#NOTAEMASFARID
667 subscribers
519 photos
39 videos
5 files
203 links
Kerja bertahun tetapi nak adakan simpanan RM1000 pun susah? Maka segera beralih kepada simpanan Emas. Click link untuk dapatkan E-Book Emas bernilai RM199 secara PERCUMA :👇

http://linktr.ee/faridmajid
Download Telegram
Pernah atau tidak suatu ketika kita merasakan wang yang di tangan seperti tidak pernah cukup?

Ditambah lagi dengan tabiat diri yang tidak pernah menyimpan atau mungkin tidak mampu menyimpan atau mungkin tidak terfikir untuk menyimpan.

Ada di tangan RM50 rasa nak habiskan cepat. Ada RM100 terfikir nak beli macam-macam, ada RM500 dah rasa nak beli benda kesukaan, ada RM1000 dah rasa nak healing jauh-jauh dan sebagainya.

Wang seakan panas di tangan mulalah rasa seakan wang tidak berkat padahal "tabiat boros" sudah mula bersarang tanpa kita sedari.

Itulah yang apa saya rasa suatu ketika dahulu sehinggalah saya mula membeli emas dan memanfaatkannya.

Setiap kali kenaikkan gaji setiap tahun saya akan beli 1 dinar, setiap kali ada "bonus" atau "wang extra" saya akan alihkan kepada emas. Jadi saya hanya manfaatkan gaji sedia ada selama bertahun-tahun ibarat "tiada kenaikkan" gaji tiada reward diri.

Saya sangkakan target 5 tahun 5 dinar tetapi sangkaan saya meleset kerana dalam masa kurang 3 tahun saya sudah ada 15 dinar.

Setelah itu baru saya faham dengan emas saya tidak perlu buat loan peribadi, tidak perlu pakai payslip buat pengesahan bank. Nak pakai wang hanya pajak emas. Pajak pula setelah menilai kemampuan kewangan saya untuk bayar balik dan tebus emas dalam masa 18 bulan atau kurang.

Ye pajak ini mahal kerana 1% upah simpan yang diambil sebulan dan dalam masa 18 bulan pula adalah 18%.

Tetapi setelah saya mengetahui kenaikkan harga emas dalam masa 5 tahun adalah 80%, ini bermakna berbaloi saya pajak dan bayar emas dan apa yang saya bayar 18% itu saya dapatkan semula setelah 18 bulan tebus emas.

Ini bermakna kekayaan saya meningkat tanpa perlu saya fikir bagaimana cara meningkatkan keuntungan atau membuat pelaburan lain.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat, tekan pinned message untuk saya bantu anda.
Beli emas dan memanfaatkan emas atau simpan wang dalam bank nak pakai keluarkan wang, wang kurang tambah lagi ke dalam akaun bank dan seterusnya.

Simpan emas dan simpan wang adalah merupakan dua perkara berbeza.

Simpan emas kemudian nak pakai pajak, nak tebus emas itu pula kena bayar pajak, setelah selesai bayar pajak barulah emas itu dimiliki semula.

Berbanding simpan wang di dalam akaun bank. Kita hanya "memberi pinjaman" kepada bank dan bank akan "memberikan pinjaman" kepada orang lain serta mengenakan "keuntungan" atas pinjaman/pembiayaannya.

Supaya mahu kita fikir berbaloi simpan wang dalam bank maka diberinya kita dividen.

Kita sangka untung simpan dengan formula simpan RM10,000, dividen 5% dapatlah RM10,500 tetapi tanpa kita sedari matawang semakin lemah disebabkan "inflasi" atau kenaikkan harga barang di pasaran.

Berbeza dengan menyimpan emas. Pajak tebus pajak tebus tanpa kita sedar dah pegang emas itu sudah 5 tahun. Kenaikkan harga emas sepanjang 5 tahun pula dalam 80% maka ibarat setahun keuntungan simpan emas adalah 16%.

Inflasi malar jika 3% setahun pun masih untung 13%.

