Tips Kewangan & Hartanah Azizul
80.3K subscribers
9.16K photos
79 videos
40 files
2.33K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
❀14πŸ‘8
πŸ‘21
❀15πŸ‘2
πŸ‘5
πŸ‘11
Masa aku dalam pasukan dulu, aku tak ambil tahu pun pasal PRS. Sebab masa dalam kerajaan dulu, gaji kami tak banyak mana, jadi potongan cukai yang kami kena pun sikit saja.

Tapi bila dah lamaΒ², lepas kerajaan bagi kenaikan gaji yang tinggi, aku pasti ramai yang 'terasa' bila cukai yang dia kena, makin lama makin naik tinggi sejajar dengan kenaikan gaji tadi.

Begitulah lumrah kerja makan gaji... Naik gaji maka cukai pun akan ikut sekali.

Tapi kalau orang tu bijak, dia akan 'grab' semua rebat yang LHDN bagi untuk kurangkan cukai pendapatan yang dia kena bayar nanti.

Antara rebat cukai yang boleh kita manfaatkan adalah dengan melabur dalam PRS.

Ok apa tu PRS? Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah skim pelaburan dan simpanan jangka panjang secara sukarela yang direka untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan dana persaraan.

Ia diuruskan oleh penyedia dana swasta, dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan melengkapi caruman KWSP bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Caruman PRS layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun.

Macam kes aku ni, aku pun baru je buat PRS masa zaman covid tahun 2020. Setahun aku 'invest' 3K dalam PRS, jadi dalam 5 tahun ni aku dah laburkan sebanyak 15 ribu kat situ.

12K kat Public Mutual dan 3K kat AIA. Berapa kenaikan PRS aku kat Public Mutual? 83.28% hanya dalam tempoh lebih kurang 4 tahun.

Haa... Terkejut tak.. Percaya tak? Macam tak caya kan.πŸ˜…

Tak caya sudah. Lagi pun aku bukannya agen pada manaΒ² syarikat Unit Trust pun. Semuanya aku buat sendiri beli secara online je.

Korang kalau berminat boleh 'contact' manaΒ² consultan Unit Trust yang berdekatan. Aku belum jadi agen lagi tau...πŸ˜…

Kalau ada follower² aku kat sini yang kerja sebagai agen unit trust, silalah munculkan dirimu.😎

Oh sebelum terlupa, duit dalam PRS ni, masa umur 55 nanti baru boleh bawa keluar tau. Dia sama je cam KWSP.

Oklah... Sampai situ dulu. Semoga perkongsian ini dapat membantu plan persaraan sahabatΒ²ku.πŸ˜‰πŸ‘Œ

#MERZ
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
❀16πŸ‘10
Photo from azizulazli
βœ… NAK BELAJAR RAHSIA KEMBANGKAN SIMPANAN DENGAN ASB Financing(ASBF)?

βœ… Nak belajar strategi ASBF sebenar untuk maksimumkan keuntungan?
βœ… Nak tahu cara langsai hutang rumah lebih awal?
βœ… Nak gandakan keuntungan ASBF dengan teknik yang betul & selamat?
βœ… Nak tahu teknik bagaimana dividen ASB Β±5.75% boleh dioptimumkan jadi 20%–30% setahun dengan strategi kewangan yang bijak?

🎯 Semua ini saya kongsikan PERCUMA melalui Telegram Channel rasmi & Group WhatsApp Teknik Bijak Kewangan.

πŸ“Œ Dalam channel & group ini anda akan belajar:
▢️Teknik ASBF yang ramai ejen tak cerita
▢️Kesilapan biasa yang buat ASBF jadi beban
▢️Pelbagai teknik-teknik ASBF

πŸ‘‰ JOIN TELEGRAM RASMI (PERCUMA)
πŸ”— https://telegram.me/RostamRaselip

πŸ‘‰ JOIN GROUP WHATSAPP
TEKNIK BIJAK KEWANGAN 30
(Group 1–29 DAH PENUH)
πŸ”— https://chat.whatsapp.com/JovfyzWRgPNKCrmJPElhbL

Urus wang dengan ilmu. Buat keputusan dengan strategi. Capai kebebasan kewangan lebih cepat.

