Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungKaya

Hampir semua industri ini dikuasai oleh orang kaya. Mereka tahu industri ini boleh jana wang yang luar biasa.

Jadilah muslim yang kaya agar boleh bantu muslim yang lain, itu sahaja.

Bukan nak tukar kereta bagi bakal mertua rasa kagum dan gegadis gilakan kita.

Menjadi kaya dan mulia

Azizul Azli Ahmad

#Nota jadi menteri juga boleh kaya raya, bahagia dan gemok perutnya. #DoneBagitau
#TabungDiri

"Alah duit banyak pun, belum tentu bahagia".

Jika duit banyak tak bahagia? Bagaimana jika hidup tanpa duit.

Duit bukan matlamat hidup tetapi bila tiada duit kita susah nak hidup.

Perut yang lapar mengajar kita berusaha.

Perut yang lapar juga mengajar kita melakukan jenayah.

Kawan kawan,

Orang yang cakap duit tak penting adalah orang yang kecewa dalah hidup.

Berusahalah, jika tidak kaya sekalipun. Kita tidak susahkan hidup orang lain dengan meninta minta.

Siapapun yang pernah berjuang dengan kemiskinan tahu betapa sangat mahalnya menjadi miskin.

Apa yang kita berikan kepada kaum miskin adalah apa yang kita bawa bersama kita ketika kita mati.

Jadilah kaya dan mulia.

Azizul Azli Ahmad.
#TabungHidup

KAYA ATAU MISKIN

1. Dalam hidup ini kita senantiasa ada pilihan, nak jadi kaya atau miskin.

2. Kita boleh pilih sebenarnya, cara kita berfikir dan bertindak penentu Miskin atau Kaya kita nanti.

3. Jika kita rasa kita Miskin, lihat kembali apa yang pernah kita lakukan dulu.

4. Jika kita Kaya, lihat kembali apa pengorbanan kita dulu .

5. Jika ada yang kata dia tak mahu kaya, tapi nak bahagia. Dia sedang membohongi dirinya.

6. Kekayaan boleh beli rasa bahagia, jika kita tak bahagia. Anak isteri tumpang bahagia dalam rumah kita.

7. Artis jelita ramai nak tumpang bahagia orang kaya, bukan senang naik helikoptar.

8. Pilihlah menjadi Kaya, jika ada yang kata "dah takdir saya begini" dia mengalah tentang hidupnya.

takdir itu hak Allah, Tadbir itu hak manusia. Berusaha dan jangan mengalah.

Gegadis tak kisah muka tak 'korea', yang penting kita kaya :-p

Azizul Azli Ahmad

#BuatPilihanDalamHidup
#TabungRumah

SYUKURLAH SUDAH ADA BUMBUNG?

Semalam waktu sampai masuk ke Kedah, rumah yang satu ketika dulu tidak berbumbung akhirnya ada bumbung.

Pembeli sedang mengkritik pengamal senibina, pemaju dan penguasa daerah yang setuju bahawa ini sebuah rumah.

Beli hartanah yang betul, jangan salah. Kita mungkin seumur hidup sekali beli rumah.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

PENGAJARAN DARI KISAH SUFIAN SUHAIMI.

1. Tak semua lelaki itu waktu mudanya senang dan berjaya. Jika kita yakin,berilah mereka peluang.

2. Semua ibu pastinya nakkan yang terbaik buat anaknya. Mereka bukan nak menumpang, tapi dapat bahagiakan anaknya pun ibu nya dah suka.

3. Cinta itu tidak kekal lama, yang abadi adalah kasih sayang abadi.

4. Jangan persenda lelaki yang baru nak mula hidup, mereka ada impian. Cuba belum sampai masanya untuk buktikan.

5. Semua wanita perlukan perlindungan bukan hanya kata kata cinta semata mata. Ushakan untuk buat mereka yakin dan bahagia.

Jika lelaki itu ada wawasan dan ushanya luar biasa . Belajar terima cintanya.

Cari lelaki yang cintai diri anda, bukan anda gila babas sukakan dia sahaja.

Abah Qilah
Dambaan Mama Qilah

#DoneReview
#BilaMamaQilahNakBelanjaNaikHeli
#TabungRumah

KAHWIN MAHAL DAN RUMAH MAHAL

1. Dua ini adalah keperluan kita, kahwin dan rumah. Keduanya 'mahal' kini. Ia menjadi mahal sebab kita pilih yang mahal.

2. Kahwin yang sederhana ada dimana mana, tapi kita pilih yang ada 'wedding planner' dan majlis macam Yuna.

3. Rumah yang kecil dan murah untuk mula hidup, apa salahnya. Jangan lihat kondo di One Utama saja.

4. Kita pilih yang mahal dan kita marahkan semua manusia. Kita tidak pernah uruswang dengan bijak kita kata gaji tak sempurna.

Tahun ini bukan tahun menyimpan, tetapi tahun tambah pendapatan juga kawan.

Abah Qilah

#PilihYangKitaMampuBukanSuka
#BeliRumahSebelumKereta
#TabungHidup

KAYA ATAU MISKIN

1. Dalam hidup ini kita senantiasa ada pilihan, nak jadi kaya atau miskin.

2. Kita boleh pilih sebenarnya, cara kita berfikir dan bertindak penentu Miskin atau Kaya kita nanti.

3. Jika kita rasa kita Miskin, lihat kembali apa yang pernah kita lakukan dulu.

4. Jika kita Kaya, lihat kembali apa pengorbanan kita dulu .

5. Jika ada yang kata dia tak mahu kaya, tapi nak bahagia. Dia sedang membohongi dirinya.

6. Kekayaan boleh beli rasa bahagia, jika kita tak bahagia. Anak isteri tumpang bahagia dalam rumah kita.

7. Artis jelita ramai nak tumpang bahagia orang kaya, bukan senang naik helikoptar.

8. Pilihlah menjadi Kaya, jika ada yang kata "dah takdir saya begini" dia mengalah tentang hidupnya.

takdir itu hak Allah, Tadbir itu hak manusia. Berusaha dan jangan mengalah.

