Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungRumah

GUNA KOMPAS PILIH RUMAH?

1. Kesalahan pilih rumah dan kedudukan matahari beri kesan haba panas dan bil elektrik yang tinggi dalam rumah kita.

2. Bawa satu kompas kecil waktu ingin beli dan lihat rumah yang kita nak beli. Panduan ini bagi membeli rumah jenis teres tengah sahaja bukan tepi.

3. Dinding hadapan rumah yang ada pintu sliding kaca yang besar dan tingkap sebaiknya dielakkan menghadap BARAT atau TIMUR.

4. Cuba elakkan muka hadapan rumah hadap matahari naik dan turun.

5. Haba dan silau paling banyak datang dari dua arah mata angin ini antara jam 3 hingga 6 petang.

6. Begitu juga sekiranya kita menghadap ke TIMUR, matahari naik. Dari segi masa pendedahan kepada matahari, pagi dan petang sama sahaja.

7. Arah muka depan rumah teres yang paling sesuai adalah UTARA dan SELATAN.

8. Sekiranya hanya ada dua pilihan antara TIMUR dan BARAT, maka pilih lah yang menghadap timur, kerana matahari pagi lebih segar.

9. Menghadap BARAT paling teruk kesan haba kerana kepanasan habanya akan berlarutan hingga ke malam.

Bila malam saja, isteri kena pakai seksi seksi. Dekat situ suami TAK RUGI.

10. Dinding rumah yang terkena panas akan menyimpan haba panas dalam dinding dan bila malam sejuk, haba ini akan dilepaskan pada penghuni waktu malam.

Waktu ini suami pula akan kelihatan seksi, bulu dada sana sini. Untung sang isteri dapat lihat suami seksi.

Azizul Azli Ahmad

#BelilahSebuahRumah
#LelakiSeksiAdaRumahSendiri

Sampaikan pada adik dan kawan kita agar mereka faham dan tak salah beli rumah nanti.
#TabungRumah

PURATA HARGA RUMAH TERES 2017

1. Jangan terus beli rumah teres sebagai kediaman pertama, ia boleh telan gaji kita.

2. Setiap negeri dan daerah ada potensi yang berbeza beza, maka harga kediaman juga berwarna warni.

3. Cari kediaman yang sesuai dengan gaji kita, median gaji yang betul membantu kita dapat kediaman yang baik.

4. Mulakan kediaman kecil dan sederhana, ia membantu kita untuk hidup, travel ke Korea dan jalan jalan cari makan dimana sahaja.

5. Beli kediaman, baru beli kenderaan kawan.

Besok pagi di TV Alhijrah saya kongsikan Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil.

Azizul Azli Ahmad
Kereta Kecil
#TabungTudung

LAYAN ISTERI.

Jadi suami nie jangan berkira sangat dengan isteri, sesekali dia mintak tudung aryani kita layan saja.

dia akan senyum nampak gigi, bagi duit bagi dia layan pergi.

Dia jaga makan pakai kita setiap hari, tudung sehelai jangan nak merungut pasal gawat ekonomi.

Abah Qilah

see...suami kacak memahami :-p
#TabungSikap

SEMUA NAK CEPAT

1. Bangsa kita sukakan sesuatu yang cepat,

2. Membelikan motosikal buat anak supaya cepat kesekolah dan kekedai beli rokok ayah (atau kita malas jemput hantar anak balik sekolah)

3. Dalam menuntut ilmu juga, kita sukakan hal-hal yang cepat.

4. Cepat pandai dan cepat lulus. Maka semua produk yang mengunakan kata kunci 'minda' pada kotak produk laris jualannya.

5. Dengan makan sekotak coklat dan kissmis kita yakin jadi geliga. Kita beli berkotak dan paksa anak makan segera.

6. Tak baca buku tak mengapa, yang penting amal makannya kena jaga, lebih parah kita kata ini usaha.

7. Dalam perubatan juga sama, kita amalkan makan satu ubat yang boleh sembuh segala penyakit.

8.Ubat yang dulunya dijual dikaki lima, kini dah jual 'online' pun ada. Kita yakin pada testimoni yang direka reka. Satu ubat selesai semua gejala yang ada.

