PDRMsia_Official
11.6K subscribers
56K photos
2.97K videos
2 files
19.4K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
#WarAgainstDrugs

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LUBUK DADAH DINAMIK, SUKAR DIHAPUSKAN

Kuala Lumpur, 14 Februari 2026 - Lokasi "hot spot" yang menjadi lubuk sindiket pengedaran dan penagihan dadah di negara ini sukar dihapuskan sepenuhnya berikutan ia bersifat dinamik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, lokasi panas ini dikenal pasti wujud di kawasan ibu kota dan pendalaman termasuk kawasan tanah rancangan FELDA.

“Lokasi panas ini bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSJN di setiap negeri dan daerah sentiasa berwaspada terhadap kewujudan lokasi panas berkenaan serta mengambil tindakan secara berterusan.

“Ini termasuk hasil maklumat orang awam. Secara relatif penagihan dadah menunjukkan peningkatan namun masih terkawal berdasarkan statistik semasa.

“Penagihan dadah secara relatifnya meningkat tetapi terkawal. la berpandukan bilangan tangkapan pengguna dadah dan jumlah dadah yang dirampas,” katanya.

Beliau mengakui PDRM berdepan cabaran utama dalam usaha pengurangan bekalan "supply reduction" dadah apabila sindiket lama bertapak dikesan memiliki kekuatan kewangan besar untuk terus beroperasi di negara ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/1C9NCUUVhb/?mibextid=wwXIfr
#WarAgainstDrugs

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LELAKI BAWA DADAH RM4.9 JUTA REMPUH KERETA POLIS

Kangar, 14 Februari 2026 - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dipandu secara agresif oleh seorang lelaki yang merempuh kenderaan pihak berkuasa berhampiran pondok kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta dipandu suspek berusia 20-an itu ekoran tindakannya merempuh kenderaan polis.

Perbuatan itu dipercayai untuk meloloskan diri daripada polis ekoran suspek membawa dadah disyaki Syabu seberat 98.73 kilogram (kg).

Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan empat guni putih mengandungi dadah disyaki Syabu dianggarkan bernilai RM4.9 juta.

Katanya, berikutan tindakan merempuh kenderaan pasukan serbuan, suspek berkenaan turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, tangan dan kaki.

“Siasatan awal juga mendapati modus operandi suspek adalah dengan menggunakan laluan tikus di sempadan Padang Besar-Thailand sebagai laluan penyeludupan dadah sebelum dihantar ke selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/1CH6FGrRAs/?mibextid=wwXIfr
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Februari 2026 (Jumaat).

Sebanyak 2,268 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 44 kes kemalangan dan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/share/p/1DRdmLwJCv/
#JomBeringat

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, orang ramai disarankan agar mengambil langkah-langkah yang dinyatakan bagi memastikan rumah anda selamat ketika keluar bercuti.

Laporkan juga melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan secara berkala.

📱 Muat turun aplikasi VSP melalui:

🔹 Google Play Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&pcampaignid=web_share

🔹 Apple App Store
https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol/id1118234031

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/@pdrmsia_rasmi

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#14022026

https://www.facebook.com/share/1Ee7VJLwd7/?mibextid=wwXIfr
#HentikanBuli

VIDEO PILIHAN: HENTIKAN BULI! JANGAN DIAM, LAPOR!

Buli bukan sekadar gurauan ia adalah satu bentuk jenayah. Jangan biarkan mangsa terus menderita dalam diam.

Dengan kerjasama erat antara masyarakat, pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia, setiap aduan akan diberi perhatian dan setiap mangsa berhak mendapat perlindungan.

Jom jadi komuniti yang melindungi, bukan membenci.

Laporkan insiden melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP):

📲 Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.vsp
📲 App Store: https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031

Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM

https://www.facebook.com/share/p/17uLxA4w7L/
KPN RASMI PENUTUPAN KURSUS ASAS SEA COMBAT SIRI 1/2026, 43 PEGAWAI DAN ANGGOTA BERJAYA TAMAT LATIHAN

Lahad Datu, 14 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Perasmian Penutupan Kursus Asas Sea Combat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2026 yang menyaksikan seramai 43 pegawai dan anggota berjaya menamatkan latihan dengan jayanya dalam majlis yang berlangsung di Payang Beach Resort, di sini pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis negeri, CP Datuk Jauteh Dikun bersama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi serta Komander Briged Sabah PGA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Nor Omar Sappi.

Majlis dimulakan dengan demonstrasi keupayaan peserta dalam melaksanakan operasi Sea Combat yang mempamerkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan taktikal, khususnya dalam menghadapi ancaman keselamatan di kawasan perairan dan pesisir pantai Sabah.

