Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
TERIMA KASIH SEMUA YANG MENDAFTAR. 👆👆👆👆
#TabungRumah

HARTANAH ORANG TAK SUKA?.

Bila kita nak beli rumah, pertimbangkan juga ciri berikut.

Ada hartanah yang orang tak suka beli, kita dah terbeli nak jual balik payah nanti kawan.

1. Hadap Logi Kumbuhan.

Biasanya Indah Water, walau tertutup orang selalu nak elak beli punya nantinya.

2. Dekat Pemancar Telekomunikasi

Walau belum ada kajian katanya boleh kena kanser. Orang tetap rasa tak berapa suka.

3. Bawah Sangat

Jika rumah pangsapuri, rumah kita jadi laluan semua orang setiap hari. Buka pintu sikit semua orang nampak masak kari dalam rumah.

4. Atas Sangat

Jika flat yang tiada lift, kediaman ini bukan pilihan orang berusia. Ada anak juga susah nak ulang nak atas semula. Tekanan air rendah biasanya.

5. Rumah Lama

Rumah dah berusia, dah 30-40 tahun usia. Banyak kos baiki atap dan struktur asal rumah.

6. Sub Stesen TNB

Belum pernah meletub lagi, tapi orang tak suka sebab katanya berisiko tinggi.

7. Hadap Kubur atau Dekat Kubur

Supaya senang ingat mati, tapi ada yang seram bila suami kena kerja luar nanti.

8. Master Title

Ada bank pun tak suka apatah lagi kita yang nak beli ini.

9. Kawasan Kos Rendah

Bukan menghina sesiapa,tetapi jika rumah mewah berjiran dengan kos rendah memang susah untuk jual semula.

10. Kawasan Banjir

Jika ada sejarah banjir, orang takut beli takut berulang lagi.

11. Banyak Warga Asing

Rasa tidak begitu selamat dan selesa. Kecuali kawasan kediaman mewah. Tapi hari ini kawasan warga asing juga semakin ditinggalkan pergi.

12. Ada Kes Jenayah

Semakin banyak jenayah kawasan itu orang makin tak suka. Apatah lagi ada yang kena bunuh dan potong 3.

13. Pelupusan Sampah

Bila malam, bau sampah akan sampai kerumah kita. Luar biasa baunya. Habis melakat disemua baju dan cadar kita.

14. MDT Tak Bagus

Majlis perbandaran atau daerah yang bagus jadi pilihan pembeli. Suasana bersih dan baik menjadi pilihan hati.

Azizul Azli Ahmad

#CariHartanahYangOrangSuka
#TabungPosmen

Kita cepat benar rasa marahnya bila pesanan kita lewat sampai.

Adakalanya alamat kita tak lengkap, penjual salah tulis, hp kita posmen call tak berangkat angkat, nota posmen tinggalkan anjing makan dan sebagainya.

Yang kita nampak hanyalah posmen lambat.

Adakalanya kerja menghantar ini, tidak habis waktu pejabat sahaja.

Pernah waktu maghrib posmen sampai depan rumah menghantar return pos laju yang tidak dituntut pembeli buku saya.

Saya undang dia masuk, katanya nak segera. Saya jumpa dia tumpang solat disurau taman kami sahaja akhirnya.

Kita mudah nak marah dan kecewa bila pesanan kita lewat tiba. Mereka berusaha hingga lepas waktu kerja.

Kawan kawan,

Sahabat doktor saya pernah nak bagi cuti pada posmen ini kerana demam, katanya.

"Tak perlu Doktor, kalau saya cuti hari ini. Besok saya kena hantar juga, jumlahnya akan bertambah".

Sayu saya mendengar ceritanya.

Dulu saya kira posmen hanya bawa 50-60kg sekali ronda. Hari ini rasanya lebih dari 100kg muatan mereka sekali menghantar.

"Alah pos lain cepat jer sampai, kenapa pos laju lambat?"

Saya pernah diusik begini.

