PASRelief Official
859 subscribers
4.64K photos
2.1K videos
8 files
1.96K links
PASRelief adalah organisasi dibawah Parti Islam Semalaysia (PAS). Ditubuhkan pada 13 Mac 2017 sebagai lanjutan daripada penglibatan PAS dalam tanggungjawab dan misi Kemanusiaan khususnya isu Muslim Rohingya, Syiria, Mindanao dan Palestin.
Download Telegram
𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜 𝗥𝗘𝗥𝗨𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗥𝗘𝗟𝗜𝗘𝗙

https://www.facebook.com/share/p/1PBZEp5GWk/

Alhamdulillah, selesai sudah Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung pada 2 hingga 5 September 2026 di PUTIK, Kelantan.

Sepanjang empat hari, reruai PASRelief menerima kunjungan daripada para pimpinan, tetamu dan pengunjung dari pelbagai tempat. Ada yang datang bertanya, ada yang ingin mengenali PASRelief dengan lebih dekat, dan tidak kurang juga yang singgah untuk berkongsi cerita serta memberikan sokongan.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk singgah, bertegur sapa dan berinteraksi bersama PASRelief. Terima kasih juga kepada para pimpinan dan tetamu yang turut memeriahkan reruai kami sepanjang Muktamar ini.

Empat hari mungkin sudah berakhir, tetapi gerak kerja PASRelief tetap diteruskan. Dari Malaysia hingga ke pelbagai lokasi yang memerlukan, insya-Allah usaha untuk membantu, menyantuni dan menyampaikan manfaat akan terus digerakkan.

Jumpa lagi di lain kesempatan! Terima kasih kerana terus bersama PASRelief.

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini 👇🏻:
https://linktr.ee/PASRelief
1
𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗥𝗜𝗡

https://www.facebook.com/share/p/1DkqdokuTo/

Di Burin, Nablus di wilayah Tebing Barat yang dijajah regim Z, masyarakat Pls.tin hidup dalam suasana yang tidak pernah aman. Bagi penduduk di sini, ancaman pendatang Yahudi bukan hanya datang dalam bentuk kemusnahan rumah atau keganasan fizikal, tetapi turut menyentuh sesuatu yang jauh lebih asas dalam kehidupan mereka iaitu tanah pertanian, tanaman, kebun zaitun dan sumber pendapatan keluarga.

Namun di sebalik segala tekanan dan kemusnahan yang mereka hadapi, para petani Pls.tin terus mengusahakan tanah mereka, membaiki apa yang rosak dan menanam semula apa yang telah dimusnahkan oleh penceroboh. Bagi masyarakat Burin, tanah adalah sumber makanan, pendapatan dan kelangsungan hidup. Kebun zaitun yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya menjadi sebahagian daripada kelangsungan hidup. Apabila akses kepada tanah disekat atau tanaman dimusnahkan, kesannya bukan sahaja dirasai oleh seorang petani, tetapi oleh seluruh keluarga yang bergantung kepada hasil pertanian tersebut.

Keganasan terhadap penduduk Burin turut direkodkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). Pada 3 Januari 2026, OCHA melaporkan bahawa pendatang haram Isrl dari penempatan berhampiran telah menyerang sebuah rumah di Burin. Rumah yang sama dilaporkan telah menjadi sasaran beberapa kali sebelum itu. Serangan seperti ini memberikan gambaran bahawa ancaman terhadap penduduk Burin bukan sekadar persoalan kerosakan harta benda bahkan ancaman terhadap keselamatan dan nyawa mereka.

Serangan terhadap masyarakat Burin tidak berhenti di kawasan kediaman, malah tanah pertanian mereka turut berdepan gangguan dan sekatan. Semasa musim menuai zaitun pada tahun 2025, OCHA melaporkan bahawa kira-kira 300,000 meter persegi kebun zaitun di Burin terjejas apabila petani tidak dapat meneruskan aktiviti menuai. OCHA turut melaporkan bahawa petani dari Burin dan beberapa kampung di sekitarnya menghadapi sekatan untuk mengakses kebun zaitun mereka yang terletak berhampiran penempatan Yitzhar dan Shavei Shomron.

Menurut laporan tersebut, anggota keselamatan Isrl dari penempatan Yitzhar telah menghalang petani daripada menjalankan kerja pertanian dan melepaskan tembakan ke udara untuk memaksa mereka beredar. Bagi seorang petani, kehilangan peluang untuk menuai bukanlah perkara kecil. Apabila hasil tuaian tidak dapat dikutip, keluarga bukan sahaja kehilangan pendapatan, tetapi turut berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan asas mereka. Keadaan ini menjadi lebih berat apabila petani dinafikan akses kepada tanah yang selama ini mereka usahakan.

Menurut OCHA, sepanjang tahun 2025, lebih daripada 1,800 serangan peneroka yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda telah direkodkan di sekitar 280 komuniti di Tebing Barat. Angka tersebut bersamaan purata kira-kira lima serangan setiap hari dan merupakan kadar harian tertinggi sejak OCHA mula merekodkan kejadian sedemikian pada tahun 2006.

Serangan yang direkodkan merangkumi pelbagai bentuk keganasan dan gangguan, termasuk serangan fizikal terhadap penduduk, kerosakan rumah, harta benda, pembakaran, kecurian, pemusnahan tanaman serta pokok dan gangguan terhadap akses masyarakat kepada tanah pertanian. Ini memberi kesan yang sangat besar kerana ia secara langsung menjejaskan kemampuan keluarga untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.

Namun di tengah-tengah keadaan yang begitu sukar, para petani Pls.tin tetap kembali membersihkan tanah yang telah rosak dan menanam benih. Mereka kembali menjaga pokok-pokok zaitun walaupun diancam oleh muncung senjata. Mereka kembali mengusahakan tanah walaupun mengetahui bahawa hasil kerja mereka mungkin sekali lagi berdepan ancaman kemusnahan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran pada Ogos 2026 bahawa Tebing Barat berada pada tahap yang sangat genting dengan peningkatan keganasan pendatang Yahudi di mana lebih 1,430 insiden keganasan melibatkan kira-kira 260 komuniti Pls.tin dan
angka ini telah direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 10 Ogos 2026. Dalam tempoh yang sama, sekitar 3,800 rakyat Pls.tin yang sebahagiannya adalah kanak-kanak telah dipindahkan akibat keganasan pendatang haram Yahudi.

OCHA pula merekodkan 38 insiden dalam satu tempoh pada bulan Ogos lalu yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda penduduk Pls.tin di wilayah itu. Serangan turut menjejaskan rumah, kenderaan, tanah pertanian, sistem pengairan, elektrik dan kemudahan awam.

Ini menunjukkan bahawa ancaman yang berlaku bukan hanya terhadap keselamatan fizikal, malah turut menjejaskan masyarakat Pls.tin untuk meneruskan kehidupan sebagai penduduk asal di tanah air mereka sendiri.
____

🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

• Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 4481

📲 Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini 👇🏻:
https://linktr.ee/PASRelief