Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungKahwin

PANDUAN KAHWIN BAJET

Semua orang nak kawin diatas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat dan disayang.

Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin.

1. Kad kawin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.

2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.

3. Baju kawin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kawin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.

4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.

5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, bag tangan semua dah ada dan biasa!

6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan opis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.

7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andan kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.

8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.

9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan 'grand'

10. Cenderahati bagi yasin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan didalamnya. Janganlah hipster sangat dik!

11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di youtube belambak ada.

12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kawin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi

13. Jangan hadir Pameran Perkahwinan, nanti dari nak kawin sederhana jadi majlis kawin macam kitalah anak raja ghurka.

Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya "Alah kawin sekali nie saja, apa salahnya"

14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.

15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.

16. Jangan buat Pinjaman Peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.

17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.

18. Tak guna kahwin 'grand giler' tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada 'raja' duduk rumah sewa deposit pun tak ada.

19. Buang rasa malu, kawin sederhana itu Sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.

20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak dari habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.

Azizul Azli Ahmad

#BeliRumahSebelumKawinBaruGagah.
#TabungRumah

Tidak perlukan sebuah rumah mewah dan besar untuk selesa.

Kediaman kecil dan sederhana juga boleh jadi kediaman yang baik.

Ruang terbuka beri kesan pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Keluasan hanya 100m2 sahaja.

Sumber foto: 85architecture.com
#TabungKerja

MENGAPA KENA RAJIN KERJA?

Bagi Wanita.

1. Bag tangan telah lusuh, perlukan bag baru.

2. Pakaian ingin diganti baru.

3. Tidak boleh bergantung hidup pada lelaki.

4. Pre paid kita perlu di isi untuk upload foto di Insta.

5. Skin care semakin mahal dan sale tidak selalu di watson dan guardian.

6. Tidak boleh mintak wang pada lelaki, mereka akan 'minta balasan' lain sebagai ganti.

Bagi Lelaki.

1. Lelaki harus berjuang, kerana wanita yang kita suka. Banyak permintaannya.

2. Skin care, lipstik dan tudung wanita itu, bukan murah harganya.

3. Jarang kita temukan hantaran yang murah dan rendah hari ini.

4. Harga rumah bukannya semakin murah, semuanya tinggi.

5. Ketika ada anak, susu, Pampers dan vitaminnya tiada yang murah lagi.

6. Barang keperluan rumah semuanya ditanggung kita lelaki.

7. Kereta untuk bawa keluarga jalan jalan itu perlu diisi dengan minyak bukan niat sahaja boleh jalan.

8. Setiap kali raya, keperluan keluarga mesti berbeza dari tahun sebelumnya.

Azizul Azli Ahmad
Juga Lelaki

#FahamiApaYangLelakiLalui
#LelakiSeksiAdaSimpananSendiri
#TabungKesihatan

CEPATNYA NAK KURUS?

1. Dalam pasaran hari ini terdapat banyak ubat yang menguruskan badan

2. Pengeluar produk berlumba lumba 'menghasilkan' pil paling cepat kurus.

3. "Kurus menawan dan putih seperti tepung goma dalam masa sebulan"

4. Tiada satu jurnal perubatan yang ditemukan adanya pil kurus dalam masa sebulan.

5. Pil pil ini selain membahayakan ia merosakkan buah pinggang dan hati kita yang ada taman.

6. Bersenam merupakan kaedah yang paling berkesan, tetapi ia makan masa yang panjang.

7. Selain bersenam kita harus jaga pemakanan, kawal nafsu jangan bedal semua yang melintas didepan.

8. Dalam pelaburan prinsipnya sama, tiada pil cepat kaya, kacak dan berjaya.

9. Pelaburan perlukan kesabaran dan masa. Jangan rosakkan jantung hati kita hanya kerna nak cantik dan cepat kaya saja.

10. Skim pelaburan yang sebulan saja dah dapat dividen, sila bangun dan lari keliling pekan.

11. Tiada jalan pintas juga masuk kesyurga, ia amalan yang berterusan sepanjang zaman.

Azizul Azli Ahmad
Abah Kacak Sangat

#JanganTertipuBilaAdaGambarKeretaMewah.
#TabungRumah

HARTANAH DAN CERAI.

