PDPR BM T3
938 subscribers
266 photos
30 files
78 links
Perkongsian pdpr bm tingkatan 3, sila ubah atau tambah mengikut kesesuaian aras murid
Download Telegram
👆Panduan menjawab ulasan
        Poster ini menunjukkan Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara Malaysia. Slogan kempen ini ialah 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa iaitu pihak penganjur berharap orang ramai keluar menderma darah demi membantu golongan yang memerlukan. Pihak penganjur telah menetapkan syarat asas iaitu penderma hendaklah sihat tubuh badan. Selain itu, berumur 17 tahun hingga 70 tahun. Penderma 17 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa. Berat badan penderma darah haruslah 45 kilogram ke atas. Para penderma hendaklah telah menetap di Malaysia sekurang- kurangnya setahun. Para penderma darah haruslah tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko mencemarkan darah seperti terlibat dengan penyalahangunaan dadah.

92 patah perkataan.
PDPR BM T3
Photo
Lihat poster di atas dengan telitinya. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
KELAS : 3 ARIF
TARIKH : 23 FEBRUARI 2021
HARI : SELASA
MASA : 7.00 PG - 8.00 MALAM

TAJUK : AWAS, PENYAKIT BERJANGKIT- Kata Sendi Nama- b.teks ms 50-51

KEMAHIRAN : Menulis & Tatabahasa

OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran,

1. Murid-murid dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan maklumat tentang penyakit Rabies - buku teks muka surat 50-51. Baca juga

2. Murid dapat menyenaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam bahan bacaan tentang penyakit Rabies m.s 50-51 buku teks.

3. Murid dapat membina ayat dalam perenggan dengan menggunakan kata sendi tersebut.

AKTIVITI :

🌷Murid diminta membaca, dan meneliti bahan bacaan yang terdapat di muka surat 50-51.

Selain itu, bacaan tambahan👇👇👇 http://www.myhealth.gov.my/penyakit-anjing-gila-rabies/

Berdasarkan bahan tersebut sila jawab 3 soalan pemahaman.

🌷Murid diminta menyenaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam bahan tersebut. Rujuk m.s 50-51.

🌷Murid dikehendaki meghasilkan ayat dalam perenggan menggunakan kata sendi nama yang telah disenaraikan.

🌷 Murid juga dikehendaki membaca nota yang disertakan tentang kata sendi nama bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan tentang kata sendi nama.
http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=905 .

🌷Terima kasih kerana menyertai PDPR👍👍👍
‼️❗️ Sila jawab soalan berdasarkan arahan di bawah ini.👇👇👇
Nota QR Code buku teks m.s 50
👆Skema soalan 2 dan 3 buku teks m.s 217
👆Pautan bacaan tambahan pengukuhan pemahaman.