Nota Umrah DIY
20.6K subscribers
1.57K photos
40 videos
21 files
782 links
Perkongsian Umrah DIY dan info-info semasa
Download Telegram
Admin sangat setuju dengan beliau. Sangat bahaya ‼️

https://t.me/joinchat/AAAAAEFQmdtLEe6jY39Zdw
2018 Long Weekends

Ayuh merancang lebih awal. Balik kampung @ pergi bercuti

https://t.me/joinchat/AAAAAEFQmdtLEe6jY39Zdw
Forwarded from Nota Umrah DIY
=======================
Online Money Changer
=======================

Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC menukar duit dan ngeri nak tempuh jem serta membuang masa yang berharga, ini pilihan yang tepat untuk anda.

Bagi mereka yang luar Lembah Klang mungkin ini kadar lebih baik dari MC ditempat anda

Semudah 3 langkah :

Beli online >> ambil di airport >> fly

Setakat ini ada 2 pilihan Online MC yang menawarkan servis berkenaan

1⃣ CIMB Traveller
▶️ https://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/travelCurrency
▶️ boleh collect dalam masa 60 hari dari tarikh belian

2⃣ Travellex
▶️ http://www.travelex.com.my
▶️ boleh collect dalam masa 2 hari dari tarikh belian

Jimat masa, jimat minyak, jimat tol, tak perlu beratur. Selamat mengexplore website berkenaan

🆘 Bagi mereka yang ada info online MC seperti diatas boleh PM admin di @haramainfo untuk dihebahkan pada jemaah

🔽🔽 JOIN & SHARE 🔽🔽

🌹 Jika perkongsian ini bermanfaat. Sila share/forward kepada rakan anda untuk mendapat tips dan info terkini dari masa ke semasa

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
MUTAWWIF @ Bahasa Melayu

***

Boleh hubungi ( call @ whatsapp ) no dibawah jika perlu khidmat mereka

MADINAH

Ustaz Zaidul Khair
+966565022916
Ustaz Ahmad Sofwatullah
+966537079399
Ustaz Muhaimin Saad
+966593366762
Ustaz Fikri Salim
+966546249530
Ustaz Akil Musyadad
+966542719119
Ustaz Mustapha Muadz
+966562900067
Ustaz Mustaqim
+966566970402

MAKKAH

Ustaz Huda
+966507349953
Ustaz Hud Al Hashir
+60189626401
Ustaz Hafiz
+966501272045
Ustaz Salah
+60166827809
Ustaz Mad
+966548049866

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Forwarded from Nota Umrah DIY
=======================
Panduan Ringkas Pengurusan Jenazah di Tanah Suci
=======================

1⃣ Ambil surat daripada muassasah, hantar ke konsulat di jeddah

2⃣ Dapat surat konsulat bawak ke muassasah, wakil muasassah akan bawak surat ke polis di haram

3⃣ Bawa surat ke hospital untuk ambil jenazah

4⃣ Bawa jenazah ke tempat mandi jenazah

5⃣ Selesai semua naik van ke haram

6⃣ Solat dan bawa ke syarayi untuk kebumi

Standby SR2000 untuk kos pengurusan

Kematian adalah Rahsia Allah yang selalu mengintai kita. Walaupun dimana saja kita berada, samada mengerjakan umrah melalui pakej atau DIY, proses yang sama akan dilalui sebagai panduan.

Berdoalah kepada Allah agar Allah memudahkan segala urusan kita disana

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Sertai Channel Nota DIY Haramain Backpackers. Pelbagai info terkini dikemaskini dari semasa ke semasa

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Sudah sedia untuk berlepas 🛫

***

Alhamdulillah. Semua persiapan trip umrah diy group winter channel ini telah selesai meliputi pengangkutan, hotel, mutawwif, visa, taif, eta colombo, colombo tour, cairo tour dan berkaitan

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi akan berangkat menjadi tetamu Allah

Dibawah adalah checklist dokumen kembara admin syorkan kepada group admin untuk bawa salinan bersama

1. Salinan pasport
2. Flight itinerary domestik dan antarabangsa
3. Boarding pass ( jika dah check in )
4. Cover note takaful
5. ETA Colombo
6. Baucer hotel Colombo, Cairo, Madinah, Mekah

Semoga bermanfaat

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Tidak Benar ‼️
Forwarded from Nota Umrah DIY
Maklumat Hospital awam di Makkah dan Madinah
=======================

Berikut ialah maklumat hospital di Makkah dan Madinah beserta maklumat kemudahan dialisis. Kos rawatan adalah percuma bagi pemegang visa umrah.

Walaupun percuma admin tetap menggalakkan jemaah mengambil polisi perlindungan takaful untuk cover risiko-risiko lain sepanjang berada diluar negara

‼️ Sebarluaskan link dibawah agar ramai lagi dapat beroleh manfaat

Channel Nota Umrah DIY
https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw

Group perbincangan :
https://telegram.me/joinchat/AvahSkB6l7_UIZzn3jJJeQ
Jaga bag anda sepanjang di tanah suci. Hati-hati semua ‼️
Semak disini sebelum memulakan perjalanan anda keluar negara. Jangan membazirkan tambang dan persiapan anda berakhir di kaunter Imigresen Lapangan Terbang.

http://sspi2.imi.gov.my

Kredit : Abah Atok

#SebarSebarkan

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Perubahan cuaca

Admin mendapat khabar bahawa semalam bumi Madinah sudah dibasahi hujan dan cuaca di Makkah juga menunjukan tanda-tanda begitu juga. Menunjukkan perubahan musim sejuk sudah bermula

Bagi mereka yang akan menunaikan umrah hujung tahun ini disyorkan jaga kesihatan terutama yang anak-anak. Bawa ubat ubatan yang perlu

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Syarikat Haji Harun Seh. Unik namanya. Spesis ini lah yang patut MOTAC banteras. Bukan banteras Umrah DIY 😎

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Semalam hampir semua tempat di sekitar Arab Saudi dituruni hujan setelah sekian lama kemarau. Sekolah-sekolah dan universiti-universiti diberikan cuti peristiwa (Malaysia tak boleh apply cuti peristiwa begini. Kahkah).