Kursus yang berlangsung selama 35 hari bermula 11 Januari hingga 14 Februari itu disertai oleh pegawai dan anggota daripada beberapa batalion PGA, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu serta Cawangan Pengajian PGA, Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.

Sepanjang latihan di Batalion 17 PGA Lahad Datu dan Pulau Adal, peserta didedahkan dengan kemahiran peperangan amfibia, pengendalian bot tempur, navigasi marin serta teknik rondaan dan pertempuran laut melalui pendekatan hibrid yang merangkumi teori dan praktikal di perairan Lahad Datu serta Semporna bagi memastikan kesiapsiagaan operasi sebenar.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa kursus berkenaan merupakan inisiatif strategik dan kritikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh keupayaan operasi keselamatan perairan negara.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen kesemua peserta dan menyifatkan mereka sebagai aset operasi yang bernilai kepada Pasukan.

“Kini, setelah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran baharu, anda semua bukan lagi anggota biasa. Anda adalah aset operasi yang bernilai, pemangkin kepada peningkatan keupayaan Pasukan khususnya dalam aspek keselamatan maritim dan operasi amfibia,” ujar beliau.

Tambahnya, ancaman seperti kegiatan militan, pelanunan, penyeludupan senjata api dan jenayah rentas sempadan menuntut Pasukan sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi, khususnya di kawasan perairan Sabah yang strategik.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil kepada para peserta sebagai simbol pengiktirafan atas kejayaan menamatkan latihan. Inspektor Mohd Azrul Muhammad dari Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan menerima sijil penghargaan serta plak atas kecemerlangan prestasi sepanjang kursus.

Hadir sama, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim serta barisan komander dan ketua formasi.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar.

https://www.facebook.com/share/1ZPreod7t4/?mibextid=wwXIfr
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS SEA COMBAT SIRI 1/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta kursus atas dedikasi dan ketahanan yang dipamerkan. Kejayaan menamatkan latihan ini mencerminkan profesionalisme anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Latihan bersepadu ini memperkukuh kesiapsiagaan PDRM menghadapi ancaman semasa dan cabaran masa hadapan. Manfaatkan ilmu dan kemahiran demi mempertingkatkan keselamatan negara.

Ikuti saluran rasmi PDRM untuk maklumat terkini dan sahih:
Facebook: facebook.com/pdrmsiaofficial
Instagram: instagram.com/pdrmsia_official
X: x.com/pdrmsia
YouTube: youtube.com/user/PDRMsia
Telegram: t.me/PDRMsia_Official
TikTok: tiktok.com/@pdrmsia_rasmi

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#14022026

https://www.facebook.com/share/p/1Buc8jxoEK/?mibextid=wwXIfr
SELAMAT MENYAMBUT HUT APMM KE-21

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) yang ke-21 buat seluruh warga kerja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Semoga kerjasama yang dibina akan terus kekal erat demi memastikan perairan negara selamat daripada ancaman jenayah.

"Maritim Diperkasa, Samudera Terpelihara"

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15022026

https://www.facebook.com/share/v/18CRJoAc2s/
VIDEO PILIHAN: KPN SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS SEA COMBAT SIRI 1/2026

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Perasmian Penutupan Kursus Asas Sea Combat Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2026 yang berlangsung di Payang Beach Resort, Lahad Datu, Sabah pada 14 Februari 2026.

Kursus yang berlangsung selama 35 hari bermula 11 Januari hingga 14 Februari itu disertai oleh pegawai dan anggota daripada beberapa batalion PGA, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu serta Cawangan Pengajian PGA, Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmrCHeGT/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak

https://www.facebook.com/share/v/1C6WvwajKo/
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 36 DITAHAN, SINDIKET SELUDUP MIGRAN DIGEMPUR

Ipoh, 15 Februari 2026 - Polis Perak berjaya menahan 36 individu termasuk tekong yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan migran di sekitar Sungai Payung, Selekoh, Bagan Datuk.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin berkata, operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Jumaat itu dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah serta Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk hasil maklumat awam.

Menurutnya, dalam serbuan pertama kira-kira jam 6.15 petang berhampiran kebun kelapa sawit, polis menemui 25 lelaki dan empat wanita terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh.

"Ketika serbuan, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 55 tahun itu sedang duduk berkumpul bersama beg pakaian masing-masing dan dipercayai cuba diseludup pulang ke Indonesia menggunakan laluan laut," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, serbuan di lokasi sama pada sebelah malam pula menyaksikan polis menahan seorang tekong darat berusia 44 tahun dan seorang transporter darat berusia 31 tahun.

"Dalam serbuan ini, polis turut merampas sebuah kereta Honda City yang digunakan untuk menguruskan pengangkutan dan makanan migran.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/p/1GJ65ZLDjT/