PPKomp 2026
2.15K subscribers
73 photos
4 files
85 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2026

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
Bengkel Java siri 4 pada malam ni ya.
Link rakaman bengkel Java siri 4 pada 21/06/22 dah dimasukkan dalam playlist:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLlzC2Cyv3LDhe2RzXBHrZ_QOp4hCWd5Wf
Akaun HackerRank
=========
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk pertandingan PPKomp 2022, kita akan gunakan platform HackerRank.

Jadi setiap peserta mesti mempunyai akaun HackerRank sendiri.
Jika belum pernah ada akaun HackerRank, kena register akaun terlebih dahulu.
Kalau pernah register akaun HackerRank sebelum ni, boleh gunakan akaun yang lama.

Sila rujuk video YouTube di bawah tentang cara register akaun HackerRank dan cara gunakan sistem HackerRank:

http://bit.ly/ppkomp-python


Soalan latihan dan soalan pertandingan tahun-tahun lepas ada di website www.ppkomp.com.my pada menu latihan.

Peserta juga boleh join channel Telegram @PPKomp untuk dapatkan contoh jawapan latihan dan contoh jawapan pertandingan tahun-tahun lepas.
👍1
Selasa ni (esok) ada bengkel siri 5.
Link rakaman bengkel Java pada bahagian komen.
Gunakan link Zoom yang sama untuk join.
Link rakaman bengkel Java siri 5 pada 28/06/22 dah dimasukkan dalam playlist:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLlzC2Cyv3LDhe2RzXBHrZ_QOp4hCWd5Wf
Selasa ni ada bengkel Java siri 6.
Gunakan link Zoom yang sama untuk join.

Tarikh tutup pendaftaran PPKomp 2022 adalah pada 09/07/22.
Malam ni bengkel Java siri 6 ya.
Link rakaman bengkel Java siri 6 pada 05/07/22 dah dimasukkan dalam playlist:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLlzC2Cyv3LDhe2RzXBHrZ_QOp4hCWd5Wf
Pertandingan coding anjuran UiTM Arau Perlis untuk pelajar yang ambil program diploma/bachelor.
===========
Dibuka untuk penyertaan.

*INVITATION TO PARTICIPATE IN THE INTERNATIONAL C-PROM 2022*

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Y. Bhg. Prof. Emeritus/ Datuk / Dato'. / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

We are pleased to inform you that the Faculty of Computer and Mathematical Sciences, UiTM Arau Perlis would like to invite students from local and international universities to participate and show off their programming and multimedia skills in our competition. The *International C-PROM 2022* will be held &virtually on 23rd and 24th September 2022*.

*REGISTER NOW!!*
https://forms.gle/cWP7u9s2RxZyQJkS9

🎯 *Important Dates:*
Registration Dateline: *16th September 2022*
Payment : *20th June - 9th Sept 2022*
Competition: *23th Sept - 24th Sept 2022*
Closing Ceremony & Winners Announcement: *24th September 2022*

*Competition Fees:*
Participants from UiTM Perlis: *RM 15 per group*
Our Strategic Partner: *RM 45 per group*
Other Participants: *RM 50 per group*

*Payment Method:*
Payment details will be emailed together with Notification of Acceptance.
You are required to upload Proof of Payment on the link provided via email later.

*FOR ENQUIRIES*
*Registration:*
EN MOHAMMAD HAFIZ ISMAIL (+6012-4248192)
*Competition:*
DR NORFIZA IBRAHIM - Multimedia (+6019-4563808)
EN ALIF FAISAL IBRAHIM - Programming (+6019-7772913)

*More information:*
IC-PROM2022 website: https://icprom.uitm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/InternationalCPROM

Thank You

*"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"*
*"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*

o/b IC-PROM Committee
Department of Computer Science
UiTM Perlis Branch, Arau Campus,
02600 Arau, Perlis. MALAYSIA
PPKomp 2026
Photo
Teruskan praktis coding!!

Masuk pertandingan PPKomp ni kita tak akan rugi apa-apa.
Antara dua, sama ada kita menang pertandingan, atau kita dapat belajar benda baru.
Jika tak praktis, kita akan rugi, satu apa benda pun kita tak dapat.

Link soalan tahun-tahun lepas untuk praktis:
www.ppkomp.com.my/latihan.htm

Jika tersangkut kat mana-mana soalan, boleh tengok contoh penyelesaian yang ada dalam YouTube.
Search keyword "PPKomp" dalam YouTube untuk lihat video yang telah dikongsi.
Google kalau tak faham. Banyak artikel yang bagus terutamanya yang ada dalam w3school atau StackOverflow.
PPKomp 2026
Photo
Assalamualaikum dan selamat petang..

Link soalan PPKomp 2022 telah dihantar melalui email masing-masing.
Sila baca peraturan-peraturan pada email dan pada landing page HackerRank dengan teliti supaya keputusan peserta tidak dibatalkan.

Link soalan PPKomp 2022 dihantar melalui senarai email seperti dalam borang pendaftaran kumpulan masing-masing.
Jika peserta tidak mendapat email, ada kemungkinan nama peserta tidak didaftarkan dalam kumpulan.

========
Peserta yang ingin menjawab lebih daripada satu set soalan, sila alert dengan nama soalan.

Soalan dengan nama yang hampir sama merupakan soalan yang berbeza.

