PDPR BM T3
940 subscribers
266 photos
30 files
78 links
Perkongsian pdpr bm tingkatan 3, sila ubah atau tambah mengikut kesesuaian aras murid
Download Telegram
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
As salam dan salam sejahtera

KELAS : 3 AMAR
TARIKH : 2 Februari 2021/ Selasa
MASA : 7.00 pagi - 8.00 malam

TAJUK :
Komsas Cerita Bahagia Sesudah Derita

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat ;

🌷Murid dapat menjawab soalan pemahaman berpandukan jawapan.

AKTIVITI :

🌷Murid diminta menonton video Cerita Bahagia Sesudah Derita. Klik pautan yang diberi ;
https://youtu.be/thkjPanAQTU


🌷 Murid juga diminta menonton video yang menerangkan bahagian aspek sastera;
https://youtu.be/X7WOscoGAB0

🌷Sila jawab soalan pemahaman berpandukan jawapan yang diberi.

🌷Sila tulis nama pada kehadiran.

🌷Terima kasih kerana menyertai PDPR hari ini. Anda terbaik!πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun diamlah kepada pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu. Setelah hari siang maka ia pun berjalan hendak masuk ke dalam negeri mencari rezekinya. Maka apabila sampailah dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing-masing melempari dengan batu, dan kayu dibuatnya pelontar, Maka ia pun larilah dan tubuhnya pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.

Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taalah maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya buku tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani.Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh.Demikian halnya Si Miskin itu.

Dipetik daripada Bahagia Sesudah Derita antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, KPM

1. Apakah yang dilakukan oleh Si Miskin semasa berada di tempat orang membuang sampah ( 3 markah )

⏰Perkara yang dilakukan oleh Si Miskin semasa berada di tempat orang membuang sampah ialah dia berhenti di situ dan mencari makanan di timbunan sampah. Selain itu, Si Miskin makan ketupat basi dan buku tebu.

2.Huraikan pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
( 3 markah )

⏰Pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut ialah kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu. Contohnya, Si Miskin sanggup pergi ke sekeliling negeri untuk meminta makanan walaupun telah banyak kali diusir oleh penduduk kampung. Selain itu, kita janganlah memandang hina terhadap orang lain. Contohnya, penduduk jampung tidak sepatutnya melempar batu dan kayu kepada Si Miskin.

3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan oleh Si Miskin untuk mencari sumber rezeki? ( 4 markah )

⏰Pada pendapat saya, langkah yang dapat dilakukan oleh Si Miskin untuk mencari sumber rezeki adalah dengan mencari pekerjaan lain supaya mendapat upah dan mampu menyara kehidupan mereka. Selain itu, menjual hasil hutan kepada penduduk kampung agar duit yang diperoleh dapat digunakan untuk membeli makanan.
As salam dan salam sejahtera

KELAS : 3 AMAR
TARIKH : 3 Februari 2021/Rabu
MASA : 7.00 pagi - 8.00 malam

TAJUK : Kuiz Tatabahasa - Mengesan Kesalahan Bahasa

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat mengesan kesalahan bahasa dalam ayat yang diberi.

AKTIVITI :

🌷Sila klik pautan yang disertakan untuk menjawab kuiz tatabahasa mengesan kesalahan bahasa.

https://quizizz.com/admin/quiz/5ebdee57269b10001b2ee382/kuiz-tatabahasa-tingkatan-3

🌷Sila print screen dan hantar pada cikgu markah .

🌷Terima kasih atas penyertaan dalam PDPR BM Online.
As salam dan salam sejahtera

KELAS :
TARIKH : Februari 2021
MASA : 7.00 pagi - 8.00 malam

TAJUK :
Kemahiran Membaca Cerpen - Nomofobia - Fobia tanpa telefon bimbit

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat membaca cerpen dengan sebutan. intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

AKTIVITI :

🌷Murid diminta membaca lembaran cerpen yang disertakan dengan sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

🌷Murid juga harus merakam suara mereka dan menghantar tugasan kepada guru.

