Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
Tawaran berbaki 15 peserta lagi untuk seminar Hartanah di Johor Bharu bulan depan. 👆👆👆
#TabungFikir

MENGAPA SUSAH JADI KAYA?

1. Malas "menjual diri", cepat rasa malu dengan semua perkara.

"Ishhh malulah jual tudung kat fb"

2. Merasa tidak layak jadi kaya, hanya orang terpilih boleh jadi kaya.

"Dia cina, memanglah boleh kaya. Kita melayu mesti susah punya".

3. Beranggapan yang penting kaya hati, kaya harta itu tidak perlu. Nanti lupa agama katanya.

"Alah bukan boleh bawa masuk kubur rumah banyak banyak nie".

4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sentiasa tidak pandai urus wang.

"Kalau tak buat personal loan dulu pasti tak jadi macam nie".

5. Beranggapan wang hanya berfungsi sebagai memenuhi keinginan dan keperluan sebenarnya wang boleh digunakan untuk berbakti pada orang lain.

6. Tidak percaya teori semakin banyak memberi, semakin banyak kita dapat kembali.

7. Tidak pernah rasa syukur apa yang ada, senantisa meminta minta.

8. Suka menangguh apa sahaja bayaran dan hutang, hanya bayar bila diminta.

9. Hanya menabung bila ada lebihan, bukan tetapkan jumlah simpanan setiap bulan.

10. Tidak pernah melabur, dan hanya yakin dalam bentuk simpanan sahaja.

11. Sibuk nak bekerja diperusahaan ternama sahaja, perusahaan kecil tidak berminat.

12. Tidak menjaga pemakanan, makan untuk sihat bukan untuk kenyang.

13. Kurang bersukan, semakin kita kurang sihat semakin tinggi biaya kesihatan kita.

14. Kurang tidur menjadikan daya fikiran kita tidak kreatif dan kurang daya saingan. Kita lemah berfikir.

15. Beranggapakan kerja sosial hanya membuang masa. Buat rugi saja duit yang ada.

Cara berfikir membezakan kita kaya atau miskin. Kecil pada kita, besar kesannya.

Azizul Azli Ahmad

#OtakPower
#ShareJer
#DalamBukuOtakPowerKitaBahasIni
#TabungRumah

CANTIKNYA RUMAH DIA!

1. Salah satu sikap 'mulia' rakyat Malaysia bila ada lebihan wang adalah mengubahsuai kediaman.

2. Ia baik untuk ego kita tetapi tidak selamat untuk kesejahteraan keluarga.

3. Bila kediaman kita terlalu mewah dan gah, ia seperti bercakap;

"Marilah rompak saya, saya kaya dan luar biasa bergaya"

4. Berhentilah menjadikan kediaman anda paling cantik dalam taman. Kediaman beginilah sering menjadi sasaran.

5. Buat simpanan untuk hari tua dan pendidikan anak kita. Jangan sampai kita mintak derma dihari tua atau pinjam PTPTN untuk pendidikan mereka.

Utamakan pendidikan anak dari pasang plaster siling sampai lima lapisan.

Lelaki sukakan gegadis yang cantik, mereka mudah cair bila ada yang berbulu mata lentik.

Azizul Azli Ahmad

#KegilaanOrangTuaUbahSuaiRumah
#TabungLelaki

MESIN ATM YANG BAGUS!

Lelaki ini ambil upah mesin rumput satu rumah RM25 - RM40 bergantung keluasan.

"Paling banyak pun dalam 5-7 rumah jer bang, tak larat". Katanya dalam lorat tempatan yang pekat.

Jika sehari RM25 x 5 rumah = RM125 sehari.

Jika kerja hanya 20 hari x RM125 = RM 2500 sebulan.

Lepas potong dia sapu dan bersihkan dengan baik, sampah masuk plastik dan disapu keliling rumah. Kerjanya kemas.

Itu hitung kadar paling minimum. Ini mesin ATM yang baik. Jangan malu malu hidup dinegara tercinta ini.

1. Ketuk pagar rumah dan tanya, "Abang nak mesin rumput".

2. Jika saya kontrak datang potong sebulan sekali saya , bagi diskaun.

3. Tempah banner dan iklan pasang dikawasan perumahan teres yang besar.

4. Ushakan secara profesional dan sistematik. Buat kad nama.

5. Iklankan di sosial media seperti fb kawasan itu contohnya masyarakat Sg Buloh atau Komuniti Jitra.

6. Tawarkan nilai tambah, selepas sapu dan bersihkan cuba kemas balik kawasan tersebut termasuklah longkang. Tuan rumah pasti panggil datang lagi.

Di negara bertuah ini siapa rajin dia boleh berjaya dan cipta wang berjuta.

Tren mertua sekarang mencari 'lelaki mesin ATM', ini contoh terbaik untuk dibuat menantu 😅

Azizul Azli Ahmad

#MogaAdaManfaatnya
#KongsikanSahaja
#TabungAnak

LEBIH RAPAT DENGAN IBUBAPA

Generasi Y lebih rapat kepada ibubapa mereka berbanding generasi sebelumnya.