Gegadis tak kisah muka tak 'korea', yang penting kita kaya :-p

#BuatPilihanDalamHidup
#TabungDuit3

WANG DAPAT WANG

1. Anda perlu menabung dulu sebelum menjadikan 'Wang Dapat Wang'.

2. Selepas cara pertama 'Manusia Dapat Wang' berjaya, baru masuk tahap ini.#TabungDuit2 semalam

3. Ada keajaiban 'compounding' wang, orang Kampung Bota sebut 'duit beranak duit'

4. Duit yang kita ada beranak jadi duit lagi, pergh...

5. Memperolehi wang dengan lebih banyak dan wang bekerja untuk anda 24 jam sehari, 365 hari setahun.

6. Ia tetap memerlukan ilmu, kemahiran, akal dan tenaga. (Seperti tips semalam)

7. Kelemahannya jika anda ghairah, tiada ilmu, tamak haloba macam anjing dengan bayang bayang.

Wang anda mungkin hilang!.ingat kisah tersontot yang digembar gemburkan.

8. Orang lain mengawal wang anda antara kelemahannya. Mereka mengurus dana.

9. Dana terjamin seperti ASB dan Tabung Haji lebih mudah.

10. Jika anda memiliki RM10000 dalam Bank Rakyat dengan kadar tetap dividen 15% selepas 10 tahun menjadi RM40,455.58. Ehm...

11. Jika kita ada RM200k dalam ASB dengan kadar 7.5% dividen kita akan 'beranakkan duit' jadi RM15 000 setahun.

12. Banyak skim cepat kayap guna istilah ini-'wang hasilkan wang', akhirnya melayang.

13. Mulalah menabung untuk ciptakan 'Wang Dapat Wang'.

Azizul Azli Ahmad
KEKAYAAN BUKAN PAMERAN

Terdapat dua kelompok manusia kaya dalam masyarakat kita. Satu kelompok yang kaya satu kelompok yang buat 'buat buat' kaya.

Kelompok yang kaya sukar untuk dikenali kecuali diperkenalkan oleh sumber yang lain. Satu lagi kelompok 'buat-buat' kaya ialah kelompok yang mudah dikenali.

Kelompok ini berdasarkan ilmu antropologi merupakan kelompok yang suka 'mempamerkan' kejayaan hidup.

Mereka seringkali mempamerkan foto foto percutian mewah dan luar negara, bergambar dihadapan kenderaan agar orang meneka model kenderaannya, mempamerkan wang yang diperolehi hasil perniagaan 'online' nya, membawa anak bercuti kelokasi berbayar, menulis status kejayaan produk yang diguna hingga berhasil mencapai kemewahan, bercerita tentang hebatnya sesuatu pelaburan yang dia lalui.

Hati hati dengan kelompok ini kerana ia akan mempengaruhi pola fikir dan kaedah perbelanjaan kita. Ahli antropologi mengakui wujud kelompok manusia yang benci orang orang kaya.( sebab itu tauke kedai mee udang di Taiping minggu lepas kena rasuk).

Kenal pasti kelompok ini dan hati hati dalam berbelanja. Jangan terpengaruh dan ikut berlumba bersama mereka. Jangan membeli kerana tudung itu jenama 'Fareezade' tetapi kerana ia merupakan tuntutan agama.

Azizul Azli Ahmad

#OrangKayaBiasanyaSederhana.t.me/NotaAzizulAzli
#TabungBuku

BUKU OTAK POWER.

Jumlah halaman 195 halaman warna warni.

Kisah bagaimana perbezaan antara otak orang biasa dan orang kaya berfikir.

Bagaimana perbezaan tanggapan ini menjadikan kita jauh dari wang

Orang biasa beranggapan memulakan perniagaan memerlukan modal yang besar. Orang kaya beranggapan modal perniagaan adalah otak yang pintar.

Orang biasa suka berjalan jalan, beli belah dan letak gambar di fb dan insta, orang kaya berjalan jalan untuk lihat peluang dan kesempatan memulakan perniagaan.

Orang biasa masih lagi kejar kereta mewah untuk kelihatan hebat. Orang kaya beranggapan, kenderaan hanya sebagai alat untuk sampai destinasi.

Orang biasa masih lagi menunggu sampan, orang kaya membina sampan mereka sendiri.

Orang biasa masih nak beli rumah pertama besar, banyak bilik dan kekal selamanya.

Orang biasa masih beranggapan kereta itu sebagai keperluan utama sedangkan orang kaya beranggapan kereta itu sebagai alat sampai tujuan sahaja

Harga buku Otak Power adalah
RM 39.00

Kos pos PERCUMA

TAWARAN hari ini pada harga RM39.00 Sahaja

Bagi SABAH dan SARAWAK harga sama sahaja SAHAJA RM39.90 DAN POSLAJU PERCUMA!

BUKU telah ada, besok kami akan poskan kepada anda.
.
.
Bagaimana membeli?
Bayaran RM39.00 Buku Warna Warni ini ke
.
RUMAH BUKU
5582 7500 5921
Maybank

7029 514 219
Azizul Azli Ahmad
Cimb Bank Berhad
.
.
Hantar bukti pembayaran dan alamat lengkap di WHATSAPP 016 599 8902. Terima kasih.

1. Bukti Bayaran
2. Nama, Alamat lengkap dan No telp.
www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

www.wasap.my/+60165998902/OtakPower

Amacam, ada berani kawan?

Terima kasih berminat.