Kalau bayar zakat 2.5% pun masih untung 10.5% setahun

Berbanding keuntungan simpan dalam bank 5%. Inflasi malar 3% dah untung 2%, bayar zakat 2.5% dah jadi -0.5% setahun. Aik, difikirkan untung simpan dalam bank tetapi yang sebenarnya "miskin" 0.5% setiap tahun.

Jika terus menyimpan selama 5 tahun ibarat miskin 2.5%.

Itulah beza simpan emas dan simpan wang. Jika mahu simpan untuk tempoh pendek, maka simpan dalam akaun bank, hadkan dalam RM500 sahaja. Selebihnya bekukan dalam emas dan simpan untuk 2 tahun ke atas.

Begitu.

Tekan pinned message untuk saya bantu anda.
300 mangsa 'terduduk' diperdaya pelaburan emas

Tawau: Seorang ahli perniagaan dan model sambilan adalah antara 300 individu kerugian lebih RM5 juta selepas

diperdaya melalui tawaran pelaburan emas oleh sebuah syarikat beroperasi di daerah ini sejak Mei lalu.

Kesemua mangsa mendakwa dijanjikan pulangan lumayan sebanyak 5 peratus sehingga 15 peratus dalam tempoh sepuluh hari atau RM 25 bagi setiap satu gram emas dilaburkan.

Teruja dengan keuntungan dijanjikan, ada antara bangsa sanggup menggadai tanah, menjual aset selain mengeluarkan wang simpanan untuk dilaburkan.

#MyTawau
#NOTAEMASFARID
300 mangsa 'terduduk' diperdaya pelaburan emas Tawau: Seorang ahli perniagaan dan model sambilan adalah antara 300 individu kerugian lebih RM5 juta selepas diperdaya melalui tawaran pelaburan emas oleh sebuah syarikat beroperasi di daerah ini sejak Mei lalu.…
Point utama terlibat dengan emas adalah beli emas wajib mendapat emas.

Simple sahaja.

Bukan beli emas kemudian dapat dividen bulan-bulan atau tahunan.

Emas *TIADA* pendapatan tuan/puan.

Dia bukan seperti kita beli hari ini esok lusa sudah jadi jutawan dan kaya raya.

*PENTING* untuk kita faham dengan jelas iaitu *ASAS MEMBINA KEKAYAAN* adalah dengan menyimpan.

Jika kita simpan bocor, simpan bocor, maka perlulah kita ubah cara simpanan kita dengan menyimpan emas fizikal.

Beli emas wajib dapat emas. Harga emas naik tidak kaya, harga emas turun tidak miskin tuan/puan. Hanya mereka yang konsisten menyimpan dan terus menyimpan emas. Emasnya bertambah. Itulah baru kekayaan sebenar.

Semoga bermanfaat ♥️
*PONZI SCHEME*

Konsep ponzi scheme atau skim pelaburan cepat kaya mempunyai *ISI* yang sama tetapi *WAJAH* yang berbeza.

*ISI* nya seperti contoh menawarkan pelaburan yang rendah dan pulangan yang tinggi.

*Mangsa* yang terpedaya dengan skim ini terdiri dari pelbagai peringkat masyarat, situasi hidup yang pelbagai, yang cerdik pandai dan sebaliknya.

Pertama sekali, mangsa akan dimasukkan ke dalam *GROUP PELABURAN*, mereka akan *DISAJIKAN* dengan individu-individu yang *KONONNYA BERJAYA* selepas mereka masuk pelaburan tersebut.

Walhal yang dikatakan *BERJAYA* itu adalah *SCAMMER* itu sendiri yang menggunakan puluh bahkan *BERATUS* nombor phone yang berbeza atau *FAKE AKAUN*.

*SCAMMER MESSAGE SESAMA SCAMMER SEBENARNYA*

Mereka yang terjebak dalam group ini akan merasakan suatu perasaan *RUGI KALAU TAK MASUK* pelaburan ini.

Ini dinamakan sebagai *FOMO*. Suatu perasaan terkilan melihat orang lain berjaya asbab mereka terlebih dahulu berada dalam pasaran.

