#PKP #COVID-19
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KELANTAN KAWAL KETAT LORONG 'TIKUS AIR' 4 KAMPUNG
Tumpat, 22 Mei 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mengawal ketat laluan tikus di empat kampung di kepulauan Delta Kelantan di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 4 Jun ini.
Menurut kenyataan daripada Markas PPM Wilayah Tiga, pihak Polis melakukan rondaan sekerap mungkin bagi mengelak pergerakan keluar kawasan PKPD.
Kawalan keselamatan di empat lokaliti terbabit juga unik dan mencabar kerana terlalu banyak lorong tikus yang berpotensi dibolosi mana-mana pihak iaitu jalan air di seluruh kepulauan tersebut.
"Kita memerlukan kerjasama orang awam, jika melihat sebarang pergerakan mencurigakan dalam kalangan penduduk, mereka boleh terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
"PPM tidak berkompromi dengan individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP). Jadi penduduk di kawasan PKPD tidak perlu mencuba nasib melarikan diri ke daratan," ujar Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, ASP Mohd Rudzuan Ahmad.
Kepulauan Delta Kelantan berada di bawah Mukim Sungai Pinang, di sini dan empat lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Teluk Renjuna, Kampung Pantai Nik Haji Nik Mat, Kampung Pulau Beluru dan Kampung Pantai Suri.
Sumber: Utusan Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4276570135686594

[POSTING PILIHAN] PKP 3.0: APA YANG PERLU DIBAWA APABILA MENGHADIRI JANJI TEMU VAKSINASI
Berikut adalah barang keperluan yang wajib dibawa apabila anda menghadiri janji temu vaksinasi bagi melancarkan urusan sepanjang anda berada di pusat vaksinasi.
Kemaskini aplikasi MySejahtera anda dan daftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.
Sumber: JKJAV

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4277483002261974

INTIPATI SIDANG MEDIA KHAS MENTERI KANAN (KESELAMATAN) DAN KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
✅ Dua strategi diperkenalkan mengurangkan pergerakan orang ramai dalam PKP 3.0.
1️⃣ Mengurangkan jumlah mereka yang bekerja di pejabat kerajaan/swasta.
2️⃣ Mengehadkan masa operasi sektor ekonomi.
✅ 80 peratus kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah, membabitkan 750,000 pekerja. (Perincian akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara)
✅ 40 peratus pekerja swasta akan bekerja dari rumah, membabitkan 6.1 juta pekerja. (Perincian akan diumumkan oleh MITI)
✅ Pengangkutan awam dihadkan 50 peratus kapasiti penumpang, kekerapan juga akan dikurangkan.
✅ Operasi perniagaan dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
✅ Berkuatkuasa di seluruh Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula 25 Mei.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4277729282237346

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH NILAI
Perkembangan Siasatan Kes Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Melibatkan Selebriti Noor Neelofa Binti Mohd Noor Dan Muhammad Haris Bin Mohd Ismail Di Nilai, Negeri Sembilan.
Sumber: Polis Daerah Nilai
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4277869312223343

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: GADIS 'WHEELIE', TEMAN BONCENG DITAHAN POLIS
Batu Pahat, 22 Mei 2021 - Rakaman video yang tular menerusi media sosial memaparkan aksi seorang gadis bersama remaja lelaki melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) motosikal dinaiki mereka, menerima padah apabila ditahan polis dekat Taman Pantai dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Tuan Ismail Dollah berkata, jam 2.30 petang semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat mengesan rakaman video berkenaan ditunggang seorang perempuan sambil dibonceng seorang lelaki.
"Siasatan awal mendapati, aksi berbahaya yang berdurasi selama 31 saat itu berlaku pada 10 Mei 2021 di Jalan Dato Syed Esa, Batu Pahat.
"Susulan itu, pada jam 4.45 petang semalam, polis menahan seorang gadis berusia 21 tahun dan remaja lelaki berumur 16 tahun yang dipercayai terbabit melakukan aksi berkenaan," katanya.
ACP Tuan Ismail berkata, tangkapan itu dilakukan di rumah masing-masing dekat Jalan Pantai, Batu Pahat dan motosikal yang digunakan mereka turut disita.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/819507/gadis-wheelie-teman-bonceng-ditahan-polis
Sumber: Berita Harian

