Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80K subscribers
9.18K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungDiri

1. Tak Boleh Kesan Penipuan

"Ishhhh takkan pakai lebai dan jubah dan menipu, sunnah nabi tu".

2. Salahkan Orang

"Ini semua kerajaan punya pasal la nie, tidak kita semua rakyat tak miskin".

3. Semua Setuju

"Boleh, berapa ribu nak pinjam pula kali nie?. Jup lagi saya bank in".

4. Duit Tak Pasti Kemana

"Kejap jer duit dalam dompet nie abis, ada toyol ker?"

5. Apa Orang Kata

"Pensyarah mana boleh pakai produa, bagi students gelak jer nanti hang nie".

6. Tak Pernah Melabur

"Duit bukan boleh masuk kubur bang".

Azizul Azli Ahmad

#ShareJer
#BanyakkanGunaAkal
#TabungIlmu

Baik,

Saya nak kongsikan satu teknik buat duit yang best dengan FB sahaja.

Tiap hari kita guna fb dan kita jarang manfaatkan messenger fb sepenuhnya.

Baik, mari kita belajar.

Ada yang guna fb tiap hari, jual hard sale tiap hari tapi tak manfaatkan messenger fb sepenuhnya.

Nah, saya kongsikan Tuan Zairol Affendi ini boleh buat RM80,000 sebulan hanya guna messenger fb sahaja.

Tak perlu iklan bayar, ianya PERCUMA.

Ya, PERCUMA.

ini link nya http://zairol.teknikmessengermarketing.com/

Strategi Messenger Marketing ni untuk bantu peniaga mudah kumpul database prospek dalam FB messenger.

Daripada messenger , kita boleh engage dan entertain dengan prospek supaya dia suka dengan kita dulu.

Kalau prospek suka, baru kita akan teruskan dengan step promosi.

Boleh guna strategi follow up, boleh buat event giveaway dan macam-macam lagi.

Tapi kalau prospek tak suka, maka nya dia boleh jer unsubscribe dari database kita 😊.

Nah, hari nie kita bagi ebook PERCUMA lagi sepanjang hari ini. Ebook ini setebal 69 hamalan PERCUMA.

http://zairol.teknikmessengermarketing.com/

http://zairol.teknikmessengermarketing.com/

http://zairol.teknikmessengermarketing.com/

Ok, boleh ambil cepat cepat selagi stok masih ada. Jom gaiz, sapa cepat dia punya.

http://zairol.teknikmessengermarketing.com/

Semoga kita semua berjaya menjadi kaya dan mulia.

Azizul Azli Ahmad.
#TabungAset

UTAMAKAN BELI ASET

Kita ada pilihan untuk bayar keperluan hidup kita.
#TabungRumah

KITA DAN KERAJAAN.

1. Ketika wartawan minta ulas buletin Bank Negara tentang data golongan muda tidak boleh memiliki hartanah yang semakin mahal, saya tak nafikan rumah memang mahal gila! Hari ini. Harga rumah telah melepas median gaji pembeli.

2. Selepas sebuah data keluar dan menyokong hujah kita bahawa, "benar rumah sekarang mahal giler!" . Kita akan masuk ketahap kedua iaitu salahkan semua orang. Baca komen komen disitu, dari kerajaan, kapitalis, pelabur hartanah, pembeli, melayu kaya bodoh, yahudi, agen hartanah, Cina, riba, penjual jubah semua orang kita salahkan. Baca komen semua disini.

3. Bila di temuramah oleh mana mana agensi juga, saya ingin cadang agar kita beri cadangan dan bukan minta orang lain yang buat untuk kita. Meminta kerajaan ubah polisi, pemaju turunkan harga, kapitalis sila meninggal tidak bantu kita kawan. Kita hanya mengharapkan bantuan dan akan kecewa bila polisi ini tidak berubah sebenarnya. Hanya janji manis sahaja.