Walhal, jika tidak terlibat langsung *LAGI BAGUS*

Rata-rata mereka akan terlibat dengan skim ini dengan cara *MENDEPOSITKAN* wang mereka ke dalam akaun scammer ini kemudian tidak sampai sehari mereka sudah mendapat pulangan yang lumayan.

Yang menjadi masalah adalah apabila mereka ingin mengeluarkan *KEUNTUNGAN* tersebut.

Mereka akan diminta untuk *MENDEPOSITKAN* sejumlah wang ke dalam akaun scammer, dan scammer dengan *BERALASAN* bahawa wang itu akan dimasukkan semula ke dalam akaun mangsa tersebut.

Mangsa yang terpedaya dengan *JANJI PALSU* mereka seakan hilang kewarasan akal, mereka pun mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun scammer.

Scammer akan beralasan lagi bahawa wang tersebut tidak dapat diproses kerana dikenakan cukai atau sekatan tertentu dan mangsa perlu *MENDEPOSITKAN* lagi wang kepada scammer.

Inilah antara tipu daya scammer bagi mengkaburi mangsa.

Apabila mangsa tidak mahu mendepositkan wang mereka maka diugutnya mangsa dengan cara menyambungkan talian ke bukit aman atas sebab pengubalan wang haram atau atas sebab yang tidak logik akal langsung.

Mangsa akan tersedar mereka ditipu apabila wang mereka sudah habis dan mereka hilang segalanya.

Tuan/puan, ponzi scheme ini telah wujud sekian lama dalam masyarat kita.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan kita dan orang sekeliling kita.

Konsep ponzi scheme ini akan *BERUBAH WAJAH* apabila kegiatan mereka dihidu.

Namun *JALAN KERJA* mereka tetap sama. Iaitu

*LABUR SIKIT UNTUNG BESAR TERUS KAYA BOLEH SETEL SEGALANYA*

*Perkongsian dari kisah sebenar*

Semoga bermanfaat ❤️
*EMAS SUATU KEPERLUAN ATAU SUATU KEMAHUAN?*

Alasan bahawa tidak mampu menyimpan emas, tidak tahu keperluan simpanan emas, tidak merasakan emas sebagai suatu keperluan, semua ini suatu masa nanti akan memakan diri sendiri.

Ramai yang berhutang sehingga umur persaraan dan ramai yang beranggapan khususnya penjawat awam, apabila mereka terima ganjaran persaraan mereka akan selesaikan semua hutang yang ada.

Walhal ganjaran itu sepatutnya disimpan untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan. Apabila bersara, pesara tidak lagi boleh buat pinjaman bank, bayangkan jika ada anak yang mahu berkahwin atau berlaku kecemasan, bagaimanakah seharusnya kita sebagai ibu bapa membantu keperluan anak-anak kita?

Justeru itu, penting untuk kita wajibkan diri kita menyimpan emas seberapa banyak yang mungkin supaya suatu masa nanti dengan emas itu, wang kita tidak bocor ke tempat lain hanya berlegar di sekitar emas sahaja.

Jika kita buat loan 10 tahun, selepas selesai loan, apa yang tinggal pada kita? Hutang selesai. Bulanan yang kita bayar itu kita akan dapat semula.

Contoh biasanya kita bayar rm1000 sebulan, selepas selesai loan, adakah rm1000 itu akan menjadi simpanan kita?

Jawapannya *TIDAK* tuan/puan.

Ada yang overlap demi overlap loan sehingga umur persaraan.

Ada yang kalau disiplin sikit dia habiskan loan cukup masanya dan bulanan yang digunakan untuk bayar loan itu akan menaikkan lagi *GAYA HIDUP* mereka.

Tuan/puan, ini semua soal mindset, soal mentaliti, soal habit.

Jika tuan/puan tidak mulakan simpanan maka sampai ke tualah tuan/puan akan berhutang.

Tidak mahukah tuan/puan merasa *BERGAJI PENUH TANPA HUTANG*  pada usia 50 tahun sebelum persaraan?

