Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungRumah

HARTANAH DAN CERAI.

"Dr ada agen boleh bantu jual rumah saya?". Telefonnya semalam.

Dia baru mula kerja, sekarang telah berpisah dengan suaminya yang juga pensyarah sementara.

Mereka masih muda, anak baru yang pertama.

Apa yang saya perhatikan;

1. Banyak hartanah terlelong dan jual dibawah harga pasaran bila pasangan suami isteri berpisah jadi dua.

2. Waktu ini emosi jadi luar biasa, rasa benci sangat membara. Kalau boleh nak halau keluar sahaja.

"Juallah cepat cepat, saya dah malas nak jumpa dia lagi".

3. Isteri jelita, failkan hak anda di mahkamah segera. Rumah yang suami beli walau tiada nama 'kita' hak dia tetap ada.

4. Lebih jelita, usahakan beli sebuah rumah perlindungan sebelum kita bergelar isteri sesiapa.

5. Bila dah kawin kutip sahaja sewa, dapat duit bolehlah beli beg tangan berjenama atau kereta Honda.

6. Jangan terlalu beremosi hingga semua harta terlelong bila kita dah membenci.

Fahami hak kita sebagai wanita dan suami yang gagah perkasa.

Semua orang inginkan perkahwinan yang kekal bahagia.

Azizul Azli Ahmad

#SemakinBeremosiSemakinRugi
#MarahMerugikanKita
#TabungSuami

Di waktu isteri bekerja seperti kita. Kadangkala kita marahkan isteri terlalu bekerjaya hingga anak, suami tidak terurus berumah tangga.

Di saat isteri menjadi suri rumah tangga. Ada keluarga mertua yang kata, isteri hanya goyang kaki dirumah. Sedangkan suami kerah keringat bekerja. Maka isteri menjadi kurang dihargai.

Di waktu isteri bekerja, lalu suami rasa sedikit terbantu. Sehingga suami mula rasa "terlena" hingga "tak sedar". Sang isteri dari menjadi 'tulang rusuk' keluarga, mulai menjadi 'tulang belakang' sebuah keluarga.

Di saat isteri tidak bekerja, suami minta isteri sediakan semua perkara dan minta dilayan seperti raja. Sedangkan kerja urusan rumah itu tidak pernah ada habisnya dari pagi sampai ke senja.

Di waktu isteri sebok mencari pendapatan tambahan dengan perniagaan online. Bagi membantu pendapatan keluarga, disebalik kesebokkan urus anak, suami dan rumah tangga. Suami tidak mahu tahu dan dengar semua keluhan itu.

Akan sentiasa ada masalah dalam menguruskan sesebuah rumah tangga.

Beruntunglah memiliki suami yang baik dan sabar demi sebuah keluarga.

Bersabarlah.

Abah Qilah
Juga Seorang Suami.

#JadilahSuamiDambaanIsteri
#SalingMemahami
#TabungIlmu

Alhamdulillah, tiket Seminar Berani Melabur! 2020 laku keras!

Seat 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗟 tinggal sikiiitt je lagi ni.. Cepat-cepat daftar sebelum SOLD OUT!

Habis je, saya akan tutup pendaftaran tiket Super Bull. Tiket Diamond & tiket General pun dah tak banyak tinggal..

𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗮𝘁 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦!!!
--> bit.ly/BM-2020

.
Buat yang dah berjaya daftar, ingat temu janji kita nanti!
Sama-sama kita belajar bagaimana nak jana $$$ ekstra melalui pelaburan saham yang Sah dan Patuh Syariah.

Jumpa anda di lokasi berikut:

👉 SHAH ALAM

23-24 Februari 2020
SACC, Shah Alam
.
.
#BeraniBangkit
#MentorSaham
#SahamIsCool
=====================
BAGAIMANA NAK DAFTAR?
=====================

𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗮𝘁 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦!!!
--> bit.ly/BM-2020

.
Buat yang dah berjaya daftar, ingat temu janji kita nanti!
Sama-sama kita belajar bagaimana nak jana $$$ ekstra melalui pelaburan saham yang Sah dan Patuh Syariah.

Jumpa anda di lokasi berikut:

👉 SHAH ALAM

23-24 Februari 2020
SACC, Shah Alam
.
.
#BeraniBangkit
#MentorSaham
#SahamIsCool
Lelaki bila wajah kita tak kacak, belilah rumah banyak banyak. 😎
#TabungFB

SELAMAT BERGABUNG KAWAN!

1. Saya ada lebih 200,000 pengikut baru, Izinkan saya perkenalkan diri saya sekali lagi.

2. Saya Azizul Azli Ahmad banyak menulis tentang kewangan dan hartanah agar kita jadi lebih 'sexy' dimata calon isteri dan jadi suami yang berdikari.

3. Saya macam lelaki lain juga hantar anak sekolah pepagi, pening cari kasut sekolah anak,kerja sekolah baru nak buat. Gosok tudung Qilah dan petang ambik anak balik sekolah.

