PPKomp 2026
2.15K subscribers
73 photos
4 files
85 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2026

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
PPKomp 2026
PPKomp 2022 - surat penolakan program KPM.pdf
PPKomp 2022 tak mendapat kebenaran KPM kerana kami mengenakan yuran penyertaan untuk pertandingan ini.

Walaupun tidak mendapat sokongan KPM, PPKomp 2022 akan tetap dijalankan seperti biasa.
PPKomp 2022 dijangka akan dibuat pada 13/08/22 (hari Sabtu).
Tarikh dan hari ni dipilih untuk memastikan PPKomp 2022 dibuat diluar waktu persekolahan dan bagi mengelakkan program ini mengganggu PdP pelajar.
Pelajar sekolah boleh jawab pertandingan di rumah masing-masing memandangkan hari Sabtu tu hari cuti.

Tahun lepas, PPKomp 2021 dibuat semasa pelajar kolej/universiti sibuk dengan peperiksaan semester.
Pada 13/08/22, kebanyakan pelajar kolej/universiti tidak terlibat dengan peperiksaan semester.
Kita harap untuk tahun 2022, lebih ramai pelajar kolej/universiti yang dapat sertai pertandingan.

Kita juga akan buat bengkel coding percuma untuk peserta yang berminat dengan PPKomp 2022.
Bengkel bersiri dijangka akan dibuat antara bulan Apr-Jun 2022.
Tarikh sebenar bengkel akan dimaklumkan dalam channel ini kemudian.
PPKomp 2026
Photo
Pendaftaran telah dibuka 😊
Contoh penyelesaian PPKomp 2021
========
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Soalan PPKomp 2021 boleh diakses di website www.ppkomp.com.my pada menu latihan.

Cadangan penyelesaian PPKomp 2021 ada di YouTube.
Nanti search keyword "PPKomp" di YouTube untuk cari video tutorial dia.

Terima kasih kepada Cikgu Suhaimi bin Mohammad daripada SMK Tengku Lela Segara kerana berkongsi penyelesaian soalan pertandingan tahun lepas.
Boleh like dan follow channel YouTube Cikgu Shuhaimi supaya tak terlepas video tutorial yang baru.

Terima kasih.
Bengkel Penyelesaian Masalah Menggunakan Java
==========
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami akan buka bengkel asas penyelesaian masalah untuk pengurus kumpulan dan peserta yang berminat.
Kita akan bincangkan cara menyelesaikan set soalan PPKomp 2021 dengan menggunakan bahasa Java.
Pada tahun ni kami tak buat bengkel menggunakan Python kerana bengkel tahun lepas dah buat guna Python.

Tambahan pula, Cikgu Suhaimi bin Mohammad daripada SMK Tengku Lela Segara telah menghasilkan video YouTube cara menjawab PPKomp 2021 menggunakan bahasa Python.
Sila search keyword "PPKomp" di YouTube untuk cari video Cikgu Shuhaimi.
Pelajar digalakkan like, share dan follow channel YouTube Cikgu Shuhaimi supaya tak terlepas video tutorial yang baru.

Set soalan yang akan digunakan semasa bengkel nanti: Set PPKomp 2021.
Soalan ada di website www.ppkomp.com.my dalam menu latihan.

Tarikh: 28/06/2022 (Selasa)
Had bilangan peserta: 99 orang sahaja, siapa cepat dia dapat.
Bayaran: tiada bayaran dikenakan.
Masa: 08:00 - 09:00 malam.
Zoom link:
https://us02web.zoom.us/j/3649955320?pwd=R0N1ZHlDc29XMFkvV1JiSDllVWZHdz09

Meeting ID: 364 995 5320
Passcode: 661133

Terima kasih.
Malam ni jam 08:00 bengkel Java siri 2.
Selasa ni ada bengkel siri 3.
Link rakaman bengkel Java pada bahagian komen.
Gunakan link Zoom yang sama untuk join.
Malam ni bengkel Java siri 3.
Bengkel Java siri 4 pada malam ni ya.
Link rakaman bengkel Java siri 4 pada 21/06/22 dah dimasukkan dalam playlist:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLlzC2Cyv3LDhe2RzXBHrZ_QOp4hCWd5Wf
Akaun HackerRank
=========
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk pertandingan PPKomp 2022, kita akan gunakan platform HackerRank.

Jadi setiap peserta mesti mempunyai akaun HackerRank sendiri.
Jika belum pernah ada akaun HackerRank, kena register akaun terlebih dahulu.
Kalau pernah register akaun HackerRank sebelum ni, boleh gunakan akaun yang lama.

Sila rujuk video YouTube di bawah tentang cara register akaun HackerRank dan cara gunakan sistem HackerRank:

http://bit.ly/ppkomp-python


Soalan latihan dan soalan pertandingan tahun-tahun lepas ada di website www.ppkomp.com.my pada menu latihan.

Peserta juga boleh join channel Telegram @PPKomp untuk dapatkan contoh jawapan latihan dan contoh jawapan pertandingan tahun-tahun lepas.
👍1
Selasa ni (esok) ada bengkel siri 5.
Link rakaman bengkel Java pada bahagian komen.
Gunakan link Zoom yang sama untuk join.
Link rakaman bengkel Java siri 5 pada 28/06/22 dah dimasukkan dalam playlist:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLlzC2Cyv3LDhe2RzXBHrZ_QOp4hCWd5Wf
Selasa ni ada bengkel Java siri 6.
Gunakan link Zoom yang sama untuk join.

Tarikh tutup pendaftaran PPKomp 2022 adalah pada 09/07/22.
Malam ni bengkel Java siri 6 ya.