Berita Harian
Gadis 'wheelie', teman bonceng ditahan polis
BATU PAHAT: Rakaman video yang tular menerusi media sosial memaparkan aksi seorang gadis bersama remaja lelaki melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) motosikal dinaiki mereka, menerima padah apabila ditahan polis dekat Taman Pantai dekat sini,…
#PKP #COVID-19
STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 72,213 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,824 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,116 anggota telah membuat pemantauan di 4,154 pasar raya, restoran (5,021), kilang (2,092), bank (3,927), pejabat kerajaan (1,029) dan penjaja (2,252).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,098), tempat ibadah (3,326), tempat riadah (1,841).
Semalam, 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, seramai 476 dikompaun, 15 direman manakala 4 lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (180)
- Tidak memakai pelitup muka (111)
- Tiada penjarakan fizikal (64)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (9)
- Lain-lain (131)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (22 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#22052021
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4278218982188376

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: PDRM TAMBAH JUMLAH SEKATAN JALAN RAYA
Kuala Lumpur, 23 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah jumlah sekatan jalan raya dan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19, akhir-akhir ini.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, berkata jumlah sekatan jalan raya (SJR) ditambah kepada 441 di seluruh negara sejak tiga hari lalu.
Langkah menambah SJR itu, katanya bertujuan membuat semakan lebih teliti ke atas pengguna jalan raya yang melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri, selain menyekat sebarang pergerakan yang tidak mendapat kebenaran.
"Kita kuatkan sekatan dan buat semakan lebih teliti termasuk ke atas pengguna jalan raya bertujuan untuk bekerja, walaupun mereka ada surat daripada majikan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Ini termasuk mereka yang mempunyai permit pergerakan PKP daripada polis untuk tujuan kecemasan atau pasangan jarak jauh (PJJ) atau tujuan lain yang dibenarkan, kita akan semak lebih teliti kerana kita tidak mahu berlaku penipuan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4279617768715164/

#COVID-19
KERATAN AKHBAR PILIHAN: NOTA PESANAN SUARA ‘MAULANA’ KELIRUKAN MASYARAKAT
Putrajaya, 23 Mei 2021 - Jangan terpedaya dengan nota pesanan suara “WhatsApp” kononnya mengaitkan wabak COVID-19 dengan agenda Yahudi.
Nasihat itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan di Twitter susulan tersebar nota pesanan suara daripada individu digelar ‘Maulana'.
Datuk Dr. Zulkifli berkata, perkara yang dikongsi itu adalah tidak benar dan membahayakan nyawa di sekeliling anda.
Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak berkongsi salah faham yang berlegar berkaitan COVID-19 sehingga menghalang untuk daftar program vaksinasi.
Sebelum ini, tersebar dua audio “WhatsApp” oleh individu yang menggelar diri sebagai 'Maulana' yang menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat ujian calitan jika diminta.
Antara pesanan lain dikongsi adalah meminta orang ramai supaya hanya cukup berkurung di rumah dan amalkan minum air kelapa tua dicampur jus limau bagi mengelak jangkitan COVID-19.
Agenda lain terkandung dalam nota pesanan suara itu adalah orang ramai turut dinasihatkan merahsiakan pergerakan kerana COVVID-19 adalah agenda Yahudi dan ujian swab adalah salah satu cara untuk Yahudi menyekat umat Islam solat berjemaah di masjid dan surau.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4279747645368843&id=161086313901684

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PKP 3.0: ANGGOTA PDRM TABAH BERPANAS DAN BERHUJAN DEK COVID-19
Berpanas dan berhujan selain berembun dari senja ke dinihari sudah menjadi asam garam serta rutin tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sejak negara ini dilanda wabak COVID-19.
Kini selepas lebih setahun, situasi naik turun jangkitan COVID-19 terus mendesak kerajaan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan terbaharu, Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terpaksa dikuatkuasakan untuk mengekang penularan.
PDRM sebagai pasukan barisan hadapan terus siap siaga melaksanakan kawalan termasuk mendirikan lebih banyak SJR untuk mengawal pergerakan rentas daerah dan negeri.
Situasi ini jelas menuntut pengorbanan tinggi dalam kalangan anggota dan pegawai PDRM di seluruh negara untuk bertugas di SJR yang dilaksanakan sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/4279870908689850/