Jujurnya sebagai penjual buku online, saya pernah guna khidmat penghantaran lain. Bagi setiap 100 pack buku, akan ada 4 bungkusan yang hilang.

Sebagai penjual, kami tak boleh salahkan penghantar, kami harus poskan buku yang baru segera sebab dah hampir sebulan buku hilang begitu sahaja.

"Dr, saya dapat dua parcel Dr. Yang dulu baru sampai".

Biasanya begitu, maka saya perlu bayar pada penerbit kos itu dua parcel itu.

Selama berurusan dengan posmen, saya belum pernah kecewa atau terluka.

Mereka pernah dikejar anjing, tergolek atas jalan raya hujan panas itu biasa.

Kita banyak terhutang budi dengan mereka. Zaman masuk universiti dulu, surat dari merekalah yang kita nantikan. Dapat sambung belajar atau kekal kerja kilang selamanya sahaja.

Sempena hari ini 4 febuari adalah hari "Thank A Mailman Day". Dengan rendah hati saya ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga buat semua posmen yang menyampaikan impian kami semua.

Moga posmen lebih terpelihara kebajikan mereka, sediakanlah hub rehat buat mereka, minuman percuma, perlindungan istimewa kerana mereka dulu surat cinta kita berbalas penuh kotak kasut semuanya.

Terima kasih, moga rezeki Tuan Posmen kaya raya dan hanya Tuhan yang maha esa membalas kebaikkannya.

Azizul Azli Ahmad
Anak Bekas Kerani Pos Malaysia
#TerimaKasihPosmen
#HormatiKerjaOrang
#RaikanPosmen
#TabungKaya

Hampir semua industri ini dikuasai oleh orang kaya. Mereka tahu industri ini boleh jana wang yang luar biasa.

Jadilah muslim yang kaya agar boleh bantu muslim yang lain, itu sahaja.

Bukan nak tukar kereta bagi bakal mertua rasa kagum dan gegadis gilakan kita.

Menjadi kaya dan mulia

Azizul Azli Ahmad

#Nota jadi menteri juga boleh kaya raya, bahagia dan gemok perutnya. #DoneBagitau
#TabungDiri

"Alah duit banyak pun, belum tentu bahagia".

Jika duit banyak tak bahagia? Bagaimana jika hidup tanpa duit.

Duit bukan matlamat hidup tetapi bila tiada duit kita susah nak hidup.

Perut yang lapar mengajar kita berusaha.

Perut yang lapar juga mengajar kita melakukan jenayah.

Kawan kawan,

Orang yang cakap duit tak penting adalah orang yang kecewa dalah hidup.

Berusahalah, jika tidak kaya sekalipun. Kita tidak susahkan hidup orang lain dengan meninta minta.

Siapapun yang pernah berjuang dengan kemiskinan tahu betapa sangat mahalnya menjadi miskin.

Apa yang kita berikan kepada kaum miskin adalah apa yang kita bawa bersama kita ketika kita mati.

Jadilah kaya dan mulia.

Azizul Azli Ahmad.
#TabungHidup

KAYA ATAU MISKIN

1. Dalam hidup ini kita senantiasa ada pilihan, nak jadi kaya atau miskin.

2. Kita boleh pilih sebenarnya, cara kita berfikir dan bertindak penentu Miskin atau Kaya kita nanti.

3. Jika kita rasa kita Miskin, lihat kembali apa yang pernah kita lakukan dulu.

4. Jika kita Kaya, lihat kembali apa pengorbanan kita dulu .

5. Jika ada yang kata dia tak mahu kaya, tapi nak bahagia. Dia sedang membohongi dirinya.

6. Kekayaan boleh beli rasa bahagia, jika kita tak bahagia. Anak isteri tumpang bahagia dalam rumah kita.

7. Artis jelita ramai nak tumpang bahagia orang kaya, bukan senang naik helikoptar.

8. Pilihlah menjadi Kaya, jika ada yang kata "dah takdir saya begini" dia mengalah tentang hidupnya.

takdir itu hak Allah, Tadbir itu hak manusia. Berusaha dan jangan mengalah.

