#NOTAEMASFARID
687 subscribers
441 photos
20 videos
5 files
165 links
Kerja bertahun tetapi nak adakan simpanan RM1000 pun susah? Maka segera beralih kepada simpanan Emas. Click link untuk dapatkan E-Book Emas bernilai RM199 secara PERCUMA :πŸ‘‡

http://linktr.ee/faridmajid
Download Telegram
Dugaan dan cabaran sebahagian dari kejayaan, jalan pintas hanyalah mitos sahaja
Jika tidak ada setkan tarikh akhir (deadline) sesuatu tugasan, maka tidak akan berlaku apa-apa pun
Jika kita merasakan yang kita mudah untuk ditukar ganti maka kita akan merasai perasaan cemburu
Kita sering setkan prinsip dalam hidup kita

Yang akhirnya digunakan untuk menilai orang lain

Tanpa sedar kita gagal untuk mengikut prinsip kita sendiri.
Untuk memahami dimanakah keadaan kamu dalam kehidupan ini

Lihatlah rakan kamu
Berbelanja atau shopping merupakan hobi yang merbahaya dan merosakkan kamu

Jika kamu bosan, maka belajarlah sesuatu perkara yang baharu
Jika kamu mahukan sesuatu perkara itu kualiti, maka bayarlah untuk mendapatkannya
Dengan wang anda boleh beli :

Katil tetapi bukan tidur

Jam tetapi bukan masa

Buku tetapi bukan pengetahuan

Kedudukan tetapi bukan rasa hormat

Ubat tetapi bukan kesihatan

Ketaatan tetapi bukan kesetiaan

Teman tetapi bukan seorang sahabat

Rumah tetapi bukan tempat tinggal
Channel name was changed to Β«#NOTAEMASFARIDΒ»
Channel photo updated
SUMBER PASSIVE INCOME

Passive income maksudnya pendapatan yang kita terima dengan hanya satu usaha, tapi hasilnya kita dapat nikmati berkali-kali, bahkan mungkin sampai mati.

Sumber passive income ada banyak. Yang paling popular bagi orang kebanyakkan di Malaysia ialah (1) dividen dari Tabung Haji, (2) dividen ASB, dan (3) hasil sewaan hartanah.

Selain daripada ni banyak lagi, antaranya;

β™’ Dividen dari Unit Trust atau Saham
β™’ Royalti dari hasil penulisan buku, pencipta lagu, penyanyi, perekacipta, harta intelek
β™’ Income dari bisnes bersistem, termasuk franchise, MLM (yang mempunyai sistem yang baik).
β™’ Royalti seumur hidup hasil referral kepada sesetengah business provider (seperti #PublicGold). Kaedah ni mirip affiliate marketing, bahkan lebih baik.

Ini semua sumber passive income yang boleh dipertimbangkan untuk capai "financial freedom". InsyaAllah.


----------------------------------

FARID MAJID
Authorized Dealer
PG00112223

Cara mudah info lanjut, sila klik di bawahπŸ‘‡

DM FARID MAJID
APA ITU GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my


#1Dinar1Bulan
#1Family1Kilogram
Harga emas jatuh menjunam lagi harini pada waktu saya posting ini pada jam 11:40pm. Harga emas telah turun mengikut pengiraan ini :

Harga emas semasa : usd1731.65/seounce

1 ounce = 28.3495231/gram

1 USD = RM4.05

Jadi pengiraannya begini

Kita convert USD jadi RINGGIT dahulu

USD1731.65 X RM4.05
= RM7013.1825

Jadi harga 1 ounce dalam ringgit malaysia adalah rm7013.1825

Sekarang ni kita cari harga 1gram pula ya. Bahagikan dengan 1 ounce

RM7013.1825/28.3495231 seounce
= RM247.3827 segram.

Jadi harga emas semasa segram sekarang sudah jadi rm247.3827 segram.

So lepasni anda telah tahu cara mengira harga emas semasa segram. 😊
Tepatkan dengan segram harga emas public gold.

