Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80K subscribers
9.18K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungRumah

1. HARGA MELEBIHI HARGA PASARAN

Saya pernah tulis dulu, jika kediaman yang kita beli siap dapat 'cash back' lagi, hati hatilah kawan. Kediaman yang kita beli sedang dijual dengan harga masa depan. Lima tahun kedepan belum tentu harga naik dan boleh jual kembali kediaman ini.

Buat semakkan harga, harga kediaman bahagikan dengan keluasan lantai kediaman kita beli. Jika harga sekaki persegi disitu RM450 tetapi kita beli pada harga RM700. Kita sudah kena beli sebenarnya.

2. TERBELI HARTANAH KOMERSIAL UNTUK DUDUK

Kita nak beli rumah untuk duduk tetapi terbeli service apartment yang akhir nanti bil api, cukai dan semua utiliti macam bayaran kedai. Kita bukan nak sewakan tetapi nak duduk selamnya disitu sampai mati.

3. LOKASI SALAH

Kawasan ini banyak 'awang hitang' atau berlaku jenayah. Jika banjir akan tenggelam separuh rumah. Ramai warga asing saja duduk dan yang tinggal biasanya tak lama sebab takut kena bunuh punya.

4. TERLALU KECIL BUAT KELUARGA

Kediaman yang baik sebaiknya ada 3 bilik dan 2 bilik air. untuk lebih selesa sebaiknya beli yang antara 650psf-1000psf. Jangan beli kediaman dibawah ukuran itu. Elakkan beli studio jika nak duduk dan bina keluarga. Akan sampai masanya kita sangat tidak selesa menjaga batas aurat kita.

Jangan risau, semua orang pernah buat silap. baiki dan ushakan untuk majukan diri.

Belilah sebuah rumah yang baik buat keluarga tercinta kita.

Azizul Azli Ahmad

#LelakiSeksiAdaRumahSendiri'
#TabungRumah

USIA DAN HUTANG RUMAH

1. Ini adalah kedudukan hidup kita, manfaatkan usia kita dengan sebaiknya.

2. Jika kita lambat beli rumah, apakah hingga kita bersara kita mahu membayar hutang rumah.

3. Penjawat awam yang rumahnya terlelong 70% terdiri dari yang masih ada hutang selepas bersara.

4. Saya buat gambaran ini agar kita cuba letakkan diri kita dimana dalam garis hidup ini.

5. Tandakan berapa usia kita dan bila kita akan bersara. Jika kita tetap belum beli sebuah rumah, bersedialah untuk bekerja selepas bersara nanti kawan.

6. Belilah sebuah rumah kecil buat keluarga tercinta, lindungi mereka dengan kediaman kita yang selesa.

Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana sahaja.

Azizul Azli Ahmad

#Saya bukan agen hartanah atau tukang jual rumah.
#Saya Melukis impian Berkeluarga
#TabungRumah

MINUM TEPI JIKA AIR MASIH PANAS

1.Membancuh kopi mesti guna air panas yang mati kata opah saya

2. Air mesti panas agar kopi tidak timbul tengah.

3. Jika panas sangat, kita akan tuangkan dalam piring dan hirup dari tepi.

4. Rumah bertanah itu mahal harganya. Jika kita belum mampu, beli yang murah dulu.

5. Rumah yang murah dan meriah ini biasanya dipinggir bandar dan kota atau rumah pangsa.

6. Setelah stabil dan mampu baru kita beli rumah idaman Malaya.

7. Jika kita terus minum di tengah mulut kita akan terbakar dan kita salahkan kopi kapal api ini.

8. Minum secara perlahan dan hidup secara aman.

9. Beli kediaman yang murah dan kecil dulu.

10. Jangan bakar mulut dengan minum kopi ditengah cawan.

Kata orang Jawa, "A rising tide lifts all boats".

Gegadis tak suka lelaki gelojoh dan gopoh, mereka suka lelaki tenang dan matang :-p

Azizul Azli Ahmad.

#BacaDoaSebelumTelan
#MulakanDenganRumahKecil
#JanganKejarRumahIdamanDulu
#JanganKejarRumahPersaraanDulu
#TabungRumah

PEMBELIAN RUMAH PERTAMA

1. Langkah pertama menjadi lelaki 'sexy', adalah dengan ada rumah sendiri.

2. Soalan wajib sebelum beli rumah adalah, 'Rumah Sendiri' atau 'Rumah Pelaburan'?.

3. Ciri Rumah Pertama yang baik ;

+ Rumah kecil dan sederhana.

+ Tidak telan hingga 35% gaji kita.

+ Ada potensi sewa jika kita dipindahkan ke Jakarta, Papua atau Afrika.

+ Terdapat banyak peluang pekerjaan disekitarnya.

+Dekat dengan segala kemudahan dan prasarana.

+ Kawasan matang tapi tak ramai Bangla.

+ Lokasi di 3B

+ Dekat dengan tempat kerja isteri@calon bini.

4. Jika kita masih bujang utamakan Rumah Pelaburan, Jika kita masing 'bujang tiga' utamakan Rumah Sendiri.

Baru kita kekal sexy dimata isteri .

Azizul Azli Ahmad.

#BeliKediamanKecilDanBermulalalalalalala
#GadisBestari
Ada yang sanggup buat nota begini dari buku gadis bestari yang dibaca. KAGUM GILA SAYA 🥰🥰🥰🥰🥰
#TabungKereta

"KERETA KOYAK PLASTIK".

