Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80K subscribers
9.18K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungRumah

PEMBELIAN RUMAH PERTAMA

1. Langkah pertama menjadi lelaki 'sexy', adalah dengan ada rumah sendiri.

2. Soalan wajib sebelum beli rumah adalah, 'Rumah Sendiri' atau 'Rumah Pelaburan'?.

3. Ciri Rumah Pertama yang baik ;

+ Rumah kecil dan sederhana.

+ Tidak telan hingga 35% gaji kita.

+ Ada potensi sewa jika kita dipindahkan ke Jakarta, Papua atau Afrika.

+ Terdapat banyak peluang pekerjaan disekitarnya.

+Dekat dengan segala kemudahan dan prasarana.

+ Kawasan matang tapi tak ramai Bangla.

+ Lokasi di 3B

+ Dekat dengan tempat kerja isteri@calon bini.

4. Jika kita masih bujang utamakan Rumah Pelaburan, Jika kita masing 'bujang tiga' utamakan Rumah Sendiri.

Baru kita kekal sexy dimata isteri .

Azizul Azli Ahmad.

#BeliKediamanKecilDanBermulalalalalalala
#GadisBestari
Ada yang sanggup buat nota begini dari buku gadis bestari yang dibaca. KAGUM GILA SAYA 🥰🥰🥰🥰🥰
#TabungKereta

"KERETA KOYAK PLASTIK".

1. "Belilah kereta baru, baru merasa koyak plastik baru". Kita mungkin pernah dengar nasihat ini.

2. Orang mula kerja teruja beli kereta baru dalam plastik lagi.

Ada yang saja tak koyak plastik sampai berminggu minggu. Nak sampaikan bahawa keretanya baru beli.

3. Mula kerja tak perlu kereta baru kawan, kereta terpakai bukan dosa.

4. Semakin baru kereta kita, semakin tinggi cukai kita bayar. Semakin besar susut nilai tahun pertama, semakin sukar beli rumah pertama.

5. Ramai rakan hartanah saya hanya beli kereta terpakai, tetapi mereka ada 22 rumah sewa dan isterinya hanya suri rumah tangga.

Jangan kagumlah dengan budaya 'koyak plastik' ini, ia tak bantu lestarikan alam kita.

Azizul Azli Ahmad
Kereta Terpakai Saja

#BeliRumahWaktuMuda
#TabungKereta

PANDUAN BELI KERETA MYVI BARU BERGAYA

1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.

2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza

3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata "padan muka jerat sudah kena"

6. Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15

20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.

Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.

Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'.

9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.

10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga :-p

Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap

#NaikMotoSajaJikaBelumAdaRumahTangga.
#ShareJerBagiKawanPandai
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Peringatan Mesra Program

TAHNIAH,anda telah berjaya mendaftarkan diri sebagai PESERTA SEMINAR MBR. Tarikh masa dan lokasi seperti berikut:

Tarikh    :18 JAN 2020 (Sabtu)

Tempat  :
HOTEL UITM SHAH ALAM, Seksyen 2,Shah Alam, Selangor.

Masa      :  Jam 09.00 pagi hingga 1.30 Tengahari

#Nota disediakan,  mohon semuanya telah siap bersarapan kerana kelas akan berjalan dari 9 pagi hingga jam 1.00 tghari. Mohon bawa pen dan kertas sahaja.

#Buku Dr Azizul juga di jual dengan harga istimewa buat peserta yang hadir. Mohon bawa duit lebih jika berniat untuk membeli dengan harga istimewa. 😊

JUMPA DI SANA 💐
Persiaran Raja Muda
Persiaran Raja Muda, 40200 Shah Alam, Selangor
https://maps.app.goo.gl/fRAi2k3jGjEWvevf8
#TabungRumah

Projek ini sangat popular di Perak. Hampir semua ajen jual rumah projek ini.

"Ada pembeli dari Sabah dan Sarawak pun ada".

"Setiap agen dapat komisen RM10,000 jika unit terjual".

"Dulu harga RM138,888 seunit, sekarang akan naik jadi RM188,000 seunit fasa baru Dr".

"Fasa pertama ada 1088 unit, sekarang dah masuk fasa kedua. Akan ada 3,888 unit baru".

Saya dengar dengan laju dan teruja ceritanya tanpa henti.