"Dr ada agen boleh bantu jual rumah saya?". Telefonnya semalam.

Dia baru mula kerja, sekarang telah berpisah dengan suaminya yang juga pensyarah sementara.

Mereka masih muda, anak baru yang pertama.

Apa yang saya perhatikan;

1. Banyak hartanah terlelong dan jual dibawah harga pasaran bila pasangan suami isteri berpisah jadi dua.

2. Waktu ini emosi jadi luar biasa, rasa benci sangat membara. Kalau boleh nak halau keluar sahaja.

"Juallah cepat cepat, saya dah malas nak jumpa dia lagi".

3. Isteri jelita, failkan hak anda di mahkamah segera. Rumah yang suami beli walau tiada nama 'kita' hak dia tetap ada.

4. Lebih jelita, usahakan beli sebuah rumah perlindungan sebelum kita bergelar isteri sesiapa.

5. Bila dah kawin kutip sahaja sewa, dapat duit bolehlah beli beg tangan berjenama atau kereta Honda.

6. Jangan terlalu beremosi hingga semua harta terlelong bila kita dah membenci.

Fahami hak kita sebagai wanita dan suami yang gagah perkasa.

Semua orang inginkan perkahwinan yang kekal bahagia.

Azizul Azli Ahmad

#SemakinBeremosiSemakinRugi
#MarahMerugikanKita
#TabungSuami

Di waktu isteri bekerja seperti kita. Kadangkala kita marahkan isteri terlalu bekerjaya hingga anak, suami tidak terurus berumah tangga.

Di saat isteri menjadi suri rumah tangga. Ada keluarga mertua yang kata, isteri hanya goyang kaki dirumah. Sedangkan suami kerah keringat bekerja. Maka isteri menjadi kurang dihargai.

Di waktu isteri bekerja, lalu suami rasa sedikit terbantu. Sehingga suami mula rasa "terlena" hingga "tak sedar". Sang isteri dari menjadi 'tulang rusuk' keluarga, mulai menjadi 'tulang belakang' sebuah keluarga.

Di saat isteri tidak bekerja, suami minta isteri sediakan semua perkara dan minta dilayan seperti raja. Sedangkan kerja urusan rumah itu tidak pernah ada habisnya dari pagi sampai ke senja.

Di waktu isteri sebok mencari pendapatan tambahan dengan perniagaan online. Bagi membantu pendapatan keluarga, disebalik kesebokkan urus anak, suami dan rumah tangga. Suami tidak mahu tahu dan dengar semua keluhan itu.

Akan sentiasa ada masalah dalam menguruskan sesebuah rumah tangga.

Beruntunglah memiliki suami yang baik dan sabar demi sebuah keluarga.

Bersabarlah.

Abah Qilah
Juga Seorang Suami.

#JadilahSuamiDambaanIsteri
#SalingMemahami
#TabungIlmu

Alhamdulillah, tiket Seminar Berani Melabur! 2020 laku keras!

Seat 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗟 tinggal sikiiitt je lagi ni.. Cepat-cepat daftar sebelum SOLD OUT!

Habis je, saya akan tutup pendaftaran tiket Super Bull. Tiket Diamond & tiket General pun dah tak banyak tinggal..

𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗮𝘁 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦!!!
--> bit.ly/BM-2020

.
Buat yang dah berjaya daftar, ingat temu janji kita nanti!
Sama-sama kita belajar bagaimana nak jana $$$ ekstra melalui pelaburan saham yang Sah dan Patuh Syariah.