Mekah dan Madinah juga tidak terkecuali. Menurut kata orang Arab, hujan turun apabila berlakunya perubahan musim. Dari musim panas ke sejuk, dan sejuk ke panas. Begitulah.

Dan memang sekarang ini pun, cuaca panas terik dan kering seperti beberapa bulan lepas sudah pelan-pelan beransur pergi. Angin bayu sejuk dah berani menyentuh dan mencucuk kulit pipi.

Bagi kebanyakan orang, musim sejuk inilah yang ditunggu-tunggu untuk datang melaksanakan ibadat umrah. Mungkin nak cari kelainan berbuat amal dari negara sendiri dengan merasai pengalaman cuaca sejuk di Tanah Arab. Hihi.

Jadi di sini saya nak berkongsi beberapa tip berhadapan cuaca sejuk sepanjang keberadaan kalian di Mekah dan Madinah.

1. Pakai pakaian yang tebal dan selesa. Contoh baju sejuk, jaket atau beberapa lapis baju dipakai bersama. Kena jaga bahagian dada dari terdedah kepada sejuk.

Sebaiknya pakailah seluar bagi mengelakkan udara sejuk masuk ke dalam. Lagi sedap kalau pakai seluar panjang ketat di sebelah dalam, memang block terus udara sejuk dari terkena kulit, terasa hangat dan nyaman sekali.

Cumanya kena pakai seluar lainlah pula di sebelah luar, pakai jubah ke. Kelihatan kurang manis duk jalan ke sana ke mari pakai seluar ketat saja, terutamanya perempuan.

2. Bekalan ubat-ubatan kena cukup, terutamanya yang ada ubat khas dari doktor. Selain itu ubat demam, batuk dan selesema boleh bawa bersama. Kalau habis boleh minta dari pihak travel. Juga pelembab bibir, krim tumit atau apa-apa yang dirasakan perlu. Nak beli di farmasi pun ada, cuma takut mahal.

3. Mandi dengan air suam. Yang ini biasanya hotel ada sediakan pemanas air (kalau rosak, laporkan pada travel). Serta elakkan dari mandi berulang kali dan terlalu lama terutamanya pada waktu malam dan subuh.

4. Pastikan tubuh dilap kering sebelum keluar dari bilik air.

5. Amalkan minum minuman panas bagi mengekalkan suhu badan. Air penas ke, susu ke, milo ke, nescafe ke, terserah.

6. Kena makan makanan berkhasiatlah. Buah-buahan dan sayur-sayuran itu penting juga. Makan kena cukup, nanti nak guna banyak tenaga ulang alik ke masjid, buat tawaf, saie dan lain-lain.

7. Kalau sejuk sangat, pakai sarung tangan dan stoking kaki. Selalunya lantai marmar dalam masjid pun turut sejuk. Jika nak tahu, kita kehilangan banyak haba dari bahagian atas kepala, jadi pastikan ia ditutup. Pakailah hood ke, serban ke, kopiah ke. Bagi perempuan, tudung selapis pun kadang-kadang tak cukup, cuba pakai snow cap ke. Mesti comel nanti jadinya.

8. Pastikan tidur di hotel menggunakan selimut tebal (biasanya pihak hotel akan sedia). Musim sejuk memang waktu paling sesuai dan enak untuk tidur. Namun ingatlah, bayar pakej mahal-mahal semata-mata nak datang tidur saja?

9. Tak usah buka penghawa dingin. Kalau rasa panas, buka kipas saja. Sekali sekala bukalah tingkap sekejap (sebaiknya pada waktu tengahari) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari.

10. Okey, yang ini paling rare. Sentiasa tutup pintu bilik air. Kerana lantai bilik air selalunya dibuat daripada jubin dan akan membuatkan bilik kalian bertambah sejuk.

Itulah saja. Mungkin rakan-rakan yang ada pengalaman boleh tambah di ruangan komen? Kita sama-sama beri manfaat.

Najmi Farisham,
Pengerusi Kelab Cakna Jemaah Umrah.

Anda sanggup biarkan rakan-rakan kalian sejuk menggigil sepanjang buat umrah? Mestilah tak kan? Jadi KLIK SHARE. Terima kasih ya.

Sumber : Najmi Farisham

https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
Luggage RM 79 sahaja ‼️

Boleh intai di AEON berhampiran anda. Harga biasa boleh tahan mahal. Cuma jangan banding harga beli di China ajelah 😁

https://t.me/joinchat/AAAAAEFQmdtLEe6jY39Zdw
Larangan selfie di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Tapi Malaysia belum terima makluman rasmi, di Indonesia sudah viral

www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/355233/larangan-bergambar-di-masjidil-haram

https://t.me/joinchat/AAAAAEFQmdtLEe6jY39Zdw