Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80K subscribers
9.18K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#syafiqahubookreview

#2 Wang Ada di Mana by Dr. Azizul Azli Ahmad

Buku kedua yang dicapai selepas Mudahnya Beli Rumah. Intipati buku:

Cara urus gaji. Gaji biasa-biasa yang diurus dengan baik = luar biasa ye kawan-kawan.

Beli rumah ikut kemampuan. Dalam ni banyak jugak dr. tekankan.

Berbelanja ikut kemampuan. Sila ukur baju dibadan sendiri ye.

Tabung-tabung yang boleh dilakukan.

Cara jana pendapatan melalui rumah.

Cara elak wang gaji anda melayang-layang terbang entah kemana.

Beberapa pelaburan yang tidak digalakkan join bagi yang baru bekerja yang berhajat untuk memiliki rumah pertama. Sesuai untuk fresh grad, students ipta/s. Do care about your financial management ya. Jangan pakai belanja ja. Susun atur kewangan anda. Lagi awal lagi bagus. Fokus.

Mind setting mengenai kita dan wang. Haha. 👻👻👻

Buku ni fokus kepada pengurusan kewangan. Pilihlah mana yang bersesuaian ikut keadaan diri dan kemampuan masing-masing. Juga fokus menyusun kewangan supaya boleh membeli hartanah, bukan merungut sahaja sampai kesudah mahalnya rumah. Huhuhu.

Masa membaca yang diperlukan:
1jam 30minit ke 2jam. Bergantung laju mana mata ampa membaca. Jangan sampai juling sudah. 😆

Selamat membaca guys!

Another 3 books coming soon ya. Kasi can la nak grab buku lain pulak. Haha. Baru tak tepu sangat. 😜😜😜
#TabungRumah

BELI DIBAWAH HARGA PASARAN

1. Sebaiknya yang 10%-20% dibawah harga pasaran.

2. Jika bank kata nilai rumah itu RM200,000. Belajar negosasi hingga pemilik jual pada kita pada harga RM180,000 sahaja.

3. Semakin rendah semakin baik, jangan kata tak ada. Berlambak dipasaran sekarang ini ada.

4. Perlu bijak susun kata kata cinta, alah nak ngorat pun takkan nak ajar juga :-p

#MengoratJururawatPerlukanIlmuApatahLagiBeliRumah
#TabungGawat

TIPS ZAMAN KERING INI

Jual sahaja kereta 'mewah' yang ada, walau sayang dan rasa rugi. Ia hanya emosi sementara.

Rugi sekarang atau rugi sepanjang zaman.

#BeliKeretaKecilSahaja
#TabungKehendak

HIDUP MENGIKUT KEMAMPUAN

Kegagalan kita dalam menguruskan wang disebabkan kita gagal membezakan antara KEHENDAK dan KEPERLUAN .

KEPERLUAN

1. Makanan
2. Tempat Tinggal
3. Pakaian
4. Masa berkualiti dengan keluarga
5. Kereta / motosikal
6. Telefon bimbit
7. Komputer

KEHENDAK

1. MAKANAN-Makan dihotel mewah dan berstatus tinggi, maklumlah nak updated kat FB. Kat mamak tidak gengsi.

2. TEMPAT TINGGAL - Mesti bunglo yang ada kolam mandi sampai 7 tingkat tinggi.

3. PAKAIAN - Mesti berjenama Polo yang berlogo besar moto.

4. MASA BERKUALITI KELUARGA -Bercuti mesti keluar negara, bergambar dengan Air Asia. Baru bergaya.

5. KERETA -Tidak perlu honda atau toyota, cukuplah dengan Proton Saga.

6. TELEFON-Telefon bijak pandai, tetapi kredit selalu tak ada.

7. KOMPUTER -Mesti beli Apple tapi yang tahu 'microsoft word' sahaja.

Sebarang keputusan yang dibuat sama ada melibatkan keperluan atau kehendak akan memberi kesan terus kepada perbelanjaan anda.

Kenal pasti apakah kita lebih berbelanja atau nafsu kita sedang jadi RAJA.

Azizul Azli Ahmad

#JanganBernafsuDenganKeretaBaru
#TabungGaji

GAJI BESAR

Satu kaedah untuk mendapatkan gaji besar adalah menjadi 'pakar'.

Menjadi pakar perlukan sedikit usaha dalam mencari ilmu, ia tidak semestinya ada pendidikan formal.

Ia boleh bermula dengan hanya sebuah minat.

Contohnya;

1. Kekal dalam kerja sekarang hingga jadi pakar bidang. Jika anda Pereka Dalaman, jadi pakar bidang khusus.

2. Jadi pakar bidang dalam rekabentuk pasaraya besar secara khusus sehingga anda jadi rujukkan di Malaysia atau dunia.

3. Timba ilmu dan hadir seminar tentang sistem pasaraya dan strategik pemasaranya.

4. Beli buku dan baca.

5. Membuat kajian khusus tentang pasaraya dari pelbagai aspek yang menguntungkan pengurusan.

6. Menulis di majalah dan akhbar secara konsisten tentang rekabentuk pasaraya.

7. Beri tempoh sehingga 2 tahun untuk menjadi pakar.

Setelah anda jadi pakar rujuk, gaji kecil akan jadi besar. Ia perlukan masa dan sedikit usaha.

