Tips Kewangan & Hartanah Azizul
86.5K subscribers
8.6K photos
76 videos
39 files
2.24K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
Platform Marketplace Paling Famous di Malaysia iaitu Shopee memang pilihan utama orang membeli belah. Peniaga wajib kuasai ilmu Shopee dengan pantas.

Actually nak buat 3-5 angka dekat SHOPEE tak perlu ada produk sendiri pun sebenarnya. Dropship or affiliate je pun ok. Korang tak perlu simpan stok, packing brg dan pos barang.

Kalau korang nak belajar lebih detail, boleh tengok dekat link kat bawah ni :

https://ezy.la/autoshopee
#TabungHidup

KEHIDUPAN KITA

1. Menurut Bryan G.Dyson kehidupn ini ibarat seorang akrobat melambungkan lima biji bola ke udara.

2. Bola tersebut diumpamakan ;

+ Pekerjaan
+ Keluarga
+ Kesihatan
+ Sahabat
+ Semangat

3. Kita kena senantiasa pastikan bola ini terapung diudara dan jangan sampai jatuh.

4. Jika perlu lepaskan, lepaskan kan bola 'Pekerjaan'. Bola ini daripada getah dan ia boleh melandun keatas semula.

5. Empat bola lain diperbuat dari kaca, sekiranya terjatuh buruk akibatnya dan ia tidak akan kembali seperti asalnya.

6. Kita harus faham perumpamaan ini demi menjaga kelangsungan hidup.

Raya ini lambunglah tinggi tinggi bola 'keluarga' dan 'persahabatan' dengan ziarah mereka.

Jangan lupa ziarah gegadis yang buat pintu hati kita terbuka, mereka gembira jika kita datang bawa buah tangan untuk ibu mereka :-p

Salam Aidil Adha buat semua

#HidupSecaraSederhanaDanBuatOrangGembira
#TabungRumah

BAGAIMANA BELI RUMAH PERTAMA DENGAN MUDAH?

Dalam keadaan ekonomi perlahan ini, masih bolehkan beli rumah?

Sampai bila kita akan kekal menyewa?

Apa strategik pelaburan bila kadar OPR masih sama 3.0% kekal?

Rumah apa yang sesuai buat keluarga saya?

Mula kerja, apa jenis kediaman yang baik buat nasa depan?

Rumah landed atau rumah bertingkat?

Saya kongsikan semua formula bagaimana kita nak beli kediaman yang betul dan baik buat keluarga tercinta.

Semuanya PERCUMA.

Lebih istimewa ada 50 naskah buku percuma buat peserta paling awal sampai dan daftar.

Tarikh : 23 Sept 2023
Masa. : 11.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Rumah Contoh Senni 3A Bukit Banyan Sungai Petani. Kedah Darul Aman.

Jumpa disini ya!

https://goo.gl/maps/pxXyGoFiqAwjyy4C6

Azizul Azli Ahmad
#TabungKewangan

PILIHAN GAYA HIDUP KITA

Ada dua pilihan gaya hidup untuk kita, kita tentukan dan pilihlah sendiri.

1. Hidup Diluar Kemampuan

Kita bina hutang kad kredit, ansuran mudah, skim kereta graduan, zero deposit, raja sehari dengan pinjaman dan sikap ambil mudah dengan hutang.

2. Hidup Dibawah Kemampuan

Jauhi segala skim yang ada diatas. Belanja ikut KEPERLUAN dan Bukan KEMAMPUAN.

Nelofa kalau dia dah suka, naik LRT pun tak mengapa :-p

Azizul Azli Ahmad

#CorakHidupKitaSendiriBagiWarnaWarni.
#BeliRumahUntukBakalIsteri
#TabungASB

Terlalu banyak dah soalan mana lebih untung. ASB biasa atau ASB Financing.

Okay tengok gambar di kita share tu, untuk perbezaan hasil kira-kira kalau kita ada RM899 dan simpan di ASB biasa juga di ASB Financing.

Dan macam mana nak labur ASB di zaman dividen agak rendah ni? Dan adakah ASB Financing masih relevan?

Ha, saya dah kongsikan dalam posting sebelum ni, boleh baca, membaca amalan mulia:

https://www.facebook.com/1335008716/posts/pfbid09msd1KDHu8y7z65J67TUCvPmyhybhkGUrViGei4yLADoSFwscVpkisnt9JBVDytcl/?mibextid=cr9u03

Apapun, bagi saya, yang rugi jika kita tiada langsung tabungan. Masih ramai yang belum ada pun akaun ASB biasa.