4. Saya juga ada buat beberapa kempen kesedaran "Beli Rumah Sebelum Usia 30" dan "Gadis Bestari Ada Rumah Sendiri". "Lelaki Seksi Beli Rumah Untuk Isteri" . Ini semua untuk masa depan anda sendiri.

5. Saya ada 5 buku kewangan dan hartanah yang saya tulis sendiri dari pengalaman saya membeli 'beberapa' hartanah.

Buku terbaru Otak Power

Ia pengalaman bodoh saya hingga pernah jual kereta besar lepas sedar ia membazir sahaja. Ia pengalaman saya sendiri.

Saya pernah balik raya sewa kereta selama 3 tahun lamanya

6. Ada buku yang saya kongsikan bagaimana beli 6 biji rumah dalam setahun dalam Buku Mudahnya Beli Rumah. Ia pengalaman saya sendiri bukan 'copy' cerita orang punya. Ada cerita masuk rumah lelong jumpa perempuan mengandung.

7. Saya sedar ramai orang bosan baca kewangan dan hartanah yang penuh fakta. Maka saya sesekali buat lawak hambar dan bangang agar orang terus membaca disini.

8. Tulisan saya banyak tentang hartanah dan kewangan, sekali sekala ada juga cerita Pattah Amin, Nelofa, DS Vida , Janna Nik dan Che Ta agar tak cepat bosan.

Cerita anak saya Qilah juga ada bagi ibu ibu kekal membaca. Mereka suka kanak kanak rupanya.

9. Saya juga Spearker Hartanah yang sering dijemput pemaju hartanah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan dan swasta bagi berkongsi pandangan tentang perumahan dan hartanah pada anak muda dan kakitangan mereka. Saya sangat teruja berkongsi cerita !

Saya juga ada menulis di akhbar dan sering bertamu di TV AlHijrah setiap pagi selasa. MHI dan WHI juga pernah dijemput berkongsi cerita

10. Selamat datang dan bergabung kawan, boleh kongsikan pandangan tentang hartanah juga di sini jika berminat. Tegurlah saya jika saya silap

Selamat berkenalan kawan

Azizul Azli Ahmad
Cikgu Sekolah
Abah Qilah

#BeliRumahWaktuMuda
#JanganMengalahTapiBerusaha
#ShareJikaBermanfaat
#SetkanSeeFirst

Sempena 200,000 follower baru ini, saya hadiahkan ebook #99 LELAKI, WANG & RUMAH di www.rumahbuku.my

Download segera gaizzz.
#TabungBuku

SAYA TAK TULIS BUKU HANTU!

Cuba beli dan baca kalau tak percaya, saya tak tipu.

#TabungBuku

TAWARAN COMBO 4 BUKU.

APA YANG DAPAT DARI BUKU INI?

+ Ketahui ciri ciri pelabur hartanah yang unggul.

+ Bagaimana membeli hartanah pertama.

+ Pengalaman membeli 6 rumah dalam setahun itu bagaimana?

+ Tips Ringkas hartanah lelong dan panduan membeli.

+ Duit ada disekeliling kita,

bagaimana mendapatkannya dan mengawalnya.

+ Beli hartanah dengan deposit yang paling minima, bagaimana beli hartanah PERCUMA KERETA?

+ Semakin banyak hartanah yang kita beli semakin banyak simpanan kita

+ Persoalan mudah agar kita tidak silap membeli hartanah pertama.

+ Beli hartanah guna akal atau guna hati sebenarnya.

+ Membaca agar kita tak salah dan rugi dengan hartanah pertama kita.

+ Soalan mudah tentang rumah pertama kita.

+ Kemana hilangnya duit gaji kita sebenarnya

+ Bagaimana jana duit dengan gaji yang kecil.

+ Bagaimana gaji kecil boleh beli banyak sangat rumah

+ Rumah apa yang sesuai untuk generasi bawah 30an.

+ Jika dah berkahwin rumah apa yang sesuai. Bagi umur 40 tahun kebawah ini strategiknya

+ Usia berapa membeli rumah idaman kita sebenarnya.

BUKU BARU

#99 Tips Hartanah Mudah

+ Tips ringkas dan mudah faham tentang hartanah

+ Pengalaman penulis sendiri dalam urusan hartanah

+ Panduan hartanah lelong mudah

+ Terdapat 145 tips hartanah bukannya 99 seperti depan kulit buku. Lagi hebat dari Pattah Amin bukan?

BUKU WANG ADA DIMANA RM35

Q&A RUMAH PERTAMA KITA RM39.90.

MUDAHNYA BELI RUMAH
RM 35.00

99 #TIPS HARTANAH MUDAH RM30

kos pos laju Semenanjung RM7.31 & Sabah / Sarawak RM11.55.

JUMLAH BESAR RM147.90 (Semenanjung) (Sabah/Sarawak)

TAWARAN HEBAT JIKA BELI 4 BUKU INI.