Gegadis tak kisah muka tak 'korea', yang penting kita kaya :-p

Azizul Azli Ahmad

#BuatPilihanDalamHidup
#TabungRumah

SYUKURLAH SUDAH ADA BUMBUNG?

Semalam waktu sampai masuk ke Kedah, rumah yang satu ketika dulu tidak berbumbung akhirnya ada bumbung.

Pembeli sedang mengkritik pengamal senibina, pemaju dan penguasa daerah yang setuju bahawa ini sebuah rumah.

Beli hartanah yang betul, jangan salah. Kita mungkin seumur hidup sekali beli rumah.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDiri

PENGAJARAN DARI KISAH SUFIAN SUHAIMI.

1. Tak semua lelaki itu waktu mudanya senang dan berjaya. Jika kita yakin,berilah mereka peluang.

2. Semua ibu pastinya nakkan yang terbaik buat anaknya. Mereka bukan nak menumpang, tapi dapat bahagiakan anaknya pun ibu nya dah suka.

3. Cinta itu tidak kekal lama, yang abadi adalah kasih sayang abadi.

4. Jangan persenda lelaki yang baru nak mula hidup, mereka ada impian. Cuba belum sampai masanya untuk buktikan.

5. Semua wanita perlukan perlindungan bukan hanya kata kata cinta semata mata. Ushakan untuk buat mereka yakin dan bahagia.

Jika lelaki itu ada wawasan dan ushanya luar biasa . Belajar terima cintanya.

Cari lelaki yang cintai diri anda, bukan anda gila babas sukakan dia sahaja.

Abah Qilah
Dambaan Mama Qilah

#DoneReview
#BilaMamaQilahNakBelanjaNaikHeli
#TabungRumah

KAHWIN MAHAL DAN RUMAH MAHAL

1. Dua ini adalah keperluan kita, kahwin dan rumah. Keduanya 'mahal' kini. Ia menjadi mahal sebab kita pilih yang mahal.

2. Kahwin yang sederhana ada dimana mana, tapi kita pilih yang ada 'wedding planner' dan majlis macam Yuna.

3. Rumah yang kecil dan murah untuk mula hidup, apa salahnya. Jangan lihat kondo di One Utama saja.

4. Kita pilih yang mahal dan kita marahkan semua manusia. Kita tidak pernah uruswang dengan bijak kita kata gaji tak sempurna.

Tahun ini bukan tahun menyimpan, tetapi tahun tambah pendapatan juga kawan.

Abah Qilah

#PilihYangKitaMampuBukanSuka
#BeliRumahSebelumKereta
#TabungHidup

KAYA ATAU MISKIN

1. Dalam hidup ini kita senantiasa ada pilihan, nak jadi kaya atau miskin.

2. Kita boleh pilih sebenarnya, cara kita berfikir dan bertindak penentu Miskin atau Kaya kita nanti.

3. Jika kita rasa kita Miskin, lihat kembali apa yang pernah kita lakukan dulu.

4. Jika kita Kaya, lihat kembali apa pengorbanan kita dulu .

5. Jika ada yang kata dia tak mahu kaya, tapi nak bahagia. Dia sedang membohongi dirinya.

6. Kekayaan boleh beli rasa bahagia, jika kita tak bahagia. Anak isteri tumpang bahagia dalam rumah kita.

7. Artis jelita ramai nak tumpang bahagia orang kaya, bukan senang naik helikoptar.

8. Pilihlah menjadi Kaya, jika ada yang kata "dah takdir saya begini" dia mengalah tentang hidupnya.

takdir itu hak Allah, Tadbir itu hak manusia. Berusaha dan jangan mengalah.

Gegadis tak kisah muka tak 'korea', yang penting kita kaya :-p

#BuatPilihanDalamHidup