NutritionistKKMRasmi
2.61K subscribers
1.99K photos
7 videos
2 files
320 links
Download Telegram
Dah tercapai ke azam anda semua nak turunkan berat badan pada tahun ini?

Tahniah kepada anda yang telah berjaya mendapatkan berat badan idaman 👏🏻 Bagi mereka yang masih belum capai berat badan ideal, jangan berputus asa dan teruskan usaha di tahun hadapan. Jom kita muhasabah punca yang menyebabkan gagal capai azam tahun ini. Sebaiknya, ubah dan tinggalkanlah tabiat buruk di tahun 2022 demi membantu anda mencapai azam mendapatkan BMI normal.

Jom kita sama-sama mencapai berat badan ideal demi kesejahteraan hidup di samping yang tersayang.

#azamtahunbaru
#jomcapaiBMInormal
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
ADAKAH MAKAN SECARA SIHAT SALAH SATU AZAM TAHUN BARU ANDA?

Jom semak semula amalan asas pemakanan kita adakah sudah cukup "SIHAT"? Sebaiknya ubahlah kepada pemakanan yang lebih sihat demi kesihatan yang lebih baik di kemudian hari.

#senaraisemak
#makansecarasihat
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Selamat tinggal tahun 2022

Selamat datang tahun 2023

************************
Nutritionist Kedah akan teruskan usaha memberikan info-info yang terkini kepada anda semua.

Jangan malu bertanya!
Hanya yang Ahli/ Pakar bidang berkenaan mampu menjawab persoalan anda berkaitan pemakanan yang sihat.

Kalau azam tahun 2022 dah kelaut, jangan mengalah, mari kita kembali kepangkal jalan, tahun 2023 boleh dimulakan dengan mengamalkan pelbagai jenis makanan bagi menjamin semua nutrien dalam badan mencukupi.

Kami akan sentiasa beri sokongan padu bagi yang ingin berubah!

#pusatmaklumatpemakanannegerikedah
#NutritionistKedah
#mdg2020
JANGAN OH JANGAN!!

Melangkau waktu makan (skip meals) adalah meninggalkan salah satu waktu makan utama. Tabiat melangkau waktu makan akan beri kesan negatif kepada semua golongan termasuk kanak-kanak dan remaja.

Kanak- kanak dan remaja harus mengamalkan tabiat pemakanan sihat supaya dapat membesar dengan sihat dan dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Ingat ya adik- adik, untuk makan pada waktunya. Catatkan dan amalkan saranan pengambilan waktu makan utama ini untuk panduan.

▶️ Sarapan: 6.30 hingga 8.30 pagi

▶️ Makan tengah hari: 12.30 tengah hari hingga2.30 petang

▶️ Makan malam: 7.00 hingga 8.30 malam

Perlis Nutritionist

#jagawaktumakan
#makansecarasihat
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Musim persekolahan sudah tiba...

Jom amalkan membawa bekal makanan ke sekolah. Kebersihan & elemen sihat dalam makanan lebih terjamin. Semestinya ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Apa yang ibu perlu sediakan untuk bekal anak? Jom tengok perkongsian kami...

Pusat Maklumat Pemakanan Johor

#bawabekal
#bekalanak
#sekolah
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Tiada idea nak jual apa dikantin sekolah, jom ikuti saranan dari #nutritionistlabuan

Ibubapa mesti nak tahu apa anak- anak makan di sekolah kan. Jom swiping 😃😃

Instagram: https://www.instagram.com/p/CnEuQFKSXfX/?igshid=MDJmNzVkMjY=

Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02jQvgztphp7gowRnXDfjtHq9PVxdfi28Mk7rbhxMWyqXYXwcAVPXinkK6DfE3eidxl&id=100063482740683&mibextid=Nif5oz
APAKAH ITU LEGUM?
Legum merupakan sumber protein dari tumbuh- tumbuhan.

Antara contoh legum termasuklah:
👉 Kacang kuda
👉 Kacang mata hitam
👉 Kacang soya (tempe & tauhu)
👉 Kacang buah pinggang
👉 Kacang dhal
👉 Kacang lentil merah
👉 Kacang hijau
👉 Kacang merah
👉 Kacang panggang

Saranan pengambilan legum sehari adalah 1 sajian sehari. Jom cuba makan sehari satu sajian!

Perlis Nutritionist

#legum
#kekacang
#protein
#sneksihat
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Walaupun pahit untuk ditelan, tapi banyak khasiat tersimpan! Peria sayuran yang sangat banyak khasiat, tinggi vitamin dan mineral, kaya antioksidan dan boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol.

Jom mula makan peria hari ini!

Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya

#khasiatperia
#jommakansayur
#sayurhijau
#vitaminsemulajadi
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM