#NOTAEMASFARID
672 subscribers
519 photos
39 videos
5 files
203 links
Kerja bertahun tetapi nak adakan simpanan RM1000 pun susah? Maka segera beralih kepada simpanan Emas. Click link untuk dapatkan E-Book Emas bernilai RM199 secara PERCUMA :πŸ‘‡

http://linktr.ee/faridmajid
Download Telegram
Perbezaan publicgold dan pgmall

Sebelum tu penting untuk kita tahu publicgold dan pgmall adalah dua entiti yang sama namun berbeza fungsi dan berada dalam satu group dinamakan PG Group. Publicgold belian emas lebih kepada online sedangkan pgmall belian emas secara fizikal.

Publicgold boleh simpan sikit-sikit secara GAP ataupun bayar secara bulanan iaitu EPP ataupun potongan secara bulanan iaitu autodebit namun semua fungsi ni adalah untuk mendapatkan emas fizikal.

Apabila beli secara online, bermakna kita perlu bayar postage untuk terima emas fizikal melainkan jika kita beli emas lebih 21.25gram. kena buat appointment dan walk-in kaunter. Ini tujuan keselamatan kerana nilai insuran emas max rm5000 sahaja. (Jika salah minta perbetulkan)

Apabila kita order secara online melalui publicgold, kita akan terima emas dengan running number yang terkini sebabnya ia dicetak dikilang. Dan adakalanya jika stock ada, maka kita akan terima emas lagi cepat.

Berbeza dengan pgmall, ia khusus bagi mereka yang membeli secara terus. Walk-in pgmall. Semua stock yang dijual adalah ready stock. Beli emas terus dapat emas segera disitu juga.

Jika beli di publicgold secara online kena tunggu postage barulah dapat emas atau buat appointment sekurang2nya dua minggu baru dapat emas.

Adakalanya stock dalam publicgold tiada tetapi di pgmall ada. Ini menjadikan emas tersebut nilainya lebih mahal. Ada kad yang dicetak terhad. Jika kad itu dicetak untuk 10ribu unit, maka jika 10 ribu unit tu habis dijual, maka tiada pengeluaran emas untuk edisi tersebut lagi. Jika kita withdraw GAP pun tiada emas tu tetapi di pgmall ada. Inilah yang menjadikan pgmall unik.

Untuk jualan balik emas di publicgold pula, harga jualan sama seperti di website publicgold di ruangan PGBuy.

Semoga bermanfaat 😊
KEBOHONGAN TENTANG WANG

Jika KERJA LEBIH KERAS, tabungan akan jadi lebih banyak ❌
Makin BESAR PENDAPATAN, makin BESAR HUTANG βœ…

Urus WANG dengan hanya BERJIMAT ❌
Belajar JANA PENDAPATAN jugaβœ…

Kawan saya GAJI SAMA tapi KERETANYA BESAR ❌
hakikatnya HUTANGNYA JUGA BESAR yang kita tak nampakβœ…

PEMBIAYAAN PERIBADI untuk simpanan kecemasan❌
Menyimpan dengan cara berhutang TIDAK TEPAT βœ…

kewangan saya BERBEZA dengan kes orang lain❌
Berbeza bila kita TAK BIJAK URUS WANG βœ…

Duit banyak bukan boleh CIPTA BAHAGIA ❌
Kemiskinan juga TIDAK BOLEH beli apa-apaβœ…
Ada orang kata...

Gaji tak cukup nak menyimpan macam mana?

Gaji kecik hutang pulak banyak nak menyimpan macam mana?

Nantilah ada wang lebih saya menyimpan..

Tunggulah bonus dulu baru menyimpan..

Kalau ada emas banyak boleh buat ape??

Dan bermacam-macam lagi alasan yang diberi.

Walhal..

Gaji naik setiap tahun..

Setiap tahun ada bonus..

Apa yang mereka buat?

Overlap loan tambah hutang..

Nak beli barang yang lama dah tunggu..

Apa yang mereka tak nampak dan tidak tahu adalah..

Mereka boleh menyimpan dengan kenaikkan gaji setiap tahun, belanja apa yang ada sahaja.

Mereka boleh menyimpan dengan bonus yang diterima setiap tahun.

Sebenarnya..

Bukan mereka tidak boleh menyimpan.

Mereka cuma beralasan sahaja.

Orang yang berjaya mencari seribu satu cara untuk berjaya.

Sedangkan orang yang gagal hanya beralasan sentiasa.