"Doktor ramai orang kenal, Dr cakap orang percaya punya. Mereka mesti beli".

Pujuknya lagi.

"Setiap unit rumah boleh dapat komisen RM10,000". Pujuknya lagi.

"Fasa 1-3 semua untuk orang 'kita'. Mereka mesti percaya punya kalau Dr yang ajak beli".

Ceritanya lagi.

Kawan kawan,

Sebelum beli rumah, lawat dan lihat kawasan rumah tersebut.

Jangan percaya bulat bulat apa yang juru jual cerita pada kita.

Jika fasa satu dah siap, ketuk pintu rumah. "Abang duduk sini ok?".

Kita bukan setahun sekali beli rumah, mungkin seumur hidup sekali beli. Hutang akan bayar sampai bersara nanti.

Jika kawasan itu ada lebih 500-1000 unit rumah, peluang nak jual balik dan sewa akan sangat sukar. Ia bukan pelaburan yang baik.

Jangan salah membeli kawan kawan.

"Dr, nak jual tak?" Pujuknya lagi.

"Tidak kot, saya tak pandai menjual".

Tak tergamak saya jual rumah yang 'manhole' ada dalam rumah.

Abah Qilah.

#JanganGunaPopularitiUntukRosakkanOrang
#JanganPercayaPadaSifoo
#JanganTaksubPadaSesiapa
#TabungDiri

SIAPA KAYA BERGAYA ?

Dalam masyarakat sekeliling kita banyak yang kaya gaya ini.

1. Rumah besar giler, simpanan langsung tak ada.

2. Tv plasma besar dinding dan sofa Ikea, tetapi belum hujung bulan gaji dah kosong tiada

3. Kereta bukan Proton Saga tapi bila nak renew road tax pinjam duit mak sedara.

4. Rumah mesti ada Astora dan Maharaja Lawak Mega, yuran PIBG anak kita yang last sekali bayar.

5. Beg tangan semua jenama LV tapi semua bukan yang ori. Kalau beli yang ada banyak AAA saja.

6. Sanggup duduk rumah sewa nak beli rumah yang besar saja, rumah kecil rimas dan kurang selesa katanya.

7. Buat kenduri mesti nampak hebat, takut orang kata kita miskin dan kedekut amat.

8. Bercuti mesti luar negara, baru nampak hipster yang amat.

9. Kemarau ekonomi sedang melanda, buatlah simpanan selagi ada.

10. Tidak selamanya kita akan makmur, bersedialah untuk waktu tidak subur.

#BiarKayaHartaJanganKayaGaya
SEMINAR MEMBELI RUMAH DENGAN PERNIAGAAN ONLINE

Tarikh : 29 FEB 2020 (SABTU) Hotel UiTM Shah Alam

Masa : 02.30 - 05.30 tghari
Tempat :

Yuran Kebijaksanaan : RM88 Sahaja .

Terhad untuk 30 peserta sahaja.

Pendaftaran.

1. Nama
2. No Telp
3. Jumlah bayaran


Terima kasih kerana berminat untuk belajar.

MEMBELI RUMAH DENGAN PERNIAGAAN ONLINE

+ Apa yang peniaga online perlu lakukan?

+ Jenis kediaman yang sesuai dengan kita?

+ Bagaimana yakinkan bank untuk dapat biaya?

+ Bagaimana susun dokumen perniagaan agar teratur?

+ Apa persiapan memohon pembiayaan dengan pihak bank?

+Dokumentasi enterprise yang perlu anda tahu

+ Cara declareta tax bagi enterprise

+Cara banker kira income bisness online/enterprise

+ Bagaimana memilih kediaman yang betul?

+ Apakah lokasi hartanah yang baik?

+ Bila Masa Sesuai Beli Hartanah?

+ Bagaimana Membeli Rumah Pertama?

Daftar sekarang kerana tempat terhad untuk 30 peserta terawal.

Bagaimana mendaftar?
Bayaran pendaftaran RM88 ke

RUMAH BUKU
5582 7500 5921
Maybank.

7029 514 219 (CIMB Bank)
Azizul Azli Ahmad

Hantar bukti pembayaran di 0165998902. Terima kasih

www.wasap.my/+60165998902/SeminarMRPO.

www.wasap.my/+60165998902/SeminarMRPO.

www.wasap.my/+60165998902/SeminarMRPO.