Bermulalah bertindak untuk sediakan simpanan dan pelaburan di platform yang kita semua tahu stabil dan rendah risiko ni. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Boleh hubungi kenalan saya yang memang dah lama menguruskan untuk pendaftaran ASB & ASB Financing Islamic (ASBFi) ni di sini :

https://nakasbfni.wasap.my/

https://nakasbfni.wasap.my/

Juga banyak tips percuma dikongsi di sini, boleh FOLLOW:

https://bit.ly/Nitipspercuma

Urus, bukan boros begitulah sebaiknya.
#TabungDiri

RAMAI BUAT TAK SEMESTINYA BETUL

1. Jika ramai kawan pejabat masuk apa apa skim, bukan semestinya skim itu betul buat semua orang.

2. Bila ejen kata ramai dah kaya dengan skim emas laverage yang dia iklankan. Belum pasti khabar itu baik dan betul.

3. Bila semua sedara mara pakat mintak kita loan untuk kahwin sebab mereka semua dah pernah buat. Bukan bermakna itu betul.

4. Bila semua orang gaji naik, gatal ketiak nak tukar kereta baru yang besar sesuai dengan pangkat. Tak perlu buat.

5. Bila semua orang reward diri tiap bulan jalan jalan ke Genting. Kita tak perlu ikut sebenarnya.

6. Bila ejen kata insuran ini ada skim pelaburan bersama dan ramai kawan sekolah kita dah masuk. Janganlah percaya.

7. Bila sifu kata beli rumah dengan pemaju ini bagus, semua orang beli dah untung. Semak balik, dia yang untung atau kita yang rugi nantinya.

kawan kawan,

Ramai orang buat bukan jaminan skim itu baik dan halal.

Belajar jadi matang dan dan buat keputusan dengan bijak dan tenang.

Dunia palsu dan tipu tipu sentiasa berjaga, kita sahaja yang terlelap oleh janji palsu mereka.

sumber dari Azizul Azli Ahmad
Contoh idea untuk tambah pendapatan anda.

Antara salah satu cara untuk tambah income zaman sekarang ini adalah dengan MENJUAL DI SHOPEE..

Yang bestnya, korang tak perlu nak bungkus barang, nak pos barang dan update tracking number pada pelanggan. Semua tu supplier yang buat. Korang cuma buat bayaran pada supplier pada harga dropship. Itu saja.

Kalau tak tahu cara, boleh belajar kat sini
—> https://ezy.la/autoshopee
#TabungHutang

JANGAN JADI BAIK HINGGA MUFLIS?

1. Banyak kes saya jumpa membantu keluarga hingga jadi susah.

2. Yang beri pinjam niatnya sangat luhur nak bantu keluarga dan ibubapa. Tak semua orang berfikir baik seperti kita.

3. Yang meminjam tahu, kalau tak bayar pun dia 'tetap kakak dan abang aku'. Peduli apa.

4. Lebih pedih yang beri pinjam dituduh anak derhaka bila mintak hutang lama, "anak tak kenang budi dan bantu keluarga"

5. Ayat ayat pedih, "Dengan adik pun nak berkira", "Sikit saja pun", "Alah dah senang bukan boleh tumpang", "Semua orang buat loan ok saja".

Mereka tak tahu siksa membayar hutang ini dan malunya meminta.

6. Cadangan saya, jangan sesekali buat hutang untuk bantu orang. Bantu ikut duit yang ada dalam tangan.

7. Jika segan dan malu dengan keluarga sendiri, belajar kata TIDAK dan cipta alasan. Orang belum kena mereka tak ada perasaan.

8. Bab duit tiada istilah ihsan dan kesian. Jika nak beri juga anggaplah sedekah dan jumlah yang kita rasa jika tak bayar kita boleh halalkan sahaja.

9. Mak, ayah, keluarga dan saudara mara, janganlah ambil kesempatan atas kebaikan anak anak kita. Mereka teruja nak berbakti, kita tekan buat hutang agar mereka cepat 'mati'.

Zalimnya kita ibubapa.

10. Jangan mudah simpati, belajar lindungi diri. Bila dah jadi nak menangis tak guna lagi. Biar orang kata derhaka, kedekut, keras hati janji tak ada hutang peribadi

Abah Qilah
Pesan buat adik adik kita
#TabungPelajar

KISAH NASI RM1 UNTUK 2 ORANG

1. Kisah ini pelajar saya yang punya. Setiap kali makan dia hanya peruntukkan RM2 sahaja.

2. Katanya "ambil nasi banyak untuk 2 orang makan, harganya tetap RM1, en" "ambillah banyak mana pun"

3. "Kawan saya akan beli 2 biji telur masak sambal atau kuning yang berkuah". Harga 2 biji telur baru itu RM1 sahaja.

4. "Kami bahagikan nasi dan telur tadi dan makan dengan tenang."

5. "Belanja saya seminggu RM30 sahaja"

Ini sebahagian dari kisah hidup pelajar dan anak kita. Ayahnya hanya peniaga biasa.

