PDPR BM T3
940 subscribers
266 photos
30 files
78 links
Perkongsian pdpr bm tingkatan 3, sila ubah atau tambah mengikut kesesuaian aras murid
Download Telegram
As salam dan Salam Sejahtera

KELAS : 3 ARIF
TARIKH : 24 MAC 2022
MASA : 8.00 pagi - 5 petang

TAJUK : KATA NAMA & KATA PINJAMAN Buku teks m/s 8-9

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat ;

🌷Murid dapat mengenalpasti kata nama dan kata pinjaman daripada bahan yang terdapat dalam buku teks muka surat 9.

🌷Murid dapat menggunakan kata nama dan kata pinjaman dengan betulnya mengikut konteks.

AKTIVITI :

🌷Sila baca nota tentang kata nama dan kata pinjaman.

🌷Sila baca artikel ‘Projek Taman Sains Rumah Guru’ buku teks muka surat 9

🌷Senaraikan Kata Nama, sama ada kata nama am , kata nama khas dan kata pinjaman yang terdapat dalam artikel tersebut.
Sumber : Buku terbitan Sasbadi, Wow Grafik PT3, Bahasa Melayu Tingkatan 1.2.3
Buku Teks Tingkatan 3, muka surat 9
SOALAN & SKEMA

Aktiviti 1:
Kenal pasti kata nama khas, kata nama am dan kata pinjaman daripada artikel Projek Taman Sains Rumah Guru Kemudian rujuk kamus untuk memahami maksudnya.
http://prpm.dbp.gov.my

Kata Nama Khas
1. Projek Taman Dains Rumah Guru
2. Encik Mohamad bin Omar
3. Guru Cemerlang Biologi
4. Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
5. Anugerah Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Negeri Kelantan
6. Mussaenda pubescens
7. Platycerium bifurcatum
8. Pembelajaran Koperatif
9. Pembelajaran Kolaboratif
10.Pembelajaran Sains Secara Inkuiri Penemuan
11. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )

Kata Nama Am
1. tumbuhan
2. tumbuhan berkayu
3. tumbuhan herba
4. pokok renek
5. pokok menumpang
6. pokok hiasan
7. halaman rumah guru
8. bilik darjah
9. modul
10. latihan
11. eksperimen
12. guru
13. akses kendiri
14. terarah kendiri
15. tahap kendiri
16.penilaian kendiri

Kata Pinjaman
1.misalnya ( b.Arab )
2. epifit ( b.Inggeris )
3. akuatik ( b.Inggeris )
4. Inovasi ( b.Inggeris )
5. pancaindera ( b.Sanskrit )
6. optimum ( b.Inggeris )
7. akses ( b.Inggeris )
As salam dan Salam Sejahtera

KELAS : 3 ARIF
TARIKH :
HARI :

TAJUK : Azam Tahun Baharu
Buku teks Tingkatan 3 m.s 3

KEMAHIRAN : Membaca & Menulis

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat menjawab soalan pemahaman ( kbat ) menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI :

🌷Sila baca pendapat para pelajar tentang azam mereka di muka surat 3 buku teks tingkatan 3 atau baca lembaran digital yang disertakan di sini.

🌷AKTIVITI 1:

Sila jawab soalan pemahaman di bawah menggunakan ayat yang gramatis.

1. Setiap orang perlu mempunyai azam. Azam ini penting bagi membulatkan tekad agar kita sentiasa berusaha untuk membaiki diri. Apakah azam anda?

2. Banyak orang berazam, namun ada yang tidak berjaya melakukannya. Kenal pasti punca-puncanya dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

🌷AKTIVITI 2 :

Cipta sebuah lagu tentang keazaman, kemudian persembahkanya dalam bentuk video pendek atau tulis sajak tentang keazaman dan deklamasikan sajak tersebut dan buat rakaman audio atau video.
💯SOALAN & SKEMA

🌷AKTIVITI 1:
Sila jawab soalan pemahaman di bawah menggunakan ayat yang gramatis.

1. Setiap orang perlu mempunyai azam. Azam ini penting bagi membulatkan tekad agar kita sentiasa berusaha untuk membaiki diri. Apakah azam anda?

Sebagai remaja, saya berazam untuk menjaga ibadah saya. Ibadah yang dimaksudkan bukan sekadar bersolat pada awal waktu dan berpuasa. Saya akan menjadikan semua kerj sebagai ibadah. Tidur, makan, belajar, beriadah, dan bersosial, akan saya lakukan dengan niat yang baik kerana Tuhan Yang Maha Esa.


2. Banyak orang berazam, namun ada yang tidak berjaya melakukannya. Kenal pasti punca-puncanya dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Terdapat pelbagai punca orang yang berazam tetapi tidak berjaya mencapai cita-cita mereka. Antara punca kegagalan mencapai azam ialah malas berusaha sehingga azam terkubur dan tidak diusahakan. Selain itu, sikap bertangguh adalah halangan mencapai azam dan azam yang tidak realistik untuk dicapai.

Langkah-langkah mencapai azam adalah dengan menanamkan kesungguhan untuk menyelesaikan azam sehingga ke garisan penamat. Selain itu, tidak mudah berputus asa sekiranya ada kekangan kecil pada pertengahan jalan. Akhir sekali, kita hendaklah melakarkan azam yang mudah dan dapat dilakukan dengan senangnya.

🌷AKTIVITI 2 :

Cipta sebuah lagu tentang keazaman, kemudian persembahkanya dalam bentuk video pendek atau tulis sajak tentang keazaman dan deklamasikan sajak tersebut dan buat rakaman audio atau video.

https://youtu.be/oUAUi-wInf4
As salam & Salam Sejahtera

TARIKH :
HARI :
KELAS :

TAJUK : Berkreativiti di Alam Simfoni ( m.s 4-5 )

KEMAHIRAN : Membaca & Menulis

#Buku teks tingkatan 3 muka surat 4 - 5

Objektif :
Agar murid dapat menyatakan format karangan jenis laporan dan karangan jenis berita.

Aktiviti:

1. Murid diminta membuka buku teks digital di muka surat 4 hingga 5 atau lihat lampiran bergambar yang disertakan bersama arahan ini.

2. Murid diminta membaca karangan jenis berita di muka surat 4 dan karangan jenis laporan di muka surat 5.

3. Sila salin contoh karangan jenis berita dan karangan jenis laporan yang ada disertakan. Tangkap layar dan hantar di ruangan soal jawab dalam channel ini.
Arahan tugasan :

Sila salin contoh karangan jenis berita dan karangan jenis Laporan dalam buku latihan Bahasa Melayu. Sila tangkap layar dan hantar dalam ruangan soal jawab Channel Kelas
Channel name was changed to «PDPR BM T3»