Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungGaji

BESAR PERIUK, BESARLAH KERAKNYA

1. Orang dulu suka cakap begini bila gaji kita besar.Semakin tinggi gaji kita, semakin besar hutangnya.

2. Dulu dapur kayu, hari ini dapur eletrik. Kerak tak ada lagi.

3. Bila gaji kita besar, bina hutang yang baik. Apa hutang yang baik?

+ Beli hartanah yang baik
+ Beli rumah untuk disewakan kembali.
+ Bina hutang yang beri pulangan yang baik.

Manfaatkan gaji besar untuk bina hutang yang baik . Gegadis tak suka lelaki perut besar tapi gaji kecil.

Azizul Azli Ahmad

#JanganBinaHutangPeribadi
#KawinSederhanaBukanMacamYuna
#TabungUsaha

LAICIKANG JALANAN RM1

Di Jitra laicikang RM1 ini sangat popular, selain murah bahan yang ada dalamnya cukup sempurna

Dijual dari jam 12-6 petang setiap hari di seberang jalan pejabat pos jitra.

"Sehari boleh 500 bungkus dik" soal saya cuba selidik.

"Kadang lebih bang, depa ikut musim panaih atau cuti sekolah"

jika sehari RM500 x 20 bekerja bersamaan RM10,000 jualan. Itu belum masuk yang harga RM2-3 semangkuk.

Saya kagum usaha penjaja jalanan ini yang masih kekal pada harga RM1 walau untung sempit.

Wang ada dimana mana, yang perlu hanya sedikit usaha kita.

#BerusahalahJanganBersungutDanMemintaMinta
#TabungKahwin

PELAMIN KAHWIN KITA

"Dik kahwin sekali jer dik, apa salahnya buat macam Yuna". Duit banyak banyak bukan boleh masuk kubur.

Apa kita boleh buat dengan duit pelamin RM70,000 ini sebagai rakyat biasa? Yuna tak mengapa, dia berkemampuan dan kaya.

1. Boleh gunakan RM36,000 untuk deposit rumah RM300,000.
2. Beli peti sejuk dua pintu RM1,200 yang boleh simpan suami dalamnya.
3. Pasang aircond bilik pengantin 1.5 hp pada harga RM1,050.
4. Mesin basuh automatik RM849 dilazada jenama panasonik
5. Katil IKea baru dan tilam lompat lompat tikam RM1350.
6. Meja makan dan kerusi 4 orang dulu RM655
7. Pegi Honeymoon Bali berdua 4h3m RM1580
8. Buat loan ASBfi RM200,000 untuk bayaran setahun RM13,500
9. Beli baju tido hot dan seksi RM150
10. Beli Myvi terpakai tahun 2011 RM20,000

Jumlah semua RM76,334. Tak cukup RM6,334. Jumpa pemaju minta diskaun bumiputera 5% dapatlah RM15,000. Ada baki RM8656 boleh sambung pegi Bali balik dik.

Selamat Pengantin Baru Buat Yuna.

Abah Qilah
Pengantin Lama

#DaunKedaiRM2MurahDik
#KurangkanPelaminKita
#KitaBukanYuna
πŸ‘1
#TabungRumah

ISTIMEWANYA RUMAH TANPA BUMBUNG?

1. Kebanyakan rekabentuk rumah hari ini semakin hilang bumbungnya. Kos ubah suai kediaman yang melibatkan bumbung merupakan kos yang mahal dan tinggi.
.
2. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita.
.
3. Selain itu, peranan bumbung untuk β€˜cepat cepat jangan lambat lambat’ bawa air keluar dari bangunan. Semakin lama air berada atas bumbung semakin tidak baik.
.
4. Air yang lambat turun ini akan meresap kedalam dinding menjadi ejen pereputan dan pemankin tumbuhnya kulat.
.
5. Bumbung atap curam paling baik kerana hujan yang lebat bagi air keluar cepat cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban.
.
6. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman.
.
7. Jika bumbung rumah kita rata seperti ini, pastikan ketinggian dinding melebihi 3.2 meter keatas. Semakin tinggi dinding semakin besar ruang udara beralih dan bergerak, semakin sejuk kediaman kita.
.
8. Kebanyakkan bumbung rata begini tiada bukaan untuk laluan udara, ia direka untuk tujuan pemasangan penghawa dingin. Berapa bil penghawa dingin yang kita akan tanggung selama beli kediaman ini nanti?. Bil bayar setiap bulan, hutang rumah bayar 30 tahun kedepan?.
.
9. Sebab itu rumah zaman dulu ada laluan udara dan airwell agar kediaman kita tidak menjadi perangkap haba yang panas membara dijiwa.
.
Tidak semua yang nampak baru dan moden itu baik buat kita kawan, hati hati membeli kediaman jenis ini.
.
Membayar hutang kediaman yang mahal itu sudah cukup melukakan dan membebankan, apatah lagi biaya baiki rumah dan bill yang mahal setiap bulan.