Fikir-fikirkanlah. Tidak semestinya hari-hari yang baik dan cerah sentiasa ada. Ada ketikanya jika datang hari yang gelap, lalu bagaimana kita diwaktu itu? Mulakan langkah dengan segera. Harga emas tidak tunggu anda.
EMAS TIADA DIVIDEN NAMUN PERMINTAAN TERHADAP EMAS SENTIASA ADA

Cukuplah gambar ini menjadi bukti bahawa permintaan terhadap emas sentiasa ada.

Memang benar, harga emas adakala turun, adakala naik. itu biasa. itu dinamakan permintaan dan penawaran dalam pasaran.

cuma apa yang anda perlu faham, beli emas bererti anda menyimpan wang, apabila perlukan wang anda perlu pajak emas atau menjualnya barulah anda dapat wang.

pajak tebus, pajak tebus itu perkara biasa bagi penyimpan emas yang biasa memanfaatkan emas mereka, jika anda rasa memajak emas itu leceh, susah, sebenarnya menyimpan wang dalam akaun jauh lebih menakutkan berbanding menyimpan emas.

perkara ini pernah berlaku di negara-negara luar, itu bukti yang nyata yang berlaku amat dekat, bukan jauh jangkamasanya tetapi baru beberapa tahun kebelakangan ini berlaku.

mereka yang menyimpan wang dalam bank, apabila berlaku krisis ekonomi, wang mereka tidak dapat dikeluarkan dari bank walhal itu hak mereka, wang mereka tetapi apabila mereka menyimpan wang di bank, bank pula yang kawal keluar masuk wang mereka.

inilah hakikat yang berlaku pada semua penyimpan wang. itu belum lagi jika berlaku peperangan, wang yang banyak pun belum tentu dapat dilarikan atau diselamatkan berbanding emas.

10 dinar bersamaan Rm10ribu, sekeping je. senang nak bawa ke mana-mana sahaja. itu yang seronoknya simpan emas.

jadi kesimpulannya, fahamkan dengan betul kenapa penting menyimpan emas. sekiranya anda tahu betapa pentingnya simpan emas, anda tentu akan segera perbanyakkan GRAM EMAS anda. apabila harga emas jatuh tambah emas dengan senyuman, namun jika ada wang di tangan, jangan lengah, terus tukar wang kepada emas sebelum berbelanja.

pajak tebus, pajak tebus itu BIASA bagi penyimpan emas, perbanyakkan ilmu tentang emas, tentu anda akan lebih yakin untuk perbanyakkan gram emas sampai berkilo-kilo pun anda tidak risau.

dapat sesuatu? semoga bermanfaat ☺️
*RAHSIA PUBLICGOLD YANG TIDAK RAMAI ORANG TAHU*

Saya ingin berkongsi tentang suatu rahsia publicgold yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu.

Saya terpanggil untuk berkongsi rahsia ini kerana saya tidak mahu menjadi seorang yang selfish.

Dengan berkongsi dan berbahagi pengetahuan ini, semoga bermanfaat bagi anda untuk terus menyimpan emas publicgold.

Sebenarnya dalam portal publicgold, terdapat harga yang dinamakan "suggested retail price"

Ia membawa maksud harga retail untuk belian emas yang berada di pasaran semasa.

Untuk anda yang "malas" nak mengkaji tentang apakah jangkaan kenaikkan harga emas akan datang, sebenarnya harga suggested retail price ini boleh membantu anda untuk menentukan kenaikkan harga emas pada masa hadapan.

Sewaktu saya kenal emas dulu, harga pertama emas saya dan banchmark saya adalah RM180segram.

Namun begitu harga suggested retail price pada waktu itu adalah RM290segram.

Saya pun berfikir kenapa harga jualan emas di pasaran lebih mahal berbanding harga GAP.

Ini kerana harga GAP merupakan harga ahli untuk yang register publicgold sahaja. Jadi untuk mereka yang tidak register, perlu membeli emas 1gram pada harga retail itu.

Disebabkan inilah kelebihan menjadi ahli publicgold. Namun tiba-tiba, selang beberapa tahun kemudian, harga emas mula menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2020 tak silap saya, harga GAP dalam range RM240 begitu tetapi harga suggested retail price telah mula naik dari rm290 kepada RM350. Saya pelik. Kenapa tiba-tiba harganya naik mendadak.

Rupa-rupanya publicgold sendiri sudah tahu harga pasaran emas sedang naik dan bakal melepasi harga rm290.

Tahu-tahu sahaja pada tahun 2021 hingga 2023, harga emas telah mencecah RM300segram. Memang betul potong harga rm290 itu tadi.

Itulah sebab kenapa saya katakan bahawa suggested retail price itu merupakan rahsia publicgold.

Anda boleh menjadikan suggested retail price sebagai banchmark anda untuk menentukan harga emas akan naik atau tidak pada masa hadapan.