+ Mereka tidak mengalami zaman 'keras' dimana getah paip dan tali pinggang terbang.

+ Tiada zaman berdendam

+ Ibabapa mereka semakin toleren tentang kerjaya, berjaya itu bukannya jadi doktor, engineer atau pensyarah sahaja.

#ZamanDidikAnakBerubahSealiranZaman
#TabungGraduan

GAJI PERTAMA GRADUAN

1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian beli kereta.

2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Jika gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua. PTPTN dan kereta Axia.

4. Tujuh tahun kedepan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.

5. Nak beli rumah sukar sebab hutang lapuk lama sangat. Bank ketawa lihat sikap anda.

6. Kereta yang beli RM60 ribu selepas 7 tahun dah jadi RM20 ribu. Nak jual dah tak laku.

7. Jangan teruja bila kawan ada bergambar depan kereta dan atas bumbung Proton Saga. Itu semua liabiliti bukan harta.

8. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek didalamnya. Tahun pertama hingga ketiga baik moto dan kenderaan awam apa salahnya.

9. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai yang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa.

10. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih berganda.

11. Trending sekarang bukan beli kereta tayang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.

Azizul Azli Ahmad

#BeliRumahDuluBaruCariCinta

#KeretaItuLiabilitiAdikAdik
#Kongsikan bagi pandai

t.me/NotaAzizulAzli
#TabungBuku..
.
5 NASKAH BUKU

Tawaran buku terbitan Rumah Buku ini. belian Combo 6 dapat PERCUMA POS LAJU e-Book Konsep Kediaman Mudah

Dapat buku apa?.
.
1. WANG ADA DIMANA? (RM37.00)
.
Buku ini tentang pengurusan kewangan yang bukan biasa biasa. Jika hati tisu tak digalakkan membaca buku ini, ia pedas dan sentap buat jiwa kita mudah terluka.
.
Bacaan wajib bagi graduan mula kerja, gadis kerja pertama dan kita yang sering gagal urus gaji patut letak dimana.
.
Tips dan panduan ringkas serta praktikal buat kita yang duit selalu hilang entah kemana mana.
.
2. QA RUMAH PERTAMA KITA (RM39.90)
.
Buku ini soalan asas tentang rumah pertama kita itu bagaimana? Mahal atau murah? Berapa bilik yang sesuai? Gaji kita sebaiknya rumah harga berapa?
.
Panduan ringkas membeli rumah pertama. Ia juga beri penjelasan tentang kediaman kita beli untuk pelaburan atau duduk sendiri. Tips padat dari soalan pembaca yang mudah dihadam dan difahami. Ada lawak hambar dalam ini.
.
Gadis bistari ada rumah sendiri
.
3. #99 TIPS HARTANAH MUDAH (RM32)
.
Buku ini terhasil insipirasi buku khalif Pattah Amin dengan 99 kata kata. Mengunakan judul no 99 tetapi terdapat lebih 145 tips hartanah mudah dan ringkas bagi jadi pelabur hartanah baru untuk berjaya.
.
Ada jenis kediaman yang kita beli akan telan duit kita, ada jenis kediaman yang kita beli menjadikan cukai yang kita bayar semakin tinggi.
.
Panduan ringkat, padat dan padu tentang risiko membeli hartanah itu perlu ada ilmu.
.
4. OTAK POWER (RM39.00)
.
Buku warna warni ini laris dipasaran dan mengajar kita cara berfikir dengan betul.
.
Perbezaan cara berfikir orang biasa dan orang kaya.
.
Kenapa orang kaya sanggup membayar, sedangkan orang biasa selalu sukakan perkara percuma.
.
Orang biasa mengharapkan sampan datang membantu mereka, orang kaya membina sampan mereka sendiri.
.
Mengapa dirumah orang kaya banyak buku tetapi dirumah orang biasa banyak siaran televisyen.
.
Orang biasa beranggapan semua orang kaya itu jahat, orang kaya beranggapan kejahatan itu datang dari perut yang lapar.
.

5. GADIS BESTARI ADA SIMPANAN SENDIRI (RM39.90)

Gadis hari ini harus lebih bijak, jika tidak mereka akan di pijak.

Pengecut terbesar adalah lelaki yang membangunkan cinta seorang wanita tanpa bermaksud untuk balas mencintainya.

Ironi Cinta : Wanita mencintai lelaki yang menyakitinya. Lelaki menyakiti wanita yang mencintainya.

Buku ini setebal 216 halaman bewarna warni. Harga senaskah RM39.90.