4. Cadangkan kepada wartawan atau kita tulis balas dimedia sosial, akhbar agar orang awam ada pilihan. Bila kita kekal dalam 'mood' salahkan orang, kita tak akan kemana mana dan pernah salah. Kita mulia, baik dan sangat sempurna dimata kita.
.
Dulu saya rajin menulis di akhbar bila ada issu yang saya tidak setuju, bila terlalu 'pedas' akhbar tidak akan siarkan. Kita kecewa lagi! Padan muka saya

5. Salahkah menyewa rumah? Tidak salah menyewa, tapi jangan mudah selesa. Jika bayaran sewa 50% dari bayaran bulanan pembiayaan rumah, menyewalah sahaja anak muda. Lebihan duit buatlah simpanan. Tetapi pasang impian beli rumah kecil pertama. Jangan nak selesa menyewa hingga ke tua dengan alasan rumah mahal gila! Percayalah anda akan menyesal bila dah berusia, takkan tak ada impian untuk mati tinggalkan harta atau wakafkan apa yang ada?

Janganlah hidup miskin, mati dalam keadaan miskin juga kawan!

6. Masih ada lagi dua pasaran hartanah yang kita boleh beli jika kita benci sangat dengan pemaju hari ini. Lihat pasaran sekunder atau pasaran lelong. Pasaran ini tawarkan harga yang kita mampu beli ikut median gaji yang betul. Telah ada hartanah sekunder yang sama dengan harga hartanah lelong hari ini.

7. Tulisan ini bukan menyokong kerajaan, pemaju rumah, kapitalis, yahudi, cina, tukang sewa atau penjual jubah tetapi nak bagitau hidup ini senantiasa ada pilihan.
.
Baca buku, cari ilmu dan belajar sedikit ilmu beli rumah dan buat hutang kawan.
.
Di universiti yang kita kena bayar PTPTN itu lepas habis belajar tak diajar ilmu hidup ini, kita harus belajar diluar bagaimana manfaatkan pembiayaan bank untuk beli harta bukan jadikan kita papa kedana.
.
8. Orang biasa masih mengharapkan sampan datang menyelamatkan mereka. Golongan luar biasa, membina sampan sendiri untuk keluar dari masalah mereka.

Azizul Azli Ahmad
Cikgu Sekolah Saja.

#BerhentiMerungutDanMariBerusaha
#RamaiAnakMudaBijakWang
#OtakKasiPowerSikit
#syafiqahubookreview

#2 Wang Ada di Mana by Dr. Azizul Azli Ahmad

Buku kedua yang dicapai selepas Mudahnya Beli Rumah. Intipati buku:

βœ”Cara urus gaji. Gaji biasa-biasa yang diurus dengan baik = luar biasa ye kawan-kawan.

βœ”Beli rumah ikut kemampuan. Dalam ni banyak jugak dr. tekankan.

βœ”Berbelanja ikut kemampuan. Sila ukur baju dibadan sendiri ye.

βœ”Tabung-tabung yang boleh dilakukan.

βœ”Cara jana pendapatan melalui rumah.

βœ”Cara elak wang gaji anda melayang-layang terbang entah kemana.

βœ”Beberapa pelaburan yang tidak digalakkan join bagi yang baru bekerja yang berhajat untuk memiliki rumah pertama. Sesuai untuk fresh grad, students ipta/s. Do care about your financial management ya. Jangan pakai belanja ja. Susun atur kewangan anda. Lagi awal lagi bagus. Fokus.

βœ”Mind setting mengenai kita dan wang. Haha. πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Buku ni fokus kepada pengurusan kewangan. Pilihlah mana yang bersesuaian ikut keadaan diri dan kemampuan masing-masing. Juga fokus menyusun kewangan supaya boleh membeli hartanah, bukan merungut sahaja sampai kesudah mahalnya rumah. Huhuhu.

Masa membaca yang diperlukan:
1jam 30minit ke 2jam. Bergantung laju mana mata ampa membaca. Jangan sampai juling sudah. πŸ˜†

Selamat membaca guys!

