𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔!
https://www.facebook.com/share/p/1F1isL9JDh/
Sepanjang Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, macam-macam aktiviti menarik berlangsung di reruai PASRelief. Ada penyertaan Infaq Istiqamah, kuiz santai, aktiviti untuk anak-anak dan banyak lagi. Memang meriah! 😊
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di reruai kami. Ada yang datang bertanya, bersembang, bergambar, ada juga yang singgah untuk kenal PASRelief dengan lebih dekat. Terima kasih kerana luangkan masa bersama kami!
Dan yang paling kami hargai, terima kasih kepada semua pencarum Infaq Istiqamah yang terus konsisten menyumbang setiap bulan.
Mungkin bagi kita, jumlahnya tidak seberapa. Tetapi apabila disumbangkan sedikit demi sedikit, bulan demi bulan, ia boleh menjadi sangat bermakna buat mereka yang sedang memerlukan bantuan.
Tahukah anda? Bantuan awal yang PASRelief salurkan apabila berlaku bencana biasanya menggunakan dana daripada Infaq Istiqamah, sebelum PASRelief membuka Tabung Kecemasan kepada orang ramai.
Inilah nilai sebuah sumbangan yang istiqamah, sentiasa ada apabila diperlukan. Terima kasih kerana terus bersama PASRelief dalam membantu mereka yang memerlukan.
#PASRelief #MuktamarPAS #PrihatinUmmahSejagat
Ikuti PASRelief disini 👇🏻:
https://linktr.ee/PASRelief