Semoga info ini membantu anda. Selamat mencuba dan selamat menjadi penyimpan emas tegar. β˜ΊοΈπŸ€—
Harga pada 09.08.2023
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
CARA-CARA TOPUP GAP PUBLICGOLD.

Boleh juga follow account tiktok saya, dalam tiktok saya akan kemaskini segala panduan berkenaan apps publicgold. Terima kasih

Click link ini πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSLVTEYfE/
Doakan saya supaya mencapai tahap Master Dealer (MD) ya tuan/puan. Supaya saya dapat memberi kesedaran kepada lebih ramai keluarga betapa pentingnya simpanan emas ini demi masa hadapan mereka. Benci inflasi? Simpanlah emas, emas kalis inflasi. Terima kasih 😊❀️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tutorial Lengkap Daftar Akaun Publicgold di tiktok/farid_majid

Click link di bawah πŸ‘‡

https://www.tiktok.com/@farid_majid?_t=8ep1tK9jRyc&_r=1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Masyarakat Melayu dahulu memiliki sekurang-kurangnya 1 bahare emas atau bersamaan 180kilo emas, jika masyarakat dulu boleh simpan sebegitu banyak emas, untuk apa generasi kita pada hari ini perlu khuatir untuk menyimpan emas? 😌 https://vt.tiktok.com/ZSLGkLFas/
*Cara Dapatkan Harga Emas Paling Rendah?!*

"Ada kawan bagitahu, dealer Public Gold dia akan update harga semasa rendah atau tinggi. Jadi time tu, mereka akan tolong lock gold bar atau dinar, dan buat bayar ansuran...", tanya seorang penyimpan emas kepada saya.

Jawapan balas saya, "Owh... Sebenarnya tak perlu buat macam tu kalau betul-betul nak kaya dengan emas..."


Tak siapa tahu
Saya tahu dia tanya soalan tu sebab dia fikir nak kaya dengan emas ni hanya sekadar "beli harga rendah jual harga tinggi".

Apa yang dia tak tahu, sebenarnya dealer Public Gold tu pun tak tahu bila harga benar-benar rendah.

Sebab harga emas ni sentiasa naik turun setiap minggu, setiap hari, bahkan setiap 20 minit kalau emas Public Gold!

Kalau harga hari ini rendah, harga besok mungkin lebih rendah... Tak siapa tahu...

Jenuh kalau nak tunggu harga paling rendah...

Dapatkan benchmark harga
PERTAMA sekali, hakikat yang kita kena tahu, tak siapa tahu bila harga benar-benar rendah.

Sebab "rendah" tu terlalu subjektif.

Cuma bila dah bermula, kita dah ada benchmark tersendiri bila harga emas tinggi atau rendah. Harga rendah tahun ni tak sama dengan rendah pada tahun lepas.

Dan kita cuma dapat tahu harga emas paling rendah (dalam sesuatu tempoh masa) bila ianya dah jadi sejarah. Tahu pun tak guna...

Kuncinya kena bermula dulu dengan 1 gram pertama. Barulah kita ada benchmark harga tersendiri.

Konsisten menabung jangka panjang
KEDUA, kalau untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), beli sahaja. Tak perlu tunggu harga rendah.

Apa yang pasti, harga hari ni boleh dikatakan confirm lebih rendah berbanding beberapa tahun akan datang.

Jadi kalau nak cepat kaya dengan emas, jangan tengok harga. Yang penting kena KONSISTEN menabung setiap bulan.

Bila emas kita banyak, confirm kita akan lebih kaya. InsyaAllah.

Konsisten menabung jangka panjang
Setakat pengalaman saya sejak 2010 dalam emas, cara paling mudah nak konsisten menabung emas, beli emas melalui Akaun Emas GAP. Dan yang paling baik guna kaedah GAP Auto Debit.

Nak berjaya apa bidang sekalipun, perkara paling susah ialah "bermula". Perkara kedua paling susah ialah "konsisten".

Bila dah ambil langkah pertama, dan konsisten buat perkara yang betul, kejayaan cuma persoalan masa sahaja.

InsyaAllah.

Kredit to : tuan zulkifli shafie
Dibuka setiap hari.

Berita baik untuk semua penyimpan emas Public Gold.

Branch #MenaraPublicGold dibuka setiap.

⏰ 10:00 pagi - 6:00 petang

βœ… Urusan jual balik emas lama pada harga tinggi.
βœ… Urusan collect emas fizikal item besar 50 gram & 10 dinar ke atas - kena buat appointment.
βœ… Beli barang kemas PG Jewel pelbagai design pada harga kilang.