Tapi ada juga yang belanja sebulan seribu.

#BelajarDanBerkorbanBaruCemerlang
Mindset pelaburan gaya orang cina..

Beli hartanah lebih baik dari beli emas,
Sebab hartanah boleh sewakan selain tunggu market value naik berbanding emas hanya tunggu harga naik..

Baik menyimpan dari melabur, kerana menyimpan dah tentu ada pulangan dividen, berbanding melabur belum tentu ada untungnya..

Kerja sendiri lebih baik dari makan gaji.. kerana makan gaji kerja macam mana pun hasilnya tetap banyak itu kalau kerja kurang sudah tentu gaji dipotong, berbanding kerja sendiri.. usaha lebih dapat lebih..

Kalau ada perniagaan yang untung beratus dalam sejam, buat apa lagi kerja untung berpuluh dalam tempoh yang sama? Upgrade perniagaan lain yang cepat untung..

Kalau boleh berjemaah, lakukan bersama.. untung sikit pun tetap untung.. kalau rugi pun tak tanggung berseorangan.. cara terbaik mereka dengan berpesatuan..

Melabur kepada unit yang menjana roi yang lebih pantas, kalau beli rumah RM300K sewa RM1500, baik beli tanah RM300K buat kebun yang pulangannya berlipat kali ganda..

Ada duit lebih, mereka habis untuk dapatkan makanan berkhasiat, organik, untuk memberikan kesihatan yang lebih baik..

Ada duit lebih lagi, kembangkan business lagi.. , upgrade pelindungan diri dengan insurans, cari networking, cari ilmu baru, cari peluang baru, cari asset baru, keluar negara terokai cabaran baru..

Ihsan Zainal
Ingatkan dah habis study masa beli rumah? Rupanya masih ada yang terlepas pandang

"Sebab masa tu pemaju bagi rebet, bagi cash back 30k lagi. Rasa seronok dapat beli rumah tanpa modal. huhu" kata klien

Tak susah pun nak beli rumah ni. Sebab bila mata sudah dikaburi, banyak benda ko akan terlepas pandang.

9 tips asas paling senang nak faham masa buat keputusan beli rumah. Kasi hadam

1) Jangan beli rumah tepi sungai atau kawasan rendah.

2) Buat kajian kawasan topografi kenaikan level air 20-30tahun akan datang. Guna Link ni 👇
https://coastal.climatecentral.org/

3) Kalau korang jenis umur atas 45 lebih baik pilih rumah setingkat. Takut-takut lutut tak tahan naik turun tangga.

4) Kalau aras jalan lebih tinggi dari level rumah, terus lupakan niat tu. (Risiko banjir kilat).

5) Kalau tepi laut atau sungai. Jangan beli rumah yang lagi rendah dari aras laut. Risiko banjir lumpur lagi naya.

6) Kenapa rumah banyak crack? Sebab beli kawasan lombong atau tanah gambut.

7) Tanya jiran-jiran kalau kawasan rumah kerap alami gangguan air atau banjir.

8) Jangan beli rumah yang berdekatan kilang, tapak pelupusan sampah, kolam tah1, kubur.

10) Elakkan beli kawasan sekitar yang ramai penduduknya dikalangan pendatang warga asing.

11) Jangan beli projek perumahan yang banyak dapat gula-gula macam rebet, cash back. Risiko akhirnya kita yang digula-gulakan pemaju. (Banyak kes berlaku)

12) Kalau nak beli rumah baru, pastikan ada Defect Liabiliti Period (DLP).

13) Kalau beli komersil projek, kena tahu biasanya Defect Liabiliti Period (DLP) beberapa bulan sahaja. Risiko nak baiki defect tinggi.

14) Jangan beli rumah dengan pemaju yang ada rekod blacklist. Boleh semak rekod pemaju di link ni https://ehome.kpkt.gov.my/

15) Kalau dah terbeli rumah baru dan ada banyak defect, terus lantik Defect Inspector untuk inspection rumah dan buat tuntutan sehingga ke Tribunal jika pemaju culas. Boleh DM saya.

16) Beli rumah ikut apa yang kita mampu bayar, takut-takut tak sampai setahun tak mampu bayar kena lelong.

17) Pergi melawat kawasan rumah tu waktu siang, malam, hujan, banjir, ribut. Jangan lupa tanya jiran sekitar.

Satu lagi yang ramai terlepas pandang, pastikan rumah yang sudah diubahsuai pemilik lama ada buat kelulusan pelan di majlis perbandaran.

Jika tidak, kesalahan tu akan jatuh kepada pemilik baru dan anda yang akan disaman 10-20 kali ganda dari fee kelulusan majlis.

Setiap kesilapan ada kos yang perlu ditanggung. Takkan kita nak bazir buang duit sebab silap sendiri? Salah siapa?