Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.1K subscribers
9.17K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
TAWARAN BERBAKI 30 MINIT SAHAJA LAGI. MULAI BESOK HARGA JADI RM127 !

Jom cepat
#TabungRumah

PANDUAN RUANG TAMBAHAN RUMAH.

1. Cari kontraktor yang berpengalaman. Tanya jiran atau kawan yang dah ada pengalaman.

(Peluang kena tipu tetap ada walau baik mana sekalipun).

2. Mintak pereka, pelukis pelan atau arkitek buat lukisan bagi mudahkan kontraktor faham.

3. Jika tak mampu upah mereka, cari berapa banyak gambar dan tunjukkan.

(saya akan ajar pada pos akan datang) supaya mereka kontraktor faham.

4. Terdapat ubahsuai yang perlukan permit PBT, ini wajib ada lukisan kerja ubahsuai.

5. Ada kontraktor degil yang nak kita ikut design mereka juga, lupakan sahaja.

6. Dapatkan beberapa sebut harga, jangan cuma dari satu kontraktor sahaja. Jika harga terlalu murah, keberangkalian ditipu tetap ada.

7. Antara kerja ubahsuai tak perlukan permit PBT ialah :

+ Pemasangan porch dan lampu pagar.

+ Pasang grill yang siap dikilang.

+ Pemasangan jubin dan ruang ampaian.

+ pasang penghawa dingin.

+ memasang pagola pasang siap.

+ Kolam ikan pasang siap dan pondok haiwan

8. Kerja ubahsuai perlukan Permit PBT antaranya

+ Ubahsuai penambahan ruang lebih 6.5 meter persegi.

+ Tambah satu lantai lagi, dari setingkat jadi dua tingkat.

+ Roboh atau bina semula bangunan asal.

+ Lantai loteng atau mezzanine baru dalam ruang rumah kita.

+ Papan iklan

+ Struktur yang ganggu sistem peparitan.

+ Membina pagar tembok.

Semakin kemas, cantik dan selesa rumah kita. Semakin semua orang melekat dalam rumah.

Azizul Azli Ahmad

#BuatAnggaranBajet
#DapatkanNasihatPakar

Sumber foto Tuan Ihsan Zainal

#Dia beli dan ubahsuai sendiri sahaja.#TabungRumah

PANDUAN RUANG TAMBAHAN RUMAH.

1. Cari kontraktor yang berpengalaman. Tanya jiran atau kawan yang dah ada pengalaman.

(Peluang kena tipu tetap ada walau baik mana sekalipun).

2. Mintak pereka, pelukis pelan atau arkitek buat lukisan bagi mudahkan kontraktor faham.

3. Jika tak mampu upah mereka, cari berapa banyak gambar dan tunjukkan.

(saya akan ajar pada pos akan datang) supaya mereka kontraktor faham.

4. Terdapat ubahsuai yang perlukan permit PBT, ini wajib ada lukisan kerja ubahsuai.

5. Ada kontraktor degil yang nak kita ikut design mereka juga, lupakan sahaja.

6. Dapatkan beberapa sebut harga, jangan cuma dari satu kontraktor sahaja. Jika harga terlalu murah, keberangkalian ditipu tetap ada.

7. Antara kerja ubahsuai tak perlukan permit PBT ialah :

+ Pemasangan porch dan lampu pagar.

+ Pasang grill yang siap dikilang.

+ Pemasangan jubin dan ruang ampaian.

+ pasang penghawa dingin.

+ memasang pagola pasang siap.

+ Kolam ikan pasang siap dan pondok haiwan

8. Kerja ubahsuai perlukan Permit PBT antaranya

+ Ubahsuai penambahan ruang lebih 6.5 meter persegi.

+ Tambah satu lantai lagi, dari setingkat jadi dua tingkat.

+ Roboh atau bina semula bangunan asal.

+ Lantai loteng atau mezzanine baru dalam ruang rumah kita.

+ Papan iklan

+ Struktur yang ganggu sistem peparitan.

+ Membina pagar tembok.

Semakin kemas, cantik dan selesa rumah kita. Semakin semua orang melekat dalam rumah.

Azizul Azli Ahmad

#BuatAnggaranBajet
#DapatkanNasihatPakar

Sumber foto Tuan Ihsan Zainal

#Dia beli dan ubahsuai sendiri sahaja.
#TabungPendapatan

SIAPA KAT SINI NAK JADI SURI RUMAH BERDUIT?