9. Dalam pelaburan dan menyimpan juga sama. Produk cepat kaya dapat tempat istimewa.

10. Hari ini kita labur wang, besok dah jadi kaya raya. Hari ini mula menyimpan besok kita nak lihat berganda.

Itu semua budaya kita.

11. Kita sukakan benda yang 'cepat' dan 'berkesan' kononnya. Tidak ada jalan pintas masuk ke syurga. Semua perlukan usaha.

12. Menyimpan itu perlukan masa, ia tidak berlaku dalam sekelip mata.

13. Prinsip sabar, istiqamah dan usaha itu perlu ada. Selamat berusaha.

14. Belilah rumah dengan segera bagi yang masih menyewa.

Gegadis paling suka bila lelaki ajak kawin, 'kapel' lama lama belum tentu jadinya :-p

Azizul Azli Ahmad

#PelaburanItuAdaKaitanDenganFaktorMasa.
#TabungBuku.

Orang biasa masih beranggapan kereta itu sebagai keperluan utama sedangkan orang kaya beranggapan kereta itu sebagai alat sampai tujuan sahaja

Kisah bagaimana perbezaan antara otak orang biasa dan orang kaya berfikir.

Bagaimana perbezaan tanggapan ini menjadikan kita jauh dari wang

Orang biasa beranggapan memulakan perniagaan memerlukan modal yang besar. Orang kaya beranggapan modal perniagaan adalah otak yang pintar.

Orang biasa suka berjalan jalan, beli belah dan letak gambar di fb dan insta, orang kaya berjalan jalan untuk lihat peluang dan kesempatan memulakan perniagaan.

Orang biasa masih lagi kejar kereta mewah untuk kelihatan hebat. Orang kaya beranggapan, kenderaan hanya sebagai alat untuk sampai destinasi.

Orang biasa masih lagi menunggu sampan, orang kaya membina sampan mereka sendiri.

Orang biasa masih nak beli rumah pertama besar, banyak bilik dan kekal selamanya.

BUKU OTAK POWER.

Jumlah halaman 195 halaman warna warni.

Harga buku Otak Power adalah
RM 39.00

Kos pos PERCUMA

TAWARAN hari ini pada harga RM39.00 Sahaja

Bagi SABAH dan SARAWAK harga sama sahaja SAHAJA RM39.90 DAN POSLAJU PERCUMA!

BUKU telah ada, besok kami akan poskan kepada anda.
.
.
Bagaimana membeli?
Bayaran RM39.00 Buku Warna Warni ini ke
.
RUMAH BUKU
5582 7500 5921
Maybank

7029 514 219
Azizul Azli Ahmad
Cimb Bank Berhad
.
.
Hantar bukti pembayaran dan alamat lengkap di WHATSAPP 016 599 8902. Terima kasih.

1. Bukti Bayaran
2. Nama, Alamat lengkap dan No telp.
www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

Amacam, ada berani kawan?

Terima kasih berminat.
Ada orang belum beli rumah bukan sebab dia tak kaya, tapi sebab dia belum bersedia. 😎
#TabungTakaful

AGEN TAKAFUL SAYA!

Saya suka agen takaful saya kerana dia tidak pernah burukkan produk orang lain.

"Hospital kerajaan tetap yang terbaik, peralatan yang ada lebih mahal. Kad perubatan hanyalah sebagai 'pilihan' kepada kita".

Bila kita ada wang, kita akan ada lebih banyak pilihan dalam hidup. Saya ada tulis tentang ini dalam buku Otak Power, bila kaya kita lebih banyak pilihan berbanding orang lain.