Yang belum jadi customer #PublicGold, register dulu sebelum datang dengan mana-mana dealer untuk mempercepatkan urusan.
*Kaya disebabkan pajak tebus emas*

Ada yang beranggapan pajak ini adalah kita berhutang namun hakikatnya apabila kita tidak ada strategi pajak dan strategi tebus. Maka memang benar, ia akan menjadikan kita bertambah miskin dengan emas!

Namun sekiranya anda tahu strategi pajak tebus yang betul, maka pajak itu sendiri akan menjadi simpanan buat anda.

Atas dasar inilah saya berkongsi strategi ilmu pajak tebus supaya mendatangkan manfaat buat anda semua.

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa pajak ini berhutang dan jika anda ada target untuk membeli kereta atau rumah dalam jangkamasa 5 tahun pertama pajak jangan pajak di bank, pajak di pejabat pos arrahnu.

Ini kerana pejabat pos arrahnu, pinjamannya tidak masuk dalam CCRIS dan pajak di bank pula masuk ccris.

CCRIS merupakan rekod pinjaman dari pihak bank. apa jua pinjaman samaada kereta, motor, ptptn, arrahnu, kad kredit masuk dalam rekod ccris bagi tujuan mengenalpasti rekod bayaran balik anda teratur dan tiada tunggakan.

untuk memulakan pajak, anda memerlukan 1 dinar terlebih dahulu.

apabila 1 dinar di tangan, anda pajak 1 dinar itu.

konsep 1 dinar ini adalah

pajak 1 dinar akan dapat pinjaman RM1000. itu confirm dan jika dapat lebih itu bonus.

bayaran bulanan pula RM110 selama tempoh 10 bulan.

dan untuk topup wang dari hasil pajak bagi membeli dinar berikutnya adalah dengan modal RM300.

setelah pajak, di tangan akan ada 1 dinar, 1 dinar lagi di pajak, selepas membayar pajak dalam tempoh 10 bulan, maka di tangan anda akan ada 2 dinar.

itu proses tahun pertama.

tahun ke-2, anda pajak 2 dinar, topup RM600 untuk membeli 2 dinar dan bayar pajak RM220 sebulan. anda ada 2 dinar di tangan, 2 dinar di pajak. hujung tahun anda akan ada 4 dinar di tangan setelah tebus dinar itu.

itu proses tahun ke-2

tahun ke-3, anda pajak 4 dinar, topup RM1200 untuk membeli 4 dinar dan bayar pajak RM440 sebulan. anda ada 4 dinar di tangan, 4 dinar di pajak. hujung tahun anda akan ada 8 dinar di tangan setelah tebus dinar itu.

itu proses tahun ke-3

tahun ke-4, anda pajak 8 dinar, topup RM2400 untuk membeli 8 dinar dan bayar pajak RM880 sebulan. anda ada 8 dinar di tangan, 8 dinar di pajak. hujung tahun anda akan ada 16 dinar di tangan setelah tebus dinar itu.

itu proses tahun ke-4

tahun ke-5, jika diambil dari kemampuan bayar balik pajak anda sebelum ini RM880, dan purata kenaikkan gaji anda RM500 sebulan dalam tempoh masa 5 tahun, maka anda akan ada kemampuan bayar balik RM1380. pada tahun ke-5 ini anda tidak perlu pajak lagi.

Pajak tebus ni sampai bila persoalannya?

Pajak ni ada limitnya bukan pajak 1kilo emas tetapi limitnya adalah 20 dinar sahaja dan bawah 2 tahun itu sahaja.

Adakan simpanan sehingga mencecah 20 dinar dan pada waktu itu anda akan tahu dari awal kemampuan bayar pajak bermula rm110 sebulan untuk 1 dinar sehinggalah anda mampu membayar sehingga RM1500 sebulan pajak.

Setelah anda berjaya pajak tebus dan ada kemampuan untuk bayar balik pajak rm1500 sebulan, waktu itu anda tidak memerlukan pajak lagi, anda hanya perlu beli dinar setiap bulan!!

Itulah target pajak tebus. Setahun 1 dinar, 12 bulan ada 12 dinar atau simpanan rm12ribu. ditambah lagi dengan simpanan 16 dinar sebelum ini total anda ada 28 dinar atau simpanan sehingga RM30ribu. Semua ni hanya untuk jangkamasa pendek. 5 tahun pertama.

dan setelah itu, anda hanya perlu pajak sekiranya anda memerlukan wang untuk biaya pendidikan anak, umrah, bercuti, insuran kereta, haji dan sebagainya. Cara bayar pajak pula sama seperti yg anda buat sebelum ini iaitu 10 bulan sahaja. lagi banyak sebulan anda mampu simpan lagi bagus.
Semoga dengan perkongsian ini bermanfaat untuk ada. Terima kasih