PASRelief Official
859 subscribers
4.57K photos
2.1K videos
8 files
1.96K links
PASRelief adalah organisasi dibawah Parti Islam Semalaysia (PAS). Ditubuhkan pada 13 Mac 2017 sebagai lanjutan daripada penglibatan PAS dalam tanggungjawab dan misi Kemanusiaan khususnya isu Muslim Rohingya, Syiria, Mindanao dan Palestin.
Download Telegram
[ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ]

https://www.facebook.com/share/p/1F9UY4srAN/

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—˜๐—™ ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—›๐—˜๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐— 

1. PASRelief terus memperkukuh komitmennya dalam misi kemanusiaan dan pembangunan masyarakat Islam di Bangsamoro apabila Masjid Sheikh Salamat Hashim di Pulau Basilan, Mindanao telah dirasmikan pada 19 Ogos 2026.

2. Pembinaan masjid ini merupakan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui PASRelief sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap masyarakat Islam di Bangsamoro. Usaha ini turut mencerminkan kepercayaan para penyumbang untuk bersama-sama menyokong pembangunan masyarakat Islam yang memerlukan.

3. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian. Turut hadir ialah Yang Mulia Wali Bangsamoro, Sheikh Muslim M. Guiamaden, yang bersama-sama menyaksikan detik bermakna perasmian masjid tersebut.

4. Rombongan PASRelief dalam kunjungan ini diketuai oleh YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah PASRelief, bersama Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Pengarah 3 PASRelief; Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan, Setiausaha PASRelief; dan Saudari Siti Nur Hidayah Rasidi, Penolong Setiausaha 2 PASRelief.

5. PASRelief berharap masjid ini menjadi pusat ibadah, pendidikan dan penyatuan masyarakat Islam di Pulau Basilan, sekali gus menjadi simbol persaudaraan yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan masyarakat Bangsamoro melalui semangat kemanusiaan, ukhuwah dan kepedulian bersama.

6. PASRelief merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang serta memberikan kepercayaan kepada PASRelief dalam merealisasikan pembinaan masjid ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Pulau Basilan untuk generasi yang akan datang.

YB Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐—  ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก

https://www.facebook.com/share/v/1DSsisaDkk/

Sebuah usaha yang bermula dengan sumbangan dan keprihatinan rakyat Malaysia kini memberikan manfaat kepada masyarakat Islam di Pulau Basilan.

Alhamdulillah, Masjid Syeikh Salamat Hashim telah dirasmikan pada 19 Ogos 2026. Masjid ini bukan sekadar tempat menunaikan solat, tetapi menjadi ruang untuk anak-anak mempelajari al-Quran, masyarakat menuntut ilmu serta komuniti berkumpul dan mengeratkan ukhuwah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian, bersama Yang Mulia Wali Bangsamoro, Sheikh Muslim M. Guiamaden.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan memberikan kepercayaan kepada PASRelief sehingga usaha ini dapat direalisasikan.

Namun, masih ada sedikit lagi yang perlu disempurnakan. Sumbangan masih dibuka bagi melengkapkan keperluan dan kemudahan di dalam masjid agar dapat digunakan dengan lebih baik oleh masyarakat setempat.

Ayuh kita sempurnakan bersama apa yang masih berbaki, agar Masjid Syeikh Salamat Hashim terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Pulau Basilan.
________________

๐Ÿ”— ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/kemanusiaan-mindanao-pasrelief

* Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 2333

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #Mindanao #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
โค2
๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ

https://www.facebook.com/share/p/1BhzUaxMi4/

Rasulullah SAW bukan sekadar nama yang kita sebut dalam selawat. Baginda ialah insan yang membawa cahaya Islam dan menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan iman dan akhlak.

Baginda menyayangi umatnya, memaafkan, membantu mereka yang memerlukan dan sentiasa mengutamakan kebaikan. Inilah akhlak yang perlu kita kenali dan cuba hidupkan dalam diri.

Maka, Maulidur Rasul bukan hanya tentang mengingati hari kelahiran Baginda. Ia adalah ruang untuk kita bertanya kepada diri sendiri, "Adakah kehidupan kita semakin dekat dengan ajaran Rasulullah SAW?"

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah Baginda dan berusaha menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga kita menjadi umat yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. ๏ทบ

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
๐—ง๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—”?

https://www.facebook.com/share/p/1cYPenJxio/

Beberapa siri serangan dan pencerobohan yang berlaku di Tebing Barat sekitar tiga tahun kebelakangan ini dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan rancangan regim Z!0nis Isr43l untuk meluaskan wilayah yang didudukinya secara haram.