1. "Belilah kereta baru, baru merasa koyak plastik baru". Kita mungkin pernah dengar nasihat ini.

2. Orang mula kerja teruja beli kereta baru dalam plastik lagi.

Ada yang saja tak koyak plastik sampai berminggu minggu. Nak sampaikan bahawa keretanya baru beli.

3. Mula kerja tak perlu kereta baru kawan, kereta terpakai bukan dosa.

4. Semakin baru kereta kita, semakin tinggi cukai kita bayar. Semakin besar susut nilai tahun pertama, semakin sukar beli rumah pertama.

5. Ramai rakan hartanah saya hanya beli kereta terpakai, tetapi mereka ada 22 rumah sewa dan isterinya hanya suri rumah tangga.

Jangan kagumlah dengan budaya 'koyak plastik' ini, ia tak bantu lestarikan alam kita.

Azizul Azli Ahmad
Kereta Terpakai Saja

#BeliRumahWaktuMuda
#TabungKereta

PANDUAN BELI KERETA MYVI BARU BERGAYA

1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.

2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza

3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata "padan muka jerat sudah kena"

6. Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15

20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.

Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.

Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'.

9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.

10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga :-p

Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap

#NaikMotoSajaJikaBelumAdaRumahTangga.
#ShareJerBagiKawanPandai
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Peringatan Mesra Program

TAHNIAH,anda telah berjaya mendaftarkan diri sebagai PESERTA SEMINAR MBR. Tarikh masa dan lokasi seperti berikut:

Tarikh    :18 JAN 2020 (Sabtu)

Tempat  :
HOTEL UITM SHAH ALAM, Seksyen 2,Shah Alam, Selangor.

Masa      :  Jam 09.00 pagi hingga 1.30 Tengahari

#Nota disediakan,  mohon semuanya telah siap bersarapan kerana kelas akan berjalan dari 9 pagi hingga jam 1.00 tghari. Mohon bawa pen dan kertas sahaja.

#Buku Dr Azizul juga di jual dengan harga istimewa buat peserta yang hadir. Mohon bawa duit lebih jika berniat untuk membeli dengan harga istimewa. 😊

JUMPA DI SANA 💐
Persiaran Raja Muda
Persiaran Raja Muda, 40200 Shah Alam, Selangor
https://maps.app.goo.gl/fRAi2k3jGjEWvevf8
#TabungRumah

Projek ini sangat popular di Perak. Hampir semua ajen jual rumah projek ini.

"Ada pembeli dari Sabah dan Sarawak pun ada".

"Setiap agen dapat komisen RM10,000 jika unit terjual".

"Dulu harga RM138,888 seunit, sekarang akan naik jadi RM188,000 seunit fasa baru Dr".

"Fasa pertama ada 1088 unit, sekarang dah masuk fasa kedua. Akan ada 3,888 unit baru".

Saya dengar dengan laju dan teruja ceritanya tanpa henti.

"Doktor ramai orang kenal, Dr cakap orang percaya punya. Mereka mesti beli".

Pujuknya lagi.

"Setiap unit rumah boleh dapat komisen RM10,000". Pujuknya lagi.

"Fasa 1-3 semua untuk orang 'kita'. Mereka mesti percaya punya kalau Dr yang ajak beli".

Ceritanya lagi.

Kawan kawan,

Sebelum beli rumah, lawat dan lihat kawasan rumah tersebut.

Jangan percaya bulat bulat apa yang juru jual cerita pada kita.

Jika fasa satu dah siap, ketuk pintu rumah. "Abang duduk sini ok?".

Kita bukan setahun sekali beli rumah, mungkin seumur hidup sekali beli. Hutang akan bayar sampai bersara nanti.

Jika kawasan itu ada lebih 500-1000 unit rumah, peluang nak jual balik dan sewa akan sangat sukar. Ia bukan pelaburan yang baik.

Jangan salah membeli kawan kawan.

"Dr, nak jual tak?" Pujuknya lagi.

"Tidak kot, saya tak pandai menjual".

Tak tergamak saya jual rumah yang 'manhole' ada dalam rumah.

Abah Qilah.

#JanganGunaPopularitiUntukRosakkanOrang
#JanganPercayaPadaSifoo
#JanganTaksubPadaSesiapa
#TabungDiri

SIAPA KAYA BERGAYA ?

Dalam masyarakat sekeliling kita banyak yang kaya gaya ini.

1. Rumah besar giler, simpanan langsung tak ada.

2. Tv plasma besar dinding dan sofa Ikea, tetapi belum hujung bulan gaji dah kosong tiada

3. Kereta bukan Proton Saga tapi bila nak renew road tax pinjam duit mak sedara.

4. Rumah mesti ada Astora dan Maharaja Lawak Mega, yuran PIBG anak kita yang last sekali bayar.

5. Beg tangan semua jenama LV tapi semua bukan yang ori. Kalau beli yang ada banyak AAA saja.

6. Sanggup duduk rumah sewa nak beli rumah yang besar saja, rumah kecil rimas dan kurang selesa katanya.

7. Buat kenduri mesti nampak hebat, takut orang kata kita miskin dan kedekut amat.

8. Bercuti mesti luar negara, baru nampak hipster yang amat.

9. Kemarau ekonomi sedang melanda, buatlah simpanan selagi ada.

10. Tidak selamanya kita akan makmur, bersedialah untuk waktu tidak subur.

#BiarKayaHartaJanganKayaGaya