Another 3 books coming soon ya. Kasi can la nak grab buku lain pulak. Haha. Baru tak tepu sangat. 😜😜😜
#TabungRumah

BELI DIBAWAH HARGA PASARAN

1. Sebaiknya yang 10%-20% dibawah harga pasaran.

2. Jika bank kata nilai rumah itu RM200,000. Belajar negosasi hingga pemilik jual pada kita pada harga RM180,000 sahaja.

3. Semakin rendah semakin baik, jangan kata tak ada. Berlambak dipasaran sekarang ini ada.

4. Perlu bijak susun kata kata cinta, alah nak ngorat pun takkan nak ajar juga :-p

#MengoratJururawatPerlukanIlmuApatahLagiBeliRumah
#TabungGawat

TIPS ZAMAN KERING INI

Jual sahaja kereta 'mewah' yang ada, walau sayang dan rasa rugi. Ia hanya emosi sementara.

Rugi sekarang atau rugi sepanjang zaman.

#BeliKeretaKecilSahaja
#TabungKehendak

HIDUP MENGIKUT KEMAMPUAN

Kegagalan kita dalam menguruskan wang disebabkan kita gagal membezakan antara KEHENDAK dan KEPERLUAN .

KEPERLUAN

1. Makanan
2. Tempat Tinggal
3. Pakaian
4. Masa berkualiti dengan keluarga
5. Kereta / motosikal
6. Telefon bimbit
7. Komputer

KEHENDAK

1. MAKANAN-Makan dihotel mewah dan berstatus tinggi, maklumlah nak updated kat FB. Kat mamak tidak gengsi.

2. TEMPAT TINGGAL - Mesti bunglo yang ada kolam mandi sampai 7 tingkat tinggi.

3. PAKAIAN - Mesti berjenama Polo yang berlogo besar moto.

4. MASA BERKUALITI KELUARGA -Bercuti mesti keluar negara, bergambar dengan Air Asia. Baru bergaya.

5. KERETA -Tidak perlu honda atau toyota, cukuplah dengan Proton Saga.

6. TELEFON-Telefon bijak pandai, tetapi kredit selalu tak ada.

7. KOMPUTER -Mesti beli Apple tapi yang tahu 'microsoft word' sahaja.

Sebarang keputusan yang dibuat sama ada melibatkan keperluan atau kehendak akan memberi kesan terus kepada perbelanjaan anda.

Kenal pasti apakah kita lebih berbelanja atau nafsu kita sedang jadi RAJA.

Azizul Azli Ahmad

#JanganBernafsuDenganKeretaBaru
#TabungGaji

GAJI BESAR

Satu kaedah untuk mendapatkan gaji besar adalah menjadi 'pakar'.

Menjadi pakar perlukan sedikit usaha dalam mencari ilmu, ia tidak semestinya ada pendidikan formal.

Ia boleh bermula dengan hanya sebuah minat.

Contohnya;

1. Kekal dalam kerja sekarang hingga jadi pakar bidang. Jika anda Pereka Dalaman, jadi pakar bidang khusus.

2. Jadi pakar bidang dalam rekabentuk pasaraya besar secara khusus sehingga anda jadi rujukkan di Malaysia atau dunia.

3. Timba ilmu dan hadir seminar tentang sistem pasaraya dan strategik pemasaranya.

4. Beli buku dan baca.

5. Membuat kajian khusus tentang pasaraya dari pelbagai aspek yang menguntungkan pengurusan.

6. Menulis di majalah dan akhbar secara konsisten tentang rekabentuk pasaraya.

7. Beri tempoh sehingga 2 tahun untuk menjadi pakar.

Setelah anda jadi pakar rujuk, gaji kecil akan jadi besar. Ia perlukan masa dan sedikit usaha.

+Pilih jadi pakar dalam bidang pengajian anda, atau;

+Jadi pakar atas apa yang anda minat.

+ Chef Wan merupakan graduan perakuanan yang menjadi pakar rujuk dalam bidang masakan.