🌷Sila lihat buku teks halaman 22 hingga 23 untuk menambahkan pengetahuan tentang nomofobia yang harus dihindari.
As salam dan salam sejahtera

KELAS :
TARIKH : Februari 2021
MASA : 7.00 pagi - 8.00 malam

TAJUK : Karangan Pendek - Amalan Sihat Sepanjang Masa

Buku teks muka surat 26

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat ;

🌷menulis ulasan yang terdiri daripada isi tersurat dan tersirat yang tidak melebihi 100 patah perkataan.

AKTIVITI :

🌷Sila baca arahan soalan yang terdapat dalam ulasan karangan di bawah bawah dengan teliti.

🌷Hasilkan sebuah ulasan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 hingga 100 patah perkataan.

🌷Isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam ulasan mestilah ada dalam karangan ulasan anda.

🌷Isi tersurat- isi atau maklumat dalam gambar

🌷isi tersirat- isi yang tidak diinyatakan dalam gambar tetapi berkaitan dengan gambar

🌷Setiap isi mesti ada penanda wacana.

Selain itu,
Selanjutnya,
Di samping itu,
Seterusnya,
Bukan itu sahaja,
Tambahan pula,
Akhir sekali,

🌷Tulis dalam 1 perenggan sahaja.

🌷Di akhir karangan ulasan, sila tulis jumlah patah perkataan.

🌷Sila hantar ulasan lengkap anda pada cikgu secara peribadi.
Skema Jawapan πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
🌷PANDUAN MENGIRA JUMLAH PERKATAAN DENGAN TEPAT.

🌸DIKIRA SEBAGAI SATU PERKATAAN

- Kata nama khas. Contoh : Hospital Ampang

- Kata ganda. Contohnya : murid-murid

- kata majmuk : jentera

🌸DIKIRA SEBAGAI DUA PERKATAAN

- kata nama am

- penanda wacana
As salam dan salam sejahtera

KELAS : 3 AMAL dan 3 ARIF
TARIKH : 12 Februari 2021/ Jumaat
MASA : 7.00 pagi - 8.00 malam

TAJUK :
Komsas Sajak Kijang yang Lelah

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat ;

🌷Murid dapat menjawab soalan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI :

🌷Murid diminta menonton video deklamasi sajak Kijang yang Lelah berdasarkan pautan yang diberi.
https://youtu.be/fehJZxfvtxA

🌷 Murid juga diminta membaca maksud sajak mengikut rangkap serta beberapa aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Sila baca nota yang disertakan di sini.

🌷Murid diminta menjawab soalan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis.

🌷Sila tulis nama pada kehadiran.

🌷Terima kasih kerana menyertai PDPR hari ini. Anda terbaik!πŸ‘πŸ‘πŸ‘
πŸ’SAJAK KIJANG YANG LELAH (Wan Marzuki Wan Ramli)

🌺Sajak dan maksud

🌡Sajak Rangkap 1

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

🦌Maksud Rangkap 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi
diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.

🌡Sajak Rangkap 2

Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.

🦌Maksud rangkap 2🌿
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah.
Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal
hanyalah harapan.

🌡Sajak Rangkap 3

Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

🦌Maksud rangkap 3🌿
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan
tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

🌡Sajak Rangkap 4

Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

🦌Maksud rangkap 4🌿
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar danterkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah,sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.

KAJIAN ASPEK SASTERA

🌺Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

🌺Persoalan
(a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
(b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika
diri menginjak usia tua.
(c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
(d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.

🌺Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga tujuh patah kata.
(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.
(e) Bentuknya bebas.

🌺Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.

(b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.

(c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah
bergema.

(d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah
(perulangan vokal e).

(e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan
kaki (perulangan konsonan k).

(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcd, rima akhir bagi rangkap ketiga ialah aabcb, dan rima akhir bagi rangkap keempat ialah
abccdeefee.

🌺Nada
Melankolik. ( nada sedih , sayu )

🌺Nilai
(a) Ketabahan.
(b) Kesungguhan.
(c) Ketelitian.
(d) Hemah tinggi.
(e) Berwaspada.

🌺Pengajaran
(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan.
(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.
(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

nota dipetik daripada buku terbitan SASBADI