Semoga bermanfaat 🀝
❀5πŸ‘1
πŸ‘3
#TabungAset

ASET PALSU

Ada banyak aset palsu disekeliling kita, seandainya apa sahaja benda yang tidak menghasilkan duit. Ia dikira aset palsu.

Beli mahal mahal, cantik dan tidak memberi nilai kepada kewangan kita. Maka ia tidak jadi aset.
πŸ‘18❀4
πŸ‘20❀5
πŸ‘13❀8
πŸ‘3
#TabungEmas

Kenapa Ramai Orang Dah Mula Menabung 1 Dinar Emas Sikit-Sikit?

Pernah tak kita rasa pelik, kenapa sekarang ni pantang sembang bab kewangan, mesti ada yang petik pasal emas?

Lagi-lagi bila sebut pasal 1 Dinar Emas. Kenapa bukan simpan wang kertas biasa berkepuk-kepuk dalam bank?

Sebenarnya, ada rahsia besar kenapa ramai orang bijak mula tukar duit simpanan mereka kepada syiling dinar emas tulen (999.9).

Jom kita sembang santai kenapa trend ni makin rancak:

1. Duit Kita Makin 'Mengecil', Tapi Emas Sentiasa Bertahan
Sedar atau tidak, nilai duit RM50 kita hari ini tak sama macam RM50 sepuluh tahun lepas. Dulu masuk pasar raya penuh satu troli, sekarang dapat beberapa barang kecil je.

Itulah namanya inflasi pencuri senyap harta kita.

Emas pula sifatnya terbalik. Nilainya sangat stabil dan kalis inflasi. Sejak zaman berzaman, kuasa beli emas tak pernah mengecewakan.

Menyimpan 1 dinar bermakna kita sedang mengunci nilai titik peluh kita daripada 'lebur' ditelan zaman.


2. Penawar Penyakit 'Boros' (Control Nafsu Belanja)
Jujurlah, kalau ada duit tunai RM1,500 dalam akaun bank, rasa gelisah tak tangan tu nak add to cart kat aplikasi shopping online?

Duit kertas atau digital ni sifatnya memang senang sangat nak dibelanjakan.


Tapi cuba tukarkan duit tu jadi 1 Dinar Emas fizikal yang berkilau. Letak atas tapak tangan. Keinginan nak belanja tu automatik hilang, yang datang cuma rasa sayang nak jual dan rasa tak sabar nak tambah lagi sekeping!

Emas ni ada 'aura' magnet yang buat kita makin berdisiplin nak menyimpan.


3. Tak Perlu Tunggu Kaya, Boleh Mula Kecil-Kecil
"Alah, nak beli 1 dinar terus sekali gus, belum ada bajet la..."

Jangan risau! Ramai orang mula kumpul emas bukan sebab mereka dah kaya-raya, tapi sebab mereka nak binas masa depan yang senang.

Sekarang dah ada akaun simpanan emas yang membolehkan kita beli secara konsisten ikut kemampuan malah boleh bermula dengan modal yang sangat kecil. Lama-lama bila dah cukup gram, boleh keluarkan jadi sekeping syiling 1 dinar yang cantik.

4. Pelan Sandaran Terbaik Untuk Masa Depan
Hidup kita penuh dengan perkara luar jangkaan.

1 Dinar emas yang kita simpan hari ini boleh jadi penapis kecemasan yang paling ampuh. Sama ada untuk:

Dana kecemasan keluarga waktu sesak.

Tabung pendidikan anak-anak bila mereka besar nanti.

Warisan yang paling bernilai untuk ditinggalkan kepada yang tersayang.

Emas adalah aset yang paling mudah dicairkan. Kalau terdesak, bawa je ke pusat pajakan syariah (Ar-Rahnu) atau jual balik, terus dapat tunai dalam tangan.

Menyimpan emas ini bukan tentang seberapa kaya kita hari ini, tetapi tentang seberapa kuat kita ingin melindungi masa depan orang yang kita sayangi. Jangan tunggu harga emas turun baru nak mula, sebab sejarah membuktikan, emas sentiasa mencatatkan nilainya tersendiri.

Wang kertas dibina atas janji manusia yang boleh mungkir, tetapi emas dibina atas nilai semula jadi ciptaan Tuhan yang tidak pernah menipu.

Jom, tukar sebahagian simpanan kita kepada 1 Dinar hari ini demi ketenangan minda hari esok!
❀13πŸ”₯3πŸ‘2