Saya ada nak rekemen 2 ebook yang sangat membantu suri rumah yang nak jana pendapatan 4-5 angka. ianya percuma!

YA PERCUMA!

Ebook 1st : 9 BIZ MESRA SURIRUMAH: POTENSI 4-5 ANGKA

Bila saya baca ebook ni terkejut juga yang alahai mudah sebenarnya nak buat duit suri rumah- suri rumah ni...

Ya, walau hanya duduk dari rumah. Walau hanya sambil jaga anak kat rumah.

.
Biasa yang saya tau surirumah ni selalu stuck. Hidup padat nak urus rumah, urus anak, urus keluarga. Nak berbisness pun tak tau apa nak buat, macammana nak buat.

Tapi dalam ebook ni suri rumah dapat idea proven, yang siap diberi kira-kira sekali.

Ebook kedua : MARKETING STRATEGI JANA 4-5 ANGKA UNTUK SURI RUMAH lagi best !

Suri rumah diajar markerting strategi nak dapatkan 4-5 angka tu. Bukan satu dua teknik proven diajar.

Malah teknik evergreen yang ramai orang sekarang lepas pandang pun dia share tau! Untung sangat -sangat siapa yang dapatkan kedua ebook ni.

Jomlah download ebook ni. Ia 100% FREE untuk Suri rumah! Ya untuk tempoh terhad.

2 Ebook Istimewa ini percuma buat semua suri rumah atau bakal suri rumah.

bit.ly/EBOOKMOMPRENEUR

bit.ly/EBOOKMOMPRENEUR

bit.ly/EBOOKMOMPRENEUR

#mompreneurmastermind
#sitihadjarmdarshad
#GadisBestariAdaPendapatanSendiri

Ok 1,2,3 go..
DAPATKAN EBOOK PERCUMA πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
#TabungManusia
.
KELOMPOK MANUSIA
.
Ada tiga kelompok manusia yang saya ceritakan pada anak saya.
.
1. Golongan Miskin. (Poor)
.
Golongan ini kita kena bantu, mereka mungkin dan usaha macam macam cara. Tetapi mereka tetap miskin. Biasanya mereka terima RMT dikantin sekolah. Datang sekolah tak bawak duit dan beg sekolah tak pernah tukar baru.

2. Golongan 'Acah Kaya' (Look Rich)
.
Mereka ini nampak Kaya Raya dari mata anak kita, kelihatan sempurna. Mereka suka pamerkan kekayaan mereka hingga anak kesekolah cukup bergaya. Bercuti ketempat berbayar luar biasa. Jawapan mereka "apa salahnya, dulu tak merasa". Tapi hutang dimana mana
.
3. Golongan Kaya (Rich)
.
Mereka ini sangat sederhana, hingga orang tak tahu mereka kaya. Mereka diam dan membantu orang sepanjang masa. Mereka tidak pernah pamerkan apa yang mereka ada. Mereka simpan ketat ketat segala kekayaan mereka.Mereka tak tunjuk apa yang mereka ada sebab otak mereka geliga.

Jangan pamerkan apa yang kita ada untuk tunjuk bahawa kita berjaya. Itu bukan geliga otak kita sebenarnya.

Abah Qilah

#HidupSederhanaKawan
#OtakPower
#TabungGaji

BESAR PERIUK, BESARLAH KERAKNYA

1. Orang dulu suka cakap begini bila gaji kita besar.Semakin tinggi gaji kita, semakin besar hutangnya.

2. Dulu dapur kayu, hari ini dapur eletrik. Kerak tak ada lagi.

3. Bila gaji kita besar, bina hutang yang baik. Apa hutang yang baik?

+ Beli hartanah yang baik
+ Beli rumah untuk disewakan kembali.
+ Bina hutang yang beri pulangan yang baik.

Manfaatkan gaji besar untuk bina hutang yang baik . Gegadis tak suka lelaki perut besar tapi gaji kecil.

Azizul Azli Ahmad

#JanganBinaHutangPeribadi
#KawinSederhanaBukanMacamYuna
#TabungUsaha

LAICIKANG JALANAN RM1

Di Jitra laicikang RM1 ini sangat popular, selain murah bahan yang ada dalamnya cukup sempurna

Dijual dari jam 12-6 petang setiap hari di seberang jalan pejabat pos jitra.