+ Yuna graduan undang undang cipta nama dalam bidang nyanyian

+ Graduan Komputer Sains menjadi pakar enjin kereta formula 1 dan menjadi rujukan pengeluar kenderaan dunia.

Berazam dan cabar diri untuk jadi pakar, bukan tukang buat kelakar. Gaji anda akan mekar.

Azizul Azli Ahmad

#JadiPakarTidakSukar.
#TabungIlmu

Khusus buat warga Johor,

Jom kita belajar bagaimana nak beli rumah dengan cara yang betul.

Saya juga akan kongsikan dimana kawasan perumahan Johor yang paling popular.

[ #DILANCARKAN!, PELUANG PELABURAN HARTANAH DI JOHOR BAHRU! ]
.
Ramai yang boleh ajar anda untuk melabur dalam hartanah TAPI tak ramai yang BERTANGGUNJAWAB ATAS AJARAN ITU!

Klik sini --> https://megainfinite.com/hgb1.0/

Antara kita ramai yang dah tahu Johor Bahru ni adalah LUBUK DUIT tapi masih ramai juga yang tak ambil peluang ini.

β€’ Ada yang kata boleh ke buat duit dengan hartanah zaman sekarang?

β€’ Macamana nak tahu pelaburan hartanah itu menguntungkan?

β€’ Ada yang dah beli hartanah tapi nak sewakan semula tak dapat β€˜COVER’ bayaran bulanan dengan β€˜Bank’

β€’ Lebih tak best ada juga yang pernah ditipu oleh ejen hartanah satu ketika dulu (sejarah hitam silam)
.
.
SEGALANYA BERMULA DISINI!
.
.
Ketahui RAHSIA cara BUAT DUIT dengan MUDAH melalui SEMINAR HARTANAH GENERASI BARU di Johor Bahru sekarang!

Kami akan tunjuk kan macam mana kami akan bantu anda untuk:-

β€’ Beranak kan duit anda melalui pelaburan hartanah

β€’ Cara pilih hartanah yang menguntungkan

β€’ TIPS & TRICK beli rumah dapat duit (cashback)

β€’ Cara nak naik kan harga sewa sehingga mampu bayar bulanan dan dapat siap dapat β€˜LEBIHAN’

β€’ Ketahui proses pembelian rumah dan cara kira kelayakan supaya tak ditipu oleh ejen hartanah

Dan yang paling menarik kami akan dedahkan macamana nak jadi β€˜1st Class Investor’ dengan cara yang SUPER SIMPLE!

Dah bersedia?

Butiran seminar:

TARIKH: 29 Mac 2020
MASA: 8:00 pagi - 6:00 petang
LOKASI: Dream Space Seminar Hall, 1 Tebrau, Seri Setanggi, Johor Bahru

Pendaftaran SUPER EARLY BIRD akan dibuka pada 5 Feb 2020 untuk 10 orang TERAWAL SAHAJA!

IT’S NOW OR NEVER!

Tunggu apa lagi?

Terus klik link dibawah untuk tempah tempat duduk anda SEKARANG:

https://megainfinite.com/hgb1.0/
https://megainfinite.com/hgb1.0/
https://megainfinite.com/hgb1.0/

#hartanahgenerasibarujb
#mip
#1stclassinvestor
#TabungRumah

RUMAH ORANG MUDA

1. Jika kita masih muda belilah rumah murah dulu.

2. Belilah rumah kos rendah jika itu yang anda mampu untuk bermula.

3.Jangan beli rumah yang mahal hingga anda tak mampu jalan jalan naik Air Asia.

4. Tidak berdosa beli rumah kos rendah itu. Setidaknya anda ada harta satu.

5. Ia boleh disewakan jika anda tak tinggal disitu.

6. Setelah stabil dan kaya raya baru beli rumah idaman malaya. Bermulalah dengan hidup sederhana.

7. Hutang beli rumah, hutang yang baik. Hutang beli kereta buat kita rasa terluka.

8. Gegadis suka lelaki yang ada rumah, itu tanda mereka 'gagah' :-p

#BeliRumahSeawalUsiaKerjaKita