Jika beli buka saya keempatnya pada harga RM119.00 SAHAJA dan POS LAJU PERCUMA!!

JIMAT RM28.90!!

Bagi SABAH dan SARAWAK harga sama sahaja. RM119.00

Jimat RM47.90 !!

Saya poskan besok pagi
Lebih menjimatkan kos anda.
.
.
.
Jika beli senaskah [ Harga Buku] + [Kos Poslaju] = Harga Buku
.
.
Bagaimana membeli?
Bayaran Buku Warna Warni ini ke
.
RUMAH BUKU
5582 7500 5921
Maybank

7029 514 219
Azizul Azli Ahmad
Cimb Bank Berhad
.
.
Hantar bukti pembayaran dan alamat lengkap di WHATSAPP 016 599 8902. Terima kasih.

1. Bukti Bayaran
2. Nama, Alamat lengkap dan No telp
www.wasap.my/+60165998902/4Buku

www.wasap.my/+60165998902/4Buku
www.wasap.my/+60165998902/4Buku
www.wasap.my/+60165998902/4Buku

Buku dah sampai, besok saya poskan segera, ada berani?
#TabungKahwin

NIKAHLAH DENGAN WANITA BEROTAK.

1. Bijak pandai itu bukannya tunggu ada master atau ada PhD sahaja, atau graduan universiti.

2. Wanita bijak itu bukannya yang cantik sahaja tudungnya atau putih flawless wajahnya.

3. Wanita cerdik bila dia bijak susun strategik status kehidupan, agama dan urus wang keluarga. Dia bahagikan wang kecemasan dimana, dia buat tabung keluarga, ada duit belanja luar jangkaan.

4. Wanita hebat bila dia berjaya manfaat duit belanja rumah tangga juga untuk pelaburan masa depanya. Tahu dimana pelaburan yang bagus dan pasang impian nak beli rumah satu.

Bagaimana nak tahu calon isteri kita cantik dan berotak kerana kita tak nampak?

5. Mereka gila berbelanja dan tak kisah kita kerja apa, semua mereka nak lelaki kena sediakan semuanya. Mereka gila hias diri bagi nampak sempurna dimata manusia lain.

Buat pilihan wanita yang ada otak bersama bukan pilih yang kulit gebu flawless dan wajah korea sahaja. Kahwin sekali jangan menyesal nanti.

Kongsikan jika bermanfaat

Azizul Azli Ahmad
Lelaki Wajah Nepal Saja.

#LelakiHarusMendidik
#CariIsteriYangJauhWawasannya.
#TabungBewarna

KEJAYAAN TABUNG BEWARNA

Lelaki kacak budiman ini berjaya menghimpun dana untuk dirinya. Ini contoh lelaki dambaan wanita yang bijak kumpul harta.

ehm..dia masih bujang oh key :-p
#TabungRumah

JIKA HANTARAN MAHAL

1. Hantaran tinggi merupakan mimpi ngeri buat semua kaum lelaki. Cadangan saya jika anda berazam untuk mintak hantaran tinggi juga.

2. Apa kata jadikan ia deposit bayar muka rumah pertama atau lot tanah untuk isteri anda. Jika hantarannya sekitar RM10 000 hingga RM15 000 atau lebih dari itu.

3. Anda boleh beli kediaman RM 150 000. Beli kediaman kecil dari pasaran subsale kerana ia lebih mampu. Tidaklah menyewa terlalu lama lepas kawin nanti.

Manfaatkan duit hantaran untuk masa depan keluarga baru, jangan bazirkan tidak tentu.

Azizul Azli Ahmad

#JanganHanguskanBelanjaHantaran
#TabungPrinsip

HADIAH DIRI SENDIRI DULU

1. Prinsip asas menyimpan ialah dengan 'membayar diri sendiri dulu'.

2. Bayar diri sendiri bukan bermaksud belikan 'handbag' Cucci, beli 'Sport Rim' baru, beli jubah baru, beli bulu mata, hp baru dan sebagainya.

3. Bayar diri sendiri dengan menyimpan paling minimun 10% dari gaji kita. Jika masih bujang buatlah simpanan 35%

4. Simpanan ini sangat 'boring' dan perlukan prinsip SABAR tahap dewa dalam diri. Buat satu tempoh waktu dan sasaran jumlah tertentu.

5. Jika anda benar benar tabah, beriman dan tawaduk buat simpanan pertama ini selama 5-7 tahun pertama.

6. Tahan nafsu untuk berbelanja. Biar orang kata anda kedekut 'giler'. Tetapi wawasan anda menyala nyala.

7. Gunakan tabungan ini untuk deposit beli rumah pertama. (10%-15%).

8. Sasarkan rumah kecil dan sederhana, orang rumah belum ada.

Gegadis memang sukakan hadiah, sesekali hadiah rumah apa salahnya :-p

Azizul Azli Ahmad

#GandaanAkanBerlakuBilaKitaBayarZakatSimpanan.