Penjajah Isr43l sedang meneruskan sebuah projek pembangunan dan penempatan di kawasan strategik yang dikenali sebagai E1 di Tebing Barat yang diduduki. Projek ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa kerana lokasinya boleh memutuskan hubungan antara bahagian utara dan selatan Tebing Barat, ibarat wilayah itu akan dibelah dua.

Kawasan E1 terletak di antara Baitulmaqdis Timur dan penempatan Maโ€™ale Adumim. Jika pembangunan penempatan diteruskan, kawasan Palestin di sekitar Baitulmaqdis Timur boleh menjadi semakin terpisah daripada komuniti Pls.tin lain di Tebing Barat. Keadaan ini berpotensi mengehadkan pergerakan penduduk serta memecahkan wilayah Pls.tin kepada kawasan-kawasan yang terpisah.

Perkembangan ini berlaku seiring dengan meningkatnya aktiviti keganasan dan peluasan penempatan Isr43l di Tebing Barat. Bukan sahaja pihak bersenjata, bahkan serangan pendatang haram Yahudi terhadap masyarakat Pls.tin semakin kerap berlaku termasuk tindakan yang menyebabkan kerosakan harta benda, pembakaran, serangan fizikal dan pemindahan penduduk secara paksa.

Rancangan pembinaan kira-kira 1,200 unit rumah penempatan pendatang di kawasan tanah yang mempunyai kepentingan strategik itu telah mencetuskan kecaman meluas. Di bawah tekanan masyarakat antarabangsa, pihak berkuasa Isr43l sebelum ini menangguhkan beberapa rancangan untuk membina penempatan di kawasan tersebut.

Peluasan penempatan pendatang Yahudi di kawasan strategik ini boleh menjadikan status quo wilayah Pls.tin semakin terancam dan membimbangkan. Kebimbangan ini semakin serius apabila keganasan pendatang Yahudi ini berlaku bersama tindakan ketenteraan dan tekanan terhadap penduduk asal Pls.tin. Dalam beberapa kejadian baru-baru ini di Qusra di mana keluarga Pls.tin dilaporkan dikepung di rumah mereka sendiri dan bekalan air serta elektrik diputuskan.

Semua penempatan Isr43l di wilayah Palestin dianggap menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa. Rancangan E1 merupakan ancaman yang mempunyai kesan besar terhadap masa depan Tebing Barat dan merencatkan pembentukan sebuah negara Palestin dengan sempadan yang dipersetujui pada tahun 1967.

Sejak Oktober 2023, lebih daripada 1,100 rakyat Pls.tin telah terbun*h di Tebing Barat yang diduduki akibat tindakan tentera Isr43l dan peneroka Isr43l, termasuk sekurang-kurangnya 240 kanak-kanak, berdasarkan angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilaporkan.

Kesedaran masyarakat antarabangsa amat penting. Apa yang berlaku di Tebing Barat memberi kesan langsung kepada kehidupan orang awam yang tinggal di kawasan tersebut dan turut mempengaruhi peluang untuk mencapai penyelesaian politik yang adil dan berkekalan.
_

๐Ÿค ๐‰๐จ๐ฆ ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐€๐’๐‘๐ž๐ฅ๐ข๐ž๐Ÿ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข :
https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

โ€ข Atau terus ke akaun Maybank Islamic -
PASRELIEF : 5640 7061 4481

๐Ÿ“ฒ Hotline PASRelief :
https://www.wasap.my/60175001144/

#PASRelief #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

https://www.facebook.com/share/p/1BfF2sGXnB/

Alhamdulillah, genap 69 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan. Nikmat ini lahir daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu demi sebuah negara yang aman dan berdaulat.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk menjaga perpaduan, keharmonian dan nilai-nilai yang membentuk kekuatan negara. Perbezaan yang ada seharusnya menjadi kekuatan untuk kita terus bersatu dan saling menghormati.

Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูƒูŽุงู„ู’ุจูู†ู’ูŠูŽุงู†ู ูŠูŽุดูุฏูู‘ ุจูŽุนู’ุถูู‡ู ุจูŽุนู’ุถู‹ุง

โ€œSeorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.โ€
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan dan menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik.

Semoga Malaysia terus aman, makmur, berdaulat dan diberkati Allah SWT. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

#PASRelief #Merdeka #MisiUmmah #PrihatinUmmahSejagat

Ikuti PASRelief disini ๐Ÿ‘‡๐Ÿป:
https://linktr.ee/PASRelief
โค1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom jumpa kami di PUTIK!

https://www.facebook.com/share/r/1LYf9J8Sj6/

InsyaAllah, PASRelief akan berada di PUTIK, Pengkalan Chepa bermula dari 2 - 5 September 2026 sempena Muktamar Tahunan PAS ke 72.

Jemput datang meriahkan lagi suasana dan temu kami di dalam khemah Pameran Sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS.

#PASRelief #PrihatinUmmahSejagat
โค1