Gaji yang tuan/puan dapat tu totally tuan/puan manfaatkan tanpa bayar hutang.

Caranya simple sahaja, tuan/puan simpan emas sehingga 12 bulan gaji tuan/puan.

Jika bergaji rm2000, 12 bulan RM24ribu/24 dinar.

Jika bergaji rm3000, 12 bulan RM36ribu / 36 dinar.

Jika bergaji RM5000, 12 bulan RM60ribu / 60 dinar.

Semua emas yang tuan/puan simpan ini tuan/puan boleh manfaatkan dengan cara *PAJAK TEBUS*

Wang yang digunakan untuk membayar emas itu merupakan wang simpanan tuan/puan juga.

Pajak tebus ini akan menjadi simpanan apabila tuan/puan bayar secara ansuran emas tuan/puan itu.

Pengiraannya simple.

1 dinar, bayaran upah simpan termasuk pinjaman sebulan adalah RM110.

5 dinar RM550

Bayar sehingga bila?

10 bulan sahaja.

9 bulan secara online, bulan ke-10 walk-in tebus emas di bank.

Bank mana?

Bank rakyat arrahnu.

Sebab ape bank rakyat arrahnu? Sebab mengikut pengalaman saya, hanya bank rakyat sahaja yang memberi pinjaman sehingga 80% dari nilai marhun.

Ada orang kata, leceh simpan emas, sebab nak pakai kena pajak.

Iye memang leceh tetapi disebabkan leceh itulah selepas tebus emas anda ada simpanan semula.

Berbanding buat loan mengkayakan bank.

Pajak tebus 10 bulan. Sedar-sedar dah 5 tahun buat cara begitu. Harga emas pun dah meningkat dan apa yang dibayar kepada bank kita dapat semula disebabkan kenaikkan harga emas.

Simple proses. Loan ade begitu ke?

Tepuk dada tanya selera.

Semoga bermanfaat
Ini adalah bar besi 1000 gram. Nilai mentahnya adalah sekitar $100.

Jika anda membuat keputusan untuk membuat ladam kuda, nilainya akan meningkat kepada $250.

Sebaliknya, jika anda memutuskan untuk membuat jarum jahit, nilainya akan meningkat kepada kira-kira $70,000.

Jika anda memutuskan untuk menghasilkan spring dan gear jam tangan, nilainya akan meningkat kepada kira-kira $6 Juta.

Walau bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk mengeluarkan komponen laser ketepatan daripadanya seperti yang digunakan dalam litografi, ia akan bernilai $15 Juta.

Nilai anda bukan hanya terletak dari apa yang anda lakukan tetapi di atas situasi apa anda diperlakukan dan dihargai. Dan juga dalam cara bagaimana anda boleh membuat yang terbaik daripada diri anda. 🙏
Ini baru cerita betapa bernilainya logam besi jika tahu cara manfaatkannya, jika emas, lagi berganda keuntungan yang anda bakal perolehi
saham vs emas.

gambar dalam Rajah 1 menunjukkan saham syarikat yang memberi pulangan dalam bentuk dividen dinamakan favco (7229).

jika dilihat pada tahun 2019, net dividen yield yang diberikan cuma sekitar 5.49% namun angka dividen ini terus berkurang sehinggakan pada tahun 2021 net dividen yield yang diberikan sekitar 3.32%.

berbeza pula pada tahun 2022 net dividen yield yang diberikan mencecah 51.74%!

untuk pengetahuan tuan/puan yang biasa melabur dalam syarikat yang memberi pulangan seperti AS* atau Tabg H***, syarikat tersebut kebiasannya memberi dividen secara purata 3% hingga 5% sahajakan?

berbeza pula dengan pasaran saham, ada syarikat yang memberi pulangan dalam bentuk dividen sehingga 50%!

ini bermaksud jika anda invest RM50,000, pulangan anda adalah RM25,000 dalam masa purata setahun.

ini memang benar berlaku namun apa yang anda tidak tahu yang sebenarnya, syarikat yang memberi dividen yang tinggi, syarikat tersebut mungkin mempunyai masalah tertentu sehinggakan sanggup memberi dividen yang tinggi dan mereka yang tidak menganalisis syarikat dengan baik akan terus melabur dalam syarikat tersebut.

