PASRelief Official
859 subscribers
4.57K photos
2.1K videos
8 files
1.96K links
PASRelief adalah organisasi dibawah Parti Islam Semalaysia (PAS). Ditubuhkan pada 13 Mac 2017 sebagai lanjutan daripada penglibatan PAS dalam tanggungjawab dan misi Kemanusiaan khususnya isu Muslim Rohingya, Syiria, Mindanao dan Palestin.
Download Telegram
๐—ง๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—”?

https://www.facebook.com/share/p/1cYPenJxio/

Beberapa siri serangan dan pencerobohan yang berlaku di Tebing Barat sekitar tiga tahun kebelakangan ini dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan rancangan regim Z!0nis Isr43l untuk meluaskan wilayah yang didudukinya secara haram.

Penjajah Isr43l sedang meneruskan sebuah projek pembangunan dan penempatan di kawasan strategik yang dikenali sebagai E1 di Tebing Barat yang diduduki. Projek ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa kerana lokasinya boleh memutuskan hubungan antara bahagian utara dan selatan Tebing Barat, ibarat wilayah itu akan dibelah dua.

Kawasan E1 terletak di antara Baitulmaqdis Timur dan penempatan Maโ€™ale Adumim. Jika pembangunan penempatan diteruskan, kawasan Palestin di sekitar Baitulmaqdis Timur boleh menjadi semakin terpisah daripada komuniti Pls.tin lain di Tebing Barat. Keadaan ini berpotensi mengehadkan pergerakan penduduk serta memecahkan wilayah Pls.tin kepada kawasan-kawasan yang terpisah.

Perkembangan ini berlaku seiring dengan meningkatnya aktiviti keganasan dan peluasan penempatan Isr43l di Tebing Barat. Bukan sahaja pihak bersenjata, bahkan serangan pendatang haram Yahudi terhadap masyarakat Pls.tin semakin kerap berlaku termasuk tindakan yang menyebabkan kerosakan harta benda, pembakaran, serangan fizikal dan pemindahan penduduk secara paksa.

Rancangan pembinaan kira-kira 1,200 unit rumah penempatan pendatang di kawasan tanah yang mempunyai kepentingan strategik itu telah mencetuskan kecaman meluas. Di bawah tekanan masyarakat antarabangsa, pihak berkuasa Isr43l sebelum ini menangguhkan beberapa rancangan untuk membina penempatan di kawasan tersebut.

Peluasan penempatan pendatang Yahudi di kawasan strategik ini boleh menjadikan status quo wilayah Pls.tin semakin terancam dan membimbangkan. Kebimbangan ini semakin serius apabila keganasan pendatang Yahudi ini berlaku bersama tindakan ketenteraan dan tekanan terhadap penduduk asal Pls.tin. Dalam beberapa kejadian baru-baru ini di Qusra di mana keluarga Pls.tin dilaporkan dikepung di rumah mereka sendiri dan bekalan air serta elektrik diputuskan.

Semua penempatan Isr43l di wilayah Palestin dianggap menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa. Rancangan E1 merupakan ancaman yang mempunyai kesan besar terhadap masa depan Tebing Barat dan merencatkan pembentukan sebuah negara Palestin dengan sempadan yang dipersetujui pada tahun 1967.

Sejak Oktober 2023, lebih daripada 1,100 rakyat Pls.tin telah terbun*h di Tebing Barat yang diduduki akibat tindakan tentera Isr43l dan peneroka Isr43l, termasuk sekurang-kurangnya 240 kanak-kanak, berdasarkan angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilaporkan.

Kesedaran masyarakat antarabangsa amat penting. Apa yang berlaku di Tebing Barat memberi kesan langsung kepada kehidupan orang awam yang tinggal di kawasan tersebut dan turut mempengaruhi peluang untuk mencapai penyelesaian politik yang adil dan berkekalan.
_

๐Ÿค ๐‰๐จ๐ฆ ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐€๐’๐‘๐ž๐ฅ๐ข๐ž๐Ÿ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

โ€ข Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

https://www.facebook.com/share/p/1BfF2sGXnB/

Alhamdulillah, genap 69 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan. Nikmat ini lahir daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu demi sebuah negara yang aman dan berdaulat.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk menjaga perpaduan, keharmonian dan nilai-nilai yang membentuk kekuatan negara. Perbezaan yang ada seharusnya menjadi kekuatan untuk kita terus bersatu dan saling menghormati.

Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูƒูŽุงู„ู’ุจูู†ู’ูŠูŽุงู†ู ูŠูŽุดูุฏูู‘ ุจูŽุนู’ุถูู‡ู ุจูŽุนู’ุถู‹ุง

โ€œSeorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.โ€
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan dan menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik.

Semoga Malaysia terus aman, makmur, berdaulat dan diberkati Allah SWT. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#PASRelief #Merdeka #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
โค1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom jumpa kami di PUTIK!

https://www.facebook.com/share/r/1LYf9J8Sj6/

InsyaAllah, PASRelief akan berada di PUTIK, Pengkalan Chepa bermula dari 2 - 5 September 2026 sempena Muktamar Tahunan PAS ke 72.

Jemput datang meriahkan lagi suasana dan temu kami di dalam khemah Pameran Sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS.

#PASRelief #PrihatinUmmahSejagat
โค1
๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—˜๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ฆ.๐—ง๐—œ๐—ก

https://www.facebook.com/share/p/1EAu8FyFVe/

Alhamdulillah, satu lagi usaha bantuan untuk saudara kita di Palestin diteruskan.

Pada 4 September 2026, sempena Muktamar PAS Pusat Kali Ke-72 yang bertempat di PUTIK, Pengkalan Chepa, PASRelief telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk Plstin melalui Syeikh Taher El-Nounou, Media Counsellor of the Head of Ham*as Politbure.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara kita di Plstin yang terus berdepan dengan pelbagai kesukaran dan penderitaan. Walaupun jauh di mata, nasib mereka tetap dekat di hati kita.

PASRelief percaya, setiap sumbangan yang disalurkan membawa mesej bahawa saudara kita di Plstin tidak dilupakan. Sokongan ini juga menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya dalam keadaan yang penuh mencabar.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada PASRelief. Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada saudara-saudara kita di Plstin dan menjadi amal kebajikan yang diterima oleh Allah SWT.
________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

โ€ข Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat
โค2
Tahniah Dr. Suhazeli bin Abdullah, Bendahari PASRelief di atas penerimaan Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang bertempat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

https://www.facebook.com/share/p/1HkRG5bsUm/

#PASRelief #PrihatinUmmahSejagat
๐Ÿ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PAS Kawasan Tambun, Perak atas sumbangan berjumlah RM16,676 bagi membantu rakyat Plstin melalui PASRelief.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh pimpinan PAS Kawasan Tambun semasa berlangsungnya Muktamar PAS Kali Ke-72 tempoh hari.

Sekali lagi, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PAS Kawasan Tambun serta seluruh penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

Semoga segala sumbangan dan usaha ini mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira.

https://www.facebook.com/share/v/1D4sxWhruh/

#MuktamarPAS #PASRelief #PrihatinUmmahSejagat
โค1