Jumpa anda di lokasi berikut:

👉 SHAH ALAM

23-24 Februari 2020
SACC, Shah Alam
.
.
#BeraniBangkit
#MentorSaham
#SahamIsCool
=====================
BAGAIMANA NAK DAFTAR?
=====================

𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗮𝘁 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦!!!
--> bit.ly/BM-2020

.
Buat yang dah berjaya daftar, ingat temu janji kita nanti!
Sama-sama kita belajar bagaimana nak jana $$$ ekstra melalui pelaburan saham yang Sah dan Patuh Syariah.

Jumpa anda di lokasi berikut:

👉 SHAH ALAM

23-24 Februari 2020
SACC, Shah Alam
.
.
#BeraniBangkit
#MentorSaham
#SahamIsCool
Lelaki bila wajah kita tak kacak, belilah rumah banyak banyak. 😎
#TabungFB

SELAMAT BERGABUNG KAWAN!

1. Saya ada lebih 200,000 pengikut baru, Izinkan saya perkenalkan diri saya sekali lagi.

2. Saya Azizul Azli Ahmad banyak menulis tentang kewangan dan hartanah agar kita jadi lebih 'sexy' dimata calon isteri dan jadi suami yang berdikari.

3. Saya macam lelaki lain juga hantar anak sekolah pepagi, pening cari kasut sekolah anak,kerja sekolah baru nak buat. Gosok tudung Qilah dan petang ambik anak balik sekolah.

4. Saya juga ada buat beberapa kempen kesedaran "Beli Rumah Sebelum Usia 30" dan "Gadis Bestari Ada Rumah Sendiri". "Lelaki Seksi Beli Rumah Untuk Isteri" . Ini semua untuk masa depan anda sendiri.

5. Saya ada 5 buku kewangan dan hartanah yang saya tulis sendiri dari pengalaman saya membeli 'beberapa' hartanah.

Buku terbaru Otak Power

Ia pengalaman bodoh saya hingga pernah jual kereta besar lepas sedar ia membazir sahaja. Ia pengalaman saya sendiri.

Saya pernah balik raya sewa kereta selama 3 tahun lamanya

6. Ada buku yang saya kongsikan bagaimana beli 6 biji rumah dalam setahun dalam Buku Mudahnya Beli Rumah. Ia pengalaman saya sendiri bukan 'copy' cerita orang punya. Ada cerita masuk rumah lelong jumpa perempuan mengandung.

7. Saya sedar ramai orang bosan baca kewangan dan hartanah yang penuh fakta. Maka saya sesekali buat lawak hambar dan bangang agar orang terus membaca disini.

8. Tulisan saya banyak tentang hartanah dan kewangan, sekali sekala ada juga cerita Pattah Amin, Nelofa, DS Vida , Janna Nik dan Che Ta agar tak cepat bosan.

Cerita anak saya Qilah juga ada bagi ibu ibu kekal membaca. Mereka suka kanak kanak rupanya.

9. Saya juga Spearker Hartanah yang sering dijemput pemaju hartanah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan dan swasta bagi berkongsi pandangan tentang perumahan dan hartanah pada anak muda dan kakitangan mereka. Saya sangat teruja berkongsi cerita !

Saya juga ada menulis di akhbar dan sering bertamu di TV AlHijrah setiap pagi selasa. MHI dan WHI juga pernah dijemput berkongsi cerita

10. Selamat datang dan bergabung kawan, boleh kongsikan pandangan tentang hartanah juga di sini jika berminat. Tegurlah saya jika saya silap

Selamat berkenalan kawan

Azizul Azli Ahmad
Cikgu Sekolah
Abah Qilah

#BeliRumahWaktuMuda
#JanganMengalahTapiBerusaha
#ShareJikaBermanfaat
#SetkanSeeFirst

Sempena 200,000 follower baru ini, saya hadiahkan ebook #99 LELAKI, WANG & RUMAH di www.rumahbuku.my

Download segera gaizzz.