Jumpa di Shah Alam nanti ya

Azizul Azli Ahmad
👍1
#TabungRumah

10 ANAK 10 RUMAH

Ustazah ini tenang orangnya, menanti viva untuk thesis akhirnya seangkatan saya. Falsafahnya mudah

"Dimana sahaja kita bekerja, beli sebuah rumah".

Beliau masih kekal dengan proton wira model pertama. Tiada hutang kereta. Pendidikan anaknya di Jordan biaya 'FAMA' tiada PTPTN jauh sekali biasiswa. 10 rumahnya di beli dari lelongan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Beliau bukan orang 'key ell' tapi orang 'Red Worrior'. Rumah pangsa termurah yang dia beli RM32 000 sahaja.

Anak Muda,

Mulalah menabung dan beli rumah dari sekarang. Jika tidak mampu rumah atas tanah, beli dahulu yang atas awangan. Jadilah sahabatnya dan tanyalah bagaimana tabungannya bermula.

Wallahu A'llam

#BerhentiBeriAlasanAtauKetinggalan
#KisahKejayaan
#TabungRumah

DEPOSIT 2 BULAN ITU MESTI

Pentingnya bertegas dan mengambil deposit dua bulan untuk rumah sewa kita. Penyewa rumah adik saya keluar rumah semalam dalam keadaan tergesa gesa. Beliau serahkan kunci pada bonda dan bagitau perlu keluar segera.

Deposit yang berbaki lebih RM2000 dibiarkan begitu sahaja. Sudah masanya berhenti ambil deposit sewa hanya sebulan. Demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

Besoknya rumah sewa didatangi ;

"Alowww ini lumah mana dia punya olang sudah lali?"

Rupanya abang 'long' dia datang cari, padan la keluar macam lari. Hati hati, ini asam garam rumah sewa nanti.

#JanganLupaSalinanIC
#TabungRumah

BELI RUMAH DENGAN RM275.40

Nelofa yang manis menawan mula menabung setiap bulan sebanyak RM275.40

Selepas tiga tahun simpanannya membiak menjadi RM9914.40

Nelofa dalam masa yang sama jual tudung ikan bawal 'online' dengan keuntungan RM144 sebulan sebagai 'side-income'. Selepas tiga tahun tabungannya jadi RM5184.

Jumlah tabungan nelofa selepas tiga tahun menjadi RM15098.40.

Dengan simpanan ini nelofa boleh beli kediaman RM90 000.

Bayaran Pendahuluan RM9000(10%)

Yuran Guaman RM900(1%)

Yuran Guaman S&P RM900(1%)

Duti Setem Pinjaman RM450(0.5%)

Duti Setem S&P RM900(1%)

Kos sampingan (cukai perkhidmatan, yuran pendaftaran, belanja agen hartanah roti bomb, yuran carian, minyak kereta lihat prospek rumah, dll) RM 2500

JUMLAH KESELURUHAN RM5650

KOS KESELURUHAN RM RM14650

BAKI RM448.40

Dengan tempoh pinjaman 35 tahun, nelofa boleh membuat bayaran bulanan RM461 sebulan.(BLR -2.3% atau 4.3%)

Jika nelofa SEWAKAN pada kadar RM500 sebulan. Dia ada LEBIHAN RM39 sebulan. Setahun RM468 SIMPANANNYA.

Nelofa cantikkan?

#KawalNafsu3TahunSahaja
#TabungRumah

SIMPAN RUMAH DAPAT DIVIDEN

1. Jika tahun pertama kita berjaya beli sebuah rumah pada harga RM100 000.

2. Kita bayar biaya bank sekitar RM415 sahaja sebulan.

3. Dengan kenaikkan 15% setahun, lepas 5 tahun kita dah mula untung.

4. Lepas 5 tahun rumah yang dulu dah jadi RM175 000 nilainya

5. Kadar simpanan atau keuntungan setahun RM15 000 saja.

6. Modal kita cuma RM415 sebulan, setahun kita dapat simpanan RM15 000 dividen.

7. Jika simpan saja RM475 setahun kita baru ada RM4980 (415x12).

8. Jangan hanya simpan wang anda, belilah rumah sewaktu muda.
Gen Y itu bukan hanya kumpul gajet tetapi kumpul aset.

#BelilahRumahSewaktuMuda
#JikaAdaSepuluhRumah