Azizul Azli Ahmad
Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur.

Bantu sampaikan tulisan ini pada semua sahabat kita agar tidak salah membeli kediaman. Kita mungkin sekali seumur hidup beli kediaman, bukan sepanjang zaman.
#TabungDiri

SEMUA ORANG SUKAKAN PUJIAN

1. Lincoln berkata semua manusia suka dipuji atas pencapaian, dikagumi dan dihargai.

2. Ahli perniagaan terkenal dan berjaya menghantar ucapan 'Tahniah' kepada 10 orang yang dikenalinya setiap minggu!

3. Kajian menunjukkan antara ungkapan pujian yang disukai oleh lelaki dan wanita adalah "Awak nampak kuruslah"!

4. Ungkapan 'Awak cantik', 'Awak putih', "flawless muka awak" dan 'Awak nampak ensem' boleh memberi kebahagian kepada sipendengar.

5. Walau ungkapan itu 'tidak semestinya benar atau tepat', ia tetap membahagiakan pendengar.

6. Memberi pujian banyak buka peluang komunikasi dalam semua urusan perniagaan dan persahabatan.

7. Bila ada yang puji "eh...abang ensemlah"!. Boleh jadi dia nak tebar pesona dan tipu anda.!, tapi dia mulakan langkah komunikasi yang mulia.

Pujilah isteri kita bahwa dialah paling jelita, jika tidak dah lama kita pilih Nelofa :-p

#HidupUntukMemberiBukanMemintaMinta
#Kongsikan jika bermanfaat
#TabungKesihatan

CEPATNYA KURUS

1. Dalam pasaran hari ini terdapat banyak ubat yang menguruskan badan

2. Pengeluar produk berlumba lumba 'menghasilkan' pil paling cepat kurus.

3. "Kurus menawan dan putih seperti tepung goma dalam masa sebulan"

4. Tiada satu jurnal perubatan yang ditemukan adanya pil kurus dalam masa sebulan.

5. Pil pil ini selain membahayakan ia merosakkan buah pinggang dan hati kita yang ada taman.

6. Bersenam merupakan kaedah yang paling berkesan, tetapi ia makan masa yang panjang.

7. Selain bersenam kita harus jaga pemakanan, kawal nafsu jangan bedal semua yang melintas didepan.

8. Dalam pelaburan prinsipnya sama, tiada pil cepat kaya, kacak dan berjaya.

9. Pelaburan perlukan kesabaran dan masa. Jangan rosakkan jantung hati kita hanya kerna nak cantik dan cepat kaya saja.

10. Skim pelaburan yang sebulan saja dah dapat dividen, sila bangun dan lari keliling pekan.

11. Tiada jalan pintas juga masuk kesyurga, ia amalan yang berterusan sepanjang zaman.

Wallahu A'llam

#JanganTertipuBilaAdaGambarKeretaMewah.
πŸ”₯πŸ“’*Jom Kongsi Ilmu*πŸ“’πŸ”₯

πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»Hidup ada banyak pilihan, buatlah pilihan untuk mencapai kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan! Tapi perlu tahu caranyaπŸ˜‰.

Di Seminar πŸ”₯ PSYCH-3K πŸ”₯ anda akan didedahkan dengan kaedah mencipta 3K (Kebahagian, Kejayaan, Kekayaan) dan juga mendengar perkongsian hebat daripada beberapa individu success dan berjaya! πŸ€©πŸ‘

πŸ”…Mengapa kita telah usaha sekeras mungkin, tetapi tidak juga mencapai kejayaan? 😩
πŸ”…Mengapa kita sering bertemu kegagalan, demi kegagalan? 😫
πŸ”…Mengapa orang lain kita lihat seperti mudah mencapai kejayaan, tetapi susah bagi kita? 😭

*βœ…πŸ’―Jawapannya ada dalam HiTea Seminar Jom Kongsi Ilmu πŸ”₯ PSYCH-3K! πŸ”₯βœ…*

Pelajari bagaimana anda boleh melakar impian serta mencipta kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan yang anda impikan selama ini! πŸ€œπŸ’’πŸ€›

Pendaftaran hanya dibuka selama 24 jam sahaja dan tempat adalah terhad! 😱⏱

βœ…βœ…Daftar penyertaan anda cepat di βœ…βœ…

πŸ“² www.jomkongsiilmu.com

(_Konsep 3K telah diperkenalkan oleh (Alm) Datuk Dr Maznah Hamid_)
BUKU GADIS BESTARI ADA SIMPANAN SENDIRI DAN OTAK POWER
.
Gadis hari ini harus lebih bijak, jika tidak mereka akan di pijak.

Pengecut terbesar adalah lelaki yang membangunkan cinta seorang wanita tanpa bermaksud untuk balas mencintainya..
.
Buku ini tentang menyimpan, motivasi, bina harta, rumah pertama, jana pendapatan, jodoh siapa dan jadilah kaya.

