JustTakeAnote✨
1.05K subscribers
1.25K photos
166 videos
1.23K links
dont waste your time for someone who doesn't appreciate you at all . you have ur own beauty so go and fine someone else who can love you more than you do .")
Download Telegram
Tahu tak apa yang paling sakit saat dikhianati?

Bila yang khianat itu bukan datang dari musuh kita, tapi dari orang yang rapat dengan kita.

@noteTourself
Meskipun kau punya mata yang sempurna untuk melihat, tak bermakna kau juga punya hati yang cantik untuk menilai.

@noteTourself
Allahumma Aamiin

@noteTourself
Kau tahu tak bila Allah sayangkan kau?

Bila semalam kau menangis teresak-esak, hari ni Dia berikan kau senyuman kembali.

@noteTourself
Jangan terlalu berharap pada sesuatu yang belum pasti. Kelak kita juga yang akan kecewa.

@noteTourself
Allahumma Aamiin

@noteTourself
Jangan kerana satu kesalahan yang dia lakukan, kau lupa semua kebaikan yang dia lakukan selama ini.

@noteTourself
Bila kau rasa pedihnya satu perpisahan, kau akan rasa berharganya setiap pertemuan. Hargai setiap manusia yang hadir dalam hidup kita.

@noteTourself
Jangan sesekali hina orang miskin kerana mereka mungkin miskin harta tapi kaya dengan budi bahasa.

@noteTourself
Bila kita dah rapat dengan seseorang tapi tiba tiba dia berubah lalu menghilangkan diri, memang akan terasa satu kehilangan.

@noteTourself
Selamat Tahun Baharu 2024 🥰

Admin doakan mudah mudahan tahun ini kita semua diberikan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah. Admin juga doakan segala hajat yang diimpikan selama ini tercapai. Dan akhir sekali, admin doakan mudah mudahan kita semua dapat menjadi hamba Allah yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

@noteTourself
Boleh jadi kita hanya perlu mengerti bahawa kita punya Dia

Untuk sekian banyaknya luka yang berantakan,
Hanya dakapanNya yang menyembuhkan.

Setelah badai badai yang telah kau tempuhi,
Cukuplah namaNya yang kau genggam hingga kini,
Hempaskan nama yang menyakitimu berulang kali,
Tidak kira seberapa banyak kenang yang kau terokai,
Tetap saja kau masih menjadi hamba kepada Ilahi.

Kamu berantakan,
Kamu hilang kepercayaan,
Kamu hilang arah tujuan,
Dan kamu mulai melihat keburukan
serta terus mempersoalkan.

Adakah kerana manusia kamu berubah sedemikian?
Sehingga kamu menekuk diri sendiri hendak menanggalkan kehidupan?

Apapun persepsimu terhadap dunia yang sedang kau diami, tetap sahaja perlu kamu ingat bahawa Tuhanmu dan Tuhanku sentiasa menemani.

Terkadang, Dia titipkan ujian untuk kau mengerti bahawa kau punya Dia untuk dijadikan tempat berhenti dan mengadu isi hati. RahmatNya tidak berputus untuk dirimu yang perlu ditemani.

Aku tahu, walau riuh di kepalamu tidak ada habisnya,
Begitu banyak luka yang belum kau dapati ubatnya.
Tidak mengapa, kerana semua akan berjalan sesuai dengan ketetapanNya.

Aku dan kamu punya Dia.

@noteTourself
Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dan merendah diri.

@noteTourself