Sebagai contoh, soalan dalam kedua-dua set di bawah merupakan soalan yang sama kerana namanya sama.
Set A: Kuiz (2)
Set B: Kuiz (2)

Soalan dalam kedua-dua set di bawah pula merupakan soalan yang berbeza walaupun nama soalan hampir sama.
Set A: Kambing (2A)
Set B: Kambing (2B)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di bawah ini disertakan link bagi mengakses Pertandingan Pengaturcaraan Komputer (PPKomp) 2022 untuk tindakan semua.

Terdapat 3 set soalan iaitu set A, B, dan C. Setiap set soalan didatangkan dalam dua mod bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sila pilih salah SATU medium bahasa sahaja untuk memulakan sesi pertandingan kerana kedua-dua medium bahasa dalam setiap set mempunyai set soalan yang sama. Jika peserta menghantar penyelesaian dalam kedua-dua mod bahasa, markah paling rendah akan diambilkira sebagai denda.

Set soalan A adalah lebih mudah berbanding set soalan C. Namun begitu, jumlah markah maksimum set soalan A lebih rendah berbanding set soalan C. Murid sekolah rendah digalakkan untuk memilih set soalan A dan pelajar universiti digalakkan untuk memilih set soalan C. Walaubagaimanapun, setiap peserta bebas memilih untuk menjawab mana-mana set soalan bergantung kepada kemahiran masing-masing.

Oleh kerana tempoh pertandingan hanya 2 jam, peserta dinasihatkan untuk fokus pada SATU set soalan sahaja (sama ada A, B, atau C). Walaubagaimanapun, jika peserta mengambil keputusan untuk cuba menjawab lebih daripada satu set soalan, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set soalan diambil sebagai markah akhir peserta. Sebagai contoh, jika Yusuf mendapat: set A = 70 markah, set B = 100 markah, set C = 90 markah, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set iaitu 100 akan diambil sebagai markah akhir Yusuf.

Selamat membuat kod arahan :)

Kongsi detik-detik PPKomp anda:
1. Kongsi detik-detik PPKomp dalam bentuk gambar atau video.
2. Post & tag @PPKomp di Facebook atau Instagram.
3. Letak hashtag #PPKomp2022 #PPKomp pada post supaya kami dapat menemui post tersebut.

------------

Assalamualaikum and good day everyone..

Below are links to access PPKomp 2022 coding competition for your action.
There are 3 problem sets available which are A, B, and C. Each set of problems are available in both Bahasa Melayu and English respectively. Choose only ONE language medium to start the competition as both languages in each set contains the same set of questions. If you submit your solution(s) in both languages, the lowest mark will be taken as a penalty.

Problems in set A is simpler compared to C. However, total marks for set A is lower than C. You are encouraged to choose set A if you are a primary student and a university student is encouraged to choose set C. But then, you can choose to solve any problem set depending on your respective skills.

As duration of this competition is 2 hours, we are advising you to focus on only ONE problem set (either A, B or C). However, if you are deciding to try and solves more than one problem sets, the highest score will be taken as your final score. For example, if Yusuf scored 70 in A, 100 in B and 90 in C, the highest mark which is 100 will be taken as Yusuf’s final score.

Happy coding :)

Share your PPKomp moments:
1. Share your PPKomp moments in photo or video.
2. Post & tag @PPKomp at Facebook or Instagram.
3. Put hashtag #PPKomp2022 #PPKomp on the post so that we can find you.

---------

1. Bahasa Melayu:
Set soalan A (jumlah markah maksimum = 80) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-a
Set soalan B (jumlah markah maksimum = 110) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-b
Set soalan C (jumlah markah maksimum = 130) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-c

2. English:
Problemset A (max total score = 80) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-a-en
Problemset B (max total score = 110) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-b-en
Problemset C (max total score = 130) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-c-en
👍1
🏅Keputusan tidak rasmi PPKomp 2022🏅
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan tidak rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2022 telah dikeluarkan dalam website www.ppkomp.com.my di menu Keputusan.

Sila semak ejaan nama dan markah peserta, jika ada pembetulan nama atau markah sila maklumkan kepada pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Pembetulan nama/markah yang lewat tidak akan diterima.

Bantahan terhadap keputusan juga telah dibuka.
Jika ada peserta atau pengurus kumpulan mengesyaki terdapat mana-mana peserta daripada mana-mana kumpulan (sama ada kumpulan lain atau kumpulan sendiri) menipu dalam pertandingan, pengurus kumpulan boleh mengemukakan aduan/bantahan.
Sila salurkan bantahan melalui pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Kami akan menyemak jawapan setiap individu yang disyaki.
Jika didapati ada unsur-unsur menipu, keputusan peserta/kumpulan yang terlibat (yang meniru dan yang memberi tiru) akan dibatalkan.
Bantahan lewat tidak akan diterima.

Sijil penyertaan dan sijil pemenang dalam bentuk softcopy dikeluarkan selewat-lewatnya pada 12/09/22.
Minta maaf di atas kelewatan kami.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan bermula 17/09/22.
Mana-mana peserta yang inginkan salinan sijil tambahan, bayaran RM5 untuk setiap keping sijil akan dikenakan.
Sila sertakan bukti pembayaran untuk salinan sijil tambahan melalui pengurus kumpulan masing-masing.

Terima kasih.

Bantahan keputusan dan pembetulan nama/markah akan ditutup pada 09/09/22.

Bantahan dan pembetulan nama/markah selepas 09/09/22 tidak akan diterima.