Rajah 2 pula menunjukkan perbandingan kenaikkan harga emas dibandingkan dengan saham syarikat favco(7229).

di sini kita akan nampak satu perbezaan yang ketara  antara emas jika dibandingkan dengan saham.

setiap pelaburan ada turun dan naiknya dan emas tidak terkecuali daripada penurunan.

emas mengalami penurunan bermula tahun 2011 hingga  tahun 2015 iaitu secara purata penurunan 45.19%

sedangkan saham favco pula mengalami penurunan bermula tahun 2014 hingga sekarang dan kejatuhan saham tersebut mencecah sehingga 60.52%. Walaupun syarikat tersebut memberi pulangan dalam bentuk dividen namun secara dasarnya yang diberikan hanyalah modal yang kita keluarkan.

jika hendak dibandingkan dengan kenaikkan pula, emas mengalami kenaikkan sepanjang ia berada dipasaran iaitu sebanyak 1,282.07%.

sedangkan saham favco yang baru berada dalam pasaran pada sekitar tahun 2006 hanya mengalami kenaikkan secara purata 166.67%.

Secara kesimpulannya, apa yang kita perlu faham disini adalah sesuatu pelaburan itu bukan sahaja melibatkan jangkamasa pendek tetapi lebih kepada jangkamasa panjang.

Emas merupakan suatu logam yang bernilai yang jika dibeli dan dipegang untuk jangkamasa panjang tetap memberi value dan pulangan yang baik berbanding saham yang hanya tertulis atas kertas dan dijamin oleh syarikat tersebut sahaja.

jika syarikat tersebut jatuh menjunam, syarikat itu akan hilang dari pasaran sedangkan emas tetap berada di tangan selagi mana tidak dijual.

saham favco adalah satu contoh daripada saham-saham yang ada dalam pasaran bursa malaysia.

terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang juga memberi dividen yang tinggi namun konsisten pemberiannya setiap tahun.

jika anda ingin mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen yang tinggi boleh pilih pelaburan dalam stock market, jika tidak tahu menganalisis, risau resiko dan sebagainya boleh membeli dan menyimpan emas di publicgold. click bio saya untuk lebih detail.

bak kata mentor saya tuan zulkifli shafie seorang pakar dalam emas dan juga merupakan ahli dalam Malaysia Gold Association beliau menyatakan bahawa harga emas jika naik tidak kaya, jika turun tidak miskin namun mereka yang GRAM emasnya bertambah setiap bulan, itulah baru kekayaan sebenar.

semoga perkongsian saya ini bermanfaat. jazakallahu khayran
Rajah 1
Rajah 2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
*KONSEP SIMPANAN ATAU BELIAN EMAS DI PUBLICGOLD, KENAIKKAN HARGA EMAS DAN KELEBIHAN SIMPANAN UNTUK JANGKAMASA PANJANG*
PELANGGAN: "Berapa kos untuk melakukan kerja ini?"
KONTRAKTOR: RM2,800

PELANGGAN: "Itu terlalu mahal untuk kerja ini!!"
KONTRAKTOR: "Pada pendapat ANDA, berapa kosnya?"

PELANGGAN: "Tidak lebih daripada RM800 - MAX!! Ini kerja mudah!"
KONTRAKTOR: "Saya tidak boleh mengutamakan masa saya untuk bayaran yang sedikit."

PELANGGAN: "Orang dalam bidang kerja anda sangat tamak."
KONTRAKTOR: "Maaf awak rasa macam tu. Kenapa tak buat sendiri?"

PELANGGAN: "Tapi... tapi... saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan semua ini."
KONTRAKTOR: "Untuk RM900, saya akan ajar anda dengan TEPAT cara untuk menyelesaikan kerja ini. Kemudian anda boleh membelanjakan RM800 untuk melakukan kerja itu dan anda masih akan menjimatkan RM1,100 - TAMBAH... anda akan mendapat pengetahuan dan pengalaman untuk kali seterusnya anda ingin melakukan kerja sendiri."

