PPKomp 2026
2.15K subscribers
73 photos
4 files
85 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2026

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Semua peserta dan pengurus kumpulan boleh dapatkan e-Sijil masing-masing menggunakan link di bawah.
e-Sijil ni dibuat dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Inggeris.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan masing-masing pada tarikh yang akan kami maklumkan kemudian.

1. Link untuk dapatkan e-sijil peserta (untuk peserta yang bertanding sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/peserta/050706-16-0109.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/en-peserta/050706-16-0109.pdf

2. Link untuk dapatkan e-sijil pengurus kumpulan (untuk pengurus kumpulan sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/pengurus/700916-11-5180.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/en-pengurus/700916-11-5180.pdf

3. Link untuk dapatkan e-sijil individu terbaik (untuk peserta ranking tempat pertama hingga tempat ke-5 setiap kategori):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/individu-terbaik/050706-16-0109.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/en-individu-terbaik/050706-16-0109.pdf

4. e-sijil kumpulan terbaik (untuk 3 kumpulan terbaik setiap kategori sahaja) akan dihantar kepada pengurus kumpulan melalui Telegram.
Diminta pengurus kumpulan kongsi sijil kumpulan terbaik dengan peserta terlibat.

*Nombor pada hujung link tu kena tukar dengan nombor kad pengenalan (termasuk tanda sempang dan kena tambah extension .pdf)

**Peserta luar negara kena tukar nombor kad pengenalan kepada username HackerRank.
BM - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/peserta/mamr8844.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2023/e-sijil/en-peserta/mamr8844.pdf

***Sila download sijil masing-masing dengan segera. Sijil akan disimpan dalam server selama 3 bulan sahaja.
โค1๐Ÿ‘1
๐Ÿ…Keputusan rasmi PPKomp 2023๐Ÿ…
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2023 telah dikeluarkan di website www.ppkomp.com.my pada menu Keputusan.

Tahniah kepada semua pemenang.
Kepada yang tidak berjaya, tahun depan kita cuba lagi ๐Ÿ’ช.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPKomp 2023 terutamanya pengurus-pengurus kumpulan dan semua peserta.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaziah Abdul Aziz, pengerusi ICPC IIUM di atas segala cadangan, nasihat, dan bantuan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PPKomp 2023.

Diharapkan pertandingan ini dapat menambah minat semua peserta untuk belajar pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah.

Terima kasih.
๐Ÿ‘4
PPKomp 2026
Photo
Program: Kem Latihan Competitive Programming
Anjuran: Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber IIUM
Tempat: Kulliyyah of ICT, IIUM
Jurulatih: Assoc. Prof. Dr. Yong Hui Wu (Jurulatih ICPC Worlds Final, Fudan University, China)
๐Ÿ‘5โค1
Assalamualaikum dan selamat pagi..

InsyaAllah semua sijil akan diposkan ke alamat pengurus kumpulan masing-masing pada hari ni menggunakan khidmat pos laju.
Biasanya jika pos hari ni, esok InsyaAllah akan sampai.
โค12
Makluman awal PPKomp 2024
========
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua..

PPKomp 2024 dijangka akan dibuat pada bulan 5.
Jika ada info terbaru atau perubahan nanti kami akan beritahu semula.

Terima kasih.
๐Ÿ‘5๐Ÿคฏ3
Forwarded from Fatihah Education Consultants
================
Kelas Tuisyen Subjek ASK & SK (Asas Sains Komputer & Sains Komputer)
================

Anak mempunyai masalah dan sukar memahami konsep-konsep Asas Sains Komputer atau Sains Komputer yang diajar di sekolah? Ibubapa pun tak tahu bagaimana cara nak terangkan supaya anak faham. Kami memahami cabaran ini, itulah sebabnya kelas tuisyen ASK/SK kami hadir untuk memberikan penyelesaian. Guru kami yang berpengalaman tidak hanya memberikan pengajaran yang jelas, tetapi juga membimbing pelajar melalui konsep-konsep yang rumit dengan cara yang mudah difahami. Berikan anak anda kelebihan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dengan mendaftar sekarang!

๐Ÿ“ข Mencari pelajar tingkatan 1-4 yang ambil subjek ASK/SK untuk sesi akademik 2024.

--------------------------------
๐Ÿ“š Kelas: berkumpulan.
๐Ÿ“š Hari & masa: seperti jadual di bawah.
๐Ÿ“š Sebulan: 4 kali kelas.
๐Ÿ“š Platform: Zoom (online tuition).
๐Ÿ“š Yuran: RM120 sebulan.
๐Ÿ“š Rakaman kelas disediakan untuk pelajar yang tak dapat hadir.

๐Ÿ“Œ Kelas tingkatan 1 setiap Rabu 07:45 - 09:15 malam.
๐Ÿ“Œ Kelas tingkatan 2 setiap Ahad 07:45 - 09:15 malam.
๐Ÿ“Œ Kelas tingkatan 3 setiap Isnin 07:45 - 09:15 malam.
๐Ÿ“Œ Kelas tingkatan 4 setiap Selasa 07:45 - 09:15 malam.

--------------------------------
Pelajar yang tidak dapat ikuti masa dan hari kelas berkumpulan seperti jadual di atas boleh memilih kelas persendirian.
๐Ÿ“š Kelas: 1-1.
๐Ÿ“š Hari & masa: ditentukan pelajar.
๐Ÿ“š Platform: tuisyen secara online @ kelas fizikal.
๐Ÿ“š Yuran: RM100 sejam.
--------------------------------
Jom sertai kelas ASK/SK sekarang!
Hubungi kami melalui link WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut:
https://wa.me/60177458283
https://wa.me/60177458283
https://wa.me/60177458283

Terima kasih.

==============
Pengajar mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun dalam bidang sains komputer dengan pengkhususan subjek berasaskan coding/pengaturcaraan.

Pengajar juga bergiat aktif sebagai penceramah dalam bengkel pengaturcaraan yang diadakan di lebih 50 buah sekolah seluruh Malaysia.
๐Ÿ‘1
Channel name was changed to ยซPPKomp 2024ยป
========== PPKomp 2024 ==========
Assalamualaikum dan selamat petang..

Pendaftaran PPKomp 2024 telah dibuka.
Sila layari www.ppkomp.com.my untuk download borang pendaftaran dan maklumat lanjut.
Jangan lupa klik button refresh pada web browser supaya dapat paparan info yang terkini.

Tarikh PPKomp 2024 akan diawalkan dan pertandingan dijangka berlangsung pada 11/05/24.
Peraturan tambahan PPKomp 2024
=============================
Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan AI chatbots, seperti ChatGPT atau mana-mana perisian yang serupa, semasa pertandingan berlangsung.
Akaun HackerRank
=========
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk pertandingan PPKomp 2024, kita akan gunakan platform HackerRank.

Jadi setiap peserta mesti mempunyai akaun HackerRank sendiri.
Jika belum pernah ada akaun HackerRank, kena register akaun terlebih dahulu.
Kalau pernah register akaun HackerRank sebelum ni, boleh gunakan akaun yang lama.

Sila rujuk video YouTube di bawah tentang cara register akaun HackerRank dan cara gunakan sistem HackerRank:

http://bit.ly/ppkomp-python


Soalan latihan dan soalan pertandingan tahun-tahun lepas ada di website www.ppkomp.com.my pada menu latihan.

Peserta juga boleh join channel Telegram @PPKomp menggunakan link https://t.me/PPKomp untuk sebarang info terkini mengenai pertandingan.

//username HackerRank ada dalam menu Settings > Account Settings > Your Username