+Pilih jadi pakar dalam bidang pengajian anda, atau;

+Jadi pakar atas apa yang anda minat.

+ Chef Wan merupakan graduan perakuanan yang menjadi pakar rujuk dalam bidang masakan.

+ Yuna graduan undang undang cipta nama dalam bidang nyanyian

+ Graduan Komputer Sains menjadi pakar enjin kereta formula 1 dan menjadi rujukan pengeluar kenderaan dunia.

Berazam dan cabar diri untuk jadi pakar, bukan tukang buat kelakar. Gaji anda akan mekar.

Azizul Azli Ahmad

#JadiPakarTidakSukar.
#TabungIlmu

Khusus buat warga Johor,

Jom kita belajar bagaimana nak beli rumah dengan cara yang betul.

Saya juga akan kongsikan dimana kawasan perumahan Johor yang paling popular.

[ #DILANCARKAN!, PELUANG PELABURAN HARTANAH DI JOHOR BAHRU! ]
.
Ramai yang boleh ajar anda untuk melabur dalam hartanah TAPI tak ramai yang BERTANGGUNJAWAB ATAS AJARAN ITU!

Klik sini --> https://megainfinite.com/hgb1.0/

Antara kita ramai yang dah tahu Johor Bahru ni adalah LUBUK DUIT tapi masih ramai juga yang tak ambil peluang ini.

• Ada yang kata boleh ke buat duit dengan hartanah zaman sekarang?

• Macamana nak tahu pelaburan hartanah itu menguntungkan?

• Ada yang dah beli hartanah tapi nak sewakan semula tak dapat ‘COVER’ bayaran bulanan dengan ‘Bank’

• Lebih tak best ada juga yang pernah ditipu oleh ejen hartanah satu ketika dulu (sejarah hitam silam)
.
.
SEGALANYA BERMULA DISINI!
.
.
Ketahui RAHSIA cara BUAT DUIT dengan MUDAH melalui SEMINAR HARTANAH GENERASI BARU di Johor Bahru sekarang!

Kami akan tunjuk kan macam mana kami akan bantu anda untuk:-

• Beranak kan duit anda melalui pelaburan hartanah

• Cara pilih hartanah yang menguntungkan

• TIPS & TRICK beli rumah dapat duit (cashback)

• Cara nak naik kan harga sewa sehingga mampu bayar bulanan dan dapat siap dapat ‘LEBIHAN’

• Ketahui proses pembelian rumah dan cara kira kelayakan supaya tak ditipu oleh ejen hartanah

Dan yang paling menarik kami akan dedahkan macamana nak jadi ‘1st Class Investor’ dengan cara yang SUPER SIMPLE!

Dah bersedia?

Butiran seminar:

TARIKH: 29 Mac 2020
MASA: 8:00 pagi - 6:00 petang
LOKASI: Dream Space Seminar Hall, 1 Tebrau, Seri Setanggi, Johor Bahru

Pendaftaran SUPER EARLY BIRD akan dibuka pada 5 Feb 2020 untuk 10 orang TERAWAL SAHAJA!

IT’S NOW OR NEVER!

Tunggu apa lagi?

Terus klik link dibawah untuk tempah tempat duduk anda SEKARANG:

https://megainfinite.com/hgb1.0/
https://megainfinite.com/hgb1.0/
https://megainfinite.com/hgb1.0/

#hartanahgenerasibarujb
#mip
#1stclassinvestor
#TabungRumah

RUMAH ORANG MUDA

1. Jika kita masih muda belilah rumah murah dulu.

2. Belilah rumah kos rendah jika itu yang anda mampu untuk bermula.

3.Jangan beli rumah yang mahal hingga anda tak mampu jalan jalan naik Air Asia.

4. Tidak berdosa beli rumah kos rendah itu. Setidaknya anda ada harta satu.

5. Ia boleh disewakan jika anda tak tinggal disitu.

6. Setelah stabil dan kaya raya baru beli rumah idaman malaya. Bermulalah dengan hidup sederhana.

7. Hutang beli rumah, hutang yang baik. Hutang beli kereta buat kita rasa terluka.

8. Gegadis suka lelaki yang ada rumah, itu tanda mereka 'gagah' :-p

#BeliRumahSeawalUsiaKerjaKita
#TabungDiri

1. Tak Boleh Kesan Penipuan

"Ishhhh takkan pakai lebai dan jubah nak menipu, sunnah nabi tu".

