk makluman semua, soalan pertandingan tahun-tahun lepas ada di website www.ppkomp.com.my dalam menu latihan.
Tutorial cara untuk selesaikan sebahagian soalan tahun-tahun lepas ada dalam YouTube.
Peserta boleh menaip keyword "PPKomp" dalam aplikasi YouTube untuk mencari tutorial tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam membuat video tutorial tersebut atas ilmu yang dikongsikan untuk kegunaan para peserta:
1. Cikgu Suhaimi bin Mohamad (cikgu daripada SMK Tengku Lela Segara)
     > Channel YouTube: @cgmme
     > https://www.youtube.com/@cgmme

2. Owner channel siapa nama tak dapat dikesan
     > Channel YouTube: @akaruiyamicode
     > https://www.youtube.com/@akaruiyamicode

Kami juga sangat mengalu-alukan peserta yang mahir dalam coding untuk berkongsi ilmu dan membuat tutorial YouTube dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil.

Terima kasih.
❀2
Link PPKomp 2024
=============
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami telah menghantar email ke-2 kepada semua pendaftaran PPKomp 2024 dengan status "pendaftaran berjaya".
Email ke-2 ini yang mengandungi link soalan PPKomp 2024 telah dihantar kepada semua peserta dan juga pengurus kumpulan masing-masing.
Minta buka dan baca email masing-masing.

Jika tak dapat cari email tu, boleh tekan button refresh, sebab kadang-kadang inbox email lambat update.
Boleh juga guna button search untuk cari keyword "info@ppkomp" untuk cari email dengan cepat.

Email yang diterima daripada info@ppkomp tu, minta tag atau star mesej dalam email tu.
Supaya senang nanti masa hari pertandingan nak cari semula.

Selepas klik link pertandingan, setiap peserta diminta membaca peraturan pertandingan yang berada di sebelah bawah countdown timer.

Terima kasih.
❀1πŸ‘1
PPKomp 2026
Photo
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Selamat membuat kod arahan :)

Kongsi detik-detik PPKomp anda:
1. Kongsi detik-detik PPKomp dalam bentuk gambar atau video.
2. Post & tag @PPKomp di Facebook atau Instagram.
3. Letak hashtag #PPKomp2024 #PPKomp pada post supaya kami dapat menemui post tersebut.

------------

Assalamualaikum and good day everyone..

Happy coding :)

Share your PPKomp moments:
1. Share your PPKomp moments in photo or video.
2. Post & tag @PPKomp at Facebook or Instagram.
3. Put hashtag #PPKomp2024 #PPKomp on the post so that we can find you.
πŸ‘2
Forwarded from Yahaya bin Basiron
🌟 Get ready to ignite your programming journey with HackINSAN! 🌟

🚨 Calling all Malaysian High School and Pre-U coding enthusiasts! πŸš€ Don't miss out on the opportunity to participate in HackINSAN, the spark to your programming journey brought to you by Kolej PERMATA Insan. Get ready embark on a journey of innovation, collaboration, and problem-solving like never before.🚨

Compete in a team of 2 or 4 to claim our merchandises and exciting prizes in the 2024 HackINSAN πŸ†πŸ’«

Demonstrate your proficiency in skills development, networking, coding skills and hands-on experience in problem solving, and stand a chance to win CASH PRIZES and SPECIAL PRIZES πŸŽβ€ΌοΈ

πŸ“… Date: 6th – 7th of July
🏒 Venue: Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia
πŸ’‘ Registration Fee: FREE OF CHARGE!
πŸ”΄ Registration ENDS on July 1st, 11.59 am

πŸ“ Access our INFOPACK here: https://docs.google.com/document/d/1pFYKuoxaJetUFfk6IE3-Ut1q-giBB4WKp0JIz2bRGaA/edit?usp=sharing

πŸ’« Sign up through our REGISTRATION FORM: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfUXh3KP42WD-mJGyQ6_TCFM8UGBQC5mvXYquygHioGezr1FQ/viewform

Follow us on Instagram @hack.insan https://www.instagram.com/hack.insan/ for updates and announcements! πŸ“£

For any further queries; contact us at contact@hackinsan.com✨

Ready to rock the tech world? Secure your spot at HackINSAN now!
Visit our website : https://hackinsan.com/

🌟 Spread the Buzz:
Tell your squad, your classmates, your frenemiesβ€”heck, even your grandma! Let's show the world what the next generation of tech superstars is made of!
πŸ‘5
πŸ…Keputusan tidak rasmi PPKomp 2024πŸ…
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan tidak rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2024 telah dikeluarkan dalam website www.ppkomp.com.my di menu Keputusan.
Sila klik button refresh pada web browser jika menu keputusannya tidak keluar.