Jom register sekarang. Buka akaun GAP dari public gold. Tukar wang kertas jadi emas.

Simpan sikit-sikit, maka akan banyaklah gram anda pada masa hadapan.

Usah risau turun naik emas, itu biasa. Yang perlu kita risau adalah nilai wang ringgit kita.

Sedar atau tidak harga rm100 ringgit 30 tahun dahulu tidak sama nilainya dengan rm100 sekarang.

Dahulu rm100 banyak kita boleh beli, sekarang rm100 apa sahaja yang kita boleh beli??

Untuk next posting, saya akan share berapa nilai emas 30 tahun dahulu. Dari situ anda akan tahu dan sedar bahawa emaslah instrumen kewangan yang tahan inflasi. 😊
HARGA EMAS TERDAHULU JAUH LEBIH MURAH BERBANDING HARGA EMAS SEKARANG

Seperti yang saya janjikan kepada anda, inilah harga emas 30 tahun yang lalu.

Pada 01.02.1991, harga emas tertinggi mencecah paras 1 ounce bersamaan USD371.00

Dan pada waktu itu pula kadar pertukaran dollar kepada ringgit pula adalah USD1.00 bersamaan RM2.72

Jadi kita ikut formula untuk mencari 1 gram emas. Basicnya begini.

Kita tukar USD kepada ringgit

USD371.00 X RM2.72
= RM1,009.12 seounce

Jadi sekarang ni kita tukar pula nilai ounce kepada gram.

1 ounce = 28.3495231gram

RM1,009.12 Bahagi 28.3495231
= 35.5957 segram

Jadi kesimpulannya pada 01.02.1991 harga emas segram adalah RM35.5957

Selepas 30 tahun, pada 27.02.2021 harga emas segram adalah RM247.3827

Peningkatan sebanyak 594.98% selama 30 tahun!!

Dan sekarang cuba kita nilai susut nilai wang kertas kita pula.

Pada 01.02.1991 nilai USD1.00 bersamaan RM2.72

Selepas 30 tahun, pd 27.02.2021, USD1.00 bersamaan RM4.05

Bererti kita memerlukan lebih wang untuk dapatkan USD1.00
KADAR TUKARAN MATAWANG DOLLAR KEPADA RINGGIT MALAYSIA SELEPAS 30 TAHUN

Jika kita memerlukan lebih wang untuk mendapatkan 1 dollar, ini bererti wang ringgit malaysia mengalami susut nilai.

Inilah yang saya maksudkan jika 30 tahun dahulu, kita ada rm100, macam-macam yang kita boleh beli, tetapi jika pada masa sekarang rm100 tu macam air, banyak yang tak boleh beli.

Anda fikirlah, mahu simpan emas atau wang kertas fiat anda tu.

Namun anda beruntung kerana di public gold, telah ada program yang dinamakan GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP).

Dengan GAP, anda boleh menyimpan serendah RM100 untuk mendapatkan jumlah emas mengikut nilai harga semasa.

Sebagai seorang penyimpan, konsep menyimpan wang di public gold ni adalah dengan cara target 1 bulan 1 gram emas.

Jika anda menabung rm100 maka anda akan dapat emas dalam anggaran 0.35gram begitu.

Katakan selepas sepuluh bulan anda menyimpan, anda telah memiliki 3.5gram emas, maka anda boleh keluar 2gram emas dari simpanan anda.
Ini kerana anda perlu meninggalkan baki sekurangnya 1gram bagi membolehkan account anda aktif sepanjang masa.

Inilah kelebihan menyimpan emas. Kalau sebulan simpan rm100, sepuluh bulan telah ada 3.5gram atau bersamaan rm1000, jika anda keluarkan 2gram emas dan jika nilai semasa emas adalah rm247, maka nilai marhum emas anda adalah sebanyak rm494.00

Jika anda simpan sedikit maka susut nilainya tinggi sedikit dalam 10%, tapi jika anda beli dalam kuantiti besar maka susut nilainya adalah sehingga 5%!

Susut nilai ni biasa berlaku dalam urusan jual beli.