"Sehari boleh 500 bungkus dik" soal saya cuba selidik.

"Kadang lebih bang, depa ikut musim panaih atau cuti sekolah"

jika sehari RM500 x 20 bekerja bersamaan RM10,000 jualan. Itu belum masuk yang harga RM2-3 semangkuk.

Saya kagum usaha penjaja jalanan ini yang masih kekal pada harga RM1 walau untung sempit.

Wang ada dimana mana, yang perlu hanya sedikit usaha kita.

#BerusahalahJanganBersungutDanMemintaMinta
#TabungKahwin

PELAMIN KAHWIN KITA

"Dik kahwin sekali jer dik, apa salahnya buat macam Yuna". Duit banyak banyak bukan boleh masuk kubur.

Apa kita boleh buat dengan duit pelamin RM70,000 ini sebagai rakyat biasa? Yuna tak mengapa, dia berkemampuan dan kaya.

1. Boleh gunakan RM36,000 untuk deposit rumah RM300,000.
2. Beli peti sejuk dua pintu RM1,200 yang boleh simpan suami dalamnya.
3. Pasang aircond bilik pengantin 1.5 hp pada harga RM1,050.
4. Mesin basuh automatik RM849 dilazada jenama panasonik
5. Katil IKea baru dan tilam lompat lompat tikam RM1350.
6. Meja makan dan kerusi 4 orang dulu RM655
7. Pegi Honeymoon Bali berdua 4h3m RM1580
8. Buat loan ASBfi RM200,000 untuk bayaran setahun RM13,500
9. Beli baju tido hot dan seksi RM150
10. Beli Myvi terpakai tahun 2011 RM20,000

Jumlah semua RM76,334. Tak cukup RM6,334. Jumpa pemaju minta diskaun bumiputera 5% dapatlah RM15,000. Ada baki RM8656 boleh sambung pegi Bali balik dik.

Selamat Pengantin Baru Buat Yuna.

Abah Qilah
Pengantin Lama

#DaunKedaiRM2MurahDik
#KurangkanPelaminKita
#KitaBukanYuna
πŸ‘1
#TabungRumah

ISTIMEWANYA RUMAH TANPA BUMBUNG?

1. Kebanyakan rekabentuk rumah hari ini semakin hilang bumbungnya. Kos ubah suai kediaman yang melibatkan bumbung merupakan kos yang mahal dan tinggi.
.
2. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita.
.
3. Selain itu, peranan bumbung untuk β€˜cepat cepat jangan lambat lambat’ bawa air keluar dari bangunan. Semakin lama air berada atas bumbung semakin tidak baik.
.
4. Air yang lambat turun ini akan meresap kedalam dinding menjadi ejen pereputan dan pemankin tumbuhnya kulat.
.
5. Bumbung atap curam paling baik kerana hujan yang lebat bagi air keluar cepat cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban.
.
6. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman.
.
7. Jika bumbung rumah kita rata seperti ini, pastikan ketinggian dinding melebihi 3.2 meter keatas. Semakin tinggi dinding semakin besar ruang udara beralih dan bergerak, semakin sejuk kediaman kita.
.
8. Kebanyakkan bumbung rata begini tiada bukaan untuk laluan udara, ia direka untuk tujuan pemasangan penghawa dingin. Berapa bil penghawa dingin yang kita akan tanggung selama beli kediaman ini nanti?. Bil bayar setiap bulan, hutang rumah bayar 30 tahun kedepan?.
.
9. Sebab itu rumah zaman dulu ada laluan udara dan airwell agar kediaman kita tidak menjadi perangkap haba yang panas membara dijiwa.
.
Tidak semua yang nampak baru dan moden itu baik buat kita kawan, hati hati membeli kediaman jenis ini.
.
Membayar hutang kediaman yang mahal itu sudah cukup melukakan dan membebankan, apatah lagi biaya baiki rumah dan bill yang mahal setiap bulan.

Azizul Azli Ahmad
Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur.

Bantu sampaikan tulisan ini pada semua sahabat kita agar tidak salah membeli kediaman. Kita mungkin sekali seumur hidup beli kediaman, bukan sepanjang zaman.