BAGAIMANA MEMBELI?
.
BUKU WANG ADA DIMANA RM 37.00
.
Q&A RUMAH PERTAMA KITA RM39.90.
.
.
99 #TIPS HARTANAH MUDAH RM32
.
OTAK POWER
RM39.00
.
GADIS BESTARI
RM39.00

kos pos laju Semenanjung RM10.90 & Sabah / Sarawak RM17.50.
.
JUMLAH BESAR RM193.80 (Semenanjung) (Sabah/Sarawak)
.
TAWARAN HEBAT JIKA BELI 5 BUKU INI HARI INI SAHAJA!
.
Jika beli buka SET COMBO 5 ini hanya pada harga RM149.00 SAHAJA POS LAJU PERCUMA
.
JIMAT RM48.80!!
.
Bagi SABAH dan SARAWAK harga sama sahaja. RM149.00
.
.
Saya poskan besok pagi
Lebih menjimatkan kos anda
.
.
Jika beli senaskah [ Harga Buku] + [Kos Poslaju] = Harga Buku
.
====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================
Bayaran RM149.00 Buku Warna Warni ini ke
.
RUMAH BUKU

558275005921

Maybank

7029514219

Azizul Azli Ahmad
Cimb Bank Berhad
.
.
Hantar bukti pembayaran RM149.00 dan alamat lengkap di WHATSAPP 016 599 8902. Terima kasih. Tawaran hingga jam 12 malam ini kawan
.
1. Bukti Bayaran.
2. Nama, Alamat lengkap dan No telp.

www.wasap.my/+60165998902/5Buku
.
www.wasap.my/+60165998902/5Buku
.
www.wasap.my/+60165998902/5Buku

TERIMA KASIH kerana berminat
5 NASKAH BUKU INI. baca sampai pandai kawan kawan 👆👆👆👆👆👆👆👆
#TabungRumah

RUMAH IMPIAN BUKAN DIAWAL PERKAHWINAN?

1. Diawal perkahwinan hanya kita berdua yang tinggal. Memadai kediaman kecil sahaja.

2. Biaya duit bagi kediaman impian menggunung banyaknya. Bilik yang kita guna cuma satu sahaja, mertua bukan datang setiap hari. Anak belum ada lagi.

3. Semakin besar kediaman pertama kita, Ia menghalang kita untuk ada dana kecemasan dan pelaburan masa depan nanti.

4. Kita cenderung habiskan wang untuk jaga persekitaran dan 'meng IKEA kan' ruang.

5. Banyak ruang yang kita akan bazirkan kemudian, jauh sekali kita dapat buat pelaburan.

6. Mulakan dengan kediaman kecil, sederhana dan bukan rumah agam yang ada kolam.

Biar kecil kediaman kita, asal bahagia sepanjang zaman. Dari rumah macam hindustan, hutang rumah keliling pinggang.

Azizul Azli Ahmad

#RumahBesarSedutWangAndaBilaMulaKawin
#MulaDenganKediaman3B2b
#ShareJikaBermanfaat
t.me/NotaAzizulAzli
👍1
#TabungDiri

BUAT PELAJAR SAYA

1. McD bukannya sediakan burger terbaik, tetapi dia sediakan ruang dan gaya yang selesa.

2. Starbuck bukannya kopi yang terbaik, tetapi dia boleh buat kita rasa wangi dan bergaya di insta.

3. I-phone bukan handphone terbaik, tetapi ia beri gaya hidup dan dipandang mulia sesama golongannya.

4. Honda bukan kenderaan terbaik, tetapi ia buatan luar negara yang mampu beli untuk bergaya sebenarnya.

5. Gucci bukan handbag terbaik, tetapi bila dibawa kekenduri semua orang sayangkan kita.

Jenama bukan hanya pada nama, ia membawa gaya hidup dan nilai yang manusia suka.

Bergaya tidak membuatmu kaya, malah membuatmu merana.

Azizul Azli Ahmad.

#JanganKejarJenama
#HidupTanpaRopalRopal
#GayaBolehPapa
t.me/NotaAzizulAzli
#TabungRumah
.
PANDUAN MUDAH PROSES BELI RUMAH
.
Beli rumah tidaklah sesukar mana, ikut panduan ini kawan :
.
1. LAWAT RUMAH yang kita suka, jika dapat lebih dari sekali. jangan gopoh kata, "Saya nak beli"! mintak tempoh bagi dalam tiga hari.
.
2. Jika setuju, PEMBELI dan PENJUAL akan tandatangan surat tawaran. jika guna khidmat agen kita perlu bayar 3.18% kepada agensi sebagai pemegang amanah.
.
Pastikan AGEN BERDAFTAR sahaja, elakkan berurusan dengan broker!
.
3. PINJAMAN dan GUAMAN, Pembeli akan dapatkan pembiayaan bank dengan bantuan agen untuk cepatkan.
.
4. PERJANJIAN JUAL BELI, SPA akan di tandatangani dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tandatangan surat tawaran. Baki 6.82% dibayar.
.
5 PINDAH MILIK, Peguam akan uruskan pelunasan pinjaman dan proses pindah milik atas nama kita dalam geran.
.
6. PROSES SELESAI, Biasanya bagi hartanah free hold sekitar 4 bulan selesai dan bagi lease hold sekitar 6 bulan selesai.

Lepas dapat kunci bolehlah dukung isteri masuk rumah sendiri, kini kita tak menyewa lagi. Isteri pasti guling guling bawah meja sebab sukakan kita 😘

Azizul Azli Ahmad

#Belilah Sebuah Rumah bagi keluarga kita

#Sampaikan buat adik dan kawan tercinta kita, prosesnya mudah sahaja tak susah mana kawan. Himpun duit dan belilah buat keluarga tersayang.

t.me/NotaAzizulAzli