Buku ini setebal 216 halaman bewarna warni. Harga senaskah RM39.90.

BUKU OTAK POWER

Jumlah halaman 195 halaman warna warni

Kisah bagaimana perbezaan antara otak orang biasa dan orang kaya berfikir. Bagaimana perbezaan tanggapan ini menjadikan kita jauh dari wang.

Kita membesar dengan filem yang salah tentang hidup dan menjadi kaya.

Orang biasa beranggapan memulakan perniagaan memerlukan modal yang besar. Orang kaya beranggapan modal perniagaan adalah otak yang pintar.

TAWARAN BUKU HANYA RM39.90

Kedua naskah RM79.80. Jika beli kedua naskah hari ini POS LAJU PERCUMA RM7.20.

Anda hanya perlu bayar RM70 sahaja.

JIMAT RM17.00! Hari ini.

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================
Bayaran RM70.00 SAHAJA .
SABAH SARAWAK RM74.00 SAHAJA
.
RUMAH BUKU
5582 7500 5921
Maybank

7029514219
Azizul Azli Ahmad
Cimb Bank Berhad
.
.
Hantar bukti pembayaran BERAPA JUMLAH RM70.00 dan alamat lengkap di WHATSAPP 016 599 8902. Terima kasih.
.
1. Bukti Bayaran.
2. Nama, Alamat lengkap dan No telp.

Lebih jimat tawaran ini!

www.wasap.my/+60165998902/GBOP
.
www.wasap.my/+60165998902/GBOP
.
www.wasap.my/+60165998902/GBOP

TERIMA KASIH kerana. berminat

Buku dah sampai!!! Besok saya poskan buku ya
#TabungDiri

CINTA DAN WAKTU

Pada suatu waktu terdapat sebuah pulau tempat tinggalnya semua perasaan ;

Kebahagian, Kesedihan, Pengetahuan dan yang lainnya termasuklah Cinta.

Pada suatu hari pulau akan tenggelam. Maka semua penghuni menaikkan semua barangnya kedalam satu perahu dan pergi, kecuali Cinta.

Cinta adalah yang satu satunya yang masih tetap tinggal disitu. Cinta ingin bertahan sehingga waktu terakhir.

Ketika pulau itu sudah hampir tenggelam, barulah Cinta memutuskan untuk meminta bantuan.

Kesempurnaan sedang lalu dihadapan Cinta dengan perahu yang bagus.

Cinta berkata,

"Kesempurnaan, bolehkah kamu membawaku bersamamu? "

Kesempurnaan menjawab,

"Tidak boleh kerana didalam perahu ini penuh dengan Kecantikan, Kekayaan, Kejayaan didalam perahuku. Tiada lagi tempat untuk kamu lagi Cinta"

Cinta meminta pertolongan dari Kesombongan yang melewati pulau itu dengan perahu yang indah

"Kesombongan, tolonglah bantu aku! "

"Aku tidak boleh membantumu, Cinta. Seluruh tubuh kamu basah dan ia pasti akan merosakkan perahuku yang indah ini! " Jawab Kesombongan.

Kesedihan mendekati pulau dan Cinta memohon bantuan, "Kesedihan, izinkan aku pergi bersamamu. "

"Oh.... Cinta, aku sedang lagi bersedih, aku perlukan waktu bersendirian tanpa sesiapa!" Jawab kesedihan.

Kebahagiaan juga melintasi depan Cinta, akan tetapi dia sangat bahagia sehingga dia langsung tak dengar panggilan Cinta.

Tiba tiba, ada sebuah suara, "Kemarilah Cinta, ikutlah bersamaku".

Dia kelihatan lebih tua.

Cinta merasa bahagia, sebab ada yang sudi menolongnya dari bencana musibah ini.

Namun kerana begitu gembiranya dia, Cinta lupa bertanya siapakah orang itu, dan hendak kemanakah dia?

Ketika sampai didaratan, lelaki tua itu pergi dengan sendirinya. Menyedari bahawa dia telah terhutang budi dengan lelaki itu.

Cinta bertanya kepada Pengetahuan, iaitu orang tua yang lain

"Siapakah yang telah menolongku tadi?"

"Dia adalah Waktu," Jawab Pengetahuan.

"Waktu? " Tanya Cinta.

"Tetapi kenapa Waktu mahu menolongku? " dengan penuh kebijaksanaan, Pengetahuan tersenyum lalu menjawab.

"Kerana hanya Waktu yang mampu memahami betapa berharganya sebuah Cinta".

Kawan kawan,

Hargai persahabatan yang sedia ada dan pasangan kita. Waktu itu menjadikan kita lebih menghargai dan menyintai.

Azizul Azli Ahmad

#HargaiPasanganKita
#KongsikanJikaBermanfaat
#SalamJumaat.