2. Salahkan Orang

"Ini semua kerajaan punya pasal la nie, tidak kita semua rakyat tak miskin".

3. Semua Setuju

"Boleh, berapa ribu nak pinjam pula kali nie?. Jup lagi saya bank in".

4. Duit Tak Pasti Kemana

"Kejap jer duit dalam dompet nie abis, ada toyol ker?"

5. Apa Orang Kata

"Pensyarah mana boleh pakai produa, bagi students gelak jer nanti hang nie".

6. Tak Pernah Melabur

"Duit bukan boleh masuk kubur bang".

Azizul Azli Ahmad

#ShareJer
#BanyakkanGunaAkal
#TabungWanita

JENIS BENCANA KEWANGAN WANITA.

1. Kematian Suami atau Ketua Keluarga.

Mintak suami beli Takaful Perlindungan Pendapatan, jika suami meninggal isteri dapat pampasan 10 tahun pendapatan. Pujuklah dengan baik bermula sekarang.

Ada perlindungan serendah RM25 sebulan.

2. Bercerai dan kehilangan kerja.

Ushakan beli sebuah rumah kecil sewaktu mula kerja, biar buruk pun tak mengapa. Jika apa berlaku kita ada pendapatan sewa atau jika dihalau suami durjana ada kediaman sendiri.

3. Masalah Kesihatan Ketua Keluarga.

Pastikan ada Takaful perlinduanga atau jika mampu kad perubatan. Keutamaan adalah Takaful perlindungan dari kad perubatan jika kita bajet kecil.

4.Tiada Kebebasan Kewangan Peribadi.

Kawal hutang kita, jangan bina hutang lebih dari 40% gaji walau suami pujuk suruh beli kereta Honda Siti.

5. Suami Gilakan Wanita.

Bila dia nak goda, mesti kena tabur duit sini sana. Duit buat keluarga mesti susut punya.

"Alah, makanlah apa yang ada" itu pasti bini kena. Maka menabunglah sebelum suami tergilakan janda dari Indonesia.

Jangan tunggu lelaki kaya, jadilah kaya.

Azizul Azli Ahmad.

#SayaBukanAgenTakaful.
#BersediaSebelumBencana
Salam Keluarga Telegram sekalian, jemput baca tulisan ini juga
Salam Keluarga Besar TELEGRAM. Saya akan berada di Shah Alam selama dua hari.

Jika ada yang berminat nak beli koleksi buku saya, boleh wasap saya terus dan kita berjumpa.

Boleh hubungi saya di 0165998902 .

Saya ada di Shah Alam hingga pagi Ahad ini. Sampai jumpa ya.

Saya bagi 30% diskaun buku jika beli terus dari saya. TERIMA KASIH gaiz.

www.wasap.my/+60165998902
#TabungDiri

Pagi semalam waktu balik dari hantar Qilah sekolah agama, saya nampak anak kecil naik basikal dalam taman.

Dia kayuh dengan sesungguhnya hinggalah sampai ke bonggol jalan.

Saya jangkakan jika sampai ke bonggol jalan dia akan perlahankan basikalnya, tetapi tidak.

Dia laju membelah bonggol jalan dan jatuh terguling. Saya terus berhenti dipinggir jalan.

Dia cepat cepat bangun, ambil basikal dan kayuh semula.

Kali ini dia cuba lagi, dia pusing basikal dan cuba lalui sekali lagi. Kali ini dia berjaya harungi tetapi nyaris jatuh. Kedua kakinya mencecah jalan tetapi berjaya kawal basikal.

Kakaknya terus datang menghampirinya dan dia ingin cuba lagi.

Tiada rasa sakit diwajahnya.

Saya belajar dari anak kecil ini, setiap kali lalu bunggol jalan saya sebolehnya ingin mengelak.

Melanggar bonggol jalan ini kurang enak, lemak lemak perut kita akan ikut berombak dan perlahankan motor kita.

Bagi anak kecil ini ia mungkin rasa seronok dan teruja.

Perjalanan hidup ini sama seperti bonggol bonggol jalan ini. Adakalanya rendah adakalanya tinggi.

Kita tidak boleh nak laju sahaja dalam hidup ini. Adakalanya kita perlu perlahan dan hati hati.

Bonggol jalan ini adalah cabaran dalan hidup kita, ia tidak buat kita berhenti. Ia hanya perlahankan hidup kita.

Anak kecil menjadikan bonggol jalan ini sebagai cabaran dalam hidupnya.

'Bapak besar' yang menulis kisah ini seboleh mungkin nak elak bonggol jalan bila berjumpa.

Dalam hidup kita ini kita akan tempuh banyak bonggol bonggol jalan ini, ia hanya untuk kita perlahan sahaja. Bukan untuk kita berhenti dari terus berjalan.

Itulah ceritanya.

Abah Qilah

#HidupAdalahPerjalanan. Jangan berhenti sebelum waktunya.

t.me/NotaAzizulAzli