PELANGGAN: "Deal!! Jom buat."
KONTRAKTOR: Untuk bermula, anda memerlukan alatan. Jadi anda perlu membeli pengimpal, pengisar, gergaji potong, mesin gerudi, tudung kimpalan, sarung tangan dan beberapa perkara lain."

PELANGGAN: "Tetapi saya tidak mempunyai semua peralatan ini dan saya tidak boleh membeli semua ini untuk satu kerja."
KONTRAKTOR: "Kalau begitu, bagi RM300 lagi, saya akan benarkan anda menyewa alatan saya... dan anda masih akan jimat RM800"

PELANGGAN: "Itu mengurangkan wang simpanan saya. Tetapi saya akan menyewa alatan anda."
KONTRAKTOR: "Baiklah! Saya akan kembali pada hari Sabtu dan kita boleh mula."

PELANGGAN: "Tunggu. Saya tidak boleh pada hari Sabtu. Saya hanya mempunyai masa hari ini."
KONTRAKTOR: "Maaf, saya hanya memberi pelajaran pada hari Sabtu, kerana saya perlu mengutamakan masa saya dan alatan saya perlu berada di tempat kerja lain dengan pelanggan lain sepanjang minggu.

PELANGGAN: "Baiklah!! Saya akan korbankan rancangan keluarga pada hari Sabtu."
KONTRAKTOR: "Ya... saya juga. Oh... dan saya terlupa... untuk melakukan kerja anda sendiri, anda juga perlu membayar bahan-bahan tersebut. Semuanya dalam permintaan tinggi sekarang, jadi taruhan terbaik anda adalah untuk mendapatkan trak anda dan muatkan pada pukul 6 pagi sebelum orang lain sampai ke sana."

PELANGGAN: "ENAM PAGI??? Pada hari Sabtu??? Itu cara untuk saya awal. Dan juga... Saya tidak mempunyai trak."
"KONTRAKTOR: "Saya rasa anda perlu menyewa satu. Adakah anda mempunyai beberapa orang yang kuat untuk membantu anda memuat dan memunggah segala-galanya?"

PELANGGAN: "Ummm... ya tahu... saya telah berfikir. Mungkin lebih baik jika ANDA menyelesaikan kerja ini. Saya lebih suka membayar seseorang untuk menyelesaikannya dengan betul daripada melalui semua kerumitan.
KONTRAKTOR: "Langkah pintar, tandatangani ini dan sila keluar dari jalan supaya saya boleh bekerja."

REALITINYA INI...

Apabila anda membayar untuk pekerjaan, terutamanya buatan tangan, anda bukan sahaja membayar untuk bahan yang digunakan, tetapi anda juga membayar untuk:

- Pengetahuan
- Pengalaman
- Alat
- Perkhidmatan
- Masa
- Ketepatan masa
- Akauntabiliti
- Profesionalisme
- Ketepatan
- Buruh
- Pengorbanan
- Keselamatan
- Pembayaran obligasi cukai

Tiada siapa yang patut memburukkan kerja profesional dengan menilai harga - TERUTAMA apabila mereka tidak mengetahui semua elemen atau kos yang diperlukan untuk penghasilan karya tersebut.

Ini hanyalah remix cerita lama yang pernah saya dengar dan saya berkongsi ini sebagai sokongan kepada tukang, pakar dan usahawan di mana-mana!

Anda tidak boleh tawar-menawar perkhidmatan yang anda sebenarnya tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk melakukannya sendiri. Anda tidak boleh mendapatkan parti makan malam gourmet berkualiti tinggi dengan harga yang sama dengan Happy Meal daripada McDonald's. Dan anda tidak boleh marah apabila orang yang mahir sebenarnya TAHU nilai mereka sendiri.

Jadi bijak. Percayai profesional yang bereputasi. Dan jangan lupa... bahawa anda SENTIASA mendapat apa yang anda bayar.