Contoh macam anda beli kereta, bulan 1 tahun ni berharga rm50,000, tetapi bulan 5 anda mahu menjualnya semula, adakah anda akan dapat harga rm50,000 semula? Tentu tidak.

Mungkin anda akan dapat menjual kereta anda dalam nilai rm40,000! Walaupun kereta baharu, susut nilainya tinggi! Iaitu sehingga mencecah 20% dari nilai kereta. Itu kereta.

Ini pula emas, jadi susut nilainya berbeza.

Begitulah, mulakan pelaburan emas anda segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini, hubungi saya di talian berikut untuk mengetahui step memulakan simpanan emas anda melalui akaun GAP.

HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK BUKA AKAUN GAP ANDA HARI INIπŸ‘‡

FARID MAJID
DEALER
PUBLIC GOLD MALAYSIA
Ini yang disebut β€œsaver are loser”. Lagi menyimpan lagi rugi. Lagi banyak wang kita simpan lagi banyak kita rugi.

Sebabnya ;

1. Selepas tahun 1971, Wang tidak lagi bergantung kepada emas.

2. Wang hanya mengharap belas ehsan pemerintah untuk memberi nilai kepadanya

3. Lagi banyak wang dicetak lagi kecil kuasa belinya.

#NotaEmasFarid
β€œ Pada tahun 2005, ada seorang penganalisis ekonomi yang bernama Rick Munarriz telah bertanyakan yang mana lebih untung antara satu unit saham Google dan juga satu Ounce Emas.

Pada tahun berkenaan 1 unit saham Google bersamaan 1 0unce emas iaitu $700

Mana yang lebih menguntungkan?

Pada mulanya saya fikir saham google adalah lebih untung berbanding emas.tetapi tekaan saya meleset sama sekali.

Tahukah anda, pada Januari 2008, 1 ounce emas telah ditutup tinggi iaitu $859.

Manakala 1 unit saham Google telah ditutup lebih rendah iaitu sebanyak $657.

Cuba anda fikir, yang mana lebih untung, saham atau emas?

Tidak dinafikan dalam jangka masa yang pendek saham boleh untung berlipat kali ganda dari emas tetapi ia amat berisiko.

Manakala dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, pelaburan melalui emas lebih menguntungkan dan lebih selamat β€œ

Rick Munarriz

#NotaEmasFarid
RUTIN HUJUNG MINGGU

Inilah rutin hujung minggu saya, melihat pergerakkan harga emas untuk didagangkan minggu hadapan.

sebagai seorang trader dan juga penyimpan emas, saya membuat analisis teknikal emas. tujuan utama adalah untuk memperolehi keuntungan disetiap kenaikkan dan penurunan emas. itulah seorang trader. apabila emas turun, kita boleh rancang kewangan untuk beli emas pada harga murah.

apabila emas meningkat, kita beli emas melalui broker dan saya menggunakan broker TICKMILL (
@tickmillinfo) untuk membuat transaksi perdagangan saya.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana hasil yang saya perolehi ini bukanlah satu malam tetapi setelah bertahun-tahun dalam bidang ini barulah saya faham dengan jelas berkaitan perdagangan.

nasihat saya buat traders baru atau penyimpan emas, mulakan pelaburan anda dengan memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan anda tentang emas.

bagi mereka yang tidak mahu resiko yang terlalu tinggi, boleh meminimumkan resiko anda dengan membeli emas melalui akaun GAP.

akaun GAP ni simple je. serendah RM100 sahaja anda sudah boleh memiliki emas 0.35gram. kalau anda ada RM248 (harga semasa pada 28.2.2021) maka anda boleh memiliki emas 1gram.

tetapi untuk mula menyimpan emas dalam akaun GAP, anda perlu membeli emas mengikut harga kedai iaitu RM350 (EMAS 999). selepas buka akaun GAP barulah selepas itu anda boleh membeli emas ikut harga semasa.


jika anda ada persoalan lain, tinggalkan komen dibawah ya. Jazakallahu khayran. selamat maju jaya. ☺️❀️