"Ada client cina yang datang bayar guna duit kertas RM1 dan siling. Kerja sambilannya kutip kotak dan tin."

Kenapa ambil insuran uncle?

"Saya hidup pernah susah, saya tak mau saya mati nanti anak isteri saya lagi susah". Insaf saya mendengarnya.

Dia tidak pernah bergambar dihospital dengan pesakit atau acah acah check in hantar pesakit ke hospital berbintang bintang.

"Rul berapa pelanggan takaful hang ada sekarang? " soal saya

Tak banyak bro, dalam 1200 orang sahaja! Jawabnya sederhana.

Saya kagum, dia dulu penjawat awam yang cemerlang di agensi saya. Dia berniaga dan berjaya pada saya.

"Kenapa berenti bro"?

"Senang nak hantaq mak aku kalau sakit ke hospital" jawapan itu buat saya malu dengan diri sendiri.

Abah Qilah
Bukan Agen Takaful tapi Cikgu Sekolah

#TabungPerlindunganPenting
#TabungWang.

BISIKAN SHAITON!

Ada banyak bisikan yang hilangkan duit kita sebenarnya.

1. "Diskaun Raya Cina banyak nie, rugi tak beli"

2. "Duit banyak bukan boleh masuk kubur bang"

3. "Bila lagi nak reward diri dengan spoiler kereta nie, baru nampak ranggi"

4. "Tak per, duit dividen bulan depan dapat lagi"

5. "Dah penat kerja nie, bila nak beli hp baru hadiah diri".

6. " Kad kredit nie tak limit lagi, hujung bulan bayar nanti".

7. "Sale online nie bukan selalu, apa salahnya beli"

8. "Ishhhh. Murahnya tiket ke Afrika nie, teringin nak belai singa"

Jika simpanan 6 bulan gaji belum ada, duit mak pun bagi sekali sekala. Ini semua bisikan jahanamkan kita kawan.

Gegadis suka kita bisikan, "abang sayang kamu sahaja"

Azizul Azli Ahmad

#JanganTerpedayaNafsu
#ShareJikaBermanfaat.
#TabungDuit

CIPTA PENDAPATAN PASIF

1. Jika kita tak mampu cipta lagu sehebat Yuna, atau jual tudung sehebat Nelofa

2. Jangan salahkan keluarga yang tidak berbakat atau berdarah seni.

3. Belilah sebuah rumah dan sewakan segera. Jika setiap bulan dapat RM500. Itu sumber pendapatan yang hebat macam royaliti. Setahun dah ada RM6000, sapa nak bagi.

4. Itu baru satu rumah, jika dah ada lima rumah sewa? Dah boleh jalan jalan ke Korea setiap hari.

Gegadis pantang lelaki yang mengalah sebelum mencuba, mereka nak lihat usaha kita bukan hasilnya.

Azizul Azli Ahmad

#CiptakanPendapatanPasifSegeraSebelumBersara.
#TabungRumah

HADIAH RUMAH SEMPENA HARI JADI.

Hebat gadis ini, gadis bistari beli rumah sendiri. Tak harapkan suami.
#TabungWang

WANG ADA DIMANA MANA

1. Bangla dan Indon hari ini lebih banyak simpanan dari kita

2. Tukang cuci rumah saya bercerita "Tahun 2013 jumlah yang dihantar pulang RM40000 aja Pak".

3. Seorang pelombong di Peru berkata " Emas ada dimana mana, cuma kita tak dilatih melihatnya".

4. "Kebanyakkan orang tidak dilatih melihatnya".

5. Peniaga sup utara di Pasar Malam Bandar U, mendapat jualan RM1000 semalam dan hanya bekerja 4 malam seminggu.

6. Kita masih layan Maharaja Lawak Mega dan gelak ketawa. Kita marahkan Indon dan Bangla yang berusaha.

Gelaklah hingga jadi kaya

Azizul Azli Ahmad

#WangAdaDimanaMana