Sila semak ejaan nama dan markah peserta, jika ada pembetulan nama atau markah sila maklumkan kepada pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Pembetulan nama/markah yang lewat tidak akan diterima.

Bantahan terhadap keputusan juga telah dibuka.
Jika ada peserta atau pengurus kumpulan mengesyaki terdapat mana-mana peserta daripada mana-mana kumpulan (sama ada kumpulan lain atau kumpulan sendiri) menipu dalam pertandingan, pengurus kumpulan boleh mengemukakan aduan/bantahan.
Sila salurkan bantahan melalui pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Kami akan menyemak jawapan setiap individu yang disyaki.
Jika didapati ada unsur-unsur menipu, keputusan peserta/kumpulan yang terlibat (yang meniru dan yang memberi tiru) akan dibatalkan.
Bantahan lewat tidak akan diterima.

Sijil penyertaan dan sijil pemenang dalam bentuk softcopy dikeluarkan pada 08/06/24.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan bermula 01/08/24.

Terima kasih.

Bantahan keputusan dan pembetulan nama/markah akan ditutup pada 15/06/24.

Bantahan dan pembetulan nama/markah selepas 15/06/24 tidak akan diterima.
πŸ‘6❀4
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Kami telah menerima bantahan keputusan daripada beberapa pengurus pasukan.
Keputusan beberapa orang peserta telah dibatalkan kerana melanggar peraturan pertandingan seperti:
1. menggunakan bantuan AI
2. berbincang, meniru, atau memberi tiru
3. menggunakan aplikasi komunikasi seperti aplikasi chat untuk mendapatkan bantuan dari pihak luar

Dengan itu, sijil peserta dan sijil pemenang akan dikeluarkan lebih lewat dari jadual asal.
Bantahan keputusan masih dibuka.
Jika ada lagi sebarang bantahan, sila hantar bantahan melalui pengurus pasukan masing-masing dengan SEGERA.

Terima kasih.
πŸ‘7
Selepas mendapat bantahan keputusan PPKomp 2024 daripada beberapa orang pengurus kumpulan, jawapan yang dihantar oleh beberapa peserta telah disemak secara manual.

Selepas disemak didapati 52 peserta yang telah dibantah ini telah melanggar peraturan pertandingan.
Jawapan peserta terlibat telah dihantar kepada pihak yang membantah & kepada pengurus kumpulan peserta terlibat sebagai bahan bukti.
Markah peserta terlibat juga telah dibatalkan.
❀5
πŸ…Keputusan rasmi PPKomp 2024πŸ…
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2024 telah dikeluarkan di website www.ppkomp.com.my pada menu Keputusan.

Tahniah kepada semua pemenang.
Kepada yang tidak berjaya, tahun depan kita cuba lagi πŸ’ͺ.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPKomp 2024 terutamanya pengurus-pengurus kumpulan dan semua peserta.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaziah Abdul Aziz, pengerusi ICPC IIUM di atas segala cadangan, nasihat, dan bantuan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PPKomp 2024.

Diharapkan pertandingan ini dapat menambah minat semua peserta untuk belajar pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat petang..

Semua peserta dan pengurus kumpulan boleh dapatkan e-Sijil masing-masing menggunakan link di bawah.
e-Sijil ni dibuat dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Inggeris.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan masing-masing pada tarikh yang akan kami maklumkan kemudian.

1. Link untuk dapatkan e-sijil peserta (untuk peserta yang bertanding sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/peserta/050706-16-0109.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/en-peserta/050706-16-0109.pdf

2. Link untuk dapatkan e-sijil pengurus kumpulan (untuk pengurus kumpulan sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/pengurus/700916-11-5180.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/en-pengurus/700916-11-5180.pdf

3. Link untuk dapatkan e-sijil individu terbaik (untuk peserta ranking tempat pertama hingga tempat ke-5 setiap kategori):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/individu-terbaik/050706-16-0109.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/en-individu-terbaik/050706-16-0109.pdf

4. e-sijil kumpulan terbaik (untuk 3 kumpulan terbaik setiap kategori sahaja) akan dihantar kepada pengurus kumpulan melalui Telegram.
Diminta pengurus kumpulan kongsi sijil kumpulan terbaik dengan peserta terlibat.

*Nombor pada hujung link tu kena tukar dengan nombor kad pengenalan diri sendiri (termasuk tanda sempang dan kena tambah extension .pdf)

**Peserta luar negara kena tukar nombor kad pengenalan kepada username HackerRank.
BM - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/peserta/mamr8844.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2024/e-sijil/en-peserta/mamr8844.pdf

***Sila download sijil masing-masing dengan segera. Sijil akan disimpan dalam server selama 3 bulan sahaja.
πŸ‘4
❀7